Friday 14 December 2012

1/2/3/4 H - Qasidah Dauniy Lyrics

Tak lama lagi Program KUIM BERSELAWAT 2 bakal di adakan di KUIM... segala usaha sedang di jalankan bermula minggu lepas lagi..

Hujan mencurah curah di bumi Melaka, tak tahu lah di negeri lain pun sama kan... lama juga blog ni bersarang...
Kesibukan mula menjengah...
Seperti biasa rehat cuma pada waktu solat dan tidur saja..selalu lupa makan dan rehat diri tu memang.... hehe.. sampai kena marah dengan roomate.... inshaallah sebelum mula kuliah.. masa lapang ni sebaiknya lah di isi dulu...
Sewaktu sedang buat kerja di blok bestari, ada seorang ustaz yang kelihatan senior yang sedang melanjutkan kursus KPLI nya di KUIM menegurku... Sebenarnya tahu orangnya memang sangat hebat. Kemudian berbual sedikit demi sedikit sementara katanya pensyarah belum masuk. Dia menegurku yang memakai headphone dan bertanya kamu ni dengar apa... kemudian di jawab, mendengar qasidah, dia berkata oh.. tak apalah.. ianya di haruskan... kemudian dia beralih kepada pelajar yang duduk di meja belakangku. Kemudian dia berkata kepada mereka bahawa lagu itu tak boleh didengari, ia boleh membuatkan kamu lalai.. first time la nampak direct communication dakwah yang seriusly sebenarnya kata-katanya berhikmah (sbb dah agak lupa jadi tak tulis di sini) ... mereka sedang mendengar lagu cintan something... kemudian ustaz tu beralih kepada ku sementara pelajar yang tadi kena tegur terlihat bangun mengubah posisi tempat duduk ke arah yang lebih tersorok....

kemudian kami berbincang mengenai persatuan yang berada di kolej ini dan bertanya bagaimana perancangan program kami untuk mengatasi masalah-masalah remaja zaman sekarang dan alhamdulillah beberapa ilmu yang kami dapat......
Sementara selepas itu, ku terus mendengar qasidah alunan cinta kepada Dia........

Qasidah Dauuni


دعوني دعوني أناجي حبيبي
ولا تعذلوني فعذلي حرام

تعلم بكاي ونح يا حمام
وخذ عن شجوعي دروس الغرام

ومن كان مثلي معنى مضنى
بحب النبي لماذا يلام

لاموني لاموني بحبك راموني
يا قرة عيوني عليك السلام

فؤدي لنحو المدينة هام
وقلبي تولع بخير الأنام

أنا يا ابن رامه حرمت المنام
وزارني سقاما غرامك تمام

Biarlah aku, biarlah aku bermunajat dengan kekasihku;
Jangan salahkan aku, kerana yang demikian itu adalah haram.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Aku telah mabuk dengan arak percintaan.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Ambillah dari dari halku, pelajaran-pelajaran cinta.


Barangsiapa sepertiku, penuh dengan cinta terhadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam;
Mengapa ditegah, mengapa dimarahi.

Mereka tegur aku sebab cinta padamu;
Wahai cahaya mataku, atasmu salamku.

Pimpinlah aku, pimpinlah aku, jangan tinggalkan aku.
Wahai penyejuk mata hatiku, terimalah salam dariku.

Salamku, salamku atas setinggi-tinggi maqam,
Wahai ( Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) atasmu salam.

Hatiku rindu pada Madinah;
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia.

Abdullahmahdi.com

Saturday 1 December 2012

Syair buat Kekasih part 1

Sebenarnya memang sudah lama aku rasa di perhatikan, tidak kurang dari hari semenjak dia membantuku ketika sesat tak jumpa surau di perkarangan kompleks Falak Al khawarizmi. Tapi tak boleh lah bersangka buruk, aku berhusnuzhon. Aku seperti mengenalinya.

" Maaf, surau kat sini kat mana ye...?" aku memandang dia yang memakai vest bertulis kompleks Al Falak. Mungkin dia adalah pekerja di sini.

Dia memandangku kejap. Seperti terkejut. Seperti nampak hantu. Aku pula yang terkedu. Darahku berhenti mungkin.

" Kat tingkat dua, sebelah bilik rehat..."

" Oh... terima kasih..." Aku cepat-cepat menundukkan pandangan dan tanpa sedar di belakangku ada Kak Sarah. Buku-buku yang di tatang ku semuanya berterabur.

" Nisa!!! mana kamu pergi? penat akak round tandas cari kamu..."

Aku menyusun kembali buku ku cepat-cepat. Berharap lelaki tadi tidak memandang kelakuan ku yang kelam kabut kerana malu. Pantas aku menolak tubuh kak Sarah berjalan ke hadapan.

Tetapi hari ini baru aku tahu bahawa lelaki tersebut merupakan pelajar Phd di kolej yang sama dan merupakan anak lelaki pertama dari naqibahku.

" Ummi terlihat gambar kamu dekat hp dia... kamu dan dia ada apa-apa ke Nisa?"

" Ummi.. percayalah kat Nisa.. wallahi.. Nisa tak kenal dia... Nisa tak tahu macam mana boleh ada gambar Nisa.... Maafkan Nisa ye Ummi..."

" eh.. ummi tak marah lah... Ummi.. sebenarnya suka.. kalau Fakhrur Razi suka kat Nisa.. Ummi pun sebenarnya dah lama nak cakap.... Semalam baru ummi dapat tahu perkara ni ... Patutlah Fakhrur Razi selalu nak hantar ummi pergi usrah... ada udang di balik mee rupanya..."

Aku tersipu-sipu malu sebab ummi pun gelak. Mujur aku berdua saja dengan Ummi. Syira dan Aisyah menghilangkan diri apabila ummi beri isyarat tadi.

Sudah pukul 4 pagi. Mataku tak dapat nak lena. Hati kian resah. Kata-kata ummi ku fikir hampir 100 kali.

" Nisa...ummi sebagai wakil dari anak ummi sendiri... nak jadikan Nisa sebagai isteri kepada Fakhrur Razi..."

Aku terkedu apabila terdengar bicara ummi.
Argh!!! tak nak fikir tak nak fikir!!
 Di sisi kulihat Kak Sarah lelap lena. Jam baru pukul 4. Aku bangkit dari pembaringan. Menuju ke meja belajar. Belum dikemas.
Langkahku menuju ke bilik air. Air ku buka perlahan. Kayu sugi ku ambil dari bakul mandian.
Wudhu ku ambil kemas. Mengenang dosa-dosa lalu kuharap diampunkan, di jatuhkan dari sedikit titisan. Mengenang betapa banyak telah ku khianati cinta dengan tuhan.

Hampir 2 tahun ku habiskan masa ku di Kolej. Mengembara jauh untuk ilmu. Aku jadi takut. Gentar dengan ilmu yang di curahkan. Entah dapat aku gapai dan di amalkan.

Sujud akhirku benar-benar sayu. Sujud hasil Solat taubat malam ini tidak sama rasanya seperti malam-malam yang sebelumnya. Kurasakan hatiku benar ada cinta yang memekar. Dalam sujud akhir dari dua rakaat itu jua air mataku tumpah. Tewas dengan kedinginan malam yang menghambar, hatiku berbicara.

