Saturday 22 October 2011

Da' wah is our Time

Kadang-kadang, kita tak sedar, bahawa ada urusan penting untuk kita uruskan di dunia sebelum kita melangkah ke tujuan kita yang sebenar-benarnya. Dan jikalau yang bicara itu hati yang kotor dan tidak bernafsi, di manakah kita? Adakah kita berada di landasan yang benar?

Dalam sebuah pencarian, adanya halangan dan likunya yang beronak duri, di manakah kita letakkan kewarasan akal untuk berfikir, sebelum nadi berdenyut dan fikrah menghayun?
Kehidupan kita ini berpandukan pada sunnatullah dan syariatullah. Sebagai Jalan dan cara kita berkhidmat menuju kewarasan akal fikiran. Jangan tidur di dalam lena dan jangan hidup kan fikiran secara baqa’.

Mata yang menghayunkan pandangan terhadap alam, sering kali terfitnah dari pandangan yang kotor. Mata terlalu liar mencari bahan untuk dimakan. Kornea kekenyangan sudah melihat pemandangan di balik tirai pentas kamar. Lakonan dunia yang penuh kepura-puraan, di sangka air namun hanya bayangan yang mendahagakan. Di mana kita letak keprihatinan mata kita. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati, dari hati meresap ke jiwa.

Telinga sudah gerah mendengar bisikan-bisikan obsesi jalan yang berliku secara panjang. Puas sudah telinga menjerit dari terkena tempias mendengar bahan aib dan maruah orang. Cukup lah sekadar nyanyian atas tanah, sebelum kembali juga kepada tanah. Pukullah gendang untuk memuaskan telinga, dari mendengar fitnah berjela, buka radio, buka tv,buka fb, semua berpaksi kan alam maya semata.

Bibir pula yang berkata-kata , terlampau manis rasanya untuk bicara, terlampau hebat untuk mengutara. Sampai ada yang terhanyut kuat kerana bisikannya. Fitnah berjela-jela, mengumpat tidak usah kira. Di mana jalan kita wahai sahabatku semua. Bak kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Ana nak terapkan satu jenis cara dakwah, yang dirasakan sesuai pada zaman sekarang ini mengikut apa yang dinasihati Nabi s.a.w untuk mendidik anak menggunakan cara yang sesuai pada zamannya. Sekarang ini zaman Globalisasi, era hubungan tanpa sempadan. Nak berdakwah pada zaman sekarang, kita perlu melihat siapa yang kita nak dakwah. Pemikiran mereka tidak sama dengan pemikiran para sahabat pada Zaman Nabi. Berada di era remaja yang mencabar. Cakap sedikit, mulalah ada hati yang terasa dan terguris. Untuk menjadi seorang daie, kita perlu bijak mengawal, dan bijak mengatur langkah juga strategi, Ajakan kita haruslah lebih kepada mengajak dan bukan pada pertanyaan mahu pun kenyataan kerana jiwa remaja zaman IT lebih membara. Ana menulis seperti itu kerana ana juga remaja, dan ana tahu remaja mempunyai darah muda yang bergelora. Perasaan ingin mencuba dan perasaan ingin tahu sentiasa melanda, Itu lah untungnya apabila kita di tarbiyah, wujud batasan apabila perasaan ingin mencuba itu timbul. Baik, kembali pada point yang ingin di lestari, ana ingin beri contoh, bagaimana contoh dakwah yang terpraktis, Contoh apabila kita ingin  berdakwah kepada mereka yang tidak menunaikan solat tanpa alasan, jikalau kita rapat dengannya dan mengenalinya dan tahu sebab mengapa dia tidak bersolat sekalipun kita tidak tahu, janganlah kita bertanya sesuatu yang mungkin boleh membuat dia benci dengan kita, seperti persoalan, “ kenapa tidak solat? Tahukan solat itu wajib…” bagi remaja yang bersekolah di Smk atau Smi atau di mana-mana sekolah yang mempunyai latar belakang pendidikan islam, tak perlu di ragukan lagi bahawa dalam pengajian pendidikan islam, mereka diberitahu bahawa solat itu adalah wajib. Jadi, kita ketepikan soal bertanya. 

Kita ubah jadikan ia pada pengajakan seperti “ kawan, jom solat,” ini lebih baik. Pengajakan daripada persoalan lebih baik. Soalan pokok tidak begitu penting. Manusia itu sentiasa berubah-rubah, fikiran, dan jati diri biar dilandasi iman dan taqwa. 

Remaja lebih mudah di dekati tanpa dia sedari, > that’s my point.
Alhamdulillah hari-hari mendatang terus teruji dan tercabar dengan alam dan terus tegar menghadapi dengan  sunnahtullah mengikut syariatullah.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment