Monday 30 May 2011

La tebki

أنا أكره الكلمات التي
مثل السيف تشريح
تعرضت قلوب
الحب في القلب يموتون بسبب ذلك
سبب ذلك كنت
لك الحب وسارق القلوب

Saturday 28 May 2011

Nota Nota cinta Iskandariah

sedar tak sedar, memang dua tahun telah berlalu, masa terus beranjak, dan waktu terus pergi, lari meninggalkan kita tanpa bicara.

Dia, manusia pertama yang ku temui sewaktu aku terus di rebus dalam kegelapan, hati yang hancur, jiwa yang luluh, semangat yang hilang, semuanya di satukan ketika aku benar benar berada di jalan hitam yang panjang.

Harus aku akui, dia lelaki pertama yang ku temui, seorang yang lembut dan bersifat ihsan, mempunyai sifat kasih sayang yang mendalam dan sifat bapa yang lemah lembut.

Jujur, aku jatuh cinta pada perilaku dan akhlaknya, matanya yang redup, senyuman dari bibirnya yang tipis, semuanya bagaikan menyatu dalam air yang kubancuh dalam kesedihan yang mendalam.
Ilhamku terus muncul dan mendatang, fikiranku tercurah curah, ternyata wajahnya yang tenang dan tangkai hatinya yang lembut wasilah ilhamku timbul mencurah curah.

Pernah sekali aku berdoa dalam malam tahajudku, supaya dia adalah jodohku. Pernah satu saat, cintaku padanya bertambah seiring zikrullah, sungguh inilah yang dinamakan mahabbah fillah. Ku cintai kebaikan yang ada padanya, ku cintai keindahan dirinya, wajahnya yang lembut dan bicaranya yang setenang air.

Ya Rab, andai dapat aku mengulang kembali saat di mana dulu, aku tidak bertemu dengannya, pasti saat saat sekarang tidak akan tiba.

Dia adalah suami orang, ya. Aku jatuh cinta pada suami orang. Di mana dia seorang suami yang setia dan bapa soleh kepada anak-anak yang juga soleh.

Justeru cintaku padanya terus bertambah seiring waktu. Pernah sekali aku memandang mukanya saat dia sedang mengajar. Aku menahan terus kesedihanku yang mendalam, aku tidak dapat memberitahu padanya tentang perasaanku, lantas ku tulis semua puisi, karya karya cerpen, sajak, semuanya ku tulis untuk ku curahkan rasa hatiku padanya. Semuanya ku ukir dalam batu batuan puisiku, ku tulis semuanya dalam nota nota cintaku.

Sekali lagi air mata ku mengalir dan terus deras bersama angin, Kepada siapa lagi yang boleh aku adukan masalahku.

" Kadang kadang kita tak sedar, bahawa Allah s.w.t yang lebih dekat dengan kita, bukan saya kepada awak..."

Allah s.w.t mungkin sudah jemu mendengar tangisan dan rintihanku setiap malam, aku sering mengulangi doaku.

" Ya Rabb, kaulah yang di tunjuknya saat hatiku sedang remuk, saat hatiku sedang dalam kesesatan yang kelam, yang aku sendiri tidak mampu menanganinya, dan aku ambil jalan mudah, berlaku kufur kepada mu, namun ternyata, di saat itu, kau hadiahkan seorang mujahid yang menjadi wasilah antara aku denganMU, Ya Allah mungkin ini untuk ke seribu kali yang ku mohon, Tolong Ya Allah, please, jadikan dia suamiku.... jadikan dia suamiku.... jadikan dia suamiku......"

"Saat aku cuma mendengar kata ingkar, mujahid ini datang kepadaku, membisikkan ku tentangMu, tentang RABB, tentang Langit dan tentang Bumimu,,, ya Rabb, tolong... jadikan dia suamiku...."

Dan selalunya, doaku diiringi dengan tangisan yang cukup jauh kedengaran dari dalam, tangisan kerana hatiku sedang remuk. Cintaku pada Allah bertambah apabila rinduku padanya turut bertambah.

