Saturday 22 October 2011

Da' wah is our Time

Kadang-kadang, kita tak sedar, bahawa ada urusan penting untuk kita uruskan di dunia sebelum kita melangkah ke tujuan kita yang sebenar-benarnya. Dan jikalau yang bicara itu hati yang kotor dan tidak bernafsi, di manakah kita? Adakah kita berada di landasan yang benar?

Dalam sebuah pencarian, adanya halangan dan likunya yang beronak duri, di manakah kita letakkan kewarasan akal untuk berfikir, sebelum nadi berdenyut dan fikrah menghayun?
Kehidupan kita ini berpandukan pada sunnatullah dan syariatullah. Sebagai Jalan dan cara kita berkhidmat menuju kewarasan akal fikiran. Jangan tidur di dalam lena dan jangan hidup kan fikiran secara baqa’.

Mata yang menghayunkan pandangan terhadap alam, sering kali terfitnah dari pandangan yang kotor. Mata terlalu liar mencari bahan untuk dimakan. Kornea kekenyangan sudah melihat pemandangan di balik tirai pentas kamar. Lakonan dunia yang penuh kepura-puraan, di sangka air namun hanya bayangan yang mendahagakan. Di mana kita letak keprihatinan mata kita. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati, dari hati meresap ke jiwa.

Telinga sudah gerah mendengar bisikan-bisikan obsesi jalan yang berliku secara panjang. Puas sudah telinga menjerit dari terkena tempias mendengar bahan aib dan maruah orang. Cukup lah sekadar nyanyian atas tanah, sebelum kembali juga kepada tanah. Pukullah gendang untuk memuaskan telinga, dari mendengar fitnah berjela, buka radio, buka tv,buka fb, semua berpaksi kan alam maya semata.

Bibir pula yang berkata-kata , terlampau manis rasanya untuk bicara, terlampau hebat untuk mengutara. Sampai ada yang terhanyut kuat kerana bisikannya. Fitnah berjela-jela, mengumpat tidak usah kira. Di mana jalan kita wahai sahabatku semua. Bak kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Ana nak terapkan satu jenis cara dakwah, yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang ini mengikut apa yang dinasihati Nabi s.a.w untuk mendidik anak menggunakan cara yang sesuai pada zamannya. Sekarang ini zaman Globalisasi, era hubungan tanpa sempadan. Nak berdakwah pada zaman sekarang, kita perlu melihat siapa yang kita nak dakwah. Pemikiran mereka tidak sama dengan pemikiran para sahabat pada Zaman Nabi. Berada di era remaja yang mencabar. Cakap sedikit, mulalah ada hati yang terasa dan terguris. Untuk menjadi seorang daie, kita perlu bijak mengawal, dan bijak mengatur langkah juga strategi, Ajakan kita haruslah lebih kepada mengajak dan bukan pada pertanyaan mahu pun kenyataan kerana jiwa remaja zaman IT lebih membara. Ana menulis seperti itu kerana ana juga remaja, dan ana tahu remaja mempunyai darah muda yang bergelora. Perasaan ingin mencuba dan perasaan ingin tahu sentiasa melanda, Itu lah untungnya apabila kita di tarbiyah, wujud batasan apabila perasaan ingin mencuba itu timbul. Baik, kembali pada point yang ingin di lestari, ana ingin beri contoh, bagaimana contoh dakwah yang terpraktis, Contoh apabila kita ingin  berdakwah kepada mereka yang tidak menunaikan solat tanpa alasan, jikalau kita rapat dengannya dan mengenalinya dan tahu sebab mengapa dia tidak bersolat sekalipun kita tidak tahu, janganlah kita bertanya sesuatu yang mungkin boleh membuat dia benci dengan kita, seperti persoalan, “ kenapa tidak solat? Tahukan solat itu wajib…” bagi remaja yang bersekolah di Smk atau Smi atau di mana-mana sekolah yang mempunyai latar belakang pendidikan islam, tak perlu di ragukan lagi bahawa dalam pengajian pendidikan islam, mereka diberitahu bahawa solat itu adalah wajib. Jadi, kita ketepikan soal bertanya. 

Kita ubah jadikan ia pada pengajakan seperti “ kawan, jom solat,” ini lebih baik. Pengajakan daripada persoalan lebih baik. Soalan pokok tidak begitu penting. Manusia itu sentiasa berubah-rubah, fikiran, dan jati diri biar dilandasi iman dan taqwa. 

Remaja lebih mudah di dekati tanpa dia sedari, > that’s my point.
Alhamdulillah hari-hari mendatang terus teruji dan tercabar dengan alam dan terus tegar menghadapi dengan  sunnahtullah mengikut syariatullah.

Wassalam..

Sunday 16 October 2011

EXAm FeVeR

Rabbuna Yusahhil Amrina~~~~~~

Demam peperiksaan telahpun bermula, ana dan sahabat-sahabat di KUIM tercinta ini sudah mula untuk buka buku (padahal esok sudah exam) dan ana dah ulang banyak kali dengar qasidah Ya hanana oleh habib syech.

Kepada Sahabat-sahabat, mudah-mudahan kita sama-sama dapat bertungkus lumus untuk mengharapkan balasan di dunia dan di akhirat pastinya. Antara satu satu amalan yang dulu, jikalau kita mendoakan kebaikan buat orang lain tanpa pengetahuannya, doa tersebut akan kembali kepada kita. Sebab orang Islam ini bersaudara, bukan hidup nafsi nafsi. Ukhwah fillah.. orang islam yang ingin berjaya kita inginkan kejayaan itu bersama-sama.. Menuju Redha Allah Pastinya.

Allah menyebut dalam Quran, untuk menguji kamu dalam sebaik-baik amalan. ALLAH tak kata yang paling banyak amalan tapi ALLAH kata yang sebaik amalan. Kuantiti takkan menjamin kejayaaan tapi kualiti bakal menjamin kejayaan. Ada dua cara untuk mendapatkan Amalan yang terbaik.  Yang pertama adalah yang tepat dan benar bertepatan dengan sunnah Nabi s.a.w dan yang kedua adalah yang paling ikhlas. TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH.

KIta lebih tahu mengenai diri kita,,jadi kita cuba sesuai dengan kemampuan diri kita untuk belajar, cara ana untuk study ialah ana tak boleh study secara study group, dan ana suka buat study secara last minute, ana tidak tahu mengapa tapi, ana suka pulun habis-habis secara akhir masa. Ini bergantung kemampuan sendiri, dan kita sendiri yang mengukur apa yang kita mampu dan tidak.

