Monday 25 June 2012

Pertemuan dan perpisahan

Bismillahirahmanirahim,


( Post kali ini ditujukan khas buat ukhti yang sama-sama kami berjalan dalam mentarbiyah diri, Madam Ain)

Pertama-tama sekali, segala syukur di panjatkan ke hadrat ilahi, kami bertemu dan berpisah kembali kerana Allah swt. Teringat pula pesan Hauratul Hadid apabila diri begitu sayu ketika berpisah dengan ukhti yang tercinta kerana Allah swt.

" Sekiranya takut dengan perpisahan, jangan sesekali bermain dengan pertemuan"

Rancangan Allah swt sangat lah terbaikkk. kami dipertemukan tanpa kami sedari bahawa kami kenal.

Sem lepas, duus perlu mengikuti subjek English language profiency, dan di antara makhluk yang berada dengan duus adalah ana. Miss Ain yang ana tak pernah nampak langsung di KUIM masuk buat pertama kalinya dalam kelas ana dan dari situ lah kami berkenalan. Dia mengajar dan ana pula adalah muridnya. Dalam kelas, ana memang selalu diam, sebab ana simpan power testing cakap BI ana kat luar bukan dalam kelas (alasan bila lemah BI). Mis tak benarkan pelajar cakap bahasa melayu dalam kelas, kalau tidak, pelajar itu akan di cubit oleh temannya sendiri. Jalan tengah adalah mendiamkan diri dalam kelas .. :D bukan tidur ye~~~~

Pada masa yang sama, setelah kehilangan setahun didik Pentarbiyahan dalam diri. Ana usahakan juga mencari jemaah ana kembali di Melaka. Medium yang menjadi asbab ana bertemu kembali dengan jemaah ana adalah FB. Ana berkenalan dengan Umi, akhwat dari terengganu yang kemudiannya memperkenalkan ana dengan ummi kamariah. Pada mulanya ana bimbang. Ana susah nak keluar dari KUIM, kerana tempatnya yang agak mendalam. Ana hanya menanti waktu-waktu pentarbiyahan tersebut bermula. Pengisian jiwa dan rohani yang kosong dalam diri. Ummi kamariah kemudiannya memberi nombor telefon ana pada seseorang yang ana kenali sebagai Nurain. Kemudian Nurain ni pun mesej la ana, dan bertanya sama ada ana bekerja di KUIM. ana pun jawab la ala kadarnya. Rasa saspens killer pun ada.

Satu hari, semasa kursus pengurusan jenazah di jalankan. Ana di gemparkan dengan mesej yang diterima Hauratul Hadid dari Mis Ain. lecturer kami. Ana mula target, mungkin mis nak bagi mark lebih.. haha... tetapi rupa-rupanya mis Ain ni lah Nurain yang umi kamariah.

Seandainya semalamnya aku tidak bertemu dengan dirimu,
pasti kehampaan melanda tangkai jiwa batinku,
yang gersang kerana hilang,
hilang dari pandangan mata hati sendiri,
Di situlah titik pertemuan kita,
yang Allah swt titipkan buat kita,
dan pertemuan ini hanya keranaNYA.....

Segalanya adalah Taqdir Allah swt. Tiada yang kebetulan di dunia ini ( cinta kun fayakun: A ubaidillah Alias). Begitu juga kata hati ku. Bahawa hidup ini tiada yang kebetulan. Segalanya telah di tentukan dan haq. Sesuatu itu hanyalah asbab dan musabab itu adalah Allah swt. Mis Ain lah yang membawa kami bersama-sama mengikuti pentarbiyahan hati dan jiwa setelah setahun lama ku tinggalkan. Susuran hari-hari di KUIM memperkuatkan hatiku dengan bersama bergerak untuk Badan Dakwah di sini yang baru membangun. Rasa diri ini sungguh tidak layak kerana masih lopong jiwa dan rohaniku dalam mengejar cinta dan cita-citaku satu-satunya Allahu Rabbi!!! Jatuh bangun dalam jalan dakwah ini hanyalah baru seperatus yang kurasakan. Umur makin meningkat dan amanah semakin berat kurasakan dalam diri. Kami berjemaah pergi mengikuti program, ibni, aisyah, Mis Ain dan ana. Mis punya ceritanya sendiri. Yang pasti menjadi rahsia antara kami bertiga. We love u bcos Allah swt Mis.. (hancuq BI cek) hohoho... Sekarang, Mis dah jadi Madam, kena ikut lah suaminya berpindah ke perak sudah. Jadi berpisah lah kami sementara~~~ Barakallahu lakuma, wa jamaah bainakuma bil khair.

Pentarbiyahan ini masih belum berakhir. Ia sekadar koma, bukan tanda titik. Pentarbiyahan jiwa ini akan tetap berjalan, meski perih dan getir yang melanda. Yakinlah bahawa segalanya Allah telah tentukan.


kan ku titipkan seluruh kata2 buatMU
kan ku serah darah dan keringatku hanya pada jalanMU
kan ku rampas dunia sehingga ku tega tunduk padaMU
Kan ku berikan seluruh jiwa dan ragaku hanyalah untukMU
wahai cintaku, hidup ini hanya untukMu
Biarkan aku menjadi mabuk dalam cinta yang parah ini,
sehingga derah menjadi keringat ku kerah
hanya kerana cinta padaMU....

semester ini baru bermula, dan kelak , pasti cepat ia berakhir. Begitulah fitrah kehidupan, manusia datang dan pergi. Yang berpisah kan bertemu kembali dengan izinNYA. Meskipun perpisahan itu adalah suatu perkara yang memeritkan, namun perpisahan juga lah yang mengajar kita erti untuk meneruskan kehidupan. Cinta yang membuat kita begini, cinta keranaNYA. :)


Selamat jalan teman, tetaplah berjuang, semoga kita bertemu kembali... Simpan masa indah kita.. sebiru hari ini!!! yeah!!! Love u mis Ain bcos Allah swt...

No comments:

Post a Comment