Saturday 30 April 2011

Qiam Taujihat masulah Tarbiyah- Pejabat IKRAM setia tropika

 AGENDA QIAM WANITA IKRAM
8.15-8.45 pm- Solat isyak berjemaah
8.45-9.00pm-Pembukaan Majlis,
                           bacaan Al Quran dan terjemahan (surah fussilat 30-36)
9.00-9.40pm-Muraqabah (ukhti Fuziah Sahar)
9.40-10.00pm- Taujihat Masulah tarbiyah (ustazah shahidah sheikh Ahmad)
10.00-10.30pm- tilawah juzuk 17
10.30pm- Pengumuman lain-lain dan bersurai.

Muraqabatullah.

Maksud Muraqabahtillah:
Allah s.w.t sentiasa mengawasi hambanya 24 jam sepanjang hari dan sepanjang hayat. Segala perbuatannya di rekod dan akan dipersembahkan suatu hari kelak di hari pembalasan. Yang terbaik akan menuju jalannya yang dipermudahkan.
Sajdah(9)

Dalil Muraqabahtullah.
As syuara 218 219, al hadid -4, al imran-5- al mujadilah ayat 7
Allah mengawasi kejadian kita dari simple cell, bukti kekuasaan Allah s.w.t, satu sperma bersenyawa dengan ovum. Setelah satu sperm bersenyawa dengan ovum, sperm lain akan mati kerana Ovum sifatnya ber acid. Maka yang disenyawakan pada permulaannya ialah pemenang. Siapakah pemenang? KITA.

Namun bila kita lahir ke dunia, kita lupa pula pengawasan Allah. Kita tidak menghadirkan Allah dalam hidup kita. Kita tak sedar dan tak muhasabah berapa lama lagi diri kita akan hidup di atas muka bumi yang sementara ini. Berapa peratus dalam hidup kita, kita betul betul menghadirkan Allah dalam hidup kita. Saat kita bangun dari tidur sehinggalah kita kembali tidur. Kita rasakah ada malaikat di kiri dan kanan kita yang kerja tetapnya mencatat setiap amalan kita. ( surah Qaf)
Kadang-kadang kita rasa lemah dan kita sendiri tidak merasa Muraqabahtullah, buktinya kadang-kadang kita terjebak dengan nafsu dan godaan syaitan. Pengaruh syaitan dan nafsu telah mengalahkan pengaruh iman, akibatnya kita melakukan benda yang tidak baik, buat benda jahat. Maka di manakah hati di dalam diri kita? Beku atau kita sudah tidak punya hati?

Hadirkan Allah dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita adalah salah satu tanda dan salah satu cara kita menuju kepada sifat Ikhlas. Imbas kembali sirah para sahabat. Betapa sungguh hebat tarbiyyah Rasulullah kepada para sahabat, MasyaAllah. Kisah seorang ulama' yang sedang belajar dengan gurunya. Gurunya menyayangi muridnya yang satu ini melebihi pelajar lain. Justeru, satu hari gurunya ini memberi masing masing seekor burung merpati, lantas disuruh sembelih di tempat yang tidak ada sesiapa yang lihat. Semua muridnya berpergian dan pulang setelah menyembelih burung merpati itu melainkan anak murid kesayangannya itu pulang dengan merpati yang masih hidup. Apabila ditanya mengapa dia tidak menyembelihnya, dia mengatakan bahawa tidak ada satu tempat pun yang Allah tidak melihat perbuatannya.

Di dalam program Ihya' ramadhan tahun 2010 tidak silap ana, dalam program ini, para remaja di suruh membuat origami di tempat yang tidak ada sesiapa yang nampak. Maka para remaja tadi, berpecah pecah di semua pelosok masjid BBU nan indah itu. Ternyata 95% dari para remaja tersebut telah gagal dalam melaksanakan misi yang sebenar. Di situ kita dapat detect bahawa mereka belum merasai Muraqabahtillah.

Sungguh sifat Ar rahman Allah itu sangat sangat tinggi, setiap hari, kesalahan dengan Allah yang kita buat, apa kata kita bayar saman untuk setiap kesilapan. Bayar dengan membuat kebaikan dan bertaubat. Allah suka dengan hambanya yang bertaubat. Pelihara larangan dan perintah Allah, nescaya kamu dapati Allah selalu di hadapanmu, ini menuju kepada sifat ketaqwaan.

Apabila kamu meminta, mintalah dengan Allah dan apabila kamu minta tolong, mintalah pertolongan dengan Allah, mintalah redha dan pertolongan Allah, kerana kita memang memerlukannya setiap saat.
Berdoalah, Allah maha mendengar, jikalau dia tidak mengabulkan, jangan bersangka buruk, sentiasalah sangka baik dengan Allah, mungkin dia reserved doa kita itu untuk balasan yang lebih baik. Tidak susah untuk Allah, DIA perlu mengatakan kun faya kun, jadilah maka jadilah ia.
Buah Muraqabahtullah ialah Al ihsan, dan ia sebuah martabat tinggi.
Sekarang muhasabah lah diri dan ambil peringatan daripadanya.

Istiqamahlah: tetap hati. Allah sentiasa mengawasi kita. Jangan harap pujian manusia dan sedih dengan cacian manusia.

Jujur: Yakin Allah sentiasa melihat kita. Malaikat kiri kanan mencatat walau sebesar zarah amalan kita.

ikhlas: segala perbuatan di lakukan kerana mencari redha Allah. ingat kita kan di hisab di akhirat kelak.