Kita kena ingat Allah Maha memakbulkan doa, Kadang-kadang Allah memberi sesuatu bukan yang kita minta tapi apa yang kita perlu.Allah maha mengetahui apa yang hambanya perlu.

Jangan Berputus Asa sahabat-sahabatku, Masih ada masa!! Ganbatte... Bittaufiq wannajah...!!

Sunday 2 October 2011

cerpen:come back to me



Dah lama ni aku tunggu, dari tadi, kaki dah lenguh. Heish, tunggu dari tadi abang ni tak sampai-sampai. Jangan-jangan dia terlupa tak untuk ambil aku kat sini.. OML OML…..

Tengok! Handset pun tak bunyi dan tak ada mesej yang nak duk dalam inbox aku ni. Mana lah pulak abang kesayangan aku ni.

Nasib baiklah pusat pengajian ni ber econd. Sejuk sikit aku nak tunggu. Cuaca kat luar gila panas. Terbakar lak kulit aku, ceitt.. Dulu Rasulullah duk berpanas panasan gi perang dengan sahabat tak cakap apa pun, aku pulak yang banyak songeh. Memang aku ni dipanggil Ratu lilin. Tahap dewa punya tak tahan panas< Lecturer aku cakap. Yelah, baru berpanas-panas sikit aku boleh pengsan. Bukan pura-pura punya pengsan tapi real punya. Panas macam ni buat aku terkenang kisah lalu.

Imbasan kembali:

“ Abang.. tolong angkat buku-buku ni masuk dalam bilik Prof Sufi…” Ujar aku kepada sorang lelaki yang aku tak kenal sebenarnya. Tapi aku nampak dia duk kat kerusi belakang tu pastu boleh dia selamba buka laptop dia tak perati apa yang ustaz azam ajar tadi. Heish. Budak-budak zaman sekarang. Aku plak hot jugak bila ada orang tak bagi perhatian kat apa yang ustaz kesayangan aku nak ajar. Memang sebenarnya aku nak bagi dia susah sikit.Aku tak kira buku-buku baru tu ada berapa, tapi yang penting sangat banyak dan aku nak dia angkat semua. Kahkahkas….

“ Awak cakap dengan saya ke?”

“ Ye… saya memang tengah bercakap dengan pak cik kat belakang awak… Boleh tak awak tolong sy angkat buku-buku ni? Sebab dalam ni memang tinggal awak dan saya.. itu pun sy perasan awak keluar lambat sebab awak sibuk beremail dengan gf tadi kan…”

“ Eh.. Fitnahnya.. awk ni stalker sy ke?” Lelaki tersebut tersenyum . No no no… walaupun aku bertudung labuh gini. Tak semudah-mudahnya aku nak cair dengan senyuman manis gila sweet seorang lelaki.

“ Apa-apa je la…”

“ Nak angkat ke mana?”

“ Bilik Prof Sufi…”

“ Oh.. Ustaz yang hensem tu ke?”

“ tau tak apa.. tulah bakal suami saya…”

“ Herm.. dia dah setuju ke nak kahwin dengan awak?”

“ Heish.. kalaulah dia setuju sekarang jugak saya boleh meminang dia, esok kitorang boleh kahwin”

Ye ye je aku cakap ni kan.. sebenarnya aku tak kenal pun siapa ustaz sufi yang sedang kitorang kontroversikan oleh aku… Ye la.. Selama ni pun aku tak pernah jumpa ustaz sufi tu, Cuma budak-budak perempuan sering memuja muji Ustaz tu hensem la apa la.. nak juga aku jumpa dengan dia.. tapi tak ada jodoh lagi kut…

“ Baguslah.. saya rasa sekarang ni pun memang Ustaz tu tengah cari jodoh.. kalau awak nak jadi isteri dia kira ibarat bulan jatuh ke riba lah…” Lelaki tadi gelak-gelak. Mana datang la lelaki ni.

“ InshaAllah… rasa-rasanya memang ada jodoh di antara kami… nak buat macam mana…” aku dengan selamba membuat muka 20 sen aku dengan bangga dan menyampahnyer. Lelaki tadi boleh tambah-tambah gelakkan aku.

“ Awak nak saya angkat semua ni ke bilik Ustaz Sufi ke?”

“Ye… memang pun saya ni tape boleh reverse-reverse cakap..” Sory beb… dengan lelaki aku memang tak bagi can. Kawan-kawan aku pun pelik kenapa aku ni selalu berkasar dengan lelaki. Jawapannya wahai kawan-kawan ku tersayang, kelembutan dan segala gala nya, cakap aku yang lembut ke, kecantikan (ada ke?) aku ke.. semuanya original untuk suami aku sorang. Tak ada maknanya aku nak lembut-lembut dengan lelaki-lelaki yang aku tak kenal macam mamat kat depan aku ni.

Jodoh tu ditangan Allah pe…. Buat apa aku nak risau.. aku Cuma perlu tunggu je… usaha tu memanglah ada… tapi apa pun DIA punya perancangan terbaeekkk punyer.. aku nak takut apa… Pilihan aku ke pilihan mak ayah aku ke.. semuanya atas pilihan DIA… So?? Cara aku nak dapat kan tu je, wasilah yakni asbab aku jumpa dengan bakal suami aku… Semuanya DIA yang aturkan… jadi.. aku taknaklah buat yang tak betul sangat sebab apa kita sekarang adalah apa pasangan kita sekarang.. Aku khuatir kalau aku tak jaga mata nak pandang lelaki hensem cam mamat ni.. Tak mustahil pasangan aku pun sedang memandang wanita lain.. so… Jaga lah diri kita untuk pasangan kita je… Serahkan je kat ALLAH… Perancangan DIA beb….

Dengan selambanya aku tinggalkan lelaki tu dengan buku-buku yang bertingkat aku rasa dalam 10 buku ada. Kejam tak aku? Waktu tu aku tak ada nak rasa bersalah sebab dia dah men komputer dia waktu ustaz azam aku ngajar.. tiada maaf bagimu untukku… nanti raya je aku maafkan.. eh… ye ke??? Tiba tiba aku teringat Dato Fadzilah Kamsah pernah cakap yang kalau nak hidup kita bahagia ye ye ye… kita kenalah minta maaf dengan orang dan maafkan orang lain sebelum tidur.
---------------------------------------------------------------------------------------

Alamak.. Ni pulak yang buat aku rasa bersalah ni… tak apalah.. kalau-kalau aku jumpa dia lagi waktu tu aku kena say im sorry sudah…

Selang 2 minggu selepas tu, ada satu notis kat depan Pejabat Fakulti yang menggemparkan dan mendebarkan bagi aku… Pergh!!!