' Ya Allah.....
Aku ada Engkau....
Aku jatuh cinta Ya Allah....
Jatuh cinta pada Engkau....
Satu-satunya Cinta yang balasannya Engkau...
Tiada apa-apa yang kuharap selain Engkau...."

Terdiam aku tafakur sementara. Mengenang hikmahnya. Terkadang hikmah yang diberikan itu lebih besar dari segala-galanya. Bukankah yang mengetahui semua hanyalah DIA, jadi siapa kita?.....

Sudah lama kejadiannya, semenjak itu, hatiku benar-benar berhenti berbicara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku melihat di satu sudut kecil. Itulah pertemuan pertama antara aku dan dia, semenjak kami bersama-sama dalam organisasi persatuan  di IPT dan itulah kali terakhir aku mahu berjumpa dengannya.

" Awak kenal Anas?"

" saya tunang dia...."

Aku tersentak. Tunang?

" Oh..."

" Awak dengan dia siapa?"

" Dia kawan saya.. kami sama-sama dalam organisasi ni.. hebat orangnya..."

" Ye... Dia memang hebat orangnya.. dekat U pun.. dia orang kuat...."

Tiba-tiba, Anas muncul. Membawa sebakul Bola yang tadinya di gunakan untuk sukaneka. Aku mulai berpura-pura menyibukkan diri. Dia pasti tidak mengenali aku. Aku berpaling dari wajah Hafizah.

" Hafizah.. boleh tak awak jangan kacau orang? Duduk luar, boleh?"

Aku terkedu.

" Heyy... awak ni dah kenapa.. tak nampak ke kat luar tu panas terik... awak nak saya terbakar...?"

" Siapa suruh awak tak pakai tudung..."

Selamba Anas berkata-kata. Ku lihat Hafizah mengecilkan bola matanya. Kemudian Anas keluar dari situ. Aku pula berpura-pura tidak mendengar.Tertanya tanya betul ke Hafizah yang baru dikenalnya ini adalah tunangan Anas. Kenapa dingin.....

Petang itu, semua peserta keluar berjalan-jalan di pasar, aku pula sibuk dengan pemandangan indah di pantai, kamera ku gunakan untuk mengambil moodku yang hilang. Di tepian, aku menyedut udara segar, ku lihat bot-bot di hias untuk perarakan malamnya. Aku duduk di bangku tepi jambatan. Di situ kalimah suci ku agungkan. Subhanallahi wabihamdihi... Subhanallahi wabihamdihi.... Laut ku pandang sepi. Air mataku jatuh perlahan. Aku bangun dari tempat duduk. Berjalan entah ke mana, apabila ku pandang sekeliling. Aku tak tahu aku berada di mana.

" Astaghfirullah... Nisa... macam mana boleh terleka niiii..."

Aku memandang kiri dan kanan. Tak ada dari kalangan peserta yang ku kenal. Mana tahu salah orang. tapi sesat jalan kalau malu bertanya. Cepat-cepat ku keluarkan hp dari beg tangan.

" Ya Allah.... tiba-tiba time ni nak habis bateri... Aduh....."

Mulalah aksi kelam kabut berlaku, entah bagaimana ketika melintas aku tidak perasan kereta yang menghambur laju. Hampir saja melanggarku, mujur aku sempat kebelakang, tapi entah bagaimana kakiku tersadung dan aku terjatuh.

" Cik... cik tak ada apa-apa?"

Seorang lelaki mendekatiku.

Aku mendiamkan diri. Dia tak kenal aku. Aku tak kenal dia.

" Cik... cik ok ke?"

Aku mengangguk. Perlahan aku berjalan tetapi aku jatuh semula. sepertinya aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya air mataku jatuh jua. Di depan Lelaki itu.

"Eh.. cik.. sakit ke... Alamak... hurm.. cik boleh bangun?"

" Erk.. dik dik.. boleh tolong kakak ni...?"

Dia mengarahkan seorang gadis yang lalu untuk membantuku. Berada di atas beranda entah di mana. Aku sesat.

" Cik.. sakit ke... jangan lah menangis... cik ni pun dalam rombongan kan?"

" Ye..."

" Apa cik buat kat sini... jauh dah ni dari hotel..."

" awak buat apa kat sini...?"

" Saya?... jalan jalan..."

" Saya tengah memancing kat sini.."

Dia gelak.

" Dahlah.. saya nak pergi cari hotel balik..."

Aku bangun. Kakiku sakit ya amat. tapi ku gagahkan jua untuk berdiri.

" Cik sesat ke?"

Aku diam. Aku teruskan perjalanan. Sampai ke hotel aku terus berbaring lemah. Hatiku, kaki, fikiran semuanya melayang.

" Adik... maaf ye.. akak rasa akak tak dapat nak teruskan dengan majlis malam ni.. akak kena balik... kan minggu depan akak dah nak ke Mesir...."

Sengaja ku beri alasan. Lagipun memang benar barangku dan ada urusan yang belum selesai sebelum aku ke Mekah untuk umrah dan terus ke Mesir untuk daurah di sana selama 6 bulan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Ana....."

Aku memandangnya. Ini kali pertama dia melihatku dengan sebenar-benar lihat.
Dia pula yang malu-malu. Aku pun lagi lah malu.

" Budak-budak ni dah malu-malu... Macam nilah... Kami akan menanti jawapan dari pihak perempuan... tiada masalah bagi pihak kami..."

Tuan Farid tersenyum. Aku juga tersenyum kembali. Ummi juga turut senyum. Aku membalas senyumannya dan bila aku alihkan pandangan. Mataku bertembung dengan Fakhrur Razi. Cepat-cepat aku menunduk. Dia melihat aku rupanya. Sebenarnya aku seperti benar-benar mengenali Fakhrur Razi ini. Tetapi ingatanku tak dapat nak mengimport segala ingatan. Mungkin kesan kemalangan di Mesir membuatku sedikit lupa.

 Aku menarik tangan Abah.. dan berbisik perlahan... Mataku tetap menunduk.. dan akhirnya aku tersenyum..

" Alhamdulillah... Puteri saya setuju...."

Hatiku terasa ketenangan. Hanya daripada Allah ketenangan ini datang. Setelah 2 bulan, aku berdiam diri dari membuat keputusan, menanti jawapan daripada Allah swt. Dan inilah pilihannya... tiada ilham mimpi yang aku dapatkan... cuma ketenangan hati saat ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Maaf.. tak datang meeting... jumpa kak Nisa sekejap tadi... Dia kata dia minta maaf sebab tak dapat hadir jamuan sebab dia kena pulang ke kampung and then minggu depan dia akan ke mesir teruskan pengajian..."

Anas memandang Sharifah.

" Nisa.. ada kat sini...?"

" Ye.. tapi.. dia dah balik dah....Oh ye.. Abang Anas.. ni gambar-gambar dalam program.... "

Sampul di ambil. Anas membukanya perlahan. Satu persatu gambar diurai. Terlihat sekeping gambar wanita berpurdah yang ditemuinya di tepi jalan kemarin.

"Sharifah... Siapa ni..." Anas menunjukkan gambar wanita itu.

" Nilah Kak Nisa..."

" Nur.... Nur Annisa...?"

" Ye.. kak Nisa banyak bantu untuk program ni... Sayangnya malam ni dia tak dapat bersama-sama dengan kita..."