Rela pada ketentuan Allah

 

Rela Pada Ketentuan Allah

Oleh: Imam Asy-Syafi’i

Biarkanlah hari-hari berbuat semaunya
Berlapang dada-lah jika takdir menimpa

Jangan berkeluh-kesah atas musibah di malam hari
Tiada musibah yang kekal di muka bumi
Jadilah laki-laki tegar dalam menghadapi tragedi
Berlakulah pema’af selalu menepati janji

Jika banyak aibmu di mata manusia
Sedang engkau berharap menutupinya
Bersembunyilah engkau di balik derma
Dengan derma aibmu tertutup semua

Jangan pernah terlihat lemah di depan musuhmu
Sungguh malapetaka jika musuh menertawaimu

Jangan berharap dari orang kikir kemurahan
Di neraka tiada air bagi orang yang kehausan
Rizkimu tidak berkurang karena kerja wajar perlahan
Berlelah-lelah tidak menambah rizki seseorang

Tiada kesedihan yang kekal tidak pula kebahagiaan
Tiada kesulitan yang abadi tidak pula kemudahan
Jika engkau berhati puas dan mudah menerima
Sungguh, antara engkau dan raja dunia tiada beda

Barangsiapa kematian datang menjemputnya
Langit dan bumi tak kan mampu melindunginya

Bumi Allah begitu lapang luas membentang
Namun seakan sempit kala ajal menjelang

Biarkanlah hari-hari ingkar janji setiap saat
Kematian tak mungkin dicegah dengan obat 

Author translate: Abu Ghonam
“Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak" (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Friday 29 April 2011

I wonder Why?

Which Baby has the best mother?

A baby gorilla has one of the best mums in the worls. A grown up gorilla may look a bit frightening to us, but she's loving and gentle to her young. As well as grooming the baby, she feeds it for up to three years and protects and helps it for longer still. 


Which baby has the worst mother?

The female european cuckoo cant be bothered to look after her chicks. This lazy mum lays an egg in another bird's nest. When the egg hatches, it's the other bird that does all the hard work, raising the chick.


Which father gives birth to his young?

The male seahorses has a special pouch on his body where the female lays her eggs. The male has to carry them around till their hatch, and then hundreds of baby seahorses shoot out into the sea.


How does a lamb find it mother?

Mother sheep and their lambs sometimes get seperated in a crowded field. Most lambs look the same buat each one has it s own distinctive call. Every mother sheep knows her own baby's cry and can easily find it in the crowd.



Nak bezakan dengan manusia ke? Silakan.. peace no war...
Punurkasih

Tuesday 26 April 2011

Al Baqarah ayat 156



"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah.
Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah."

Thursday 21 April 2011

Buku lagi :)

Lebih senang membaca daripada menulis. :) 

 Himpunan koleksi cerpen dr faisal tehrani dari 20 tahun yang lalu. Segala coretan dan bahan ilmiahnya  terdampar di dalam buku ini. Tiga kali seminggu adalah salah satu cerpen yang terdapat dalam buku ini.  
Petikan yang benar benar superb dari beliau dalam kata pengantar. 

"Saya ingin mengetengahkan karya yang tidak melibatkan cinta kopiah dan tudung, atau cinta murahan di sulam tasbih dan ayat ayat al quran. Saya ingin membawa pembaca saya ke dunia sebenar agama kita, ISLAM, yang wahyu pertama kepada Rasulullah s.a.w menuntut umatnya menajdi umat yang pandai, bukan umat yang hanyut berleka dengan khayalan dan emosi " Dr Faisal.

Yup, this is him.  Mula ikut penulisan dia semenjak form 5 dalam novel 1515.


FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, SM Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet". 


Penulisannya mantap. 

Mode Buku,
Punurkasih

Wednesday 20 April 2011

Munaqqobah. Niqab dan Purdah.

Pakai niqab bukan sekadar tentang penampilan, tetapi seperti wayar yang berhubung dengan plagnya, ia contoh bahawa apa yang dirasakan hati saat memakai niqab walaupun ia bukan sesuatu yang wajib, connection beetween Allah s.w.t and his poor servant. Can u understand munaqobah? Mortal can't understand. They will understand only after they think about the inner beauty and its advantages in islam. beutifull and prominence in islam.

This is a video. You can watch if you want, You can accept it or not. Its up to you. 


Kita tak pernah melihat Saidatina khadijah atau Saidatina fatimah r.a, tetapi kita boleh rasa aura yang mereka bawa dengan apa yang munaqqobah pakai dan apa yang mereka rasakan di dalam hati, Pure intention for normal human that want to feel about what good that come from Allah s.w.t and Rasululah s.a.w. They want to do what their prophet wife does. So? 
I think i dont have to debate about what its law to wear niqab or cover ur face, im sure all of u know.

Its not about holy, glorious, precious or noble. Pakaian memang tidak melambangkan ketaqwaan atau keimanan seseorang kerana yang menilai bukan manusia, tetapi Allah s.w.t.

 But its about soul and protection. 

Then to all munaqqobah, try to understand than think. 


Then tonight i will say what this video quote have said. 



This is what munaqqobah choose, and it is not because noble, or wearing or cover etc. Its not just a cover but it is what munaqqobah feel in their heart. 
Munaqqobah= women that wear niqab/ wanita yang memakai niqab.
Not else.