‘ KEPADA SARAH NUR HAJAR, SILA DATANG KE PEJABAT SAYA UNTUK AMBIL
TUGASAN KAMU’

HADI NADAWI SUFI ABDUL RAHMAN.

Panjang gila nama dia…. EHHHHH….!!! Ke situ pulak aku… alamak.. apa kes ni… setahu aku tugasan aku mana ada buat dengan dia.. ..

“ Ana jeles ni.. kenapa lah enti boleh ada date pula dengan dia?” Marami menegurku dari belakang.
Sahabat aku ni…

“Biasalah… bakal suami ana nak jumpa ni…” macam mana pula mulut aku ni boleh berseloroh sangat kan… macam kompem kompem je ustaz Sufi tu bakal jadik suami aku.

“ Haha.. ye lah tu… betul ke ni enti???” eh eh si Marami ni… takkan lah betul.. dia tu lecturer.. aku ni student je…

“ Hehe.. tunggulah kad kahwin ye..” aku dah tak boleh tunggu-tunggu ni.. segera aku angkat tangan dan ucap salam kat si Marami yang aku tinggalkan dalam keadaan terkebil-kebil. Kesian pun ada… ala… aku saja nak suruh dia tu berfikir sikit… takkan punya lah ustaz sufi nak kat aku yang tak cun macam pelajar-pelajar lain kan..

Aku depan pintu bilik pejabat Ustaz Sufi. Terang-terang nama dia kat depan pintu dia.

HADI NADAWI SUFI.

Aku pulak nak ketuk tak ketuk je. Heish. Segan la pulak aku sorang. Kang tak fasal-fasal timbul fitnah. Dahlah Ustaz tu diorang kata hensem. Wala Taqrabuzzina ooo….Tak boleh jadi. Aku pun roger-roger kawan aku.

“ Assalamualaikum.. Rabeah.. enti kat mana? Boleh tak bantu ana? Teman ana jumpa ustaz boleh? Ana kat depan bilik Ustaz Sufi… Ustaz Syariah tu.. Enti kat mana? Fakulti jugakan? Bagus bagus…Ana tunggu kat Lobi Office..”

Aku pun duduklah kat Lobi sementara nak tunggu kawan aku urus kerja dia sikit.

“ Awak?” opocot!! Terkejut aku weyhh.. alamak…

“ Hah… awak… apa?”

“ Apa awak buat kat sini?” eh eh dia ni…

“ Memang pun saya tinggal kat sini…” Selamba je aku jawab. Apa dia nak pun aku tak tahu.

Tiba-tiba je dia gelak.

“ Kenapa awak gelak?”

“ Awak dah berjaya kahwin dengan Ustaz Sufi ke?” Perghh!!! Bisa oo ayat dia..

“ Kenapa awak nak datang ke majlis kitorang…?” ambik hang….

“ Saya wajib ada kalau awak kahwin dengan Ustaz Sufi nanti.. kalau tak.. tak jadi lah majlis tu…”

Memang gerek lelaki ni… Baru je aku nak buka mulut…

“ Sufi..”

Lelaki depan aku ni menoleh kat Ustaz Azam. Aku macam dengar tak dengar ustaz azam panggil
lelaki tu apa. Ustaz azam pula bergerak ke arah kitorang.

“ Sufi… Betulkan nama enta ni… Kerani tu letak nama enta Sufi kat depan.. sepatutnya Sufi kat
belakang kan.. Hadi Nadawi Sufi Bin Abdul Rahman kan..?”

“ Ye Ustaz..”

Aku?? Aku?? Terkedu… terkesima… Terpaku.. Ter… Ter…. Semua Ter…

“ Sarah.. jom masuk bilik saya..” Tiba-tiba lelaki yang aku tak kenal.. erk.. tapi sekarang aku dah
kenal.. dialah Ustaz sufi tu…. Adessss….. Dia panggil aku dengan senyuman… Dia tak marah ke r? Aku pulak ikut je..

Dia duduk kat tempat dia sementara aku terdiam. Tertunduk. Semua ada…. Heish.. aku dha bengang ya amat.

“ Hah.. duduklah… jangan risau.. pintu bilik tu dah terbukak dah.. saya pun tak nak apa-apakan bakal isteri saya…” hah?? Gila lah.. Merah padam muka aku waktu tu… Aku dah tak tahu nak cakap apa..memang blurr..

“Awaklah Ustaz Sufi??”

“ Saya rasa saya tak salah masuk bilik…”

“Ada apa ustaz panggil saya?”

“ Sebenarnya, saya ni nak melamar awak sekarang dan nak bagi awak tugasan jadi isteri saya…” amik hang.. Ustaz ni memang separuh sedar agaknya. Aku rasa mesti dia tidur 5 minit je semalam. Aku nak amik serius ni. Heish..

Tiba-tiba dia gelak pulak tengok muka aku dah macam ikan panggang di perah limau.

“ Saya guraulah… awak tahu tak.. awak kena siapkan tugasan ustaz azam tu dengan saya? Ustaz azam akan sibuk tak lama lagi dengan pelbagai urusan.. jadi sebab awak dah pilih untuk buat tugasan dengan dia… saya akan ambil alih tempat dia untuk bantu awak..”

Dia ni macam perantis Ustaz Azam je… Aku tak tahu nak cakap apa…. Blank blank blank…

“ Ustaz… maafkan saya…” Akhirnya.. tu je yang boleh keluar dari mulut aku… pergh!! Aku rasa nak marah, merajuk semua ada..

“Tak apa… Kalau awak dah sedia nak meminang saya nanti.. jangan lupa bagitahu.. saya nak sediakan pulut kuning….” Dia gelak lagi. Heish.. Aku yang pening….

Hah tu lah certa dia waktu aku first-first masuk U ni dulu… amacam aku ni agak lammpi kan… heish….

