Saturday 2 April 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita!


 Oleh Ustaz Asri.


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup .selalu org mengaitkan ketenangan dalam hidup, selalu orang mengaitkan ketenagan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan, walaupun itu boleh jadi penyumbang, tetapi itu bukanlah segala galanya.

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yg besar, tidur di atas katil yg empuk, tetapi dia tidak lebih lena atau lenanya tidak nyenyak,
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita, Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak enak, lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk, tapi dia lebih sedap dan selesa makannya,
kata Hamka, " lihatlah bagaimana ALLAH membahagi bahagikan nikmat," semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, ada makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang. belum tentu!

~~Jika ALLAH hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan dengan apa apa tangan sekalipun, jika ALLAH menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

~~Jika ALLAH uruskan urusan kita, dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa. tetapi mereka tidak boleh mencabar kekuasaan ALLAH.

~~ Jika ALLAH mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan jalan manusia tak sangka tetapi ALLAH boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan,

Tuan tuan tengoklah dunia ini, kadang-kadang tuan tuan, manusia dia hilang satu benda ini dalam dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya. saya nak sebut tuan-tuan, berapa banyak dalam hidup tuan tuan telah melalui keperitan hidup?  cuba ingat. ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya,tapi hari ini ALLAH telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.

~~ketika kita di timpa musibah tertentu, kita kata " habislah aku kali ini," tapi usia kita telah berjalan, kita masih lagi hidup dan makan, dan menikmati kurniaan tuhan.
~~Ketika kita kata " Ya ALLAH, tolonglah aku, Ya ALLAH, tolonglah aku, aku susah ya ALLAH" Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur, di atas pelbagai ranjang hidup yang ALLAH telah keluarkan kita daripadanya.

Al imran:173 (rujuk tafsir anda)
Orang-orang yang diberitahukan kepada mereka, " Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau " Nun orang nak ambil tindakan kat hang" "Nun orang nak ambil tindakan kepada kau" "Nun ada orang nak bertindak kepada kau". Kata ALLAH iman dia tambah.
Bukan kita kata, "Pasai apalah ALLAH benci kat aku, apalah dosa aku?"
Tidak tidak. kata quran iman mereka bertambah. Mereka kata " Hasbunallah wa ni'mal wakil" (Cukuplah Bagi Kami ALLAH, dialah sebaik baik tempat diserahkan urusan).

Siapa yang tidak melaluinya,tidak akan memahami maksudnya,  orang -orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui keajaiban bertawakal.
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb, " Ya ALLAH , aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya ALLAH"


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas, Nabi sebut di dalam hadis yang  diriwayatkan oleh imam muslim,
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini,( saya tak tahu manusia paling derita dalam dunia ini,) Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga, Dia dimasukkan, di celupkan ke dalam syurga, kemudian dia dikeluarkan, lalu ditanyanya, " Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata, "tak, aku tak pernah rasa derita pun dalam hidup ini?". Hanya kerana masuk sekelip mata dalam syurga, lupa cerita derita. Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini, segalanya nikmat, ALLAH masukkan dia secelup sahaja kedalam neraka, lalu dikeluarkan dia, ditanyanya " pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup  ini?" Dia kata, " tak , aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini" Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka, Manusia lupa akan segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru, dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini, suatu nikmat yang besar. Satu hamba ALLAH, yang patah kakinya, yang dia tak pernah pun sebut, dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak, tapi apabila satu hari dia sakit kaki, Dia kata " Ya ALLAH, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik," Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat,
Kata Hamka, " Yang ada ini sudah harapan kita" ,  yang kita ada ini harapan kita, tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.

Sebab itu sebahagian sarjana menyebut, SYUKUR KADANGKALA LEBIH TINGGI MAKAMMNYA DARIPADA SABAR. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur, Bila dia susah nak kata apa? " Sabar je la, nak buat apa.."  Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan tuan, SYUKUR DI ATAS NIKMAT.
" Ya ALLAH apa sahaja yang aku alami, daripada nikmatMu  daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan, daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran,"
SubhanALLAH,  insan, jika dia nak bersyukur kepada ALLAH, tak terdaya,
Surah Ibrahim ayat 34, "Jika kamu hendak menghitung nikmat ALLAH, kamu tak mampu."
Tuan tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan, kita akan rasa MASYALLAH, hidup ini,apa yang ALLAH kurniakan pada kita, lebih dari harapan kita, sebenarnya,  kalau tuan-tuan ingat dari hari tuan-tuan dilahirkan,tempat tuan-tuan di lahirkan, rumah tuan tuan dilahirkan, sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini, MASYALLAH. tak dapat nak diucapkan, berapa kali nak sebut pun tak mampu,

Pesanan Nabi buat Umatnya,
Surah At Taubah Ayat 40 (Rujuk tafsir anda)
" ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia, ketika dia salah seorang daripada dua ( dia dan abu bakr, yakni nabi dan abu bakr) ketika mereka berada di dalam gua (peristiwa hijrah),  ketika dia berkata kepada sahabatnya, " Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita"

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

Kadang-kadang kita tak sedar, pilihan kita adalah perancangan ALLAH yang lebih baik. Allah sebaik-baik perancang dan kepadanya kami bertawakal.
From,
PunurkasihAyu

No comments:

Post a Comment