Monday 6 October 2014

Ulang tahun ke 21 kelahiran

Syukur ke atas nikmat yang tak terhingga Allah swt kurniakan... hidup, bernafas, punya keluarga dan teman2 sahabat handai, mengorak langkah terus ke hadapan, kadangkala menoleh kebelakang melihat adanya pengajaran dalam kesilapan......

Alhamdulillah menginjak usia 21 tahun pada hari ini.. Tamat pembelajaran diploma undang-undang dan syariah di KUIM.... dan skrg bekerja di firma guaman pula... rezeki Allah swt beri seprti apa yang telah di tetapkanNya...





Thursday 12 December 2013

Puisi rindu

Daku melagukan kerinduan yang mendalam...
Jemariku tak lelah mengukir cinta yang terpendam...
Saat wangian mulai mekar dalam jiwa yang remuk redam...
Sehingga akhirnya ragaku hanyut dalam kegelapan malam...

Hasbi Rabbi Jalallah,
Mafi Qalbi Ghairullah,
Nur Muhammad Salallah,
La ilaha Ila ALLAH...

Langit telah mengguncahku dengan tangisannya..
Yang membuat daku berdebar dalam gerak tariku...
ketika daku berputar dalam zikir makrifat...
Sedang awan mendung melihat jasadku terbujuk kaku...

Saat kata kata cintaku terbuai..
Terikat daku dengan shouq kerinduanku,
Tubuhku sudah terdiam sepi di tepian jalan keimanan..
Daku telah hanyut dalam dia dan aku..

Kembali


Islam tidak asing di bumi mana pun... dakwah sudah sampai kepada mereka.. melalui jalan apapun...
Orang yang tidak beragama islam sendiri di luar negara sudah mampu menghadam tentang islam bahkan mereka lebih tertarik untuk menganut agama Allah swt dengan lemah lembutnya di sana berbanding di Malaysia....

Pernah saya katakan kepada seseorang, bahawa saya memang ingin berhijrah ke negara seperti Amerika mahupun china... mereka bersikap terbuka.. orang islam boleh mengamalkan cara hidup islam... walaupun terkadang sikap sebahagian mereka yang mengatakan islam itu teroris masih ada...berbanding segelintir orang di Malaysia yang masih hidup dalam dengki mendengki dan sebagainya..

Suasana baru kadang2 penting untuk jiwa seorang hamba....

Sunday 21 July 2013

KESEPIAN JIWA KERIUHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan yang mulia sudah 12 hari menjengah. Masjid-masjid dan pusat ilmu sudah mula berlumba-lumba dalam menambah jemaah masuk ke dalam syahru tarbiyyah dengan pengisian ruh dan jiwa. Keadaan daku di sini pula terus berlumba dalam melawan, menerima dan mengkaji. Sudah lama rasanya tidak daku coretkan beberapa ahwal yang banyak sekali wujud fi kulli makan wa kulli zaman. 

Beginilah keadaan di KUIM, tidak seperti kebiasaannya pada tahun akhir ini daku rasa terlalu sibuk dengan ahwal pelajaran,bertambah peringkat kepayahan telah membuat kami semua struggle untuk terus menimba ilmu di sini. Setelah beberapa peringkat daku leka, kali ini daku perlu mengejar sebenar-benar kejar. 

Semenjak sem baru bermula, daku sudah hampir tidak punya masa untuk bermesra-mesra dengan sahabat di alam maya. Aktiviti ku sudah tidak seperti biasa, daku giat menterjemah kitab-kitab arab dalam tugasan-tugasan syariah ku manakala perkara yang sama perlu daku lakukan terhadap Jurnal kes undang-undang dalam bahasa inggeris. Permulaan payah kerana tatabahasa arabku masih berterabur, namun ini satu satunya peluang terbaik untuk daku memperbaiki kelemahan bahasa syurga tersebut. Tugasanku mengenai pernikahan dengan Kitabiyyah dan Syahadat fi Al Qada'i memaksa daku merujuk kitab-kitab fiqh karangan ulama muktabar yang tiada kitab terjemahannya di sini kerana sumber yang terhad di perpustakaan. Antaranya kitab Syafiiyah, Malikiyyah , Hanafiyyah, Fatwa Syarawi, kitab Abdul Karim Zaidan dan sudah tentu kitab rujukan utama kami yakni kitab Fiqh Dr Wahbah Zuhaily. Adapun memang tidak banyak kitab fiqh yang sudah di terjemah di sini, kitab yang daku jumpa mengenai hukum wanita Kitabiyyah di nikahi dengan muslimin pun daku termui dalam bahasa melayu yang sudah di tarjim hanyalah kitab Sayyid Sabiq yakni Fiqh Sunnah. Jadi sememangnya untuk bermain-main atau bermanja-manja tidak ada lagi dalam senarai harianku, kerana sememangnya telah ku padatkan dengan aktiviti ilmu. 

