Wednesday 6 April 2011

Al kitab, kisah Buku, bedtime story.

Tu dia............... baru lepas minum susu.




Assalamualaikum, :) Salam salam salam. lama tak buat kata-kata semangat kat sini, menyalin fakta ja, kadang-kadang stress, jadi kita tulis sat ni untuk relekskan minda yang serabut hari ni yang kita sibuk belajar, sibuk mengejar, sibuk berkejar dan bekerja. Santapan Jasmani belaka.(bak kata ustaz azhar). Santapan rohani pun jangan lupa plop. Alang-alang dah terbangun malam ni, gunakanlah masa sebaik baiknya untuk beribadah. Ok? Ganbatte... huhu...


Inilah perbincangan dalam MFB chat room mesia pagi ini.
Apa erti BEBAS.


Kata Ibnu_Haz: bagi sy,Islam tidak pernah mengenal konsep kebebasan. Setiap perbuatan secara mutlak terikat dengan Hukum Allah. Umat Islam boleh melakukan sesuatu sesuai dengan perintah dan larangan Allah semata-mata. kalu bebas hancur...bebas berperilaku,kepercayaan,hak milik,individu


Azuan Naim: Cek tak pernah bebas dari masalah. Kebebasan mengikut ajaran Islam ialah buatlah apa saja jua pun selama mana apa jua perkara yang kita buat atau lakukan itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam atau Syarak 

Komputer patah dua@ azhan:  Dalam kitab maqasid as-syariah al-islamiyyah karangan Ibnu Asyur, dinyatakan bahawa, kebebasan [al-hurriyyah] mempunyai dua maksud, iaitu; Pertama, tunduk kepada makhluk. dan kedua, manusia itu boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu.


Utaiqah:  bebas bererti tidak ada pergantungan mana-mana.


kupu kupu biru: Malaysia negara bebas, kerana boleh pakai apa sahaja di tepi jalan.

Admiral:rakyatnya yg terdiri dr berbilang kaum..dan mampu hidup dgn harmoni

Qaif_Sheikhh: the right to  act or speak freely.

Faruq:  Di tatanan kehidupan Masyarakat modern tak lepas dengan  banyak hal yang bermuara pada arah ke bebasan untuk banyak aspek. Mulai dari kebebasan menyatakan pendapat dan pikiran, perbuatan sampai dengan sepakterjang. Kebebasan menyatakan pendapat dan pikiran.

Kung Fu panda: Bebas dari penjajah.bebas adalah satu pakatan pembangkang.

Amna: it means to have the right to speak for oneself but in limits of my Lord Allah subhanawatallah

 Ibn_Qasim_Al-Haalius_93: hmm.. bleh mlakukan apa shj tnpa skatan..

kopiah putih: bebas ertinya kita bebas memilih, we can do anytin we want as long as it's not out of syariah. mungkin bebas maknenye  bebas memilih samada nakkan kebaikan @ kehinaan, Tak boleh declare kite b'iman tp solat tak dijaga.

kuek: maybe jugak kebebasan dlm mengamalkan peraturan.

Punur: Bebas memilih jalan belajar. Hehe.


(Perbincangan di MFB )


Al kitab baru yang punur ada kini, Buku lama pung belum habis baca lagi. Bertambah koleksi buku, lama lama naik rabun mata, eh betulke kalau baca buku banyak-banyak mata boleh rabun? Tak ada sesaiapa ke nak jawabkan, hehe.  Mari tengok buku apa dan karangan siapa yang Punur ada semenjak jam 9 malam tadi.






Buku Karangan Ibnu katsir  bertajuk Huru hara hari kiamat. Tapi kulitnya bukan begini, ada kulit baru cetakan pertama 2011. keluaran Al Hidayah. tu diaa... 589 mukasurat, berapa tahun nak habis nih, hehe.





 
Erk, kenapa punur ada buku yang ni ye? Adesss.... Secara insiden sebenarnya, tapi tak apalah, dah ter'ada' dah pun, baca je la ye, Karya Ustaz Hasrizal pun mantap inshaALLAH. Boleh belajar gaya penulisan dia. (fikir positif dari sudut lain) hehe.
Edisi istimewa ni kompilasi best seller 3 dalam 1 karya ustaz atau lebih dikenali dengan saifulislam. Nampak macam untuk orang yang dah kahwin je kan, tapi tak apa, kita pandang sudut positif dia, heish... buku pertama ustaz, aku terima nikahnya, murabbi cinta dan bercinta sampai ke syurga dah jadi satu, mudah kan, hehe tapi tu diaaaa 562 mukasurat berapa minit kah perlu untuk menghabiskannya. aduhai..


Jeng3.....Tak sahlah kalau balik rumah tak bawa karya si dia ni, heish.



Taufiqurrahman al azizy, punur mula minat gaya bahasa dan tulisannya semenjak mempunyai, kitab cinta yusuf dan zulaikha lagi, banyak juga karyanya yang dah punur baca. Yang penting kata kata yang mendalam dan cinta pada ALLAH menjadi trademark setiap penulisan beliau amat dikagumi.
Daun pun berzikir, mengisahkan perjalanan pencarian cinta yang panjang yang telah di lalui oleh BRAM. jiwa, harta dan air mata telah dikorbankan. Namun hanya cinta kepada Sang Rabb lah yang dapat merobohkan hati kekasih yang beku. Sesungguhnya, cinta kepada Nya jauh di atas segala cinta dunia. Buku keluaran Pts dan berjumlah 364 mukasurat. Jangan terkejut, huhu, punur boleh habiskannya dalam 2 jam sahaja. heish...


Tanya sama iman apa sebab goyang,
nanti jawab iman,
__________ (smbung sndiri)

Dari santai mind,
Punur kasih.

No comments:

Post a Comment