Sebulan aku buat tugasan aku dengan dia. Macam tak percaya kan.. sebulan je beb.. sebulan.. tu pun aku selalu elak jumpa dia.. selalu aku call je… tapi call pun masih bahaya gak.. kadang-kadang aku terus jumpa Ustaz azam aku je.. mana taknya.. aku masih bengang dengan dia.. padahal tu kan salah aku…. Sampailah… Ustaz Azam pagi zulhijjah pertama itu, apa ku merepek ni…

“ Enta tahu Ustaz Sufi akan ke Jakarta? Dia aka lanjutkan pengajian nya di sana…”

“Macam mana dengan tugasan saya, Ustaz??”

“ Dah kamu yang sering mengelak dari dia.. macam mana tugasan kamu nak siap dengan dia.. Lagipun kan tugasan kamu dah siap…” tiba-tiba hp Ustaz Azam berbunyi.

“ Nanti Enta pergi jumpa dia.. Hello.. ya.. ya..” Ustaz Azam mengalih pandangan dia ke arah lain. Aku pula…. Aiseyh.. aku rasa bersalah ni.. Ya amat…

Bukan aku ni bengang sangat dengan Ustaz Sufi tu.. Cuma.. dia tu hensem sangat… Aku takut aku jatuh hati kat dia… Lebih baik aku amik langkah berjaga-jaga kan…

‘ eleh.. kau dah suka kat dia pun kan..’ << hati aku cakap.

“ Astaghfirullah…” ucap aku. Pergh…. Nak ke aku imbas balik apa yang boleh buat Ustaz Sufi ni dah jadi igauan aku semenjak aku kenal dia.

Pertama sekali, dia kejut aku pukul 3 pagi untuk bangun tahajud dan buat tugasan secara online.

Kedua, dia selalu cakap aku ni bakal isteri dia. Sapa tak terasa weyh….

Ketiga, aku selalu nampak dia kat masjid depan U ni… Aku tengok personaliti dia, ada janggut..
heish… aku tak boleh lepas dari pandang janggut orang.. Sejuk hati aku tengok lelaki yang berjanggut…

Ke empat, dia sangat menghormati orang tua dan pemurah.. aku tak pernah nya tengok kalau dia belanja pelajar dia makan dia minta balik.. kehkehkes…. Paling aku tak boleh blah sekali bila dia bawa aku jumpa dengan mak cik yang jual payung kat jalan Masjid India tu setiap hari.. dia bagi makanan kat Mak Cik tu…

Sapa yang tak jatuh hati.. korang baca je tentang Ustaz Sufi ni.. kompem korang akan jatuh hati kan.. Bukan aku nak menidakkan perasaan aku. Tapi aku sedar sapa aku… baik aku amik langkah berjaga-jaga.. Tapi sekarang dia nak pergi sebab macam terasa dengan aku… adakah dia nak pergi selamanya… Aisey….

Malam tu dalam kegelapan malam pun… aku sms dia.. entah kenapa tangan aku gatal malam tu..

‘ Salam Ustaz… Betul ke Ustaz nak gi Jakarta ni?’

Aku tunggu 2 jam… aku tak tido malam tu.. entah kenapa aku tak boleh tido… Pukul 2 pagi tu… aku pun bangunlah… Hati aku ni tergerak pula nak buat solat isthikarah.. entah apa-apa kan.. tapi aku rasa Rasional gak… nak buat pilihan apa-apa ke.. baik aku buat solat hajat sekali.. Doakan Mak Ayah aku kat kampung tu sihat sejahtera.

Trett treett…

‘ Wassalam…. Kalau awak tak nak saya pergi.. saya takkan pergi…’ Fulamak ayat…

‘ kenapa pula?’

‘ sebab awak kan bakal isteri saya..’ eh eh.. ustaz ni nak main-main pulak. Terus aku tak balas mesej dia, baik aku gi sambung balik hajat aku nak solat hajat.

Esoknya, sesuatu yang memeranjatkan aku telah berlaku!!!

“ Ustaz Sufi dah tak ada.. Dia dah ke Jakarta malam semalam..” Ustaz Azam beritahu aku..
Aku pulak tersentak. Macam tak percaya je, padahal baru 5 jam semalam aku ngan dia bermesej. Ni yang buat aku rasa nak nangis ni. Semalam… kalaulah aku halang dia pun.. mesti dia nak pergi punya…

Tiba-tiba entah kenapa aku rasa air mata aku nak mengalir.. Aku rasa.. sedih ke hah?

‘tulah.. waktu orang tu ada ko tak nak hargai’

Eh eh.. apa la pulak yang hati aku cakap ni.. I don’t believe it.. tak mungkin lah aku dah jatuh cinta dengan dia… pergh!!!! Tak tak..

Semenjak hari dia pergi… entahlah.. aku rasa hari-hari aku macam tak lengkap… aku pertambah aktiviti aku untuk tak rasa macam tu.. aku rasa macam ada part dari life aku yang hilang…padahal.. aku selalu jugak outing dengan kawan-kawan..aktiviti dakwah aku tiap minggu berjalan macam biasa.. Yang penting kalau aku ingat pada orang tu.. aku terus hilangkan dengan bukak al Quran dan baca.. tapi waktu aku duk kat masjid hari tu…

Aku bukak-bukak je al Quran… Aku ternampak Surah Ar rum ayat 21 yang menyentak-nyentak hati aku.. dan waktu tu baru aku perasan apa yang berlaku kat aku tu..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Memang sah lah…. Aku ni sebenarnya dah jatuh cinta betul-betul dengan Ustaz Sufi tu.. Tanpa aku sedari rupanya.. ye lah. Mana aku tahu.. selama ni aku pertahankan juga hati dan perasaan aku ni.. tapi mungkin dah sampai masanya kut… Entah!

Dah.. Aku putuskan bahawa takkan ada apa yang berlaku.. Apa yang terjadi kat aku ni boleh jadi Cuma mainan perasaan… Syaitan nak mengalihkan aku ke arah kejahatan ke… apa ke..

Tapi…tiba-tiba aku teringat kat pesanan Ustaz Azam…

“ Ingat.. Jodoh di tangan Tuhan tau.. siapa yang meletakkan hati kita ni sayang kepada orang tu.. Allah taala.. hati hati ni keje Allah taala.. bolehke kita paksa hati kita ni.. tak boleh…Orang tua kita suruh kita sayang kat orang tu.. enta tak sayang habis kita nak buat macam mana? Contohnya.. tu sebab nabi kata.. kalau kita nak kahwin 4 takkan ada keadilan kasih sayang dalam keadaan kahwin 4 tu.. katakanlah isteri ada 4 org kita nak bagi kasih sayang 25% sorang boleh ke? Tak boleh… tu sebab imam syafie kata hati ni susah.. kita boleh ke paksa hati kita ni? ‘janganlah jahat janganlah’ tak boleh. Sebab tu doalah.. Hidayat tu milik Allah.. ana suka kat enta pun hidayat dari Allah taala.. contoh.. kalau enta suka kat ana pun hidayah dari Allah.. Hidayat ni petunjuk… doalah…”

Menangis gak aku depan Ustaz Azam hari tu…. Perghh..