Anas terkedu. Dia sudah berjumpa dengan kekasih yang ingin di lamar secara realiti. Hakikatnya....
Anas dihurung sepi. Di hatinya benar-benar ingin berjumpa dengan Nisa. Namun, Hafizah yang tiba-tiba muncul membuat dia gundah. Gadis yang selama ini mengejar-ngejar dirinya. Mengaku dirinya tunangan Anas, Sedangkan Anas sendiri tidak pernah membuat apa-apa pernyataan. Mencintai Hafizah juga tidak. Mujur Hafizah adalah sepupunya.

Dia merindui Nisa. Selama 2 tahun Nisa mendiamkan diri. Setelah diangkat janji untuk menikahinya. Walaupun mereka kenal hanya dalam laman Maya.. tetapi.. dihatinya terbit rasa sayang buat Nisa, mahu Nisa menjadi yang halal buatnya.. Begitu juga Nisa.. mengiya untuk dipersunting setelah selesai pengajian ... Nisa yang dikenalinya hanya dalam dunia maya selama hampir 4 tahun..

Nisa : Saya nak minta tolong....

Anas : Tolong apa?

Nisa : Tolong setia....

Anas: hurm? Saya kata dah kan... saya akan setia...

Nisa: Tolong setia dengan Allah dan Rasul... Tolong setia dengan perjuangan... Tolong setia dengan hati sendiri....

Anas: Hati kerja Allah swt....

Nisa: Asbabnya dari awak....

Anas: mudah mudahan saya setia... sampai syurga...

Mesej-mesej akhir dari Nisa sebelum dia terus menghilangkan diri.
Hatiku tertanya tanya tanpa mencari jawapan.
---
Manakala aku ragu dan keliru. Apakah benar semua yang dikatakannya? Akal mengiya dan hati membenarkan. Inilah masalah remaja. Semuanya indah belaka. Namun, Anas seorang yang menjaga.
Aku takut dengan jatuh cinta, Takut semuanya dusta belaka. Takut akhirnya semua menjadi habuk tanpa cerita. Namun aku yakin. husnuzhon terhadap pilihan ini.

Lantas aku bawa diri ke Mesir. Bumi di mana dengan izin Allah harapku untuk melupakan Anas yang hadir. Padahal Jauhnya aku pergi selama setahun yang dulu adalah untuk menguji dirinya. Apalagi yang boleh aku katakan, ini lah akibatnya bila hati yang bicara, mencintai manusia biasa yang akhirnya membuat aku lemah. Apalagi bila Anas adalah lelaki yang hadir dalam hidupku buat pertama kali. Anas yang bila aku mendengar namanya jantungku jadi berhenti, tanganku goyah apabila menulis.
Biar aku diam. Ku yakin jika jodoh pasti akan berjumpa kembali. Ternyata kami berjumpa tetapi tidak dengan empat mata. Janji-janji yang dulu ku anggap telah luntur ditelan lautan ombak. Ku biar ia karam di lautan.

Di depan mata kami wujud perjuangan. Maka perjuangan ini lah yang diutamakan. Aku perlu mengenggam agamaku biar tidak rapuh dek hujan dan panas dunia dalam diriku. Aku lepaskan dia kerana DIA. Bagiku itu lebih bermakna. Siapa yang faham hati manusia? Sebenar-benar hanyalah DIA.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

" Belajar mana dulu?" Aku bertanya ketika Fakhrur Razi sedang membakar ayam dan bahan-bahan lain di atas pemanggang di halaman rumah. Ini kali pertama aku benar-benar melihat wajahnya. Aku merasakan sesuatu. Seperti sudah lama aku mengenalinya. Sementara ayah dan ibu kami tidak berada jauh.

" Maahad ..."

" Je... Ummi kata enta ni belajar di Indonesia.."

" Ijazah kedua di Aceh..."

" oh... Sebelum tu?..."

" Maahad.."

Aku kepelikan. Dia seperti gusar, tak nak berbicara dengan aku. Redupannya dingin.

" oh... dah lama kerja dengan Al khawarizmi?"

" bukan pekerja.. cuma sukarelawan..."

" oh...."

" Bila habis belajar?"

" Tahun ni... lagi 6 bulan.."

" Teruskan belajar... hingga ke syurga..."

Aku terkesima... Ayat yang seperti biasa aku dengar dan cakap... tapi...

" Nisa ni hebat orangnya. perintis dakwah dalam kolej..." kedengaran ummi pula bersuara. Aku menunduk.

" Tak sabar rasanya... tinggal lagi seminggu je tarikhnya..."

Aku mendiamkan diri. Meletakkan pinggan di atas meja dan kemudian masuk ke dalam rumah.
Aku masuk ke dalam bilik. Kepalaku sedikit pening. Ku dekati cermin. Ada bekas jahitan yang panjang di kepalaku berdekatan dahi. Ku sentuh perlahan. Sakit rasanya apabila cuba untuk mengingati sesuatu. Mungkin kah sebenarnya aku kenal dengan Fakhrur Razi?


bersambung.....

Tips bahagia!!!



Ramai yang kata susah nak ceria dan bahagia....
Padahal senang je.....
Hidup ni terlalu singkat nak di bebani dengan seribu masalah...
Jadi...
Rileks je~~~~

Saturday 6 October 2012

6 oktober 1993

6 Oktober tahun masihi hampir berakhir, maka bermulalah satu tahun umur yang baru untuk ana. umur yang semakin meningkat dan sedar-sedar kematian semakin dekat.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa... cuma sentiasa terfikir bahawa dalam 19 tahun kehidupan adakah yang telah di lakukan untuk umat dan masyarakat... Bertanya-tanya pada diri sendiri.

Apapun, syukran pada yang telah wish....  inshaallah... dan kebaikan untuk kamu juga.. ^_^




Friday 5 October 2012

Sanah Helwa umi!!!


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine

And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me

There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only god knows how much you mean to me


Friday 28 September 2012

Catatan Asing

Sayup-sayup,
Hatiku terus terdiam,
Meratapi kesunyian dan kesepian,
saat aku keseorangan dalam liku-liku kehidupanku.....


Aku cuma An nisa,
wanita biasa yang terus di tarbiah dalam kealpaan,
jiwa yang lembut terus terhayun dengan buaian didikan,
Lantas membesar menjadi rantaian pengikat kasih rabbku......


Hati jua pasti terbisik,
Entah bila belahan jiwa akan hadir,
Datang melamar hati,
Bukan sebagai kekasih harami,
Tapi melalui ikatan ijab dan qabul insani.....


Fitrah sebagai pemuda pemudi,
Ku simpan dulu dalam hati,
Andainya ada yang mengetuk pintu ini,
Biarlah sehingga tiba waktunya dia menanti........


Lafaz yang tersimpan,
nantinya akan berarti,
Kerana Agama aku memilihmu,
Bukan kerana zahir aku ucapkan cinta padamu.......



Sehingga akhirnya Baitul Muslim terwujud, begitu juga diriku sedang menyiapkan diri untuk berada di bawah pimpinanmu dalam Baitul Dakwah... Dalam mendidik anak-anak kita... Dalam menjadikan diri sebagai anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapa kita...



