Friday 14 December 2012

1/2/3/4 H - Qasidah Dauniy Lyrics

Tak lama lagi Program KUIM BERSELAWAT 2 bakal di adakan di KUIM... segala usaha sedang di jalankan bermula minggu lepas lagi..

Hujan mencurah curah di bumi Melaka, tak tahu lah di negeri lain pun sama kan... lama juga blog ni bersarang...
Kesibukan mula menjengah...
Seperti biasa rehat cuma pada waktu solat dan tidur saja..selalu lupa makan dan rehat diri tu memang.... hehe.. sampai kena marah dengan roomate.... inshaallah sebelum mula kuliah.. masa lapang ni sebaiknya lah di isi dulu...
Sewaktu sedang buat kerja di blok bestari, ada seorang ustaz yang kelihatan senior yang sedang melanjutkan kursus KPLI nya di KUIM menegurku... Sebenarnya tahu orangnya memang sangat hebat. Kemudian berbual sedikit demi sedikit sementara katanya pensyarah belum masuk. Dia menegurku yang memakai headphone dan bertanya kamu ni dengar apa... kemudian di jawab, mendengar qasidah, dia berkata oh.. tak apalah.. ianya di haruskan... kemudian dia beralih kepada pelajar yang duduk di meja belakangku. Kemudian dia berkata kepada mereka bahawa lagu itu tak boleh didengari, ia boleh membuatkan kamu lalai.. first time la nampak direct communication dakwah yang seriusly sebenarnya kata-katanya berhikmah (sbb dah agak lupa jadi tak tulis di sini) ... mereka sedang mendengar lagu cintan something... kemudian ustaz tu beralih kepada ku sementara pelajar yang tadi kena tegur terlihat bangun mengubah posisi tempat duduk ke arah yang lebih tersorok....

kemudian kami berbincang mengenai persatuan yang berada di kolej ini dan bertanya bagaimana perancangan program kami untuk mengatasi masalah-masalah remaja zaman sekarang dan alhamdulillah beberapa ilmu yang kami dapat......
Sementara selepas itu, ku terus mendengar qasidah alunan cinta kepada Dia........

Qasidah Dauuni


دعوني دعوني أناجي حبيبي
ولا تعذلوني فعذلي حرام

تعلم بكاي ونح يا حمام
وخذ عن شجوعي دروس الغرام

ومن كان مثلي معنى مضنى
بحب النبي لماذا يلام

لاموني لاموني بحبك راموني
يا قرة عيوني عليك السلام

فؤدي لنحو المدينة هام
وقلبي تولع بخير الأنام

أنا يا ابن رامه حرمت المنام
وزارني سقاما غرامك تمام

Biarlah aku, biarlah aku bermunajat dengan kekasihku;
Jangan salahkan aku, kerana yang demikian itu adalah haram.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Aku telah mabuk dengan arak percintaan.

Belajar dari tangisku, sambil bernyanyi wahai merpati;
Ambillah dari dari halku, pelajaran-pelajaran cinta.


Barangsiapa sepertiku, penuh dengan cinta terhadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam;
Mengapa ditegah, mengapa dimarahi.

Mereka tegur aku sebab cinta padamu;
Wahai cahaya mataku, atasmu salamku.

Pimpinlah aku, pimpinlah aku, jangan tinggalkan aku.
Wahai penyejuk mata hatiku, terimalah salam dariku.

Salamku, salamku atas setinggi-tinggi maqam,
Wahai ( Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam) atasmu salam.

Hatiku rindu pada Madinah;
Hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia.

Abdullahmahdi.com

Saturday 1 December 2012

Syair buat Kekasih part 1

Sebenarnya memang sudah lama aku rasa di perhatikan, tidak kurang dari hari semenjak dia membantuku ketika sesat tak jumpa surau di perkarangan kompleks Falak Al khawarizmi. Tapi tak boleh lah bersangka buruk, aku berhusnuzhon. Aku seperti mengenalinya.

" Maaf, surau kat sini kat mana ye...?" aku memandang dia yang memakai vest bertulis kompleks Al Falak. Mungkin dia adalah pekerja di sini.

