Wednesday 13 April 2011

Kau Murabbi,Murabbiahku, dan Aku Mutarabbimu.

Erti mengenal dunia pentarbiyahan jalan islam sebenarnya bukan cuma dimulai dari rumah. Tapi lebih luas terbuka jalan pentarbiyahan diri ini apabila berada di sekolah. Taman Daya School menjadi wadah ana memulai langkah tarbiyah semenjak IKRAM diperkenalkan pada tahun 2008 di sekolah ana.
Menjadi seorang ahli aktif sekolah, permulaan ana mengenali apa itu usrah pada setiap jumaat jam 12 hingga 2 petang, ye la, zaman tu Tv 9 belum menggerakkan rancangan Usrah lagi. Jadi ia sesuatu yang asing bagi ana. Namun, yang asing ternyata kini menjadi sebati dalam diri, pentarbiyahan menjadi jalan.

Maksud Murabbi. 

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang luas melebihi tahap muallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.

Justeru, Murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas Murabbi berlegar di “hati”.

Yup. Ini tugas mereka. 

Mencintaimu menjadi sandaran nikmat dari tuhan. 
Melonjak ke tingkatan 4 pada tahun 2009, ana telah berjumpa dengan seorang ustaz yang ana kagumi sendiri, akan ketabahan, kecekalan, dan ilmunya. Keghairahan mencari ilmu membawanya ke kota mafraq, Jordan. Dia bukan sekadar guru, tapi dia seorang Murabbi.

Jalan hidupnya memberi impak pada ana untuk merasai nikmat sebuah pentarbiyahan. Ana gelarnya Abi. Abi berusia 30 something tetapi wajahnya seperti baru 20 an kan. Bergerak ke Jordan setelah usai spm. Ana turut ingin menjejaki langkah ke Al bayt, inshaAllah, satu hari nanti.

Abi sering mengingatkan bahawa tiada istilah putus asa dalam kehidupan dan masa hadapan harus disambut dengan tawakal.
Teringat lagi saat permohonan untuk ana ambil matapelajaran tampal spm, pendidikan quran sunnah di tolak oleh pengetua. Abi tak habis beri dorongan. Air mata mengalir di hadapan Abi, tapi Abi tetap sokong. Nasihatnya berhikmah. Dia terus menggalakkan ana belajar. Mencari ilmu bukan sekadar ingin lulus peperiksaan, tapi ilmu itu maksudnya lebih luas.

Ana mula minat Bahasa arab semenjak Al Quran menjadi teman kesepian. Kebetulan Abi hebat dalam bahasa arab, maka bertembung lagi kami. Ana mula belajar bahasa arab secara tidak formal dengannya. Dalam kelas, ada sahaja yang kami bincangkan, termasuk bahasa arab menjadi wadah perbualan. Hanya kami berdua yang faham antara satu sama lain, kerana hanya kami yang boleh berbahasa arab dalam kelas. Minat terhadap bahasa arab semakin menebal. Menuntut ana berusaha lebih keras untuk mendalaminya. Setelah keluar sekolah, Ana mencari maahad untuk daurah bahasa, tetapi masih jenguk Abi di sekolah untuk dapatkan nasihat dan curahan ilmunya.

Bersama Abi juga, karya sayap-sayap Cinta terbang ke Murfah menjadi sandaran wadah permulaan ana berjuang dengan penulisan. Abi terus mendorong ana berjuang dengan penulisan. Abi ingin lihat ana jadi seorang penulis yang mampu menulis sebuah buku yang mengembangkan lagi medan dakwah islamiah. Tinggi cita-cita Abi untuk lihat semua anak didiknya berjaya. Karya kedua, jadikan Aku zinnirah. Karya terakhir bersama Abi ialah penulisan Fakta tentang Rasulullah s.a.w ketika pertandingan penulisan dakwah Johor di adakan. Kami sama sama bekerja untuk menyiapkan penulisan itu. Dan, kami berjaya. Abi tidak putus-putus doa.