 Sebagai hamba Allah swt sepenuh masa, kekasih kita, Rasulullah saw, sentiasa tanamkan dalam apa sahaja perbuatan rasa cinta kepadanya, sehingga setiap perbuatan kita adalah perbuatannya, Dalam setiap perbuatan... Kullu amalin........

a


Dalam perjuangan ini, perjuangan dakwah yang tak akan pernah berhenti, Diriku tidak mengharapkan kebersamaanmu bersama di sisi, kerana infaknya jiwa dan ruhmu hanya untuk deen....... Begitu juga diriku... Aku akan setia menanti di rumah, menjaga kehormatanmu, mendidik amanah Allah swt... taat sekiranya dirimu taat pada Rabbuna..... Dan biarkan kami Mati sebagai mukminin Ya Rabb.....



Namun... Diriku amat menyedari... Jalan menuju ke Jannah itu penuh dengan duri dan halangan... Maka memang hanya kepadaNYA kita mohon pertolongan... Doa sebagai pengikat segalanya... Yakin dalam jiwa.... Justeru itu, kita sepatutnya bersama berdua tetapi letakkan Allah swt di tengah-tengah kita.. agar kelak tiada kecewa hingga akhirnya...


Jika tiada jodoh, bukan salah kita dalam menilai dan mengerti kan atas kehidupan..... Kerana sememangnya Allah telah menuliskan segala-galanya... Dia yang lebih tahu tentang hambaNYA tidak kira dalam apa jua keadaan.... Belajar ikhlas kerana Allah swt....



sehingga satu saat, yang perlu ada cuma kesabaran, ikhlas, redha, doa dan tawakal.....
have big happy family inshaallah...


<3 <3 <3
Gadis yang mencintai agamamu....
PunurKasih

Thursday 20 September 2012

Jejak kasih pencinta

Bismillahirahmanirahim...

Terasa masa bagaikan begitu sempit padahal ada saja ruang untuk berfikir. Ana mencuri masa beberapa minit untuk menulis. Rindu benar pada penulisan.

Exam tak lama lagi menjelma. Justeru segala masa juga akan di curi. Betapa singkatnya minit dan saat yang kita terima dan atas apakah masa itu kita manfaatkan? Sedih benar dengan keadaan dunia tetapi teringat kata-kata abuya Abu Aswadi bahawasanya dunia ini terlalu singkat untuk kita berfikir mengenai seribu masalah. Jangan campuri urusan Allah swt. Adapun jika banyak masalah yang kita hadapi sebenarnya bukanlah masalah tetapi hanya cabaran dan ujian buat manusia. Bukan kah Allah menciptakan kita untuk menguji keimanan kita? Adapun maksud masalah yang sebenar adalah sesuatu yang tiada jalan keluar dan penyelesaian. Masalah yang paling besar sudah tentu apabila kita meninggal dunia nanti. Tiada jalan penyelesaian. 

As-Syeikh Al-Ustaz Abu Aswad Bin Zakaria @ Yah Bin Yussof Bin Salleh Al-Azmat Khan Al-Husaini

Abuya memanggil ana dengan nama Nur. Nama Nabi saw sentiasa meniti di bibirnya, dan matanya selalu basah gara gara tangisan kerinduan. Pernah sekali ana berkata pada Abuya. " Ammi, nur ada cita-cita nak mimpi Nabi saw" Lantas tidak sempat menjawab, ana lihat mata abuya terpejam rapat dan hidungnya memerah, airmata yang jatuh diseka segera dengan jari.
" Semua insan mempunyai cita-cita seperti itu, perbanyakkanlah selawat inshallah pasti akan bertemu Nabi saw dan sekiranya Nur bertemu Nabi saw nanti sampaikanlah salam ammi padanya..." 
Lalu airmata turut mengiringi kata-kata abuya. Tangisan kerinduan buat seorang kekasih. Justeru Hati ini terus mengislah. Siapakah yang paling di cintai di dunia ini. Ibu? ayah? la' tidak beriman seseorang melainkan apabila dia mencintai Nabi saw melebihi apa sahaja. :'( 





Pencarian ilmu perlu diteruskan,
Meski kakiku tidak mahu melangkah ke depan,
Akulah pengembara  yang kehinaan,
kerana dulunya dunia menjadi kecintaan.

Sampai bila hendak berhenti,
dari memikir dunia yang tak abadi,
sungguh dina diriku ini,
lebih dari sang pipih.

Cinta duniakah yang aku cari?
lantas tubuhku takut akan mati? 
Lalu kemanakah tujuanku?
Sedangkan Allah dan Rasul menjadi maksud.

Berbicaralah sang abid,
apabila hati diisi dengan satu,
tidak boleh masuk lagi satu,
hati lah tempat berbisik,
dalam jaga ku mencari tuhanku. 







Friday 14 September 2012

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis

Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."
Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..
Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?
Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"
Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! 
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan
yg membimbingku pada kebenaran..
Aku telah datang pada Mu, maka
kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku 
kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.
===> Pengislahan diri.. cinta dunia atau cinta mati... wallahi... takut akan kedua duanya... :(

Tuesday 4 September 2012

Rindu

Tidak tahu kenapa, hati rasa merindu....
Walaupun ia bukan satu kesalahan...
tetapi hati ini tetap menidakkan...

Tidak tahu kenapa....
hati terus berguncang hebat...
Rasa ingin itu memberat....
Bagai badai yang terhempas sarat...

Ini adalah kegembiraan....
Merinduinya bukan suatu sesalan...
bukan juga sebuah alasan...
tapi inilah taqdir DIA wahai Tuhan.....

Rindu ini ku jadikan sebagai sempadan...
Meski hati menangis berpanjangan...
Cinta DIA yang kau kejar....
Hingga aku turut tersadai padamu.....

fitrah ini membantutkan jiwaku untuk bernafas,
Lelah,
amarah terus mengguncah...

Sudah letih bibir bicara...
mengeluh kesah pada Sang Rabbi...
mengadu bahawa hatiku terusik...
dengan hadirnya seorang insani...

Insani Sang Rijal yang kuat berpegang pada hati....
Meski kedatangannya tidak pasti...
adakah khayalan atau realiti...
Kerana diri tidak pernah bermimpi...

Rindu rindu rindu....
Rindu ini terus hadir bergetar...
menyelinap dalam darah...
menyucuk-nyucuk jiwa...
Rindu ini membuatkan ku parah...
dalam mengenal erti dunia...

Kita takkan pernah kenal apa itu cinta..
kerana kita hanya kenal erti perjuangan....
dan perjuangan kita itu bermula di sini...
di hati....

Perjuangan yang belum selesai sehingga kita sampai kepadaNYA....
Itulah kita...
dan diri ini akan terus berimpian...
walau jasad penuh kelukaan...
Biar di rawat oleh yang Pakar...
DIA yang memberi nya.....

