Thursday 20 September 2012

Jejak kasih pencinta

Bismillahirahmanirahim...

Terasa masa bagaikan begitu sempit padahal ada saja ruang untuk berfikir. Ana mencuri masa beberapa minit untuk menulis. Rindu benar pada penulisan.

Exam tak lama lagi menjelma. Justeru segala masa juga akan di curi. Betapa singkatnya minit dan saat yang kita terima dan atas apakah masa itu kita manfaatkan? Sedih benar dengan keadaan dunia tetapi teringat kata-kata abuya Abu Aswadi bahawasanya dunia ini terlalu singkat untuk kita berfikir mengenai seribu masalah. Jangan campuri urusan Allah swt. Adapun jika banyak masalah yang kita hadapi sebenarnya bukanlah masalah tetapi hanya cabaran dan ujian buat manusia. Bukan kah Allah menciptakan kita untuk menguji keimanan kita? Adapun maksud masalah yang sebenar adalah sesuatu yang tiada jalan keluar dan penyelesaian. Masalah yang paling besar sudah tentu apabila kita meninggal dunia nanti. Tiada jalan penyelesaian. 

As-Syeikh Al-Ustaz Abu Aswad Bin Zakaria @ Yah Bin Yussof Bin Salleh Al-Azmat Khan Al-Husaini

Abuya memanggil ana dengan nama Nur. Nama Nabi saw sentiasa meniti di bibirnya, dan matanya selalu basah gara gara tangisan kerinduan. Pernah sekali ana berkata pada Abuya. " Ammi, nur ada cita-cita nak mimpi Nabi saw" Lantas tidak sempat menjawab, ana lihat mata abuya terpejam rapat dan hidungnya memerah, airmata yang jatuh diseka segera dengan jari.
" Semua insan mempunyai cita-cita seperti itu, perbanyakkanlah selawat inshallah pasti akan bertemu Nabi saw dan sekiranya Nur bertemu Nabi saw nanti sampaikanlah salam ammi padanya..." 
Lalu airmata turut mengiringi kata-kata abuya. Tangisan kerinduan buat seorang kekasih. Justeru Hati ini terus mengislah. Siapakah yang paling di cintai di dunia ini. Ibu? ayah? la' tidak beriman seseorang melainkan apabila dia mencintai Nabi saw melebihi apa sahaja. :'( 





Pencarian ilmu perlu diteruskan,
Meski kakiku tidak mahu melangkah ke depan,
Akulah pengembara  yang kehinaan,
kerana dulunya dunia menjadi kecintaan.

Sampai bila hendak berhenti,
dari memikir dunia yang tak abadi,
sungguh dina diriku ini,
lebih dari sang pipih.

Cinta duniakah yang aku cari?
lantas tubuhku takut akan mati? 
Lalu kemanakah tujuanku?
Sedangkan Allah dan Rasul menjadi maksud.

Berbicaralah sang abid,
apabila hati diisi dengan satu,
tidak boleh masuk lagi satu,
hati lah tempat berbisik,
dalam jaga ku mencari tuhanku. 







2 comments:

  1. Assalamu'alaikum wa rohmatullahi wabarokatuh,ya ukhti.Ana teringin sangat nak tau.Siapakah sosok tubuh yang digelar ''abuya'' sedalam yang mungkin.Mungkin ukhti boleh kisahkan sikit biodata beliau,kisah-kisah menarik tentang beliau.Kerana ana pernah bertemu dengan beliau di Melaka,pertengahan bulan januari,2014.Sukran..jazakallah kathiran toyyibah mubarakah fiha...

    ReplyDelete
  2. insyaallah 110kt abuya mnghadiri houl & tahlil Sultanul Arifin

    ReplyDelete