Dia memandangku kejap. Seperti terkejut. Seperti nampak hantu. Aku pula yang terkedu. Darahku berhenti mungkin.

" Kat tingkat dua, sebelah bilik rehat..."

" Oh... terima kasih..." Aku cepat-cepat menundukkan pandangan dan tanpa sedar di belakangku ada Kak Sarah. Buku-buku yang di tatang ku semuanya berterabur.

" Nisa!!! mana kamu pergi? penat akak round tandas cari kamu..."

Aku menyusun kembali buku ku cepat-cepat. Berharap lelaki tadi tidak memandang kelakuan ku yang kelam kabut kerana malu. Pantas aku menolak tubuh kak Sarah berjalan ke hadapan.

Tetapi hari ini baru aku tahu bahawa lelaki tersebut merupakan pelajar Phd di kolej yang sama dan merupakan anak lelaki pertama dari naqibahku.

" Ummi terlihat gambar kamu dekat hp dia... kamu dan dia ada apa-apa ke Nisa?"

" Ummi.. percayalah kat Nisa.. wallahi.. Nisa tak kenal dia... Nisa tak tahu macam mana boleh ada gambar Nisa.... Maafkan Nisa ye Ummi..."

" eh.. ummi tak marah lah... Ummi.. sebenarnya suka.. kalau Fakhrur Razi suka kat Nisa.. Ummi pun sebenarnya dah lama nak cakap.... Semalam baru ummi dapat tahu perkara ni ... Patutlah Fakhrur Razi selalu nak hantar ummi pergi usrah... ada udang di balik mee rupanya..."

Aku tersipu-sipu malu sebab ummi pun gelak. Mujur aku berdua saja dengan Ummi. Syira dan Aisyah menghilangkan diri apabila ummi beri isyarat tadi.

Sudah pukul 4 pagi. Mataku tak dapat nak lena. Hati kian resah. Kata-kata ummi ku fikir hampir 100 kali.

" Nisa...ummi sebagai wakil dari anak ummi sendiri... nak jadikan Nisa sebagai isteri kepada Fakhrur Razi..."

Aku terkedu apabila terdengar bicara ummi.
Argh!!! tak nak fikir tak nak fikir!!
 Di sisi kulihat Kak Sarah lelap lena. Jam baru pukul 4. Aku bangkit dari pembaringan. Menuju ke meja belajar. Belum dikemas.
Langkahku menuju ke bilik air. Air ku buka perlahan. Kayu sugi ku ambil dari bakul mandian.
Wudhu ku ambil kemas. Mengenang dosa-dosa lalu kuharap diampunkan, di jatuhkan dari sedikit titisan. Mengenang betapa banyak telah ku khianati cinta dengan tuhan.

Hampir 2 tahun ku habiskan masa ku di Kolej. Mengembara jauh untuk ilmu. Aku jadi takut. Gentar dengan ilmu yang di curahkan. Entah dapat aku gapai dan di amalkan.

Sujud akhirku benar-benar sayu. Sujud hasil Solat taubat malam ini tidak sama rasanya seperti malam-malam yang sebelumnya. Kurasakan hatiku benar ada cinta yang memekar. Dalam sujud akhir dari dua rakaat itu jua air mataku tumpah. Tewas dengan kedinginan malam yang menghambar, hatiku berbicara.

' Ya Allah.....
Aku ada Engkau....
Aku jatuh cinta Ya Allah....
Jatuh cinta pada Engkau....
Satu-satunya Cinta yang balasannya Engkau...
Tiada apa-apa yang kuharap selain Engkau...."

Terdiam aku tafakur sementara. Mengenang hikmahnya. Terkadang hikmah yang diberikan itu lebih besar dari segala-galanya. Bukankah yang mengetahui semua hanyalah DIA, jadi siapa kita?.....