Berat merindui..... di ekspresikan di sini... jika dirimu membacanya... ketahuilah diriku merinduimu.... :(

Thursday 30 August 2012

Jejaknya cinta itu

 Man Mistlu Ahmad = Siapa yang seperti Ahmad S.a.w
من مثل أحمد في الكونين نهــواه...آآآه بدر جميع الورى في حسنه تاهوا الشمس تخجل من أنـوار طلعته..آآآ حارت عقــول الورى في وصف معناه تبارك الله ما أحلى شمــــــائله...تبارك حــاز الجمال فما أبهى محيــاه هذا مليح وكل الناس تهواه....آآه وسائر الخلق في أوصافه تاهو يـا عرب وادي النقا يا أهل كاظمة...ياا في حيـكم قمر في القلب مـــأواه صلى عليه إلـه العرش مـــا طلعت...صلى
 شمس ومـا قد حدى الحادي مطاياه
Jikalau blog ini adalah sebuah sarang labah-labah, pasti sudah banyak labah-labah yang menetap di sini ye... :) 
Lama sudah tak update blog, kesibukan yang menggunung tinggi sehingga rasa tak mampu dah nak panjat gunung tersebut, Kesusahan dan kepayahan dalam menuntut ilmu benar-benar terasa. Betullah kata-kata yang berbunyi, lebih banyak dugaan dan rintangan dan kuat pula godaan syaitan terhadap mereka yang belajar agama. Diri pula terus memaksa hati untuk cekal dan tak mengalah walaupun terkadang stress menimpa. Inilah Jalan jihad kami.. " Ya Allah sudilah memandang kami"... Teringat kata-kata Murabbi. Putus asa itu tidak pernah ada dalam kamus seorang pejuang.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  Al baqarah 218
 
Ya. inilah sebenarnya matlamat sebuah perjuangan. Menuntut ilmu bukan sahaja sebuah cabang  jihad malahan amanah dari keluarga tercinta bahkan penguat diri dalam menyediakan akal untuk berfikir dan jiwa untuk merasa. Dunia ini begitu besar dan ilmu Allah swt begitu luas. Tak kisahlah kita belajar tentang apa sekalipun niatkanlah dan matlamatkanlah apa yang kita belajar itu kerana Allah swt dan perjuangkan lah islam meskipun kamu hanyalah seorang petani yang bercucuk tanam di sawahan. Allah memandang usaha kamu. " Ya Rabbi, sudilah pandang kami" 
Terkadang diri menyandar di tiang sahrawi, memikirkan pelbagai perkara, konflik, umat, pelajaran, persatuan, keluarga dan macam-macam memasuki carta fikiran perlahan-lahan sampai pening Ibni nak mendengar segala kata-kata ana kemudian kami bermusyawarah. Terasa diri ibarat tidak bermanfaat buat umat, keadaan sejagat, Rohingya, Palestin, Iraq, Syria dan Malaysia tanah air ini yang tercinta.
Setiap hari memikirkan perkara ini membuatkan hati menjadi perit dan lebih tersayat. Sering kali saja berkata pada diri " Aku tidak berguna untuk umat". Mulalah syaitan-syaitan menusuk jarum membuatkan diri ini berputus asa. 
 "Mereka menjawab, "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa". Ibrahim berkata, "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat". (Al Hijr 55-56)
Jangan mengalah meskipun baru kalah! Subjek-subjek pelajaran pula makin menekan. Barulah rasa sengsara belajar undang-undang yang manusia buat kerana memang terdapat banyak kecacatan. Tak syumul untuk digunakan. Mengimpikan suatu hari nanti hukum-hukum Allah akan tertegak di bumi Malaysia apabila sudah tidak ada lagi zina yang berleluasa. Tidak ada lagi Riba'. Semua kembali kepada Islam sepenuhnya. Kembali kepada  Islam adalah satu-satunya jalan penyelesaian masalah yang paling berkesan. Maka, sekiranya kamu seorang engineer sekalipun, jadilah seorang engineer islam yang berjaya untuk  membantu umat lainnya. 
Perkembangan diri ana pula, semakin hari memang semakin sibuk. Oh ye, Eid Mubarak di ucapkan kepada semua sahabat yang kenal dengan Punurkasih. Taqaballahu minni wa minkum!! Setelah selesai program-program BADARKUIM di Kolej, memasuki fasa-fasa bulan puasa. Kesibukan sentiasa menghimpit. Malam sudah jadi siang, dan siang pula kekal dengan cahaya mataharinya. Ramadhan kali ini sekali lagi terai di Kolej. Program Jalinan Integrasi Ummah kerjasama dengan Uitm di antara program besar BADAR setelah Kem kelana Tarbiyyah. Alhamdulillah, tak sedikit yang mengikutinya dan mereka adalah insan-insan terpilih dalam bersama-sama meneruskan kerja agama. Memang penat ana akui, tetapi di sebalik itu sebenarnya terdapat pelbagai nikmat yang di rasai. Nikmat ukhwah terutamanya. Kuim Berselawat juga begitu, nikmat ukhwah dan nikmat mendapat ilmu.. MasyaAllah.. tak terhitung Allah bagi kita nikmat. Maka, nikmat tuhan yang manakah engkau dustakan? ( Surah Ar rahman) Hati ini perlu di jaga dan di belai dengan ingatnya ia kepada Allah swt.. Namun jauh di lubuk hati ini rasa sunyi meskipun ada segalanya... tetapi belum tiba masanya sekarang... Perlu ada penantian... Perlu ada kesabaran... Seperti sabarnya Siti Khadijah menemani Nabi saw... Seperti setianya fatimah terhadap Ali... Kisah cinta bukanlah seperti romeo dan juliet... ia menuntut satu tanggungjawab dan taqwa kepada Allah swt... Hanya jalan pernikahan yang menghalalkannya... Meski dirimu bukan untukku... dan jika aku bukan untukmu... itulah taqdir Yang Maha Mengetahui.... bukan kebetulan... Yakinlah pada ketentuan... Kita berada di atas garisan yang benar.... Redha Allah menjadi tujuan.... Fitrah suka cakap mengenai cinta semua orang ada.. jadi jangan terkejut tiba2 ada puisi ni.. :D Jadi... jom jejaki cinta pertama kita.... Cinta Allah swt...
2010
 

Saturday 7 July 2012

Hati yang berfatwa

Wahai ukhti muslimahku, tanamkanlah azam membumbung untuk menjadi hamba Allah yang taat, remaja yang beradab, anak yang solehah,isteri yang disayangi, ibu yang berakal,pendidik yang bertaqwa, penulis yang tajam penanya, mujahidah yang beriman serta inginkan mati syahid di jalan Allah.

Ada sesuatu yang sering kita lupakan apabila membuat keputusan. Terkadang keputusan yang di lakukan itu adalah keputusan yang memkhinzir buta. Keputusan yang boleh jadi datang dari hati dan akal namun dikuasai hawa nafsu dan bisikan syaitan. Itulah manusia. Sifatnya tidak pernah mengurang yakni terburu-buru. Terlupa kita sebentar pada sebetul-betul cara dalam islam untuk meminta petunjuk dan pendapat dari Allah swt. Diajarkan kita untuk berdoa kepada Allah swt dan menyerahkan segala pengharapan padaNya sebelum bertawakal membuat keputusan dan redha dengannya. Solat isthikharah, memohon bantuan daripada Allah swt. Sekurang-kurangnya hati kita mampu berfatwa dalam keadaan yang segar. Kecenderungan yang ditunjukkan dalam membuat pilihan akan terhindar dari segala kekangan. Contohnya apabila meminta di beri petunjuk oleh Allah swt berkenaan dengan soal jodoh.