Jujur, islam yang diperkenalkannya padaku, membuat aku berubah. terus 100 peratus.  Taubat nasuha menjadi sebuah wasilah antara aku dan rabbku. Bayangkan dua tahun, selama dua tahun aku harus menimbang perasaan ini. Aku tidak bisa meluahkan padanya, dan aku tidak mampu untuk menelan kesemuanya.

Seusai habis segalanya, ku membawa langkah baru, cintaku padanya ku tinggalkan bersama di tempat yang biasanya kami bertemu, berbincang dan berbicara tentang MU ya Rabb. aku keluar tanpa perasaan dari tempat itu.

Kini bicaraku kosong. Aku benar benar tidak dapat menulis lagi, aku merasakan di dalam hatiku, ada sesuatu yang hilang, yang jauh, yang suram dan sunyi. Namun sesuatu yang penting yang harus kau tahu Ya ALLAH. Saat cintaku padanya bakal melabuhkan tirai, cintaku padaMu terus bertambah. Aku terus terusan mencintaiMu sedangkan cintaku pada mujahid itu terus berkurang.
Sehinggalah saat ini, dua mata bertemu kembali, jariku kian laju menaip kata kata indah sang puitis,
Ya Allah, aku tidak pernah mahu ingkar, aku tidak pernah menafikan kekuasaanMu, dan aku yakin, kau pengabul doa.

Maka ku minta kau titipkan doa yang kuminta itu di syurga sana. Di saat aku bisa meminta semua yang ku mahukan, maka aku mahu dia di syurga ya Allah. Jadikan dia sang penemanku di syurga. Kerana itu lebih kekal dan abadi. Dan kini, meski cintanya telah hilang dari ku, namun cintaku padaMu tertinggal di dalam hati. CintaMu mulai mengukir aku menjadi insan. Kini aku mengenal dunia, sebagai jambatan cintaku padaMu. Maka lindungilah aku ya Rabb.... kerana Kau pelindungku......

Telah berakhir sebuah cinta,
cinta yang tiada sebarang kisah,
kutitipkan sebuah harapan dan cinta,
dalam panorama sang cahaya.
Sungguh, sebuah cinta hanya kekal cinta,
tersandung aku kerana wajah,
Aku tidak bisa menerima,
juga tidak mampu meluah.
Kutinggalkan dia padaMu,
ku serahkan segalanya PadaMu,
kerana dengan itu hanya kau setuju,
Hatiku benar-benar milikmu.

dikaryai,
punurkasih

Friday 27 May 2011

Rabbi permudahkan urusan kami,

ketenangan yang hakiki bukanlah di dunia ini,, tapi di sana yang kekal abadi, kita cuma bisa menghitung hari tanpa kata, bahkan kita lah penanti yang nyata. Usaha dan tawakal menjadi perencah hidup, keluh kesah adalah asam garam manusia. 

Hakikatnya,kita hidup di dunia ini untuk sementara saja,jadi kenapa kita tak rebut peluang terbaik untuk bertemu dengan Allah dalam setiap sujud dan di mana-mana sahaja kita berada. Mungkin kita sibuk sehari 24  jam, kerana berusaha memberikan yang terbaik dan keselesaan buat keluarga tapi perlu adakeseimbangan antara dua topik ini. Bayangkan, seharian kita bekerja untuk dunia, tanpa mengharapkan balasan di akhirat, rasa macam sia sia je apa yang kita buat.

Seseorang harus mengikhlaskan niatnya dan ingat bahawa walaubagaimanapun dunia ini berputar, perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Keluh kesah memang adalah salah satu dari sifat manusia, dan memang tak di nafikan ianya sebenarnya adalah satu ujian daripada Allah, apabila kita di timpa masalah,kadang-kadang kita tak sedar bahawa ianya adalah satu ujian , test daripada Allah yang maha penyayang. Allah nak menguji kita sama ada sebagai hamba kita bersyukur atau kita masih leka dan lena dengan masalah yang kita hadapi.

