Monday 18 June 2012

Kuliah Ad dhuha pondok Baitul Qurro

Bismillahirahmanirrahim, :)


Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Hj Zulkifli Ismail Bin Ismail. [Mudir]

Alhamdulillah, puji pujian dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt atas nikmatNya hari ini. Dengan kasih sayangNya kita masih bernafas, menghirup udara segar  yang diberikan secara percuma oleh Allah swt. Dengan CintaNYA, kami bersama-sama dapat ke kuliah ustaz, memburu secebis ilmu dari tuan guru yang dimuliakan. Inshallah, sesuatu yang baik untuk di lakukan dengan niat yang ikhlas akan sentiasa di bantu Allah swt. Jadi jangan bersedih sekiranya kamu belum mendapat apa yang kamu mahukan, barangkali ia berada dekat dengan kamu yakni sesuatu yang kamu perlu. DIA maha mengetahui, dan kita tadak tahu. :)


Hadis hari ini:

" Jauhkan diri kamu daripada takbur, kerana iblis itu disebabkan oleh takburnya enggan ia daripada bersujud kepada Adam dan jauhkan diri kamu daripada loba (tamak), kerana Nabi Adam itu membawa akan dia oleh lobanya kepada memakan buah daripada pokok yang di larangi akan dia memakannya. Jauhkan diri kamu daripada hasad kerana 2 putera Adam, Qabil dan Habil membunuh satu akan lain tak bukan dan tak lain daripada hasad. Al hasil tiga perkaa itulah asal bagi kejahatan" ( Riwayat Ibnu 'Asakir, daripada Ibnu Mas'ud)


Penyakit hasad, tamak dan takbur ini adalah penyakit hati dan jiwa yang sangat berbahaya. Jika sudah lama bersarang alamatnya rosaklah hati kerana penyakit yang berat ini menghalang seseorang mencapai tujuan dan keselamatan Abadi. Di antara tanda bahawa hati kita ini sudah kena penyakit adalah menganggap bahawasanya dunia ini mendatangkan mudharat ataupun manfaat walhal yang mampu untuk mendatangkan hal sedemikian hanyalah Allah swt yang maha mengetahui. Manakala dengan asbab dunia mereka bersandar selain daripada Allah swt. Bahkan mereka mencintai dunia sehingga hubbuddunya itu membuat mereka lupa kepada Allah swt. Sekiranya tidak di rantai nafsu shahwatnya tidak mungkin dia dapat bergerak dan berangkat kepada Allah swt. Dunia ini adalah nikmat dan  kerana itu penyakit ini perlu di elakkan dengan menghiasi diri dengan sifat Tawadhuk, qanaah yakni merasa cukup dan puas dengan apa yang ada, dan Redha. 

 

1 comment:

  1. Sila rujuk dalam Sahih Al-Bukhari, jilid 1 halaman 201, Kitab Solat, Bab Sunnah Al-Julus Fi Tasyahhud.

    Al- Syaukani berkata: Diriwayatkan oleh lima orang (daripada pengarang kitab Sahih Sittah) kecuali Al-Nasa’i, dan disahihkan oleh Tarmizi, diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari secara ringkas. – Nail Al-Awthar, jilid 2 halaman 198.

    Ibnu Hajar berkata: Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi, Tarmizi mensahihkannya. – Talkhis Al-Khabir, jilid 3 halaman 271-272.

    ReplyDelete