Monday 11 April 2011

Abu Bakar Ruben, islam dan Al Quran

Abu Bakar Ruben, perkongsian antara taman taman yang indah. 

 One night i decided to really trying get this spiritual mood happening, and i'm sure some of you had heard this story before, so i apologize.


I lit the candle, i had the window open, i had the curtain strung and i was trying to get the really spiritual feeling. It was a summer night  in melbourne, summer that can get you heaven. And i was sitting there, and i thinking this is it... u know, this is the night. i have been investigating all the spiritual proofs. all the scientific proofs about the fact the mountain of the piths, about how the embryo develop inside the woman, all this amazing proof but i still needed that little push it was likei was at the edge of the cliff, i was ready to jump, i just need the push, so i was sitting there,  sitting quiet, i was reading Quran, i stopped.

             I said, Allah this is my moment, This is the time i am about to jump into islam, all i need is the sign, just a little sign, nothing huge, maybe a bolter blightly, maybe the house could fall down, or something, something just small, small for u man, u created this common,  so i sat there, i was waiting for the candle to start lighting up to form mating high, like in the movie, 

Then i say, ok GO. And subhanallah, absolutely nothing happens, i was really disappointed to be honest, so i sat there and i said, ALLAH, this is your chance, im here im not going anywhere, i ll give u another chance, ok maybe u busy, u know daytime over the other side of the world all of the stuff are going on, maybe this time, i could just leave kaabah flooring, u know something small, the candle, lets forget that,  i do where could find that, so i dont, care, just anything, so i say ok. go.. and subhanallah, absolutely nothing happen, and i mean, i couldn't even said urr.. that was it,, that creep that was sat on the wall, that was it, absolutely nothing happens, i was really disaapointed, i was gasses. 

I was sitting there, thinking this is it, u know this was my last chance, , islam... and i really, i havent found it.

             I put back the Qoran,  and turn back where i was reading, subhanallah the very next verse, on the next page, " For those of you, who ask for the signs, have you not shown for your reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at water, this are the signs for people of knowledge. Subhanallah.

          Kisah Abu bakar ruben, Kisah yang mungkin tidak di ketahui ramai orang tetapi ana yakin lebih 100000 manusia, telah menonton video ini, termasuk ana. Pada malam pertama menyambut Ramadhan, Abu bakar telah memeluk islam.

         Abu Bakar sebelumnya berada dalam pencariannya terhadap satu pegangan hidup, satu pedoman, beliau telah mencarinya pada kristian, hindu bahkan Yahudi. tapi Beliau menemui islam sebagai deen. Sebagai agama, jalan yang lurus. Abu Bakar melihat pelbagai rintangan, dan cubaan berat baginya apabila, kehilangan sahabat karib kerana dadah, ibu dan bapanya bercerai malahan beliau sendiri mengalami masalah kesempitan wang. 
Apabila beliau tertimpa semua masalah tersebut,  Abu Bakar pun tertanya tanya tentang apakah tujuan hidup dan makna hidup selama ini.


            Dia cuba pelajari agama kristian dan itulah agama pertama yang dipelajarinya memandangkan sebelum ini dia cenderung ke arah atheisme kerana kedua ibu bapanya tidak mempercayai tuhan. Tetapi Abu Bakar punya hati yang tulus  dan merasa perlu kepada tuhan. Makanya dia mulakan pencariannya dalam mengenal erti dan makna hidup. 
 Dia pelik ketika berada di perkhemahan agama kristian, sahabatnya mengatakan bahawa tuhan mencintainya, dia kehairanan bagaimana tuhan boleh mencintainya sedangkan anjingnya tidak.


           Abu Bakar telah mempelajari pelbagai agama tetapi tiada satu pun yang menarik hatinya. Abu Bakar menafsir islam sebagai agama keganasan, namun dia menguatkan hatinya untuk ke masjid. Tanggapannya apabila pertama kali sampai ke masjid, dia pasti akan dibunuh kerana terlihat sebagai orang kafir, tetapi bercanggah dengan apa yang difikirkannya, dia menerima layanan yang baik daripada Abu Hamza. Pelbagai persoalan di ajukan kepada Abu Hamza, dan Abu Hamza merujuk Al quran sebagai jawapannya, dan ternyata, Al Quran telah menarik hati dan jiwa Abu Bakar dalam diam. Antara pertanyaannya ialah mengapa perlu berjambang, berhijab, pembenaran beristeri 4 dan sebagainya lagi. Beliau fikir itu adalah soalan yang luar biasa, tetapi mereka yang ditanya sering membuka Al quran dan memberikan padanya untuk di baca.

 Dan pada malam itu beliau di temani senaskhah Al Quran yang beliau baca tanpa henti.

 Saat Ruben sudah sedia hendak dilahirkan sebagai islam, Beliau memerlukan satu lagi petunjuk ALLAH bagi menguatkan keputusannya. 