Hari tu last day aku kat U tu… nak buat macam mana.. aku habis tugasan capat an boleh lah aku grad cepat kan… Aku pun nak lupakan kisah apa-apa aku kat situ… Biar je lah Ustaz Sufi tu jadik kenangan.. Padahal tiap-tiap malam pun.. aku doakan dia sihat kat Jakarta tu.. jangan-jangan sekarang dia dah kahwin dengan awek Jakarta.. heish.. tak baik aku.. ye lah.. Muslimat muslimat jakarta tu… Ustaz Sufi tu baik.. memang dia deserve la yang baik.. (nampak sangat lah aku memang ada hati dengan dia) so?

Aku kat depan bilik Ustaz Azam, kebetulan, isteri dia datang sebab waktu tu nak meraikan karnival amal islami. Aku sebenarnya… adesss…. Perlahan aku ketuk pintu bilik dia..

“ Assalamualaikum Ustaz.. ustazah..”

“Waalaikumussalam… hah.. Sarah.. masuk-masuk.. ada apa Sarah..”

“Ustaz..ana nak tanya sikit.. boleh tak kalau orang puan melamar orang lelaki…pahtu.”

Dengan pantasnya Ustaz Azam bersuara, tak bagi can aku nak habiskan apa yang aku nak cakap ni..

“ Boleh.. tak ada masalah… khadijah melamar Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w pernah dilamar oleh seorang wanita… tak ada masalah lah.. orang kita je yang cakap perigi cari timba ni tu lah ni lah… Islam tu mudah… boleh.. tapi kalau boleh gunalah orang tengah.. nampak sopan lah sikit….”

“ Tapi ustaz.. Boleh ke berinisiatif begitu..”

“Wahai lah cik Sarah…, dalam beberapa hal syariat Islam memberi hak yang sama antara perempuan dengan lelaki. Dalam hal berbuat kebaikan yakni amal soleh, Allah Subhanahu wa Ta’ala (SWT) tidak membedakan, apakah pelakunya lelaki atau perempuan, akan diganjar dengan pahala yang sama. Allah taala berfirman
“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.” (QS. An Nisaa (4) :124)
Berikhtiar untuk mendapatkan jodoh merupakan amal saleh, sebagaimana juga menikah merupakan 

perbuatan yang amat terpuji. Dalam hal ini, tidak ada halangan bagi kaum perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki tidak ada larangan untuk melamar perempuan yang dicintainya. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan. Kalau nak cakap pasal halangan pula, semuanya halangan sebab ego dan rasa maruah diri tercalar la apa la.. orang kita kan.. Bagi sebagian orang yang konon katanya 

menjunjung tinggi nilai dan adat ketimuran, perbuatan ini dianggap “aib” atau menyalahi adat.
Aib itu tidak saja disandang oleh perempuan sebagai individu, tapi juga bagi keluarganya. Inilah penghalang utama dan satu-satunya bagi perempuan yang hendak melamar lelaki. Bagi kami, mengapa para perempuan banyak menuntut emansipasi dan persamaan hak di segala bidang, tapi setelah diberi kesempatan dan hak yang sama dalam hal “melamar” justeru dihindari?

Mengapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup dapat dikalahkan oleh ego? Persoalannya kembali kepada masing-masing individu, apakah ia lebih mengutamakan gengsi atau kebahagiaan hidup yang sejati?

Adalah Khadijah binti Khuwailid, perempuan yang tidak ragu-ragu untuk melakukan hal tersebut. Beliau adalah perempuan yang cantik, kaya dan terhormat. Beliau menepis egonya demi untuk mempersunting lelaki yang di matanya terdapat tanda-tanda kemuliaan dan kematangan peribadi.

Lelaki itu tidak lain adalah Muhammad Shallallahu’alaihim wa salam (SAW). Khadijah sangat terpikat dengan kemuliaan akhlak dan budi pekertinya.

Nafisah binti Munabih menangkap kegalauan dan kebimbangan Khadijah, teman dekatnya. Ia pun memberanikan diri untuk diutus menemui orang yang sangat dicintainya. Setelah sepakat, berangkatlah Nafisah menemui Muhammad Al Amin.

Singkat cerita, Muhammad menerima lamaran itu dan kemudian mereka menikah. Dari kisah ini kita bisa mengambil ibrah bahwa ego dan harga diri itu boleh ditepis atau dikesampingkan.

Justeru yang harus dipegang teguh adalah syariat. Jika syariat tidak menghalangi, mengapa harus ego? Apalah artinya menjaga ego dan harga diri jika taruhannya justeru neraka? Memang ego dan harga diri itu perlu, tapi tetap harus diposisikan pada tempatnya.”

Ambik hang.. panjang lebar Ustaz azam ceramahkan aku… tapi aku tak rasa selain rasa sedih.. Aku rasa… macam .. macam.. macam.. nak nangis… perghh.. tak boleh blah air mata aku jatuh gak setitis…

“ Kamu nak melamar siapa ni Sarah?” tersenyum Ustazah Zana memandangku. Aisey… ni yang buat aku malu-malu ni… Aku rasa baik aku suarakan hasrat hati aku je ni… lagipun diorang ni boleh dikatakan baik.. dan aku rasa diorang ni amanah…

“Ustaz Sufi…”

“Hah??!!” tersentak keduanya bila dengan lancar nya mulut aku yang tak ada insurans ni menyebut nama ustaz sufi.. Entah kenapa hari tu fikiran aku agak tak betul.. mungkin sebab aku belum makan dari pagi kut… Erk.. aku…

“ Hah.. ni tanya kakak dia ni…” Ustaz Azam menunjuk ke arah Ustazah Zana. Apadia… aku pandang Ustazah Zana. Mak aih. Biar betul ni.. aku terkedu…

“ Hah?” aku pulak yang cakap hah.. entah bila nak habis da…

Baik aku pendekkan je la kisah ni, apa yang berlaku hari tu.
Sebenarnya Ustaz sufi tu adik ipar kepada Ustaz Azam. Baru hari tu aku tahu. Ye la.. takkanlah aku nak kena check satu persatu ID diorang kan. Rupa-rupanya jugak Ustazah Zana tu memang tahu pasal aku lalu ustaz sufi Cuma dia tak beritahu aku sebab Ustaz Sufi suruh rahsiakan. Malu gila lah aku hari tu bila semua kisah tentang aku pun keluar dari mulut Ustaz Azam dengan Ustazah Zana. Last last, Ustazah Zana sendiri setuju untuk lamar adik dia sendiri untuk aku.. Rabbuna Yusahhil!!