" Ya Allah, andainya engkau mengetahui bahawa dia adalah jodohku dan dialah yang terbaik buatku untuk agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat. takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah dia untukku.." 

Namun bukankah sebaiknya kita dekatkan diri dengan Allah swt agar jiwa dan hati akan sentiasa lebih tenang dalam membuat apa jua keputusan. kemudian sekiranya keputusan yang datang pada kita itu adalah baik dan hati kita cenderung kepada yang baik dari sudut agama dan akhlaknya. Dia pilihanku dengan izin Allah swt.

Mulai merencana saat ingin merisik seseorang:

1. Merisik agama dan akhlaknya melalui ustaz yang soleh. Sahabat yang thiqoh.

2. Majlis taaruf di kampus bertemankan ustaz. (langkau saja proses ini sbb sy pemalu~~~)

3. Berkenalan dengan bakal ayah dan ibu mertua. Mengambil berat dulu tentang kesihatan mereka. Bina tautan hati melalui telefon.

4. Melobi ibu bapaku supaya berukhwah dengan keluarga bakal isteri melalui telefon.

5. Membawa keluarga menziarahi keluarganya. Risikan dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

6. Bertunang. Menjaga adab-adabnya. Tidak mencuri fokus bakal pasangan dengan mesej kosong atau panggilan telefon tanpa urusan. Berhubung hanya untuk keperluan.

7. Bernikah dengan kemenangan tidak melakukan apa apa perkara yang menghampiri zina dalam tempoh merisik dan bertunang. Indahnya!!

Dalam ketenangan yang indah, termeterailah sebuah janji yang saksinya hanya ilahi. Akan kupegang janji ini dan tidak akan ku khianati. Aku tahu, sebagaimana pernikahan boleh diputuskan, janji pertunangan juga boleh di putuskan jika ada sebab-sebab yang mendesak. Aku mahu janji ini kuat, Maka aku akan memilih cara yang terhormat. Apabila tiba masanya, janji ini akan jadi lebih istimewa apabila melibatkan ibu bapa. janji ini lebih berkat apabila bersendikan syariat dan meraikan adat.

Keputusan yang perlu di buat mempunyai impak yang begitu besar dalam hidupku. Maka sudah tentu soalan ini perlu diajukan dahulu kepada Allah kerana DIAlah yang Maha Mengetahui.
Mungkin si dia nampak elok dan baik di mata, namun belum tentu dia sesuai untukku. Mungkin hati mengatakan setuju, namun belum tentu dia akan kumiliki. Sesungguhnya kemampuan seorang manusia amat terbatas meskipun ilmu penuh di dadanya. Aku yakin, tidak rugi orang yang beristhikharah dan tidak menyesal orang yang selalu bermusyawarah.

Mata manusia boleh jadi benar dan boleh tersilap. Bukan faktor itu yang menjadi sebab utama tanganku di tarik untuk membalas. Aku inginkan sebab yang abadi agar cintaku abadi. Kecantikan sementara, kekayaan fana dan lakonan sandiwara bukan sebab-sebab yang abadi untuk kujadikan sebab cintaku ini. Hanya satu yang abadi, Cintaku padanya kerana ilahi. Akan ku buktikan dengan menjaga syariat.

Energi untuk memajukan diri terasa di cas hebat. Aku bermuhasabah niat. Allahlah yang paling berhak untuk ku cintai. Allahlah sumber motivasi. Allahlah penggerak amal hudipku ini. Jika aku lakukan semua ini kerana makhluk, bimbang nanti di akhirat, tika aku mengemis pahala amalan daripadaNYA, Dia melemparkan segala amalan ke mukaku.

Cukuplah interaksi sekali sekala membuktikan silaturahim tidak terputus. Itu pun atas sebab urusan dan tidak memberi mesej melekakan. Bukannya berinteraksi selalu yang membuat ingatan pada Allah pula yang terjejas. Bukan pula tidak berinteraksi langsung yang membuatkan masing-masing dalam dilema dan dibelenggu tanda tanya. Bersederhana dan dipantau orang tengah lebih menenangkan jiwa.

Aku lebih memilihMU daripadaNYA.

Sehingga tiba saat dan masanya. Bergeraknya kalam dan tutur ilahi. Akan ku sabar dan menahan setiap detik. Biar perit itu kelak di ubah menjadi sebuah fe'eli yang halalan toyyiban. Inshallah. Keberkatan daripadaNYA lebih ku rindui.

Salam Cinta
(sumber cintaku kerana agamu: Dr Farhan Hadi) 

Sunday 1 July 2012

For the rest of my life means sepanjang hidupku....



Aku bersyukur kau di sini kasih,
Dikalbuku mengiringi,
dan padamu...
ingin ku sampaikan...

kau cahaya hati,
dulu ku palingkan diri dari cinta,
hingga kau hadir ubah segalanya,
inilah janjiku kepadamu...

sepanjang hidup bersamamu,
kesetiaanku tulus untukmu,
hingga akhir waktu,
kaulah cintaku....

sepanjang hidup,
seiring waktu,
aku bersyukur atas hadirmu,
kini dan selamanya,
aku milikmu....

ku yakini hatiku,
kau anugerah Sang Maha Rahim,
Semoga Allah berkahi kita...
kekasih penguat jiwaku,
berdoa kau dan aku di jannah..


ku temukan kekuatanku disisimu,
kau hadir sempurnakan seluruh hidupku,
inilah janjiku kepadamu...

Yakini hatiku bersamamu, 
ku sedari inilah cinta,
Tiada ragu dengarkanlah,
kidung cintaku yang abadi.....




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
 
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Finally now I've found myself I feel so strong
Everything changed when you came along

And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
 
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
 
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
 
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Tuesday 26 June 2012

Alfasholallah


Rabbi anzilna bifirdausi maah.... 

Wahai yang terus ku cintai, 
ku mohon pada Rabbku agar cinta padamu terus mekar,
meski tersiksa ku di angkat dengan kerinduan,
kerana wajib aku megharungi hidup di dunia yang fana,
sebelum kau ku temu di sana.

Wahai yang terus ku rindui, 
Cinta ini tak pernah terbatas untukmu,
ia menuntut aku terus memberi al hubb kepadamu,
selawat dan salam ku ke atasmu,
Kerinduanku memuncak wahai kekasih.

Seribu tahun lagi tak sanggup ku jalani,
apabila hatiku di pasung rindu pada kekasih,
Sudah tidak ku endah diri apabila terlihat kau di Al kauthar,
itulah saat yang aku nantikan,
kerinduanku bahkan takkan pernah berakhir ...

Allahumma solli ala saidina muhammad saw.....

Monday 25 June 2012

Pertemuan dan perpisahan

Bismillahirahmanirahim,


( Post kali ini ditujukan khas buat ukhti yang sama-sama kami berjalan dalam mentarbiyah diri, Madam Ain)

Pertama-tama sekali, segala syukur di panjatkan ke hadrat ilahi, kami bertemu dan berpisah kembali kerana Allah swt. Teringat pula pesan Hauratul Hadid apabila diri begitu sayu ketika berpisah dengan ukhti yang tercinta kerana Allah swt.

" Sekiranya takut dengan perpisahan, jangan sesekali bermain dengan pertemuan"

Rancangan Allah swt sangat lah terbaikkk. kami dipertemukan tanpa kami sedari bahawa kami kenal.