Monday 18 April 2011

Kembalilah Nafs, Kembalilah

Surah 89, Surah al-Fajr (Fajar) : 30 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
89-1: Demi fajar.
89-2: Dan malam yang sepuluh.
89-3: Demi genap, demi ganjil.
89-4: Dan malam apabila ia berlalu.
89-5: Bukankah pada yang demikian itu suatu sumpah bagi orang yang berakal?
89-6: Tidakkah engkau perhatikan bagaimana Rab (Tuhan) engkau lakukan kepada kaum ‘Ad?
89-7: (Iaitu penduduk) Iram yang mempunyai bangunan tinggi.
89-8: Yang belum pernah dibina serupa itu di negeri-negeri lain.
89-9: Dan kaum Samud, (iaitu orang) yang memotong batu-batu besar di lembah.
89-10: Dan Fir’awn yang mempunyai bala tentera.
89-11: Yang melampaui batas di negeri itu.
89-12: Mereka banyak melakukan kerosakan di dalamnya.
89-13: Maka Rab (Tuhan) engkau menimpakan cemeti azab ke atas mereka.
89-14: Sesungguhnya Rab (Tuhan) engkau sentiasa mengawasi.
89-15: Maka perihal manusia itu apabila Rab (Tuhan)nya menguji dengan memuliakan serta diberikan nikmat, maka dia akan berkata: “Rab (Tuhan)ku memuliakan daku.”
89-16: Tetapi apabila Dia (Allah) menguji dengan menyempitkan rezeki, maka dia berkata: “Rab (Tuhan)ku menghinakan daku.”
89-17: Sekali-kali bukan (demikian), bahkan kamu tidak memuliakan anak-anak yatim.
89-18: Dan kamu tidak saling mengajak kepada memberi makan orang miskin.
89-19: Dan kamu memakan harta warisan orang dengan loba.
89-20: Dan kamu terlalu mencintai harta secara melampau-lampau.
89-21: Sekali-kali tidak, apabila bumi ini dihancurkan sehancur-hancurnya.
89-22: Dan datang Rab (Tuhan) engkau dengan malaikat berbaris-baris.
89-23: Dan pada hari itu didatangkan Neraka Jahanam, dan pada hari itu manusia akan ingat tetapi tidak berguna ingatan itu.
89-24: Dia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku (dahulu) bersedia untuk penghidupan ini.”
89-25: Maka pada hari itu tidak ada sesiapa dapat menyeksa sebagaimana seksaan-Nya (seksaan Allah).
89-26: Dan tidak ada sesiapa dapat mengikat seperti ikatan-Nya (ikatan Allah).
89-27: Wahai ‘al-nafs al-mutmainnah’ (jiwa yang telah mencapai tahap ketenangan). 89-28: Kembalilah kepada Rab (Tuhan) kamu dalam keadaan reda dan diredai. 89-29: Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku (hamba-hamba Allah). 89-30: Dan masuklah ke dalam jannah (taman/syurga)-Ku (jannah Allah).
  
 Jiwa dan qalbu perlu kembali pada pemiliknya. 
  Ya rabb,
Aku tidak mampu bila harus menanggung dunia,
yang isinya segala fana tanpa beza,
Harta dan isinya jadi punca,
Bagai tamar tidak berbunga. 

  Ya rabb,
Bisanya kesakitan menanggung penantian redho,
Kejamnya diriku,
apabila kusebut-sebut tentang dunia dan segala fitnah,
kerana ku bukan alim ulama'
Aku sang penyair tandus di Gunung Sahara. 

 Ya Rabb,
Lidahku kadang-kadang tidak reti ucap syukur,
Ku kabur dengan nikmatmu,
jiwaku memberontak lebih parah dari mujahidah,
ku selar jiwa jiwa amarah,
dari gulungan matahari yang membara. 

  Ya Rabb,
Tolong ambil aku kembali,
kedalam pelukan cinta dan hangatnya rinduMu,
kerana ku tahu, 
Setiap pilihan yang kau berikan padaku,
Adalah ujian tidak bertanda,
Kasih tanpa noktah.

  Ya Rabb,
Disaat hati perlu memilih,
otak perlu berfikir,
tunjukilah aku ke jalan yang lurus,
Jalan orang-orang yang kau redhai, 
Jadikan jiwa jiwa kami,
jiwa yang tenang,
untuk kembali padaMu.
Wahai Rabbul Alamin. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?[2] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.[3] Surah Al-Ankabuut ayat 2-3 


 Prof Rauf berkata pada Fahri = ALLAH sedang berbicara padamu tentang Sabar dan Ikhlas. 

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?[10] Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.[11] Surah Al-Ankabuut ayat 10-11 

 Petikan buku aku terima nikahnya = kebahagiaan boleh diukur dengan tahap ketenangan. 



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku

Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa

Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

 Isthikharah, doa, usaha, doa, usaha, Tawakal. 


Insomnia,
Punurkasih

Sunday 17 April 2011

Santai Minda

Pada satu hari yang tidak cerah dan tidak juga gelap, alhamdulillah,, sunny sunny cloudy adanya. Terlihat Sang Zirafah masuk ke dalam tempat sketsa. 

 Zirafah: Assalamualaikum semua.. surprise!!! 
(Labah labah dan lebah cuma menyibukkan diri di belakang tu, sekadar hiasan semata) 

Suami Kuda: Waalaikumussalam, masuk masuk jemput masuk. ku tahu tiada pintu, kerana itu kamu menyeludup masuk, silakan masuk. Istku, oh Istku, Kita ada tetamu ni. Buat air lebih-lebih sikit, goreng cekodok ke, kalau boleh goreng lebih sikit. 

Zirafah: , begitu meriahnya sambutan buat diriku. Ku datang sebenarnya ada hajat. Ku nak tumpang tandas, boleh ke?

Tiba-tiba masuk sang isteri kuda@ istku.

Isteri Kuda: Apanyer suami ku, ku sedang mengemas rumah ini. Opss, ada zirafah rupanya. Ku tak perasan. Ku masuk dulu lah ye, buat air. 

Suami kuda: Ye isteriku, nanti ku bantu buat cekodok.

Zirafah: eh eh.,. tak payah susah-susah, sy cuma nak tumpang tandas. Boleh ke?

Isteri kuda: Oh,, nak tumpang tandas, silalah. tandas kat belakang. Jangan segan ye buat macam rumah sendiri. 

Suami kuda: Baiknya si comel isteriku. 

Isteri Kuda: Namaku Si cincan, bukan si comel, ternyata kamu sudah menduakan ku, pergi dari sini,, Aura langit ke enam!!!!! (tendangan berapi) 

Suami kuda: Adessss..... ku lupa yang semalam ku pulang ke tempat len. 

Zirafah: ku dah kabo, hal rumah tangga jangan cerita di sini. Macammana lah boleh lupa... heish.. Nih.. mana tandasnya.. ku nak tumpang tandas... 

Suami Kuda: Pergilah sendiri, ku sedang sakit badan nih.. tak nampak ke,

Kemudian, zirafah tersebut pun berjalan lagi ke tempat lain nak cari tandas, lalu terjumpa lah beberapa haiwan yg pelik di tempat tersebut. 

( Tak nampak macam pelik ke,)
Zirafah berada di belakang sekali. Beliau merasa sangat kepelikan melihat haiwan-haiwan di situ releks saja. tak buat apa-apa.


Identiti: Singa jantan
Keasalan: Kurang diketahui, boleh dimana-mana sahaja.
Pakai ubat gigi:cap salim di jamin halal.
Tag kegemaran: Cantik tak skarf kupu-kupu baru beli. 

Bear: Ku hempuk juga kala jengking ni karang, sedap dia je nak landing di atas kepalaku. 

Kerbau ke lembu nih?? 
Kembu: Entah ku pun pelik dengan depa nih, tak ada keja len ke, nak menghinggap kat atas kpala je. Heish. Habis hilang kemachoan tandukku.

Belalang: Kiter bako je kiter bako, Sabo je la.....
Suami Kuda: heish.. jumpa tak tandasnya, dok tengok diorang ni buat apa? 

Suami kuda: Tu hah tandasnya, tak nampak ke apa. Pi cepat pi cepat.


kemudian tirai telah di labuhkan. faham faham saja kalau tak faham. 
Sketsa ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Meringankan sedikit stress anda, inshaAllah. 
Selak2 album terjumpa gambar-gambar kenangan ini: cetengok. 

kenangan manis dulu dulu, yang menginsafkan dan .......  


Comel lop....
Puas sudah ku ajar... G,I,R,A,F,F,E, Zirafah
Taklimat gosok gigi dengan betul. 
(Baruku tahu cara gosok gigi yang betul, ceramah kecil kecil dulu mana ingat,)

Ok, Santaikan Minda,
Punurkasih

Saturday 16 April 2011

لو كان بيننا الحبيب - If he s.a.w among us.


لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين



* * *


Nasheed Lyrics :


low can bainana alhabeeb

la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb

wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb

mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen



kalaulah Al-habib (nabi muhamad) ada diantara kita..

maka akan hampir kepadanya samada yg jauh atau yg dekat
drpada taibateen sebelum ia lenyap..
mengharapkan hampir dengan habeb...

hampir denganya jiwa jd elok..

jika engkau berdoa pasti diperkenankan..
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami denganya Wahai Penerima doa

aku gadaikan nyawaku wahai habeb ( nabi)

muhamad yg memuliakan gharib ( org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa jd elok..baik
wahai yg diutuskan sebagai rahmatan lillalamin

p/s : sama sama muhasabah diri, manusia zaman sekarang rasa terbeban dengan masalah kecil, tapi Rasulullah luka ketika perang, di baling batu dan sampah, di hina, kena caci  masih rasa bersyukur. Baginda contoh manusia terbaik. Jayyidun uswatun hasanah. That's only i can say. Syukur, ikhlas, sabar dan redha. Belajar dari Rasulullah. :) 
Dari cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Al Hasan bin ‘Ali, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ

“Tinggalkanlah yang meragukanmu dan beralihlah pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”[1]

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menasehatkan pada Wabishoh,

اسْتَفْتِ نَفْسَكَ ، اسْتَفْتِ قَلْبَكَ يَا وَابِصَةُ – ثَلاَثاً – الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِى الصَّدْرِ وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ

“Mintalah fatwa pada jiwamu. Mintalah fatwa pada hatimu (beliau mengatakannya sampai tiga kali). Kebaikan adalah sesuatu yang menenangkan jiwa dan menentramkan hati. Sedangkan kejelekan (dosa) selalu menggelisahkan jiwa dan menggoncangkan hati.”[5]
Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah menjelaskan, “Hadits Wabishoh dan yang semakna dengannya menunjukkan agar kita selalu merujuk pada hati ketika ada sesuatu yang merasa ragu. Jika jiwa dan hati begitu tenang, itu adalah suatu kebaikan dan halal. Namun jika hati dalam keadaan gelisah, maka itu berarti termasuk suatu dosa atau keharaman.”[6] Ingatlah bahwasanya hadits Wabishoh dimaksudkan untuk perbuatan yang belum jelas halal atau haram, termasuk dosa ataukah bukan. Sedangkan jika sesuatu sudah jelas halal dan haramnya, maka tidak perlu lagi merujuk pada hati.

1) HR. Tirmidzi no. 2518 dan Ahmad 1/200. At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih.
5)  HR. Ad Darimi 2/320 dan Ahmad 4/228. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini dho’if. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan lighoirihi. Lihat Al Irwa’ no. 1734.
6)
[6] Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, Darul Muayyid, hal. 304. 
(petikan muslim.co.id)


I want him be among us.... Allahumma solli ala muhammad s.a.w,
Punurkasih

Wednesday 13 April 2011

Kau Murabbi,Murabbiahku, dan Aku Mutarabbimu.

Erti mengenal dunia pentarbiyahan jalan islam sebenarnya bukan cuma dimulai dari rumah. Tapi lebih luas terbuka jalan pentarbiyahan diri ini apabila berada di sekolah. Taman Daya School menjadi wadah ana memulai langkah tarbiyah semenjak IKRAM diperkenalkan pada tahun 2008 di sekolah ana.
Menjadi seorang ahli aktif sekolah, permulaan ana mengenali apa itu usrah pada setiap jumaat jam 12 hingga 2 petang, ye la, zaman tu Tv 9 belum menggerakkan rancangan Usrah lagi. Jadi ia sesuatu yang asing bagi ana. Namun, yang asing ternyata kini menjadi sebati dalam diri, pentarbiyahan menjadi jalan.

Maksud Murabbi. 

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati”.

Yup. Ini tugas mereka. 

Mencintaimu menjadi sandaran nikmat dari tuhan. 
Melonjak ke tingkatan 4 pada tahun 2009, ana telah berjumpa dengan seorang ustaz yang ana kagumi sendiri, akan ketabahan, kecekalan, dan ilmunya. Keghairahan mencari ilmu membawanya ke kota mafraq, Jordan. Dia bukan sekadar guru, tapi dia seorang Murabbi.

Jalan hidupnya memberi impak pada ana untuk merasai nikmat sebuah pentarbiyahan. Ana gelarnya Abi. Abi berusia 30 something tetapi wajahnya seperti baru 20 an kan. Bergerak ke Jordan setelah usai spm. Ana turut ingin menjejaki langkah ke Al bayt, inshaAllah, satu hari nanti.

Abi sering mengingatkan bahawa tiada istilah putus asa dalam kehidupan dan masa hadapan harus disambut dengan tawakal.
Teringat lagi saat permohonan untuk ana ambil matapelajaran tampal spm, pendidikan quran sunnah di tolak oleh pengetua. Abi tak habis beri dorongan. Air mata mengalir di hadapan Abi, tapi Abi tetap sokong. Nasihatnya berhikmah. Dia terus menggalakkan ana belajar. Mencari ilmu bukan sekadar ingin lulus peperiksaan, tapi ilmu itu maksudnya lebih luas.

Ana mula minat Bahasa arab semenjak Al Quran menjadi teman kesepian. Kebetulan Abi hebat dalam bahasa arab, maka bertembung lagi kami. Ana mula belajar bahasa arab secara tidak formal dengannya. Dalam kelas, ada sahaja yang kami bincangkan, termasuk bahasa arab menjadi wadah perbualan. Hanya kami berdua yang faham antara satu sama lain, kerana hanya kami yang boleh berbahasa arab dalam kelas. Minat terhadap bahasa arab semakin menebal. Menuntut ana berusaha lebih keras untuk mendalaminya. Setelah keluar sekolah, Ana mencari maahad untuk daurah bahasa, tetapi masih jenguk Abi di sekolah untuk dapatkan nasihat dan curahan ilmunya.

Bersama Abi juga, karya sayap-sayap Cinta terbang ke Murfah menjadi sandaran wadah permulaan ana berjuang dengan penulisan. Abi terus mendorong ana berjuang dengan penulisan. Abi ingin lihat ana jadi seorang penulis yang mampu menulis sebuah buku yang mengembangkan lagi medan dakwah islamiah. Tinggi cita-cita Abi untuk lihat semua anak didiknya berjaya. Karya kedua, jadikan Aku zinnirah. Karya terakhir bersama Abi ialah penulisan Fakta tentang Rasulullah s.a.w ketika pertandingan penulisan dakwah Johor di adakan. Kami sama sama bekerja untuk menyiapkan penulisan itu. Dan, kami berjaya. Abi tidak putus-putus doa.




Murabbi pertama ana, dialah Abi. Syafakallah untuk Abi. Abi, semoga Allah menyembuhkanmu.

Untukmu Abi,

Puisi "Hari-hari Bersama Murabbi"
Nukilan : Syed Ahmad Israa'
Deklamasi : A. Fuad J
Oh alangkah bahagia


Oh alangkah mulia


Hari ini aku kisahkan


Aku, dan disisiku,


MURABBI.




Seperti rasul


Bersama-sama, nikmati satu santapan,


Begitu murabbiku


Duduk bersama, jamah satu hidangan.




Seperti rasul


Bersama-sama berbantalkan lengan,


Begitu murabbiku


Bersama-sama tidur atas hamparan.




Seperti rasul,


Turun bersama gali paritan


Begitu murabbiku


Sentiasa seiringku lakukan tugasan.




Seperti rasul,


Faham segala dalaman luaran


Begitu murabbiku


Segala pemikiran tekun menjelaskan.




Seperti rasul,


Membina syuhada pemuda pahlawan


Begitu murabbiku


Dibina aku lengkap perincian.




Seperti rasul,


Marah, senyum, sedih, memberi kesan


Begitu murabbiku


Memberi taujih sesuai perasaan.




Seperti rasul,


Menyucikan, memahamkan, lantas menggerakkan


Begitu murabbiku


Diasuh aku, jadi asas kebangkitan.






Seperti rasul,


Menghormati tidak memalukan


Begitu murabbiku


Di sampingnya aku, terasa dimuliakan.




Yang lahir bukan sekadar hartawan


Yang lahir bukan sekadar agamawan


Yang lahir bukan sekadar negarawan


Yang lahir bukan sekadar tokoh kemasyarakatan


Yang lahir bukan sekadar juara kebajikan


Yang lahir bukan sekadar olahragawan


Yang lahir bukan sekadar jaguh perdebatan


Tetapi RIJAL,


Dengan mereka ISLAM diagungkan




Oh alangkah bahagia


Oh alangkah mulia


Ketika itu


Aku, dan disisiku,


MURABBI.

Mencintai Allah membuat ana mencintainya.

Sunyi tengahari memecah kabut, apabila Ummi Jee, guru matematik merangkap naqibah pertama ana mulai muncul di muka hati ini. Ana seorang yang sangat liat dalam urusan Matematik, tetapi Ummi Jee adalah manusia pertama yang dapat menarik minat ana untuk belajar matematik, tahu kenapa? Kerana Ummi Jee menerapkan unsur unsur tawakal dalam belajar Matematik. unsur Matematik pula di kupas oleh cendekiawan islam. Ini teori dan sejarah islam yang ada pada Matematik. Jadi sebenarnya ia membuat ana terus peka dalam mengaktifkan kedua dua belah otak kiri dan kanan. Ummi dulu belajar di UTM dan pengkhususannya fizik.

Ummi Jee, seorang ibu yang cekal dalam membesarkan anak-anaknya dan terus bersemangat dalam menjadikan pendidikan sebagai medan dakwah. She is My Naqibah. Ummi Jee sering membawa ana bersamanya dalam setiap katibah, qiamullail di sekolah hidayah, dan pelbagai aktiviti Ikram. Dan dia inspirasi ana untuk bertudung labuh. Hebat kan Allah, dia cipta manusia yang cintakan ilahi untuk m,enambahkan cinta orang lain kepadaNya. Ummi sering kata pada anak usrahnya
 "Apapun yang kamu inginkan, kamu dambakan, dan apa jua yang kamu impi impikan dalam hidup kamu, mintalah pada Allah."
Minta pada Allah, berusaha kemudian tawakal, itu yang dididik Ummi Jee dalam jiwa setiap anak usrahnya.Berbicara dan mengenalinya membuat ana rasa senang dan selesa. Luahan hati padanya seperti ana berbicara dengan ibu sendiri. Kelebihan Ummi Jee satu ini paling ana suka ialah Ummi Jee pandai masak. Huhu. Ya. Ummi Jee pandai memasak.Apa sahaja masakan tradisional dan paling penting enak. 

Tabahnya dia dalam tangisan,
Cekalnya dia dalam keredhaan,
Ikhlas dan sabar menjadi tumpuan,
ternyata Islam dia pegangkan.

Tangisannya,
sering jadi pujaan,
Hati hati yang berkumpul,
kerana Ar Rahman. 

Ummi, 
Wajahmu sering kali terdampar ketenangan,
meski kisah hati tidak di wartakan,
Sungguh, didikanmu benar benar membuat akar berubah,
Dari tugasmu sebagai Naqibah. 

Cintaku padamu kerana ilmu dan agama yang ada padamu. 
Ini doa yang sering di alunkan usai Usrah. Muka siapa yang selalu nyanyi. Tak lain tak bukan muka ana.


Mencintaimu bagai pasir dihempas ombak, dari kering jadi basah.
She is my murabbiah. Penentangannya terhadap israel begitu tegar, She is Ummi G. Also G? yup, mereka mempunyai nama yang hampir sama. Jadi kedua-duanya dipanggil dengan nama G. hehe. Sambung, dulu ummi G belajar di London. Betapa, dia temui Islam yang sebenar di sana. Menemui jalan jalan pentarbiyahan diri di LONDON, bukan di Malaysia.

Bagi ana dia bukan sekadar seorang Muallim, tapi murabbiah ana. Subjek utamanya Fizik dan moto dalam pembelajarannya ialah Learn for life.
Ummi G menerapkan dakwah dalam setiap dan apa pun yang diperbuatnya. Tidak kira kepada sesiapa pun. Mendidik ana menjadi lebih kuat dan tegar dengan kata-kata ransangannya yang terpandu Quran dan sunnah. Gerak geri, tatacaranya benar-benar menambat hati ana.

Pernah sekali seorang pelajar bukan islam melangarnya sehingga dia merasa kesakitan pada kepala, tetapi dia cuma tertawa dan mengusap bahu pelajar tersebut.

Ummi G turut bersama sama dalam menjadikan Ikram wadah perjuangannya. Setiap hari Ummi G akan mengingatkan kami tentang Jihad, jihad untuk agama walau di mana kaki berada. 
Ana ingat lagi, apabila satu hari, ana bertanya padanya tentang kiamat dan amalan-amalan yang membuat manusia tak bersedia untuk mati. 

Lantas Ummi G menebarkan kisah tauladan dan hadis hadis nabi pada ana. Sungguh, dalam sekelip mata, hati ana jadi luluh akan perkataan perkataan hikmah darinya. Dia mendidik bukan sahaja luaran tetapi dalaman anak didiknya. Apa yang sering ana ingat darinya ialah,

                  " Kita masuk syurga bukan kerana amal-amalan kita, tetapi kerana Rahmat Allah s.w.t"

Look the way my teacher smile :) and then think how their student will smile.