Murabbi pertama ana, dialah Abi. Syafakallah untuk Abi. Abi, semoga Allah menyembuhkanmu.

Untukmu Abi,

Puisi "Hari-hari Bersama Murabbi"
Nukilan : Syed Ahmad Israa'
Deklamasi : A. Fuad J
Oh alangkah bahagia


Oh alangkah mulia


Hari ini aku kisahkan


Aku, dan disisiku,


MURABBI.




Seperti rasul


Bersama-sama, nikmati satu santapan,


Begitu murabbiku


Duduk bersama, jamah satu hidangan.




Seperti rasul


Bersama-sama berbantalkan lengan,


Begitu murabbiku


Bersama-sama tidur atas hamparan.




Seperti rasul,


Turun bersama gali paritan


Begitu murabbiku


Sentiasa seiringku lakukan tugasan.




Seperti rasul,


Faham segala dalaman luaran


Begitu murabbiku


Segala pemikiran tekun menjelaskan.




Seperti rasul,


Membina syuhada pemuda pahlawan


Begitu murabbiku


Dibina aku lengkap perincian.




Seperti rasul,


Marah, senyum, sedih, memberi kesan


Begitu murabbiku


Memberi taujih sesuai perasaan.




Seperti rasul,


Menyucikan, memahamkan, lantas menggerakkan


Begitu murabbiku


Diasuh aku, jadi asas kebangkitan.






Seperti rasul,


Menghormati tidak memalukan


Begitu murabbiku


Di sampingnya aku, terasa dimuliakan.




Yang lahir bukan sekadar hartawan


Yang lahir bukan sekadar agamawan


Yang lahir bukan sekadar negarawan


Yang lahir bukan sekadar tokoh kemasyarakatan


Yang lahir bukan sekadar juara kebajikan


Yang lahir bukan sekadar olahragawan


Yang lahir bukan sekadar jaguh perdebatan


Tetapi RIJAL,


Dengan mereka ISLAM diagungkan




Oh alangkah bahagia


Oh alangkah mulia


Ketika itu


Aku, dan disisiku,


MURABBI.

Mencintai Allah membuat ana mencintainya.

Sunyi tengahari memecah kabut, apabila Ummi Jee, guru matematik merangkap naqibah pertama ana mulai muncul di muka hati ini. Ana seorang yang sangat liat dalam urusan Matematik, tetapi Ummi Jee adalah manusia pertama yang dapat menarik minat ana untuk belajar matematik, tahu kenapa? Kerana Ummi Jee menerapkan unsur unsur tawakal dalam belajar Matematik. unsur Matematik pula di kupas oleh cendekiawan islam. Ini teori dan sejarah islam yang ada pada Matematik. Jadi sebenarnya ia membuat ana terus peka dalam mengaktifkan kedua dua belah otak kiri dan kanan. Ummi dulu belajar di UTM dan pengkhususannya fizik.

Ummi Jee, seorang ibu yang cekal dalam membesarkan anak-anaknya dan terus bersemangat dalam menjadikan pendidikan sebagai medan dakwah. She is My Naqibah. Ummi Jee sering membawa ana bersamanya dalam setiap katibah, qiamullail di sekolah hidayah, dan pelbagai aktiviti Ikram. Dan dia inspirasi ana untuk bertudung labuh. Hebat kan Allah, dia cipta manusia yang cintakan ilahi untuk m,enambahkan cinta orang lain kepadaNya. Ummi sering kata pada anak usrahnya
 "Apapun yang kamu inginkan, kamu dambakan, dan apa jua yang kamu impi impikan dalam hidup kamu, mintalah pada Allah."
Minta pada Allah, berusaha kemudian tawakal, itu yang dididik Ummi Jee dalam jiwa setiap anak usrahnya.Berbicara dan mengenalinya membuat ana rasa senang dan selesa. Luahan hati padanya seperti ana berbicara dengan ibu sendiri. Kelebihan Ummi Jee satu ini paling ana suka ialah Ummi Jee pandai masak. Huhu. Ya. Ummi Jee pandai memasak.Apa sahaja masakan tradisional dan paling penting enak. 