Selang 3 bulan, aku lost contact terus dengan ustaz Azam dengan Ustazah Zana… nak buat macam mana.. aku kena amik CLP oo… memang aku rasa hasrat aku tu dah berkubur je….. biarlah malas aku nak fikir lagi.. Aku serahkan semua kat Allah je, tawakal lah padanya wahai orang yang bertawakal.

“ Come back to me….” Aku pandang bumbung U aku dulu dari train yang aku tengah naik. Entah kenapa aku nak sangat cakap benda ni.. come back to me…

Tiba-tiba entah macam mana, hari tu aku naik train, aku nampak sorang mak cik yang boleh dikatakan aku kenal lah… tu lah Mak cik yang jual payung tu.. yang dulu setiap hari Ustaz Sufi bagi dia makanan. Aku pun dengan ringan mulutnya bertanya… amacam gaya sopan ni..

“ Assalamualaikum.. mak cik..” Mak cik tua tu pun menoleh ke arah aku ni. Eh... dia senyum..

“ Waalaikumussalam… eh.. kamu ni isteri Sufi tu kan…” Alamak… mak cik ni ingat lagi lah aku…kuikuikui.. buat kali pertama nya aku rasa bangga sikit bila dia kata aku ni isteri ustaz sufi. Yelah, dulu aku selalu rasa macam nak hentak ustaz sufi tu dengan payung-payung yang mak cik ni
jual sebab dia panggil aku ni isteri dia.

“ Hehe… mak cik ingat saya lagi.. apa khabar mak cik?”

“ Mestilah ingat.. hari-hari Sufi cerita tentang kamu… kenapa dah lama mak cik tak nampak kamu…?”

Herm.. ni yang buat aku rasa feeling nak nangis kan… dah lama gila lah Ustaz Sufi tu kat Jakarta.. aku kira-kira rasanya dah hampir 2 tahun oo.. tak ada khabar langsung…Aku tak tahu nak cakap apa… Tiba-tiba train aku dah sampai dah pun.. Aku sempat keluar kan 50 hinggit nak bagi mak cik tu.. tapi korang cuba teka apa yang mak cik tu cakap….

“ Eh tak payah.. Sufi dah bagi Mak Cik makanan ni…”

Aku yang berada kat luar train tu hampir-hampir tersepit ooo… Pernyataan tu buat aku terkejut gila…. Ustaz Sufi dah balik ke????????? Aku tak percayaaaa….. tapi kenapa tak ada maklum balas langsung pasal lamaran aku tu.. aiseyh… macam aku dah tahu dah apa jawapannya… and the answer is no….
Adakah silap aku sebab aku tak halang dia gi Jakarta dulu?? Atau keegoan aku dulu meningkat.. ye lah.. dulu zaman muda-muda aku beb… waktu tu aku tahu belum masanya.. tapi… entahlah.. biarlah biarlah…

La la la…. Mak aku telefon.. ..

“ Ada orang meminang kamu ni.. kamu nak ke tak?” perghh.. mak aku memang sporting je bab ni kan.. terus tanya aku nak ke tak.. tak bagitahu aku detail pun apa yang jadik…

“ Mak mak.. oh my mummy… siapa siapa siapa tu mak?” kan dah keluar ayat rap aku…

“ Keje dia bagus… nikel nikel.. entah apa entah.. mak tak tahu pula.. tapi keluarga dia datang suarakan hasrat nak minang kamu…Mak tengok keluarga diorang pun orang baik-baik… ”

Nikel?? Apa tu…

“ diorang kenal Sarah ke mak?”

“ Kenal lah.. katanya kawan U kamu..”

“ Kawan U??” pergh… lelaki mana pulak lah yang berani datang dekat dengan aku dulu….

“yelah… awi nama dia…” sudah.. penyanyi mana pulak yang nak kat aku ni.. kahkahkahs….

“ Herm.. apa jawapan mak…???”

“ Mak setuju je lah…” mak aih… cepat dan advance nya mak aku ni.. aku tak bagi jawapan lagi..

“ Adesss..” jawapan aku. Ni makna dia aku dah jatuh hukum tunang orang ke ni?

“ Mak sms kamu number dia….kamu mesej sendiri dia..” tengok betapa mengikut teknologi nye mak aku ni… heish…

Selepas salam diberi aku pun letak telefon dan seminit pahtu mesej masuk. Aku dapat num budak lelaki tu. Satu U dengan aku.. tapi aku tak kenal pun sapa-sapa nama Awi ni… Dengan pantasnya aku nak mencabar lelaki tu.. ooo.. berani berani nak pinang aku ye…

‘Assalamualaikum.. ni awi ke?’

‘waalaikumussalam… ye saya Awi , sarah..’

‘ oh… macam mana awak tahu ni num saya?’

‘saya dah lama simpan num awk ni, apa khabar?’

‘ Awak ni Awi yang mana satu?’

‘ khabar baik (sy jawab sndiri je lah)’

Mak aih… siapa lelaki ni… buat lawak pulak dengan aku… cop.. dia kata dia dah lama simpan num aku.. herm… respek juga lah aku kat lelaki ni sebab dia tahan diri dia dari mesej perempuan.. heishhh…. Tak ada tak ada…

‘keluarga awk dtg rumah sy semalam?’

‘ Yup… rasanya tarikh kahwin pun dah tetap semalam..’

‘bila?’

‘ 4 bulan dari sekarng…. Dan jangan lupa.. kita kena ambil kursus kahwin… kalu tak tok kadi tak nak sain..hehe’

‘eh.. bila sy kata sy setuju kahwin dengan awk?’

‘ sbb sy tahu awk setuju la sy ckp camtu..’

‘ ada syarat nak kahwin dengan sy’

‘syarat? Wauh.. awk nak minta 7 dulang hati nyamuk ke?’

‘ disebabkan awk kata sy minta 7 dulang hati nyamuk.. sy mintak awk hafaz 7 juzuk dari Quran sebagai setujunya sy menjadi isteri awk bersyarat.. sy bagi awk tempoh 7 minggu’

‘ InshaAllah.. bila awk nak?’

Pergh,. Tu je yang dia cakap???? Biar betul.. aku saja je nak uji dia..

Kedit aku habis waktu tu jugak.. heish… tak sempat aku nak membalas.. biarlah.. malas aku nak melayannya…

Mak aku dah membebel dah kat kampung suruh aku balik cepat… nak siapkan barang-barang kahwin…Mak aku bersemangat betul.. Aku yang blurr blurr… kerja aku kat ofis belambak beb… sapa mahu buat.. nak nak tiap-tiap hari sekarang aku kena taip report kes orang yang naik turun mahkamah.

Dah sebulan lebih ni sebenarnya si Awi tu tak ada respons.. kalau dia mesej pun.. dia nak ingatkan aku tentang kursus kahwin kitorang kena pergi… Malam tu aku teringin nak mesej dia.. sebab ikut perancangan 7 minggu tu dah sampai kan…

‘ salam, sedara yang kat sana… masa 7 minggu dah sampai…. Sila datang rumah tasmi’ dengan abah sy’

Eh eh.. si Awi ni tak balas pun… tak ada respons langsung.. jangan-jangan dia takut tak.. kehkehkes… apa pun tak boleh ….

Tapi terkejut monkey aku bila seminggu lepastu mak aku telefon dan dia bagitahu bahawa Si Awi tu dah pas 7 juzuk.. tambahan lagi mak aku siap membebel kat aku bila Awi certa aku nak dia buat macam tu.. perghh!!! Awi.. Who r u???? Yang penting aku dah kalah.. dan dia dah penuhi dah syarat kahwin yang aku bagi.. tapi aku tak puas hati jugak.. Esok pagi aku rasa aku nak jumpa dia… Perlu!! Aku kena tengok dia siapa!!

Pagi tu pun aku mesej dia,

‘ salam.. sedara… kenapa nak kahwin dengan sy? Pernah nampak sy ke sebelum ni?’

Selambanya ayat aku kan…

‘wassalam sedari… eh.. siapa pula… sedari yang di sana yang nak kahwin dengan sy kan..’

Mak aih.. bahasa…

‘ Siapa awk ni??’

‘ sy.. bakal suami awaklah..ni sy nak tanya.. awk dah pergi kursus kahwin belum? Sy dah ada sijil
kursus kahwin ni.. (dengan bangganya)’

Eh eh.. memang taklah jawapan dia ni membuat aku yang tadi memasam nak gelak.. siapa lelaki ni aku tak tahu…

Pergh.. panas gila hati aku.. siapa entah cik Awi ni… sorry Sarah.. mungkin ni jodoh kau.. jadi kalau kau tunggu Ustaz Sufi lagi.. lupakan lah dia tu…

Dalam tangan aku dah ada sijil kursus kahwin waktu ni.. dan tinggal 2 minggu lagi aku bakal berkahwin… Aku rasa.. entahlah.. apa yang aku rasa… aku tak tahu nak kabo kan cam mana..

Kad kahwin aku pun dah beredar dah.. Aku pun teringat pula lah kat Ustaz-2 aku kat U dulu.. cemana la aku boleh lupa diorang .. heish.. aku tak pernah lupa la… ada ke gitu…

Sekali lagi setelah 3 tahun, aku berdiri kat depan bilik Ustaz azam.. pergh..Alhamdulillah dia dah jadi dekan seyh sekarang… Tabik Spring..

“ Assalamualaikum ustaz…”

“Waalaikumussalam..” Ustaz memandang aku dari atas ke bawah.. erk.. aku pulak pelik.. setahu aku, aku tak ubah pakaian aku.. jubah cam biasa.. tudung labuh cam biasa.. tak ada banyak pun yang berubah..

“ Ustaz.. ana.. sarah…”

“ Oh. Ye Sarah….ana ingat lah… kenapa? Apa khabar enta skrg?” Ustaz azam tersenyum. Pipi dia maih mungil cam dulu ooo… rindu aku dengan Ustaz ni..

“ Baik Ustaz… ustaz sihat ke?? Ustaz.. ana datang nak jemput ustaz..”

“ eh.. jemput apa pulak ni.. eh.. ana dah ada dah la kad kahwin enta lagi…. ”

Aku memang terpinga-pinga, apa maksud dia tak tahu.. ahhh.. apa pun boleh lah…

“ Ustaz dah ada ye.. tak apa. Jemputlah datang ye ustaz… Ustazah Zana sihat ustaz?”

“ Alhamdulillah.. ustazah sihat je.. dia sibuk uruskan.. dah adik dia nak kahwin tak lama lagi…”

Pergh!! Retak hati aku bila dengar ayat Ustaz Azam. Ustaz Sufi lah tu yang dia maksudkan…. Ustaz Azam ni tak pandai cover ke apa.. dia dah lah tahu aku pernah melamar Ustaz Sufi …
Entahlah.. perlahan je aku jalan kaki . Aku rasa down.,. terngiang-ngiang kat kepala aku bila Ustaz Azam cakap cam tu tadi.. Heish… kenapalah??? Kan aku dah nak kahwin jugak.. baik lah aku lupakan je Ustaz Sufi tu. Walaupun aku tak cintakan Awi tu?? Yelah.. dah dulu.. aku jugak yang kata.. aku akan bercinta dengan suami aku je.. heish.. rasa bersalah lah plop kalau aku kahwin dengan Awi tu tapi hati aku kat Ustaz Sufi. PLEASE MY LORD!!!!!!!!!! Aku rasa nak jerit je… penyelesaiannya.. aku ke Masjid depan U aku.. memang aku tak tahan.. akhirnya hati aku rasa nak terkeluar tangisan semua nya.. aku nak lepaskan kat Allah taala.. dah DIA je yang boleh bantu…

Setenang-tenang wudhuk mengalir kat muka aku ni.. barulah aku rasa tenang… Aku masuk dengan langkah yang sangat perlahan.. pertama sekali aku buat solat tahiyatul masjid… kemudian aku sambung dengan solat sunat hajat.. minta di tenangi hati aku yang tak tenang … Baik aku minta mak ayah aku diselamatkan dunia akhirat… ayah dan ibu.. ayah dan ibu…itulah permulaan kami.. heish. Rindu plak aku ngan mak kat kampung tu kan.. alaaa…. Dah minggu ni aku memang kena balik kampung punya… hari pernikahan aku.

