Saturday 30 April 2011

Qiam Taujihat masulah Tarbiyah- Pejabat IKRAM setia tropika

 AGENDA QIAM WANITA IKRAM
8.15-8.45 pm- Solat isyak berjemaah
8.45-9.00pm-Pembukaan Majlis,
                           bacaan Al Quran dan terjemahan (surah fussilat 30-36)
9.00-9.40pm-Muraqabah (ukhti Fuziah Sahar)
9.40-10.00pm- Taujihat Masulah tarbiyah (ustazah shahidah sheikh Ahmad)
10.00-10.30pm- tilawah juzuk 17
10.30pm- Pengumuman lain-lain dan bersurai.

Muraqabatullah.

Maksud Muraqabahtillah:
Allah s.w.t sentiasa mengawasi hambanya 24 jam sepanjang hari dan sepanjang hayat. Segala perbuatannya di rekod dan akan dipersembahkan suatu hari kelak di hari pembalasan. Yang terbaik akan menuju jalannya yang dipermudahkan.
Sajdah(9)

Dalil Muraqabahtullah.
As syuara 218 219, al hadid -4, al imran-5- al mujadilah ayat 7
Allah mengawasi kejadian kita dari simple cell, bukti kekuasaan Allah s.w.t, satu sperma bersenyawa dengan ovum. Setelah satu sperm bersenyawa dengan ovum, sperm lain akan mati kerana Ovum sifatnya ber acid. Maka yang disenyawakan pada permulaannya ialah pemenang. Siapakah pemenang? KITA.

Namun bila kita lahir ke dunia, kita lupa pula pengawasan Allah. Kita tidak menghadirkan Allah dalam hidup kita. Kita tak sedar dan tak muhasabah berapa lama lagi diri kita akan hidup di atas muka bumi yang sementara ini. Berapa peratus dalam hidup kita, kita betul betul menghadirkan Allah dalam hidup kita. Saat kita bangun dari tidur sehinggalah kita kembali tidur. Kita rasakah ada malaikat di kiri dan kanan kita yang kerja tetapnya mencatat setiap amalan kita. ( surah Qaf)
Kadang-kadang kita rasa lemah dan kita sendiri tidak merasa Muraqabahtullah, buktinya kadang-kadang kita terjebak dengan nafsu dan godaan syaitan. Pengaruh syaitan dan nafsu telah mengalahkan pengaruh iman, akibatnya kita melakukan benda yang tidak baik, buat benda jahat. Maka di manakah hati di dalam diri kita? Beku atau kita sudah tidak punya hati?

Hadirkan Allah dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita adalah salah satu tanda dan salah satu cara kita menuju kepada sifat Ikhlas. Imbas kembali sirah para sahabat. Betapa sungguh hebat tarbiyyah Rasulullah kepada para sahabat, MasyaAllah. Kisah seorang ulama' yang sedang belajar dengan gurunya. Gurunya menyayangi muridnya yang satu ini melebihi pelajar lain. Justeru, satu hari gurunya ini memberi masing masing seekor burung merpati, lantas disuruh sembelih di tempat yang tidak ada sesiapa yang lihat. Semua muridnya berpergian dan pulang setelah menyembelih burung merpati itu melainkan anak murid kesayangannya itu pulang dengan merpati yang masih hidup. Apabila ditanya mengapa dia tidak menyembelihnya, dia mengatakan bahawa tidak ada satu tempat pun yang Allah tidak melihat perbuatannya.

Di dalam program Ihya' ramadhan tahun 2010 tidak silap ana, dalam program ini, para remaja di suruh membuat origami di tempat yang tidak ada sesiapa yang nampak. Maka para remaja tadi, berpecah pecah di semua pelosok masjid BBU nan indah itu. Ternyata 95% dari para remaja tersebut telah gagal dalam melaksanakan misi yang sebenar. Di situ kita dapat detect bahawa mereka belum merasai Muraqabahtillah.

Sungguh sifat Ar rahman Allah itu sangat sangat tinggi, setiap hari, kesalahan dengan Allah yang kita buat, apa kata kita bayar saman untuk setiap kesilapan. Bayar dengan membuat kebaikan dan bertaubat. Allah suka dengan hambanya yang bertaubat. Pelihara larangan dan perintah Allah, nescaya kamu dapati Allah selalu di hadapanmu, ini menuju kepada sifat ketaqwaan.

Apabila kamu meminta, mintalah dengan Allah dan apabila kamu minta tolong, mintalah pertolongan dengan Allah, mintalah redha dan pertolongan Allah, kerana kita memang memerlukannya setiap saat.
Berdoalah, Allah maha mendengar, jikalau dia tidak mengabulkan, jangan bersangka buruk, sentiasalah sangka baik dengan Allah, mungkin dia reserved doa kita itu untuk balasan yang lebih baik. Tidak susah untuk Allah, DIA perlu mengatakan kun faya kun, jadilah maka jadilah ia.
Buah Muraqabahtullah ialah Al ihsan, dan ia sebuah martabat tinggi.
Sekarang muhasabah lah diri dan ambil peringatan daripadanya.

Istiqamahlah: tetap hati. Allah sentiasa mengawasi kita. Jangan harap pujian manusia dan sedih dengan cacian manusia.

Jujur: Yakin Allah sentiasa melihat kita. Malaikat kiri kanan mencatat walau sebesar zarah amalan kita.

ikhlas: segala perbuatan di lakukan kerana mencari redha Allah. ingat kita kan di hisab di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment