Sunday 27 November 2011

Barakallahu lakuma.. Barakallahu lakuma... wa jamaah Bainakuma fi khair...

Tahniah buat para sahabat yang menikah, jiran-jiran, adik abang, senior, junior, yang baru melangsungkan pernikahan dan memenuhkan peti pos di rumah dengan undangan-undangan yang hebat belake, ada kad kecik, besar, sedang bertujuan menjemput sekeluarga untuk ke Kenduri Walimah. hari sabtu dan ahad sepanjang bulan 11 dan 12 ini menjadi mangsa kerakusan (ayat...), boleh dikatakan hari ini sahaja, ada 5 ke 7 undangan perkawinan di terima, wallah wallah, alhamdulillah, terdirinya Baitul Muslim membina ummah perkasa.

Nak bagi nasihat, ana sendiri belum melepasi tahap apa-apa, jadi apa yang boleh ana katakan di sini, jadikan islam sebagai tunggak membina baitul muslim yang juga baitul dakwah, sepatutnya ia boleh menjadi jalan menggapai redha ilahi. Semoga dapat melahirkan anak-anak yang comel, soleh dan mengenal Allah s.w.t sebagai tuhannya. Ingat, biar Allah yang menentukan limit anak anda.. bukan anda.. (ayat guru)

Namun, bila abang dan kakak sudah advance, kini , apabila bersendiri diri terasa sunyi, betullah qalam Allah swt dalam surah Arrum ye.. Baru terasa, meski umur masih muda, harus punya usaha. Usaha sekarang adalah belajar dan dakwah. Tugas sebagai Daie masih berjalan, dan kini bak kata ummi, mulakan pencarian op... Bersemangat!!

(Apabila diri tidak memilih untuk bercouple tapi menikah )
:)

Wednesday 9 November 2011

Rest for a while :)

Hati boleh senang bicara tentang Cinta,
Jiwa boleh terusik dengan kata-kata berbicara,
Cinta bagiku adalah kehidupan,
tanpa CintaNYA adalah aku tak bernyawa.

Rehat sementara deh... jangan baloh-baloh..

Tuesday 8 November 2011

Sanah Helwa Aishah Haura Humaira'

Bandar Melaka, A Famosa
Selamat Ulang tahun yang ke 18, okay kita dah sebaya dah sekarang..Mudah mudahan Allah memberkati persahabatan kita yang tercipta keranaNYA wahai sahabat. Kisah  kita bermula di KUIM, dan secara kebetulan  kita juga dalam kos yang sama, juga berjiran rumah sebenarnya.  Mempunyai langkah minat yang sama iaitu ke Masjid dan She's a very good muslimah.

Itu lah istilah hubbuk lillah. Mencintaimu wahai sahabat kerana Allah s.w.t.
Perjalanan masih panjang dan umur makin singkat. Dalam usia kita sekarang, dan dalam perjuangan kita yang sama sekarang, titiklah satu wadah  keikhlasan dan Cinta padaNya.

Persahabatan kadang-kadang turut di uji, dengan badai dan ombak kehidupan, mudah mudahan kita sama-sama dapat menempuhinya. well.. kita dah habis semester satu dan moga moga kita terus bersemangat menempuh 5 sem akan datang.

p/s: Tak ada kek nak buat surprise, sorang di jb sorang di penang, sorang lagi di selangor ye NURUL IBNI.... hehe....

Saturday 5 November 2011

Hazeenah...


Untuk menjadi kuat.. sebelum menang kamu harus bertempur... Perjalanan makin panjang.. hati semakin kuat...umur semakin singkat...

Untuk berjaya, kamu perlu mencari sumber kekuatanmu.. dan sumber kekuatan ana adalah Quran dan Sunnah, ibu bapa dan guru guru, para sahabat dan jemaah....

Sampainya kita pada hari hari yang mendatang, jika sakit minta pada Allah kesembuhan, jika hati kosong dan jiwa tidak tenang,ingat DIA sentiasa bersama kita...  Bacaan Quran menjadi wadah, barulah benar ayat-ayat cinta....

Berselawatlah pada Rasulullah saw dengan hikmah, salah satu kata kata cinta, madah pujangga sehingga madah Tholama menangis mendengarkannya.. wahai Nabi, Busyra lana ...

Ambillah tasbih dan ukirlah pujian dan NamaNya di bibirmu, barulah ini ketika cinta bertasbih...

Pandanglah wajah kedua ibu bapa selagi ada, dari ibu dan ayah, menjadi asbabku mengenal dunia, barulah ini jalan cinta...

Jikalau hati menjadi tidak tenang kerana masih sendiri, kumpulkan kekuatanmu bersama tahajud, banyakkanlah berpuasa selagi belum mampu... masa akan tiba dan dia akan muncul... jangan takut dan jangan bersedih, yang memberi cinta padamu adalah DIA dan yang menariknya adalah DIA berasbabkan jiwa kita...

