Monday 29 April 2013

Mawar Buat Cinta









Berputar ku ke arah pantai,
Menatap tanah tandus yang di rimbuni pohon tamar,
Hatiku berbisik jua untuk berpaling dari keadaan,
Sedang jantungku kehausan dalam mawar yang tak mekar mekar........

Ku alunkan madah pujangga tak berduri,
Agar lembut di rimbunan kasih,
Pada tuanku ku nyatakan,
Rindu dendam tak bertepian,
Yang akhirnya menenggelamkan aku dalam kefana'an....

Apakah nak di samakan nikmat redup dalam kecintaan,
Yang sudah daku tak pedulikan,
Apabila di seru namaku kembali kepada kenyataan,
Aku sudah terpaut pada fana'nya cinta yang sungguh manis,
Salam Salam Salam kepada Cinta..........

Mawar yang telah mekar tidak akan ku petik,
tidak mahu kesakitan pada cintaku yang sedang memerah,
Biarkan sahaja pujian pujian buat kekasihku membara,
Telah mabuk aku dalam arak cinta dan kuntuman mawar,
Mawar Untuk Dia yang daku rindukan...........
,

Tuesday 23 April 2013

See u melaka for next month :D

Bismillahirahmanirahim... :) Hi guys..

Alhamdulillah semester kali ini telah dengan rasminya berakhir hari ini. Bermula dengan Akidah akhlak, di ikuti dengan undang-undang perniagaan yang agak kelam kabut, Undang-undang jenayah yang sangat menggeramkan dan akhir sekali undang-undang keluarga yang membuatkan dakwat pen kesayanganku habis. Masa banyak tapi hari ini idea yang tak berapa banyak. :)

Hurm.... Banyak kisah suka duka sepanjang semester ini... Mengenangkan hari-hariku di kuim tidak lebih 400 hari lagi untuk menamatkan diploma dan dengan jayanya mempunyai pengiktirafan dalam undang-undang dan Syariah. Jika dulu, matlamatku kurang jelas.. Kini segala perancangan telah ku susun dengan rapi... Benarlah kata Emo... Semakin lama, kita semakin matang.. mengikut fitrah manusia kebanyakannya. Lagipun Allah takkan memberi sesuatu jika ia tidak baik untuk kita kan... :)

Setelah letak jawatan dalam MPM, kehidupanku kembali seperti biasa. Tanpa ada pekerjaan yang sering aku lakukan. Tanpa ada seorang boss yang bossy.. haha... tapi boss sebenarnya baik hati. Dengan sahabat sekerja yang memahami ibarat ikatan adik beradik yang kukuh. Semuanya menjadi satu pengalaman berharga, puas hati walaupun result turun.. erk~~~

Sekarang, tinggal lah daku dalam BadarKUIM sekali lagi... Alhamdulillah Tanzim telah bertukar dan di sinilah wasilah untuk perjalanan dakwahku terus berjalan. Kehidupan seorang pelajar tanpa dakwah terasa nothing.

Membelek-belek album KUIM berselawat membuatkan daku tersenyum. Banyak kenangan dan pastinya akan ku bawa sampai bila-bila. Terasa rindu dengan semua tuan guru yang pernah mencurahkan ilmu. Tiada perbandingan. bagiku semuanya hebat.

Oh ye, tak lupa juga kepada mereka yang dah boleh mengundi. Selamat Mengundi... Buatlah pilihan yang bijak . Ini kalilah! Hehe.. disebabkan daku masih baby lalu tak boleh mengundi dan tak mendapat rebat untuk telefon pintar... pheww~~~~

Melaka... bye for a moment n Jb, here i coming ^^ :)

Exco Persepsi dan yang tidak berida' adalah ketua baru bagi lajnah ict Badar :)



Penyelaras Badar dan Adik2 :)
Abuya di kawal rapat oleh Ihsan, hehe (tak lepas tangan abuya ihsan buat) 
:)
Bintu Eusof (Trimei Siten)

Monday 8 April 2013

minggu exam :-)

Mulai minggu ini termasuk dua minggu kedepan, bermulalah peperangan dengan pena di kuim.

kertas Akidah sebagai pembukaan minggu imtihan..
Doakan kami di sini :-)

Sunday 7 April 2013

Ujian dan Musibah

Bismillahirahmanirahim,

Seminggu yang agak sugul, memandangkan daku keseorangan dalam study week ni... Ibni pula baru balik semalam...Rasa terbeban apabila di uji dengan meninggalnya laptop kesayanganku yang dihadiahkan oleh Abangku sendiri 2 tahun yang lepas, kerosakan pada power chip, controller, motherboard dan graphic card telah membuatkan laptop tersebut sudah tak mampu berkerja lagi. Itulah satu-satunya harta dunia yang paling ku sayang sebab itu merupakan sebuah hadiah. Kemudian di uji lagi dengan jatuhnya hpku untuk kesekian kalinya hinggalah tidak mampu lagi untuk hidup... Semua nombor penting ada dalam tu dan tidak dapat diselamatkan lagi... INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJIUN..
Kemudian di uji dengan keadaan sahabat dan tekanan untuk peperiksaan serta terpaksa pula berhujah tentang sesuatu dengan seseorang untuk mempertahankan kefahamanku...