Sudah lama kejadiannya, semenjak itu, hatiku benar-benar berhenti berbicara.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku melihat di satu sudut kecil. Itulah pertemuan pertama antara aku dan dia, semenjak kami bersama-sama dalam organisasi persatuan  di IPT dan itulah kali terakhir aku mahu berjumpa dengannya.

" Awak kenal Anas?"

" saya tunang dia...."

Aku tersentak. Tunang?

" Oh..."

" Awak dengan dia siapa?"

" Dia kawan saya.. kami sama-sama dalam organisasi ni.. hebat orangnya..."

" Ye... Dia memang hebat orangnya.. dekat U pun.. dia orang kuat...."

Tiba-tiba, Anas muncul. Membawa sebakul Bola yang tadinya di gunakan untuk sukaneka. Aku mulai berpura-pura menyibukkan diri. Dia pasti tidak mengenali aku. Aku berpaling dari wajah Hafizah.

" Hafizah.. boleh tak awak jangan kacau orang? Duduk luar, boleh?"

Aku terkedu.

" Heyy... awak ni dah kenapa.. tak nampak ke kat luar tu panas terik... awak nak saya terbakar...?"

" Siapa suruh awak tak pakai tudung..."

Selamba Anas berkata-kata. Ku lihat Hafizah mengecilkan bola matanya. Kemudian Anas keluar dari situ. Aku pula berpura-pura tidak mendengar.Tertanya tanya betul ke Hafizah yang baru dikenalnya ini adalah tunangan Anas. Kenapa dingin.....

Petang itu, semua peserta keluar berjalan-jalan di pasar, aku pula sibuk dengan pemandangan indah di pantai, kamera ku gunakan untuk mengambil moodku yang hilang. Di tepian, aku menyedut udara segar, ku lihat bot-bot di hias untuk perarakan malamnya. Aku duduk di bangku tepi jambatan. Di situ kalimah suci ku agungkan. Subhanallahi wabihamdihi... Subhanallahi wabihamdihi.... Laut ku pandang sepi. Air mataku jatuh perlahan. Aku bangun dari tempat duduk. Berjalan entah ke mana, apabila ku pandang sekeliling. Aku tak tahu aku berada di mana.

" Astaghfirullah... Nisa... macam mana boleh terleka niiii..."

Aku memandang kiri dan kanan. Tak ada dari kalangan peserta yang ku kenal. Mana tahu salah orang. tapi sesat jalan kalau malu bertanya. Cepat-cepat ku keluarkan hp dari beg tangan.

" Ya Allah.... tiba-tiba time ni nak habis bateri... Aduh....."

Mulalah aksi kelam kabut berlaku, entah bagaimana ketika melintas aku tidak perasan kereta yang menghambur laju. Hampir saja melanggarku, mujur aku sempat kebelakang, tapi entah bagaimana kakiku tersadung dan aku terjatuh.

" Cik... cik tak ada apa-apa?"

Seorang lelaki mendekatiku.

Aku mendiamkan diri. Dia tak kenal aku. Aku tak kenal dia.

" Cik... cik ok ke?"

Aku mengangguk. Perlahan aku berjalan tetapi aku jatuh semula. sepertinya aku tak tahu nak buat apa. Akhirnya air mataku jatuh jua. Di depan Lelaki itu.

"Eh.. cik.. sakit ke... Alamak... hurm.. cik boleh bangun?"

" Erk.. dik dik.. boleh tolong kakak ni...?"

Dia mengarahkan seorang gadis yang lalu untuk membantuku. Berada di atas beranda entah di mana. Aku sesat.

" Cik.. sakit ke... jangan lah menangis... cik ni pun dalam rombongan kan?"

" Ye..."

" Apa cik buat kat sini... jauh dah ni dari hotel..."

" awak buat apa kat sini...?"

" Saya?... jalan jalan..."

" Saya tengah memancing kat sini.."

Dia gelak.

" Dahlah.. saya nak pergi cari hotel balik..."

Aku bangun. Kakiku sakit ya amat. tapi ku gagahkan jua untuk berdiri.

" Cik sesat ke?"

Aku diam. Aku teruskan perjalanan. Sampai ke hotel aku terus berbaring lemah. Hatiku, kaki, fikiran semuanya melayang.