Setiap pengorbanan adalah dengan air mata  diiringi medan taqwa kerana berserah, setiap jalan adalah lumrah, setiap nafas adalah cerita....
Kerana hati ini hanya bisa mencinta keranaNYA...

Taaruf dalam Islam.

Sebelum Kamu Berta'aruf,,,,

Wahai ikhwan jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang. Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya. Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat? Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman. Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.

Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga:
1.Melakukan Istikharoh dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik. Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT. Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah. Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.

2.Menentukan Jadual Pertemuan (ta’aruf Islami)
Setelah data peribadi didapatkan maka perlu adanya sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi masing2 pihak

3.Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing – masing , lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga. Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah tidak mengenal sebelumnya. Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi cair. Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana. Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius. Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan. Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
.
4.Menentukan waktu ta’aruf dengan keluarga Perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuan, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.. Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.

5.Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal berkahwin tanpa bercouple, adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya (akhwat). Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.

6.Menentukan Waktu Khitbah
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama. Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan). Jarak waktu antara ta’aruf dengan khitbah, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.

7.Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik. Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik. Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.

Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah… Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.

“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’” (Riwayat at-Tirmizi)

Sumber asal : http://dadi12345.blogspot.com/2011/09/sebelum-kamu-bertaaruf.html

~berpesan untuk teman-teman dan diriku sendiri~

Wednesday 2 November 2011

kawan-kawan

Fenomena Ustaz Azhar Idrus.. waouh... Belum ada jodoh kut kita nak jumpa ustaz, kita planned lain.. Allah planned lain... heheh...

Semester 1  hampir berakhir, ini adalah minggu terakhir ana sebagai pelajar semester 1 di KUIM  yang tercintan ini. Pelajar kos lain kebanyakkannya dah habis paper... pelajar kaunseling dan pelajar sumber manusia rasa dah angkat kaki dari sini... semuanya balik ke kampung halaman masing-masing dan mengucapkan goodbye kepada kuim untuk semester ini.. heheh... dan tinggallah pelajar undang-undang untuk terus berjuang menghadap 2 paper lagi exam sebelum masing-masing boleh balik rumah ... woha...

Jadi, sebelum balik, jomlah kita berjalan-jalan di bandar Melaka, pergi tengok patung-patung kat Muzium, semestinya sebab Melaka adalah bandaraya bersejarah, dulu kancil tendang anjing sampai anjing tu terjatuh dalam sungai pun kat Melaka lah.. Alfonso de alberqueque pun datang ke Melaka gop, undang-undang pun ikut hukum kanun Melaka.. (bangga jadi pelajar Melaka, sebab tak ada raja..) heheh..

Banyak Muzium boleh pergi tapi pastikan anda keluar pagi, sebab memang tak cukup rasa nak menjelajah tempat-tempat di bandar hilir, Jonker walk lagi... sepatutnya dia namakannlah jonker walk tu sebagai chinese walk.. duduk kat situ rasa macam duk kat Hong Kong..

Boleh gop tengok Patung Hang Tuah, entah muka dia ke tak.. tengok je la.. ngaa~~~ hahah... Kalau antum nak naik beca, pun boleh.. Boleh pilih-pilih beca yang berwarna warni, kala jengking kat atas bumbung pun ada... kreatif oo.. nak cari pelanggan..

Runtuhan Kota A Famosa.. apakah misteri yang ada di dalamnya? Jeng4... hanya batu peringatan dari tahun 1600... batu tu original rasa.. dan ada satu macam perigi di dalamnya yang dah di pagar dan di kunci.. orang buat baling duit.... heish.. membazir lah deme deme ni gi baling duit dalam tu buat apa... baik pergi beli payung.. hujan dah nak turun dah ni.. woha... kononnya, siapa baling duit dalam tu untuk hajat.. tapi tu bukan usaha.. tu ke jalan yang silap plop op... duit dollar pun ada.. baik bagi ke ambe.. hahah...

Waktu pergi tu, ada dengar bunyi seruling (misteri) dalam kota A famosa, memang merdu, syahdu.. dengar pung luluh hati.. Nampak seorang abang duk main seruling... ooo.. ingat datang mana bunyi tu kuat benar.. sebab dalam batu A Famosa tu boleh di kira  natural speaker.... Abang tu buat free teaching untuk main seruling...

Memang banyak sejarah di Melaka... ngaa~~~

Semester 1 dah nak habis... ana pun akan balik ke tanah air (ayattt) dekat Jb je pung... balik untuk spend time dengan keluarga dan untuk program KBM kembali.... Manfaatkan sepenuh masa, jangan terbuang sia-sia. Siapkan fizikal dan mental untuk menghadapi semester baru.. Bittaufiq wannajah exam 2 paper lagi.... jawab elok-elok...