Setelah selesai menguruskan segala hal di Unit IT, daku berjalan ke Surau API, tak terfikir untuk pulang ke rumah kerana selepas itu daku mahu ke perpustakaan untuk sambung ulang kaji. Bersandar daku ke dinding dan melihat sekeliling, sudah seminggu surau di tinggalkan dan habuk pun sudah mulai melekat di sekitarnya. Al Quran pula ku bersihkan satu persatu dan daku terus membuka Al Quran tersebut untuk di baca tanpa merancang untuk membaca surah apa. Bukaanku terus kepada surah Al Hujurat, daku membacanya dan maksud-maksud surah tersebut seakan akan kena benar-benar di batang hidungku sendiri.

Seakan-akan Allah swt benar-benar berbicara denganku,


Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani). 

49-1:  Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’(Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). 

49-2:  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih daripada suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus amalan kamu, sedangkan kamu tidak menyedari. 

49-3:  Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yang besar. 

49-4:  Sesungguhnya orang yang memanggil engkau daripada luar kamar-kamar itu,  kebanyakan mereka tidak mengerti.

49-5:  Dan kalau sekiranya mereka bersabar sehingga engkau keluar kepada mereka, sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

49-6:  Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (musibah) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.

49-7:  Dan ketahuilah kamu bahawa di kalangan kamu ada Rasulullah. Jika dia menuruti kamu dalam kebanyakan urusan, nescaya akan menyusahkan kamu, tetapi Allah menjadikan kamu mencintai iman, dan menjadikannya indah dalam hati kamu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, dan kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang yang mengikuti jalan yang bijaksana. 

49-8:  Kurnia dan nikmat daripada Allah. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). 

49-9:  Dan jika dua golongan daripada orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Maka jika salah satu daripada kedua-duanya berbuat aniaya terhadap yang lain, maka perangilah yang berbuat aniaya itu sehingga kembali kepada perintah Allah. Maka jika telah kembali, damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil. Dan hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.

49-10:  Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

49-11:  Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi 
mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.  

49-12:  Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

49-13:  Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal).

49-14:  Al-A’rab (orang Arab dusun) itu berkata: "Kami telah beriman.” Katakanlah: "Kamu belum beriman, tetapi katakan sahaja, ‘Kami telah aslim (menyerah diri),’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya, Dia (Allah) tidak akan mengurangi daripada amalan kamu sedikit pun. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).”

49-15:  Sesungguhnya orang Mukmin hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang siddiq (yang benar). 

49-16:  Katakanlah: "Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang al-din (agama) kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi? Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui)."

49-17:  Mereka berasa telah berbudi kepada engkau dengan keislaman mereka. Katakanlah: "Janganlah kamu berasa telah berbudi kepadaku dengan keislamanmu, bahkan Allah yang berbudi kepadamu dengan memimpin kamu kepada keimanan, jika kamu adalah orang yang benar.” 

49-18:  Sesungguhnya Allah mengetahui keghaiban di langit dan di bumi. Dan Allah adalah al-Basir (Maha Melihat) terhadap  apa yang kamu kerjakan. 

Terus air mataku kian mencurah. Segala bebanan dan fikiran runsing ku seakan akan telah hilang. ALLAH swt takkan pernah mengecewakan hambaNYA... betapa Pemurahnya DIA. 


Petangnya, daku menelefon tuan guru untuk bertanya khabar dan kemudian dia bertanya kenapa suaraku sedih dan kemudian dia bertanya tentang masalah ku sedangkan daku gelak2 dan aku cuba sedaya upaya menyembunyikan bahawa daku sedang rungsing.. gerak hati tuan guru, tiba-tiba dia memberi nasihat supaya tabah..

' baguslah sekiranya ada masalah dan selalu di timpa ujian.. manusia ni jadi kuat kerana ujian dan tabah juga kerana belajar dan matang dari ujian-ujian yang lalu...'

Air mataku mengalir, segalanya ibarat terlepas dari fikiran, dan semenjak itu daku mempunyai satu semangat yang baru untuk bangun hadapi masalah. Daku terus dengan perancangan. Seusai Diploma daku akan mencari pengalaman di Mahkamah sementara selama setahun setengah sebelum melanjutkan pelajaran sama ada ke Mesir, Yaman, Indonesia, jordan atau kembali ke KUIM untuk meneruskan ijazah undang-undang ku... Daku akan mendapat kan CLP meskipun menjadi peguam bukanlah matlamat utama.

Ada Impian-impian yang harus daku jalani... Betapa berertinya hidup dan Masa.. :)

Doakan kami sempena IMTIHAN.. :)