Tabahnya dia dalam tangisan,
Cekalnya dia dalam keredhaan,
Ikhlas dan sabar menjadi tumpuan,
ternyata Islam dia pegangkan.

Tangisannya,
sering jadi pujaan,
Hati hati yang berkumpul,
kerana Ar Rahman. 

Ummi, 
Wajahmu sering kali terdampar ketenangan,
meski kisah hati tidak di wartakan,
Sungguh, didikanmu benar benar membuat akar berubah,
Dari tugasmu sebagai Naqibah. 

Cintaku padamu kerana ilmu dan agama yang ada padamu. 
Ini doa yang sering di alunkan usai Usrah. Muka siapa yang selalu nyanyi. Tak lain tak bukan muka ana.


Mencintaimu bagai pasir dihempas ombak, dari kering jadi basah.
She is my murabbiah. Penentangannya terhadap israel begitu tegar, She is Ummi G. Also G? yup, mereka mempunyai nama yang hampir sama. Jadi kedua-duanya dipanggil dengan nama G. hehe. Sambung, dulu ummi G belajar di London. Betapa, dia temui Islam yang sebenar di sana. Menemui jalan jalan pentarbiyahan diri di LONDON, bukan di Malaysia.

Bagi ana dia bukan sekadar seorang Muallim, tapi murabbiah ana. Subjek utamanya Fizik dan moto dalam pembelajarannya ialah Learn for life.
Ummi G menerapkan dakwah dalam setiap dan apa pun yang diperbuatnya. Tidak kira kepada sesiapa pun. Mendidik ana menjadi lebih kuat dan tegar dengan kata-kata ransangannya yang terpandu Quran dan sunnah. Gerak geri, tatacaranya benar-benar menambat hati ana.

Pernah sekali seorang pelajar bukan islam melangarnya sehingga dia merasa kesakitan pada kepala, tetapi dia cuma tertawa dan mengusap bahu pelajar tersebut.

Ummi G turut bersama sama dalam menjadikan Ikram wadah perjuangannya. Setiap hari Ummi G akan mengingatkan kami tentang Jihad, jihad untuk agama walau di mana kaki berada. 
Ana ingat lagi, apabila satu hari, ana bertanya padanya tentang kiamat dan amalan-amalan yang membuat manusia tak bersedia untuk mati. 

Lantas Ummi G menebarkan kisah tauladan dan hadis hadis nabi pada ana. Sungguh, dalam sekelip mata, hati ana jadi luluh akan perkataan perkataan hikmah darinya. Dia mendidik bukan sahaja luaran tetapi dalaman anak didiknya. Apa yang sering ana ingat darinya ialah,

                  " Kita masuk syurga bukan kerana amal-amalan kita, tetapi kerana Rahmat Allah s.w.t"

Look the way my teacher smile :) and then think how their student will smile.

Al Quran dan sunnah menjadi wadah perjalanan kami. Kami menjadi pengemis Rahmat Allah, saat jalan tarbiyah jadi nyata. Dia. ketiga tiganya muallimku menjadi pembimbing nyata. Membuat diri ini lebih tegar untuk belajar dan mengaplikasi kisah kisah tarbiyah dalam kehidupan. Semuanya menyimpan cerita ana dan ana turut menyimpan kisah kami. 

Semoga ALLAH meredhai cinta kita wahai muallimku. Uhibbukum fillah. Kerana Allah kita bertemu dan kerana Allah kita berpisah. semoga Allah ikat kuat hati hati kita di dunia agar di syurga nanti ikatan hati-hati kita tidak putus.

Dari Mutarabbimu,
punurkasihayu

2 comments:

  1. punur, sye sgt tersentuh dgn coretan awk.. awk sgt beruntung wahai sahabat.. teruskan perjuanganmu dlm penulisan, ana menyokong.. insyallah..

    ReplyDelete
  2. salam, waaa punur...bagus dik...teruskan...akak pun tersentuh jugak nih...heee ^.^

    ReplyDelete