Dalam riuhnya Ramadhan ini, daku mulai mengisi tarbiyyah jiwa dan ruhi, mengenangkan diri juga banyak dosa, takut-takut tak sempat bertemu Ramadhan yang seterusnya.. takut-takut daku tercelaka kerana tidak mendapat pengampunan (Semoga di jauhkan ) walhal, bulan ini adalah bulan pengampunan dan bulan percintaan antara kekasih dengan Kekasih.. MasyaAllah.. Betapa hebatnya pada bulan ini terturunnya pelengkapan Al Quran sebagai rahmat yang besar buat umat NABI MUHAMMAD SAW.  Beruntungnya jiwa kita-kita yang sudah salim dan sudah kembali tenang apabila menghadap Rabbi al A'la. Sekiranya dulu kita di uji maka ini adalah masanya kita melengkapkan jawapan ujian setiap tahun, menjawab segala permasalahan jiwa dengan tarbiyyah. Mengapa ia seperti soalan dan jawapan? Anggaplah soalan itu adalah ujian dan jawapan sebagai keputusannya. Sudah beberapa bulan kita ini di uji, dengan hakikat tak sabar, dengan rasa tak redha, dengan rasa berat beribadah, dengan segala rasa mazmumah yang bergelumang dengan jiwa dan rasa. Kenapa? Kerana  kita ini tergolong dalam MANUSIA yakni tercipta juga dari asal perkataan " nissian" yakni lupa. Sifat manusialah suka leka dan suka tak berhati-hati dalam setiap hal apabila tak datang pertimbangan yang waras. Manusia biasa taklah normal tanpa dosa, kerana kita ini bukan maksum. Lalu pada satu bulan yang mulia ini lah, ALLAH SWT memanggil manggil jiwa yang sepi untuk di isi dengan tarbiyyah dariNYA. Bermula dengan niat, seseorang akan belajar mengenai keikhlasan, dan bermula dengan kelaparan dia akan belajar Redha terhadap sehariannya tidak makan atau minum. Apatah lagi, jika hidayah Allah datang kepadanya, maka tidak mustahil, jika dulu dia jahil, dia mampu menjadi lebih baik dari alim. Adapun proses ini tidak akan terjadi hanya dalam bulan Ramadhan ini saja. Bulan yang mulia yang mempunyai lebih 1000 kaifiat ini hanyalah sebagai asbab yang baik, sebagai hadiah dari ARRAHMAN untuk jiwa-jiwa yang mungkin telah tidur untuk setahun atau lamanya. Mudah-mudahan malam-malam yang kita isi dengan ibadah mampu melantik hati kita sebagai raja yang adil lagi baik.

Berlumba-lumbalah dalam hal kebajikan dan jangan lah mencela orang-orang yang berbuat kemungkaran, sesungguhnya mereka itu adalah cermin dari kamu. Menunjukkan bahawa kamu punya tugas sebagai seorang UMAT NABI SAW. Maka jalankanlah tugasmu itu dengan hati yang terbuka. Memang payah, tapi jalan ke syurga itu tidak boleh di dapati dengan mudah. 

Jalanilah hari-hari ini dengan penuh menggapai kesempatan kerana tidak tahu esok hari muncul atau tidak tiba...... :)

Salam Ramadhan buat para sahabatku.. Mudah mudahan Ramadhan ini menjadikan kamu seorang hamba yang lebih baik dari sebelumnya... :)