Hidup untuk dunia berbeza sekali dengan hidup untuk akhirat. Bayangkan penat penat kita berusaha di dunia, tetapi kita tak dapat apa apa kat akhirat kelak. contohnya, kita sungguh sungguh berusaha untuk lulus periksa tapi kita lupa pula untuk letak Allah sebagai niat utama, jadi Allah akan beri apa yang kita mahu, itu sifatnya, maha pemurah, tapi kita tak dapat la apa yang Allah janjikan, yakni pahala dan kebaikan serta keindahan syurga. 

Berbeza dengan seseorang yang ikut kata kata nih, bekerjalah untuk dunia seolah olah kita hidup selama lamanya, dan bekerjalah untuk akhirat seolah olah kita akan mati keesokan harinya. 
Mari kita sama sama muhasabah diri balik:

1. berapa ramai insan di muka bumi ini yang baca Alhamdulillah saat baru bangun tidur dan tersenyum dan rasa bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih hidup dan di beri nafas yang sama seperti orang lain?

2. Berapa ramai insan di dunia ini, yang boleh tersenyum saat di timpa musibah dan ucap alhamdulillah, meski musibah yang tertimpa itu sungguh pedih untuk di terima?

3. Berapa ramai insan di malaysia nih yang suka bersyukur meski failed semua subjek dalam belajar?


Bukankah dengan bersyukur mencegah rasa takabbur. dan dengan rasa syukur juga rabitah hati dengan Allah akan jadi makin erat kerana kita secara automatik akan merasa rendah diri dan berasa kerdil di hadapan Allah s.w.t. sebab kita rasa berterima kasih dengan Tuan segala makhluk dan alam. Maka dengan tak semena-menanya, Allah akan tambah nikmat nikmatnya, ingat, ketika Allah nak bagi nikmatnya, tiada satu tangan pun yang boleh halang. Maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?

Allah SWT berfirman:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (QS adz-Dzariyat [51]: 56).

Sungguh-sungguh dalam beribadah dan beramal, maknanya memang keseimbangan itu perlu ada,beribadah dan beramal di dunia dan untuk akhirat.

[lari topik benar]
Sebenarnya ana nak tekankan keikhlasan dalam menuntut ilmu tapi dah terlari tajuk pula kan,, ok 5 minutes more before 2 a.m.
ok... apa makna keikhlasan dalam menuntut ilmu?
Ikhlas-, ikhlas itu ialah menentukan taat (ibadat) untuk Tuhan yang haq sahaja (membulatkan tujuan dalam beribadat kepadaNya sahaja).

Ingat study niat kerana Allah.
Apa kata kita bulatkan tekad dan niat kita untuk menjadikan menuntut ilmu, belajar dimana mana sahaja kita berada sebagai ibadah dan beramal untuk Allah dan agamanya. InshaAllah, kita akan terbimbing dengan suara hati dan bisikan firdausi,Indah kan perjalanan kita menuntut ilmu dengan sentiasa zikrullah. seorang sahabat ana pernah berkata, ilmu itu ada dalam diri kita sendiri, cuma kita tak nampak kerana hati kita kotor dan hitam dengan dosa, maka, zikrullah dan ingat mati adalah cara mencloroxkan hati kita kan. Rabbi yassir wa la tu asir.

ikhlas tu antara hati kita dan Allah, susahlah kalau nak cakap diri sendiri ikhlas kan... payah sebenarnya tapi ada je yang boleh survive.:) 
untuk kakak kakak ana yang berada di cairo U, bittaufiq wannajah, ganbatte, Allah maak, semoga terus gemilang dengan islam.
untuk adik adik semua, selamat bercuti penggal ye, mudah mudahan masa cuti nih digunakan sebaik baiknya. Jangan naik sekolah ada yang berbalut-balut badan. Macam lepat pisang. heheh
so 16 days left. 

Punurkasih