Friday 5 August 2011

Aku cinta tanpa............


Aku tidak pernah bertentang mata dengannya,

tapi hatiku sudah cinta padanya,

Aku tidak pernah merasa kehadirannya,

tapi hatiku sudah rindu padanya,

Aku tidak pernah mengatakan kebaikannya,

kerana aku tidak pernah melihat keburukannya,

Aku tidak pernah memandang keburukannya,

kerana aku tahu kebaikannya,

Aku tidak pernah mendengarnya bersuara,

kerana aku mendengar kata hatinya,

Aku tidak pernah mengganggu jasadnya,

kerana ku tahu ku ganngu hatinya,

Aku tidak pernah mahu menolak cinta,

kerana ia kurniaan ALLAH yang esa,

Ku tanya pada hati,

ku nukil kata abadi,

andai tiada jodoh di sini,

kan Ku nanti di syurgawi,

kerana pandanganku padamu bukan pada wajah,

tapi ku menilai dengan mata hati,

ku belakangkan nilai dunia,

ku kedepankan rupa akhirat,

kerana DIA yang kau cintai,

rinduku kau dapati......


wallahualam