Sem lepas, duus perlu mengikuti subjek English language profiency, dan di antara makhluk yang berada dengan duus adalah ana. Miss Ain yang ana tak pernah nampak langsung di KUIM masuk buat pertama kalinya dalam kelas ana dan dari situ lah kami berkenalan. Dia mengajar dan ana pula adalah muridnya. Dalam kelas, ana memang selalu diam, sebab ana simpan power testing cakap BI ana kat luar bukan dalam kelas (alasan bila lemah BI). Mis tak benarkan pelajar cakap bahasa melayu dalam kelas, kalau tidak, pelajar itu akan di cubit oleh temannya sendiri. Jalan tengah adalah mendiamkan diri dalam kelas .. :D bukan tidur ye~~~~

Pada masa yang sama, setelah kehilangan setahun didik Pentarbiyahan dalam diri. Ana usahakan juga mencari jemaah ana kembali di Melaka. Medium yang menjadi asbab ana bertemu kembali dengan jemaah ana adalah FB. Ana berkenalan dengan Umi, akhwat dari terengganu yang kemudiannya memperkenalkan ana dengan ummi kamariah. Pada mulanya ana bimbang. Ana susah nak keluar dari KUIM, kerana tempatnya yang agak mendalam. Ana hanya menanti waktu-waktu pentarbiyahan tersebut bermula. Pengisian jiwa dan rohani yang kosong dalam diri. Ummi kamariah kemudiannya memberi nombor telefon ana pada seseorang yang ana kenali sebagai Nurain. Kemudian Nurain ni pun mesej la ana, dan bertanya sama ada ana bekerja di KUIM. ana pun jawab la ala kadarnya. Rasa saspens killer pun ada.

Satu hari, semasa kursus pengurusan jenazah di jalankan. Ana di gemparkan dengan mesej yang diterima Hauratul Hadid dari Mis Ain. lecturer kami. Ana mula target, mungkin mis nak bagi mark lebih.. haha... tetapi rupa-rupanya mis Ain ni lah Nurain yang umi kamariah.

Seandainya semalamnya aku tidak bertemu dengan dirimu,
pasti kehampaan melanda tangkai jiwa batinku,
yang gersang kerana hilang,
hilang dari pandangan mata hati sendiri,
Di situlah titik pertemuan kita,
yang Allah swt titipkan buat kita,
dan pertemuan ini hanya keranaNYA.....

Segalanya adalah Taqdir Allah swt. Tiada yang kebetulan di dunia ini ( cinta kun fayakun: A ubaidillah Alias). Begitu juga kata hati ku. Bahawa hidup ini tiada yang kebetulan. Segalanya telah di tentukan dan haq. Sesuatu itu hanyalah asbab dan musabab itu adalah Allah swt. Mis Ain lah yang membawa kami bersama-sama mengikuti pentarbiyahan hati dan jiwa setelah setahun lama ku tinggalkan. Susuran hari-hari di KUIM memperkuatkan hatiku dengan bersama bergerak untuk Badan Dakwah di sini yang baru membangun. Rasa diri ini sungguh tidak layak kerana masih lopong jiwa dan rohaniku dalam mengejar cinta dan cita-citaku satu-satunya Allahu Rabbi!!! Jatuh bangun dalam jalan dakwah ini hanyalah baru seperatus yang kurasakan. Umur makin meningkat dan amanah semakin berat kurasakan dalam diri. Kami berjemaah pergi mengikuti program, ibni, aisyah, Mis Ain dan ana. Mis punya ceritanya sendiri. Yang pasti menjadi rahsia antara kami bertiga. We love u bcos Allah swt Mis.. (hancuq BI cek) hohoho... Sekarang, Mis dah jadi Madam, kena ikut lah suaminya berpindah ke perak sudah. Jadi berpisah lah kami sementara~~~ Barakallahu lakuma, wa jamaah bainakuma bil khair.

Pentarbiyahan ini masih belum berakhir. Ia sekadar koma, bukan tanda titik. Pentarbiyahan jiwa ini akan tetap berjalan, meski perih dan getir yang melanda. Yakinlah bahawa segalanya Allah telah tentukan.


kan ku titipkan seluruh kata2 buatMU
kan ku serah darah dan keringatku hanya pada jalanMU
kan ku rampas dunia sehingga ku tega tunduk padaMU
Kan ku berikan seluruh jiwa dan ragaku hanyalah untukMU
wahai cintaku, hidup ini hanya untukMu
Biarkan aku menjadi mabuk dalam cinta yang parah ini,
sehingga derah menjadi keringat ku kerah
hanya kerana cinta padaMU....

semester ini baru bermula, dan kelak , pasti cepat ia berakhir. Begitulah fitrah kehidupan, manusia datang dan pergi. Yang berpisah kan bertemu kembali dengan izinNYA. Meskipun perpisahan itu adalah suatu perkara yang memeritkan, namun perpisahan juga lah yang mengajar kita erti untuk meneruskan kehidupan. Cinta yang membuat kita begini, cinta keranaNYA. :)


Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali... Simpan masa indah kita.. sebiru hari ini!!! yeah!!! Love u mis Ain bcos Allah swt...

Monday 18 June 2012

Kuliah Ad dhuha pondok Baitul Qurro

Bismillahirahmanirrahim, :)


Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Hj Zulkifli Ismail Bin Ismail. [Mudir]

Alhamdulillah, puji pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas nikmatNya hari ini. Dengan kasih sayangNya kita masih bernafas, menghirup udara segar  yang diberikan secara percuma oleh Allah swt. Dengan CintaNYA, kami bersama-sama dapat ke kuliah ustaz, memburu secebis ilmu dari tuan guru yang dimuliakan. Inshallah, sesuatu yang baik untuk di lakukan dengan niat yang ikhlas akan sentiasa di bantu Allah swt. Jadi jangan bersedih sekiranya kamu belum mendapat apa yang kamu mahukan, barangkali ia berada dekat dengan kamu yakni sesuatu yang kamu perlu. DIA maha mengetahui, dan kita tadak tahu. :)


Hadis hari ini:

" Jauhkan diri kamu daripada takbur, kerana iblis itu disebabkan oleh takburnya enggan ia daripada bersujud kepada Adam dan jauhkan diri kamu daripada loba (tamak), kerana Nabi Adam itu membawa akan dia oleh lobanya kepada memakan buah daripada pokok yang di larangi akan dia memakannya. Jauhkan diri kamu daripada hasad kerana 2 putera Adam, Qabil dan Habil membunuh satu akan lain tak bukan dan tak lain daripada hasad. Al hasil tiga perkaa itulah asal bagi kejahatan" ( Riwayat Ibnu 'Asakir, daripada Ibnu Mas'ud)


Penyakit hasad, tamak dan takbur ini adalah penyakit hati dan jiwa yang sangat berbahaya. Jika sudah lama bersarang alamatnya rosaklah hati kerana penyakit yang berat ini menghalang seseorang mencapai tujuan dan keselamatan Abadi. Di antara tanda bahawa hati kita ini sudah kena penyakit adalah menganggap bahawasanya dunia ini mendatangkan mudharat ataupun manfaat walhal yang mampu untuk mendatangkan hal sedemikian hanyalah Allah swt yang maha mengetahui. Manakala dengan asbab dunia mereka bersandar selain daripada Allah swt. Bahkan mereka mencintai dunia sehingga hubbuddunya itu membuat mereka lupa kepada Allah swt. Sekiranya tidak di rantai nafsu shahwatnya tidak mungkin dia dapat bergerak dan berangkat kepada Allah swt. Dunia ini adalah nikmat dan  kerana itu penyakit ini perlu di elakkan dengan menghiasi diri dengan sifat Tawadhuk, qanaah yakni merasa cukup dan puas dengan apa yang ada, dan Redha. 