Al Quran dan sunnah menjadi wadah perjalanan kami. Kami menjadi pengemis Rahmat Allah, saat jalan tarbiyah jadi nyata. Dia. ketiga tiganya muallimku menjadi pembimbing nyata. Membuat diri ini lebih tegar untuk belajar dan mengaplikasi kisah kisah tarbiyah dalam kehidupan. Semuanya menyimpan cerita ana dan ana turut menyimpan kisah kami. 

Semoga ALLAH meredhai cinta kita wahai muallimku. Uhibbukum fillah. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah kita berpisah. semoga Allah ikat kuat hati hati kita di dunia agar di syurga nanti ikatan hati-hati kita tidak putus.

Dari Mutarabbimu,
punurkasihayu

Monday 11 April 2011

Abu Bakar Ruben, islam dan Al Quran

Abu Bakar Ruben, perkongsian antara taman taman yang indah. 

 One night i decided to really trying get this spiritual mood happening, and i'm sure some of you had heard this story before, so i apologize.


I lit the candle, i had the window open, i had the curtain strung and i was trying to get the really spiritual feeling. It was a summer night  in melbourne, summer that can get you heaven. And i was sitting there, and i thinking this is it... u know, this is the night. i have been investigating all the spiritual proofs. all the scientific proofs about the fact the mountain of the piths, about how the embryo develop inside the woman, all this amazing proof but i still needed that little push it was likei was at the edge of the cliff, i was ready to jump, i just need the push, so i was sitting there,  sitting quiet, i was reading Quran, i stopped.

             I said, Allah this is my moment, This is the time i am about to jump into islam, all i need is the sign, just a little sign, nothing huge, maybe a bolter blightly, maybe the house could fall down, or something, something just small, small for u man, u created this common,  so i sat there, i was waiting for the candle to start lighting up to form mating high, like in the movie, 

Then i say, ok GO. And subhanallah, absolutely nothing happens, i was really disappointed to be honest, so i sat there and i said, ALLAH, this is your chance, im here im not going anywhere, i ll give u another chance, ok maybe u busy, u know daytime over the other side of the world all of the stuff are going on, maybe this time, i could just leave kaabah flooring, u know something small, the candle, lets forget that,  i do where could find that, so i dont, care, just anything, so i say ok. go.. and subhanallah, absolutely nothing happen, and i mean, i couldn't even said urr.. that was it,, that creep that was sat on the wall, that was it, absolutely nothing happens, i was really disaapointed, i was gasses. 

I was sitting there, thinking this is it, u know this was my last chance, , islam... and i really, i havent found it.

             I put back the Qoran,  and turn back where i was reading, subhanallah the very next verse, on the next page, " For those of you, who ask for the signs, have you not shown for your reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at water, this are the signs for people of knowledge. Subhanallah.

          Kisah Abu bakar ruben, Kisah yang mungkin tidak di ketahui ramai orang tetapi ana yakin lebih 100000 manusia, telah menonton video ini, termasuk ana. Pada malam pertama menyambut Ramadhan, Abu bakar telah memeluk islam.

         Abu Bakar sebelumnya berada dalam pencariannya terhadap satu pegangan hidup, satu pedoman, beliau telah mencarinya pada kristian, hindu bahkan Yahudi. tapi Beliau menemui islam sebagai deen. Sebagai agama, jalan yang lurus. Abu Bakar melihat pelbagai rintangan, dan cubaan berat baginya apabila, kehilangan sahabat karib kerana dadah, ibu dan bapanya bercerai malahan beliau sendiri mengalami masalah kesempitan wang. 
Apabila beliau tertimpa semua masalah tersebut,  Abu Bakar pun tertanya tanya tentang apakah tujuan hidup dan makna hidup selama ini.


            Dia cuba pelajari agama kristian dan itulah agama pertama yang dipelajarinya memandangkan sebelum ini dia cenderung ke arah atheisme kerana kedua ibu bapanya tidak mempercayai tuhan. Tetapi Abu Bakar punya hati yang tulus  dan merasa perlu kepada tuhan. Makanya dia mulakan pencariannya dalam mengenal erti dan makna hidup. 
 Dia pelik ketika berada di perkhemahan agama kristian, sahabatnya mengatakan bahawa tuhan mencintainya, dia kehairanan bagaimana tuhan boleh mencintainya sedangkan anjingnya tidak.


           Abu Bakar telah mempelajari pelbagai agama tetapi tiada satu pun yang menarik hatinya. Abu Bakar menafsir islam sebagai agama keganasan, namun dia menguatkan hatinya untuk ke masjid. Tanggapannya apabila pertama kali sampai ke masjid, dia pasti akan dibunuh kerana terlihat sebagai orang kafir, tetapi bercanggah dengan apa yang difikirkannya, dia menerima layanan yang baik daripada Abu Hamza. Pelbagai persoalan di ajukan kepada Abu Hamza, dan Abu Hamza merujuk Al quran sebagai jawapannya, dan ternyata, Al Quran telah menarik hati dan jiwa Abu Bakar dalam diam. Antara pertanyaannya ialah mengapa perlu berjambang, berhijab, pembenaran beristeri 4 dan sebagainya lagi. Beliau fikir itu adalah soalan yang luar biasa, tetapi mereka yang ditanya sering membuka Al quran dan memberikan padanya untuk di baca.