" Adik... maaf ye.. akak rasa akak tak dapat nak teruskan dengan majlis malam ni.. akak kena balik... kan minggu depan akak dah nak ke Mesir...."

Sengaja ku beri alasan. Lagipun memang benar barangku dan ada urusan yang belum selesai sebelum aku ke Mekah untuk umrah dan terus ke Mesir untuk daurah di sana selama 6 bulan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Ana....."

Aku memandangnya. Ini kali pertama dia melihatku dengan sebenar-benar lihat.
Dia pula yang malu-malu. Aku pun lagi lah malu.

" Budak-budak ni dah malu-malu... Macam nilah... Kami akan menanti jawapan dari pihak perempuan... tiada masalah bagi pihak kami..."

Tuan Farid tersenyum. Aku juga tersenyum kembali. Ummi juga turut senyum. Aku membalas senyumannya dan bila aku alihkan pandangan. Mataku bertembung dengan Fakhrur Razi. Cepat-cepat aku menunduk. Dia melihat aku rupanya. Sebenarnya aku seperti benar-benar mengenali Fakhrur Razi ini. Tetapi ingatanku tak dapat nak mengimport segala ingatan. Mungkin kesan kemalangan di Mesir membuatku sedikit lupa.

 Aku menarik tangan Abah.. dan berbisik perlahan... Mataku tetap menunduk.. dan akhirnya aku tersenyum..

" Alhamdulillah... Puteri saya setuju...."

Hatiku terasa ketenangan. Hanya daripada Allah ketenangan ini datang. Setelah 2 bulan, aku berdiam diri dari membuat keputusan, menanti jawapan daripada Allah swt. Dan inilah pilihannya... tiada ilham mimpi yang aku dapatkan... cuma ketenangan hati saat ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Maaf.. tak datang meeting... jumpa kak Nisa sekejap tadi... Dia kata dia minta maaf sebab tak dapat hadir jamuan sebab dia kena pulang ke kampung and then minggu depan dia akan ke mesir teruskan pengajian..."

Anas memandang Sharifah.

" Nisa.. ada kat sini...?"

" Ye.. tapi.. dia dah balik dah....Oh ye.. Abang Anas.. ni gambar-gambar dalam program.... "

Sampul di ambil. Anas membukanya perlahan. Satu persatu gambar diurai. Terlihat sekeping gambar wanita berpurdah yang ditemuinya di tepi jalan kemarin.

"Sharifah... Siapa ni..." Anas menunjukkan gambar wanita itu.

" Nilah Kak Nisa..."

" Nur.... Nur Annisa...?"

" Ye.. kak Nisa banyak bantu untuk program ni... Sayangnya malam ni dia tak dapat bersama-sama dengan kita..."

Anas terkedu. Dia sudah berjumpa dengan kekasih yang ingin di lamar secara realiti. Hakikatnya....
Anas dihurung sepi. Di hatinya benar-benar ingin berjumpa dengan Nisa. Namun, Hafizah yang tiba-tiba muncul membuat dia gundah. Gadis yang selama ini mengejar-ngejar dirinya. Mengaku dirinya tunangan Anas, Sedangkan Anas sendiri tidak pernah membuat apa-apa pernyataan. Mencintai Hafizah juga tidak. Mujur Hafizah adalah sepupunya.

Dia merindui Nisa. Selama 2 tahun Nisa mendiamkan diri. Setelah diangkat janji untuk menikahinya. Walaupun mereka kenal hanya dalam laman Maya.. tetapi.. dihatinya terbit rasa sayang buat Nisa, mahu Nisa menjadi yang halal buatnya.. Begitu juga Nisa.. mengiya untuk dipersunting setelah selesai pengajian ... Nisa yang dikenalinya hanya dalam dunia maya selama hampir 4 tahun..

Nisa : Saya nak minta tolong....

Anas : Tolong apa?

Nisa : Tolong setia....

Anas: hurm? Saya kata dah kan... saya akan setia...