 

Sunday 17 June 2012

Cerita hati

Assalamualaikum semua... ^_^ keif halukum, hari ni masuk sudah kita 27 rejab bersamaam 17/6/2012. Bolehlah semua tengok kalendar masing-masing yang di gantung kat dinding-dinding yang ada tertulis peristiwa Israk dan Mikraj. Terkenang-kenang saat menghabiskan waktu di rumah membaca kitab Arrahiq al makhtum karangan (lupa2 ingat) shaikh shafiyurrahman. Kitab yang mengisahkan tentang seorang insan yang agung, Nabi Muhammad S.A.W. Terkenang saat membaca bab israk dan mikraj ketika nabi saw dalam kedukaan, Allah membeli kesedihannya, mengurniakan sesuatu untuknya dan umat islam sebagai rahmat, diperintahkan solat 5 waktu dan pelbagai kejadian indah. Sungguh Nabi saw telah bersusah payah untuk kita, baginda mengenang umatnya setiap masa hingga saat terakhirnya. Wajarlah kita mengenang dan berusaha untuk mencintai baginda Saw. Semoga kita dapat syafaat baginda saw di akhirat kelak. :) ( Sama-sama terus berusaha mencari cinta Nabi saw! yeah!! <--- bersemangat)

Info ringkas tentang peristiwa ini;

1. ✐ Rasulullah صلى الله عليه وسلم diperjalankan (Isra') pada waktu malam dengan menaiki Buroq & ditemani Sayyidina Jibril عليه السلام dari Masjid Al-Haram (Mekah) hingga ke Masjid Al-Aqsa (Palestin).
*Sila rujuk surah Al-Isra': 1.

2. ✐ Berlaku perhimpunan para Nabi & Rasul di Masjid Al-Aqsa di mana Allah menghidupkan para Rasul seramai 315 orang & para Nabi 24,000 orang. Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjadi Imam. Peristiwa hebat ini tidak akan berulang buat kali ke2 di bumi ini.
*Sumber: Buku Sirah. (Soalan saya: Siapa tahu solat apa yang didirikan? Jazakumullahu khairal jaza' atas jawapan.)

3. ✐ Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم diangkat (mi'raj) ke langit. Diperlihatkan perihal syurga & neraka. Dipertemukan dengan Nabi Adam عليه السلام di langit 1, Nabi Isa & Nabi Yahya عليهما السلام langit ke2, Nabi Yusuf عليه السلام di langit ke3, Nabi Idris عليه السلام di langit ke4, Nabi Harun عليه السلام di langit ke5, Nabi Musa عليه السلام di langit ke6 & Nabi Ibrahim عليه السلام di langit ke7.
*Sumber: Hadis di dalam kitab Mukhtasor ibn Abi Jamrah.

4. ✐ Sampai ke Sidratul Muntaha, Sayyiduna Jibril berhenti & Rasulullah صلى الله عليه وسلم meneruskan perjalanan seorang diri. Di sini perintah SOLAT diwajibkan buat umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.
*Solat tiang Agama. Kepentingannya seperti kepala kepada seorang manusia. Apakah mampu hidup manusia tanpa kepala?

5. ✐ Syeikh Ibrahim Al-Kattani berkata: "Istilah 'Mukjizat Isra' Mi'raj' itu adalah tidak benar. Ia hanya muncul di zaman mutakhir ini sahaja. Ulama' terdahulu tidak meletakkan kisah Isra' Mi'raj ini di bawah tajuk دلائل النبوة kerana ia bukan tanda kenabian (mukjizat), tetapi ia diletakkan di bawah perbahasan keutamaan & keistimewaan yang dikhususkan buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka istilah itu perlu diperbetulkan."
*Harap maklum wahai sahabatku ツ.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Selepas subuh tadi, ana dan sahabat-sahabat rumah membuat rehlah di tepi pantai berdekatan dengan kolej. Beriadahlah dari kolej ni sampai ke pantai. Tak jauh pung. Kalau berlari 20 minit, kalau jalan lenggang lenggok mak limah setengah jam juga.Pantai yang memang indah, pagi-pagi dapat tengok para nelayan tangkap ikan, menjala dan sebagainya. Ana tangkap lentok je. Penat dah berlari.:D  Intake kuim kali ni lebih 1000 orang. Alhamdulillah kuim semakin dikenali ramai. Inshallah sem ni dimulakan dengan elok. Banyak program yang telah dirancang. Sem ni bakal di sibukkan dengan aktiviti kerohanian di sini. Ada sesuatu yang ana belajar dari seorang guru, bahawasanya yang dekat itu adalah kemahuan, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Sekiranya ada usaha untuk mengaji agama, alangkah eloknya kalau kita teruskan saja, meski berat, Allah swt uji sebenarnya, nak lihat seteguh mana diri kita sebagai seorang insan.

inshallah, sekiranya berkesempatan ana akan kongsikan beberapa ilmu yang di dapati di sini. ^_^
Sanah Helwa buat sahabat MFB dr...

Friday 15 June 2012

Sebiru Hari ini ^_^

Alhamdulillah, syukur di rasakan atas hadir lagi ana ke bumi KUIM bumi Tarbiyah yang di cintai. Mudah mudahan kami semua di sini terus mencari makna redha ilahi. Bukan sekadar belajar untuk memperbaiki diri namun menimba ilmu untuk terus maju demi Islam.

Maaf lah ye ^_^, mungkin seterusnya ana akan sibuk dengan pelbagai urusan pentadbiran dan pembelajaran... Subjek-subjek sem 3 ini terus terasa tough.

Fiqh Faraid
Fiqh Muamalat
Undang-undang kontrak
undang-undang syarikat
ESP
Kokurikulum

Tak sabar rasanya nak belajar beberapa minggu lagi. Tanamkan azam membumbung ye kali ni. Inshaallah kita boleh!

# dalam perjalanan merangka dan membuat cerpen baru untuk antum semua... ^_^
Salam cinta dan mahabbah

Thursday 3 May 2012

Uhibbuk Fillah



Pesanan untuk Nurul Ibni:

------> semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah swt.
------> semoga dapat mencapai cita-cita menjadi anak dan isteri yang solehah.
------> Semoga Ibni menjadi yang terbaik dalam kalangan wanita yang terbaik.
------>Semoga ukhwah yang terjalin fillah abadan abada inshaallah.
------> Sem depan jadi ummi lagi untuk kitorang, fikirkan tentang masalah2 kami.. hehe
------> " ada lagi nak tambah najwa?"
           " nak kemas beg lah!!"
12.45 am, belum habis baca undang2 perlembagaan. mabrouk! :D

Sanah helwa... kak long dah besar... semoga kak long tetap jadi kakak kitorang kat sini... :D