Sunday 17 June 2012

Cerita hati

Assalamualaikum semua... ^_^ keif halukum, hari ni masuk sudah kita 27 rejab bersamaam 17/6/2012. Bolehlah semua tengok kalendar masing-masing yang di gantung kat dinding-dinding yang ada tertulis peristiwa Israk dan Mikraj. Terkenang-kenang saat menghabiskan waktu di rumah membaca kitab Arrahiq al makhtum karangan (lupa2 ingat) shaikh shafiyurrahman. Kitab yang mengisahkan tentang seorang insan yang agung, Nabi Muhammad S.A.W. Terkenang saat membaca bab israk dan mikraj ketika nabi saw dalam kedukaan, Allah membeli kesedihannya, mengurniakan sesuatu untuknya dan umat islam sebagai rahmat, diperintahkan solat 5 waktu dan pelbagai kejadian indah. Sungguh Nabi saw telah bersusah payah untuk kita, baginda mengenang umatnya setiap masa hingga saat terakhirnya. Wajarlah kita mengenang dan berusaha untuk mencintai baginda Saw. Semoga kita dapat syafaat baginda saw di akhirat kelak. :) ( Sama-sama terus berusaha mencari cinta Nabi saw! yeah!! <--- bersemangat)

Info ringkas tentang peristiwa ini;

1. ✐ Rasulullah صلى الله عليه وسلم diperjalankan (Isra') pada waktu malam dengan menaiki Buroq & ditemani Sayyidina Jibril عليه السلام dari Masjid Al-Haram (Mekah) hingga ke Masjid Al-Aqsa (Palestin).
*Sila rujuk surah Al-Isra': 1.

2. ✐ Berlaku perhimpunan para Nabi & Rasul di Masjid Al-Aqsa di mana Allah menghidupkan para Rasul seramai 315 orang & para Nabi 24,000 orang. Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjadi Imam. Peristiwa hebat ini tidak akan berulang buat kali ke2 di bumi ini.
*Sumber: Buku Sirah. (Soalan saya: Siapa tahu solat apa yang didirikan? Jazakumullahu khairal jaza' atas jawapan.)

3. ✐ Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم diangkat (mi'raj) ke langit. Diperlihatkan perihal syurga & neraka. Dipertemukan dengan Nabi Adam عليه السلام di langit 1, Nabi Isa & Nabi Yahya عليهما السلام langit ke2, Nabi Yusuf عليه السلام di langit ke3, Nabi Idris عليه السلام di langit ke4, Nabi Harun عليه السلام di langit ke5, Nabi Musa عليه السلام di langit ke6 & Nabi Ibrahim عليه السلام di langit ke7.
*Sumber: Hadis di dalam kitab Mukhtasor ibn Abi Jamrah.

4. ✐ Sampai ke Sidratul Muntaha, Sayyiduna Jibril berhenti & Rasulullah صلى الله عليه وسلم meneruskan perjalanan seorang diri. Di sini perintah SOLAT diwajibkan buat umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.
*Solat tiang Agama. Kepentingannya seperti kepala kepada seorang manusia. Apakah mampu hidup manusia tanpa kepala?

5. ✐ Syeikh Ibrahim Al-Kattani berkata: "Istilah 'Mukjizat Isra' Mi'raj' itu adalah tidak benar. Ia hanya muncul di zaman mutakhir ini sahaja. Ulama' terdahulu tidak meletakkan kisah Isra' Mi'raj ini di bawah tajuk دلائل النبوة kerana ia bukan tanda kenabian (mukjizat), tetapi ia diletakkan di bawah perbahasan keutamaan & keistimewaan yang dikhususkan buat Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Maka istilah itu perlu diperbetulkan."
*Harap maklum wahai sahabatku ツ.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Selepas subuh tadi, ana dan sahabat-sahabat rumah membuat rehlah di tepi pantai berdekatan dengan kolej. Beriadahlah dari kolej ni sampai ke pantai. Tak jauh pung. Kalau berlari 20 minit, kalau jalan lenggang lenggok mak limah setengah jam juga.Pantai yang memang indah, pagi-pagi dapat tengok para nelayan tangkap ikan, menjala dan sebagainya. Ana tangkap lentok je. Penat dah berlari.:D  Intake kuim kali ni lebih 1000 orang. Alhamdulillah kuim semakin dikenali ramai. Inshallah sem ni dimulakan dengan elok. Banyak program yang telah dirancang. Sem ni bakal di sibukkan dengan aktiviti kerohanian di sini. Ada sesuatu yang ana belajar dari seorang guru, bahawasanya yang dekat itu adalah kemahuan, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Sekiranya ada usaha untuk mengaji agama, alangkah eloknya kalau kita teruskan saja, meski berat, Allah swt uji sebenarnya, nak lihat seteguh mana diri kita sebagai seorang insan.

inshallah, sekiranya berkesempatan ana akan kongsikan beberapa ilmu yang di dapati di sini. ^_^
Sanah Helwa buat sahabat MFB dr...

No comments:

Post a Comment