Nisa: Tolong setia dengan Allah dan Rasul... Tolong setia dengan perjuangan... Tolong setia dengan hati sendiri....

Anas: Hati kerja Allah swt....

Nisa: Asbabnya dari awak....

Anas: mudah mudahan saya setia... sampai syurga...

Mesej-mesej akhir dari Nisa sebelum dia terus menghilangkan diri.
Hatiku tertanya tanya tanpa mencari jawapan.
---
Manakala aku ragu dan keliru. Apakah benar semua yang dikatakannya? Akal mengiya dan hati membenarkan. Inilah masalah remaja. Semuanya indah belaka. Namun, Anas seorang yang menjaga.
Aku takut dengan jatuh cinta, Takut semuanya dusta belaka. Takut akhirnya semua menjadi habuk tanpa cerita. Namun aku yakin. husnuzhon terhadap pilihan ini.

Lantas aku bawa diri ke Mesir. Bumi di mana dengan izin Allah harapku untuk melupakan Anas yang hadir. Padahal Jauhnya aku pergi selama setahun yang dulu adalah untuk menguji dirinya. Apalagi yang boleh aku katakan, ini lah akibatnya bila hati yang bicara, mencintai manusia biasa yang akhirnya membuat aku lemah. Apalagi bila Anas adalah lelaki yang hadir dalam hidupku buat pertama kali. Anas yang bila aku mendengar namanya jantungku jadi berhenti, tanganku goyah apabila menulis.
Biar aku diam. Ku yakin jika jodoh pasti akan berjumpa kembali. Ternyata kami berjumpa tetapi tidak dengan empat mata. Janji-janji yang dulu ku anggap telah luntur ditelan lautan ombak. Ku biar ia karam di lautan.

Di depan mata kami wujud perjuangan. Maka perjuangan ini lah yang diutamakan. Aku perlu mengenggam agamaku biar tidak rapuh dek hujan dan panas dunia dalam diriku. Aku lepaskan dia kerana DIA. Bagiku itu lebih bermakna. Siapa yang faham hati manusia? Sebenar-benar hanyalah DIA.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

" Belajar mana dulu?" Aku bertanya ketika Fakhrur Razi sedang membakar ayam dan bahan-bahan lain di atas pemanggang di halaman rumah. Ini kali pertama aku benar-benar melihat wajahnya. Aku merasakan sesuatu. Seperti sudah lama aku mengenalinya. Sementara ayah dan ibu kami tidak berada jauh.

" Maahad ..."

" Je... Ummi kata enta ni belajar di Indonesia.."

" Ijazah kedua di Aceh..."

" oh... Sebelum tu?..."

" Maahad.."

Aku kepelikan. Dia seperti gusar, tak nak berbicara dengan aku. Redupannya dingin.

" oh... dah lama kerja dengan Al khawarizmi?"

" bukan pekerja.. cuma sukarelawan..."

" oh...."

" Bila habis belajar?"

" Tahun ni... lagi 6 bulan.."

" Teruskan belajar... hingga ke syurga..."

Aku terkesima... Ayat yang seperti biasa aku dengar dan cakap... tapi...

" Nisa ni hebat orangnya. perintis dakwah dalam kolej..." kedengaran ummi pula bersuara. Aku menunduk.

" Tak sabar rasanya... tinggal lagi seminggu je tarikhnya..."

Aku mendiamkan diri. Meletakkan pinggan di atas meja dan kemudian masuk ke dalam rumah.
Aku masuk ke dalam bilik. Kepalaku sedikit pening. Ku dekati cermin. Ada bekas jahitan yang panjang di kepalaku berdekatan dahi. Ku sentuh perlahan. Sakit rasanya apabila cuba untuk mengingati sesuatu. Mungkin kah sebenarnya aku kenal dengan Fakhrur Razi?


bersambung.....

Tips bahagia!!!



Ramai yang kata susah nak ceria dan bahagia....
Padahal senang je.....
Hidup ni terlalu singkat nak di bebani dengan seribu masalah...
Jadi...
Rileks je~~~~