" Saya sudah bersedia untuk melakukan lompatan besar, tetapi saya inginkan satu dorongan kecil sahaja dari tuhan, tak perlu besar, kecil sahaja sudah cukup. Tolong lah ALLAH, satu petunjuk saja, tunjukkanlah kalau engkau benar" 

Lama dia menanti bersama sebatang lilin di dalam ruang bilik, dan dia duduk diam diam di antaranya. 
" terus terang saya katakan, bahawa saya saat kecewa saat itu dan saya kata Wahai tuhan, engaku telah mensia-siakan satu satunya peluang yang aku kehendaki"

Kemudian, apabila beliau membuka kembali AL Qurannya. Beliau terhenti pada ayat... 

 " Dan dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang memahaminya. ( An Nahl:12)

Hatinya benar benar berguncang hebat. Beliau tersedar bahawa beliau begitu sombong dengan menuntut tanda spesifik yang beliau mahukan walhal matahari dan semua ciptaanNya di muka bumi ini adalah satu petanda buat kita semua untuk dihayati dan di ambil pengajaran daripadanya. 

Selapas keyakinan menerjah masuk ke dalam jiwa, lelaki dari melbourne Australia itu kembali berkunjung ke Masjid. Pada malam pertama Ramadhan, hidayah ALLAH telah sampai kepadanya. 
 Hari pertama ramadhan, dia telah rasmi menjadi seorang muslim, dia merasa ringan dan takbir bersahutan membuat Abu Bakar sebak dan terharu. 

Dan lihatlah BAHAWA RUBEN MENCARI HIDAYAH, bukan menanti hidayah tiba padanya, seperti sesetengah orang kata, belum sampai hidayah pada aku. Hidayah milik ALLAH, dan sepatutnya kita sendiri yang menuju kepada hidayah tersebut. senang kata satu perumpamaan, bila Ali duduk menanti di kolam ikan, dia tunggu ikan naik sendiri ke atas bakulnya tanpa perlu ada alat pancing atau apa-apa sahaja alat. Dia cuma duduk bersila dan tunggu ikan naik sendiri, Mustahil ajib, kecualilah kalau Ali ada gadget gadget tercanggih dari Mesir ke.. 

KITA MEMANG PELUPA.

               Ada segelintir manusia zaman kini yang dah tak rasa PERLU kepada Allah s.w.t. Mereka dah rasa sombong. Rasa bongkak mula menerjah mereka bertubi-tubi. Tak rasa bahawa pakaian, rumah, hati, jiwa , ibu bapa, tubuh badan semua pinjaman Allah s.w.t belaka. Mana milik kita wahai kawan kawan. Tiada milik kita. Tapi kita seperti biasa, lupa nak bersyukur. lalai, lagho sebanyak banyaknya. Bangga dengan pelbagai kemewahan, bangga dengan apa yang ada pada tubuh badan. Riak, ujub, mula timbul berdesak desak. Lupa mentazkiyah diri sendiri. Asyik lapar 24 jam. Lupa Rasulullah pesan,  Makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Lupa pula bahawa antara racun dunia ialah makan lebih lebih.

          Lepastu kita lupa pula pada orang miskin dan anak yatim, lupa orang di Palestine, lupa yg berada di afrika sana, lupa pada semua. Kita memang pelupa. Lagi lupa apa lagi.....Apabila dalam jiwa kita dididik supaya rasa perlukan ALLAH, automatik, segala ibadah akan menjadi mudah. Siapa yang tidak rasa memerlukan ALLAH dalam hidup mereka, maka wayar mereka sedikit tertanggal. Ada fius fius yang rosak perlu diperbaiki. Sedangkan Mereka berjalan di bumi Allah. Jejak tanah milik ALLAH. Kalau mereka rasa tak perlukan ALLAH, memang susahlah hidayah mahu sampai kepada salur hati dan jiwa mereka. Lebih baik mereka tak payah makan, minum atau ada apa-apa.
Nikmat tuhan yang mana kamu dustakan?

YA ALLAH KAMI PERLUKANMU

Dalam dakapan hangatnya cinta padaMu,
Kami hamba yang tidak punya apa-apa,
melainkan rahmat dan nikmat dariMu,
tetapi kami tetap dalam kebutaan, 
untuk merasa syukur dan sabar,
Ujianmu adalah nikmat,
kesusahan bukanlah penamat,
tetapi cintaMu sebagai ketabahan,
Meski kami tidak tahu, 
apa di hati kami punya cinta kepadaMu,
kau hantar Rasulullah sebagai Qudwah,
Muallim nyata untuk menyebar cintaMu,
ternyata cintaMu begitu besar untuk kami damba,
daripada seteguk air yang dina,
keleburan kerana hangatnya CintaMu.

Perlu,
kami perlukanMu,
dalam nafas kami,
dalam jiwa dan hati kami yang gersangkan cinta,
Kami perlu padaMu,
perlu ketenangan dariMu,
perlu pertunjuk, hidayah yang kami damba. 

Gusarnya hati hati kami ini,
pasti berbalas ya Allah,
kerana penantian padaMu akan berakhir nyata,
Sedangkan penantian kami pada dunia, 
boleh jadi sia sia.

Perlu kami adalah keperluan cintaMu.


Punurkasih yang tidak punya apa-apa tapi punya cinta.

No comments:

Post a Comment