 Dan pada malam itu beliau di temani senaskhah Al Quran yang beliau baca tanpa henti.

 Saat Ruben sudah sedia hendak dilahirkan sebagai islam, Beliau memerlukan satu lagi petunjuk ALLAH bagi menguatkan keputusannya. 

" Saya sudah bersedia untuk melakukan lompatan besar, tetapi saya inginkan satu dorongan kecil sahaja dari tuhan, tak perlu besar, kecil sahaja sudah cukup. Tolong lah ALLAH, satu petunjuk saja, tunjukkanlah kalau engkau benar" 

Lama dia menanti bersama sebatang lilin di dalam ruang bilik, dan dia duduk diam diam di antaranya. 
" terus terang saya katakan, bahawa saya saat kecewa saat itu dan saya kata Wahai tuhan, engaku telah mensia-siakan satu satunya peluang yang aku kehendaki"

Kemudian, apabila beliau membuka kembali AL Qurannya. Beliau terhenti pada ayat... 

 " Dan dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang memahaminya. ( An Nahl:12)

Hatinya benar benar berguncang hebat. Beliau tersedar bahawa beliau begitu sombong dengan menuntut tanda spesifik yang beliau mahukan walhal matahari dan semua ciptaanNya di muka bumi ini adalah satu petanda buat kita semua untuk dihayati dan di ambil pengajaran daripadanya. 

Selapas keyakinan menerjah masuk ke dalam jiwa, lelaki dari melbourne Australia itu kembali berkunjung ke Masjid. Pada malam pertama Ramadhan, hidayah ALLAH telah sampai kepadanya. 
 Hari pertama ramadhan, dia telah rasmi menjadi seorang muslim, dia merasa ringan dan takbir bersahutan membuat Abu Bakar sebak dan terharu. 

Dan lihatlah BAHAWA RUBEN MENCARI HIDAYAH, bukan menanti hidayah tiba padanya, seperti sesetengah orang kata, belum sampai hidayah pada aku. Hidayah milik ALLAH, dan sepatutnya kita sendiri yang menuju kepada hidayah tersebut. senang kata satu perumpamaan, bila Ali duduk menanti di kolam ikan, dia tunggu ikan naik sendiri ke atas bakulnya tanpa perlu ada alat pancing atau apa-apa sahaja alat. Dia cuma duduk bersila dan tunggu ikan naik sendiri, Mustahil ajib, kecualilah kalau Ali ada gadget gadget tercanggih dari Mesir ke.. 

KITA MEMANG PELUPA.

               Ada segelintir manusia zaman kini yang dah tak rasa PERLU kepada Allah s.w.t. Mereka dah rasa sombong. Rasa bongkak mula menerjah mereka bertubi-tubi. Tak rasa bahawa pakaian, rumah, hati, jiwa , ibu bapa, tubuh badan semua pinjaman Allah s.w.t belaka. Mana milik kita wahai kawan kawan. Tiada milik kita. Tapi kita seperti biasa, lupa nak bersyukur. lalai, lagho sebanyak banyaknya. Bangga dengan pelbagai kemewahan, bangga dengan apa yang ada pada tubuh badan. Riak, ujub, mula timbul berdesak desak. Lupa mentazkiyah diri sendiri. Asyik lapar 24 jam. Lupa Rasulullah pesan,  Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Lupa pula bahawa antara racun dunia ialah makan lebih lebih.

          Lepastu kita lupa pula pada orang miskin dan anak yatim, lupa orang di Palestine, lupa yg berada di afrika sana, lupa pada semua. Kita memang pelupa. Lagi lupa apa lagi.....Apabila dalam jiwa kita dididik supaya rasa perlukan ALLAH, automatik, segala ibadah akan menjadi mudah. Siapa yang tidak rasa memerlukan ALLAH dalam hidup mereka, maka wayar mereka sedikit tertanggal. Ada fius fius yang rosak perlu diperbaiki. Sedangkan Mereka berjalan di bumi Allah. Jejak tanah milik ALLAH. Kalau mereka rasa tak perlukan ALLAH, memang susahlah hidayah mahu sampai kepada salur hati dan jiwa mereka. Lebih baik mereka tak payah makan, minum atau ada apa-apa.
Nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?

YA ALLAH KAMI PERLUKANMU

Dalam dakapan hangatnya cinta padaMu,
Kami hamba yang tidak punya apa-apa,
melainkan rahmat dan nikmat dariMu,
tetapi kami tetap dalam kebutaan, 
untuk merasa syukur dan sabar,
Ujianmu adalah nikmat,
kesusahan bukanlah penamat,
tetapi cintaMu sebagai ketabahan,
Meski kami tidak tahu, 
apa di hati kami punya cinta kepadaMu,
kau hantar Rasulullah sebagai Qudwah,
Muallim nyata untuk menyebar cintaMu,
ternyata cintaMu begitu besar untuk kami damba,
daripada seteguk air yang dina,
keleburan kerana hangatnya CintaMu.

Perlu,
kami perlukanMu,
dalam nafas kami,
dalam jiwa dan hati kami yang gersangkan cinta,
Kami perlu padaMu,
perlu ketenangan dariMu,
perlu pertunjuk, hidayah yang kami damba. 

Gusarnya hati hati kami ini,
pasti berbalas ya Allah,
kerana penantian padaMu akan berakhir nyata,
Sedangkan penantian kami pada dunia, 
boleh jadi sia sia.

Perlu kami adalah keperluan cintaMu.


Punurkasih yang tidak punya apa-apa tapi punya cinta.