Aku baru nak telefon mak aku.. tiba-tiba.. Awi tu boleh dia telefon aku plak… waktu tu aku dah kat luar masjid.. nak pakai kasut pun tak sempat lah dia ni.

“ Assalamualaikum..” perlahan je suara aku.

“Waalaikumussalam…. Isteri ku.. esok sy nak ke luar negeri… dan… sy rasa berat hati nak pergi..”

“ Sy belum jadi isteri awk..”

“ Aahlah.. sy lupa plak… huhu… kalau awk tak nak sy pergi.. sy takkan pergi untuk kali kedua…”

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Aku terdiam. Kenapa?

“ Sarah..” aku berpaling ke belakang. Seseorang memanggilku. Dan…. Yang aku nampak adalah………

“ Ustaz Sufi?” Dia sedang pegang telefon jugak..

“ Kali ni.. boleh halang sy?” alamak.. suara tu jugak yang keluar kat corong telefon aku ni.

“ Awi??” Ni yang aku rasa nak kena tipu ni.. tapi kan…

“ Sy tahu apa yang ada kat fikiran awk.. sy tak tipu… Nama sy Nadawi…”

Aku cepat-cepat letak telefon. Dah.. bazir kedit je… Aku pandang Ustaz Sufi depan aku ni. Hati aku macam nak melompat. Rasa nak bersyukur ya amat. ALLAH … ALLAHUAKBAR!!!!!!

“ Awak yang kata awak nak kahwin dengan sy.. jadi.. kalau awak tak halang sy buat kali kedua…. Tok kadi tak nak sain borang kahwin kita kut…” Dia tersenyum. Hampir 3 tahun ooo… aku tak jumpa dia….

Tiba-tiba Ustaz azam keluar dari pintu masjid ke dua. Potong certa btul lah Ustaz azam ni.. habis…

“ eh… ala… seminggu je lagi nak jadi suami isteri… sabar-sabarlah ye… jom sufi…” Ustaz Azam mengusik.

Dia dah berpaling dan berjalan ke depan. Cepat-cepat aku telefon dia. Dan dia angkat…

“ Tolong… jangan pergi…” ayat aku tu je.. pahtu aku letak. Hati aku dah berbunga-bunga macam kalu letak baja tu berputik. Haha…
**************************************************************************

Trinologi:

Majlis pernikahan dan walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Sekali lafaz je.. Aku… Sarah Nur Hajar sah jadik isteri real punya pada Hadi Nadawi Sufi. Abah aku yang sendiri yang jadi tok kadi. Huhu. Itulah impian ayah aku. Nak nikah kan aku sendiri. Mak aku pula, terharu giler bila aku ni jadi isteri orang. Ye lah.. sifat-sifat kasar aku dulu dah berubah seiring masa.. bak kata emo.. semakin matang…

Sebenarnya, Ustaz Sufi memang betul-betul kena sambung pengajian kat Jakarta untuk PHD dia, sebab waktu tu dia dah dapat scholarship. Bila aku melamar dia je dekat Ustazah Zana, Ustazah Zana terus bagitahu dia dan apabila tiba masa dia kembali ke Malaysia , dia tak tunggu lama untuk menerima aku kembali dan melamar aku secara rasmi dan datang ke kampung aku sendiri. Waktu tu, ustazah Zana dan Ustaz Azam pun ada. Boleh kata diaorang ni adalah orang tengah antara aku dan dia.
Nikel nikel yang mak aku cakap tu. Sebenarnya, Ustaz Sufi dah bertukar menjadi Pensyarah Teknikal kat U aku tu. Tapi mak aku tak perasan kut, Huhu…

Dah kahwin ni baru aku tahu yang dia ni saja nak kacau aku… sebab waktu dulu tu boleh dikatakan dia merajuk jugaklah bila aku tak halang dia pergi.. dahlah aku lari-lari dari dia… hahah…
Tapi apa aku cakap… perancangan Allah the Best oooo….. 

Tiba-tiba je aku teringat kat kisah Saidatina Fatimah dengan Ali r.a... Aku terus usha suami aku...

"Abang... maafkan sayang... sebelum sayang kahwin dengan Abang... Sayang dah jatuh cinta gila-gila dengan seorang lelaki sampai rasa nak usha dia..." 

" oohhh... jadi kenapa pilih Abang juga ni?" alamak.. muka dia macam dah masam.. tapi senyuman dia tetap ada... 

"Sebab... lelaki tu ialah abang..." Teruss... amacam.. nilah dia nikmat cinta selepas kahwin.. pahtu kitorang teruskan lagi solat sunat jam 4 pagi. 

Ya Allah.... Kumpulkan kami kembali disisimu.....

Perjalanan aku nak sampai kepada sekarang semuanya adalah ujian dariNya yang benar-benar indah… Dan sekarang aku rasa… … sangat bahagia dalam mengejar RedhaNya. Sama-sama kitorang berjuang untuk berkumpul kembali bersama NYA.

Hah… tu dia.. akhirnya cik abang aku sampai jugak… dia berhentikan kereta dan keluar untuk bukakan pintu untuk aku.. ala.. sweetnya lah abang aku ni…. Yelah.. perut aku dah memboyot… tak larat beb… Pusat pengajian ni abang aku ni lah yang tubuhkan.. sekarang kerja aku kat pejabat tu hanya keje sampingan je… berada di pusat pengajian ni pun keje sementara aku.. Keje tetap aku ialah fully house wife dan full time Servant for ALLAH…

“ Sorry sayang.. asiff jiddan… lambat..”

“ Tak apa.. dah biasa…” dia tergelak. Indahkan Cinta setelah berkahwin. Tak payah aku nak sorok-sorok perasaan aku kat dia dan yang penting sampai sekarang aku masih malu-malu dengan dia.

“ Eh.. abang cakap dengan baby ni la.. hehe” aku malas nak melayan. Senyuman melebar je aku bagi.

Come back to me….~~~~

Jikalau Allah nak memberi cinta… Tak ada siapa yang dapat menghalangi hati….

*bolehkah wanita melamar lelaki sumber :muslimpress.com