Sunday 8 April 2012

Menjadi Diriku

Assalamualaikum semua,

Suasana petang ni panas terik, tapi mungkin tak mengalahkan cuaca di Timur tengah yang sekarang ni juga bergelut dalam musim panasnya. Di cafe KUIM sekarang dah tak ramai orang, segelintir pulang sementara study week bermula Isnin ni.... Ana pula tak sanggup rasa nak tinggalkan KUIM tercintan ni (la sangat... :P).. Ambil masa untuk mengulangkaji dan menyiapkan kerja-kerja yang belum siap lagi di sini...

Mencari semangat di petang-petang hari untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, kepenatan malam semalam berada di Legislacion family Day KMU tak usai lagi. Kata-kata Sang Murabbi terus mencerna minda, bagaikan tak ingin keluar. Dalam Kuliyyah Fiqh Ibadat, Ustaz Suhaimi Abu Hassan menceritakan tips-tips yang amat berguna untuk menjadi cemerlang dunia dan akhirat. Bagi ana tips ni memang terbaiklah sejak azali lagi.

QIAMULAIL

Bangun malam untuk bertahajud ni sebenarnya berfunction untuk menyegarkan otak juga kalau ikut saintifik la.. tapi yang sains sains ni kena lah bertanya doktor kan, kerana ana tak berapa nak pakar dalam sains, tapi telah terbukti tahajud malam ni mampu meningkatkan daya fikiran, menjadikan otak cerdas dan kuat. Lagipun, inilah makanan rohani terbaik, saat-saat indah di mana kita boleh berbicara dengan Ya RABB... meluahkan, meminta, mengharap.. terkadang, sujud kita itu menandakan HARAP, TAKUT, CINTA.... Di mana lagi ingin kita minta di kasihani Allah swt.... semuanya telah di tunjukkan Nabi SAW. Tetapi perlu diingati bahawa nak bangun tahajud, berqiamulail ni ada syarat-syaratnya, yakni cara-cara yang perlu di ikuti. Di sini , ana nak berkongsi dengan sahabat yang ana kasihi sekalian apa yang ana dapati dari kuliyyah dari Ustaz Suhaimi, pensyarah Fiqh di kuim ni, hebat orangnya.. (aik puji mcm nak markah lebih je ye) :)

Cara-cara untuk bangun Malam bertahajud:

1. Pastikan berqailullah (tidur siang) walaupun sebentar.. (siapa yang selalu tidur dalam kelas tengahari tu, berhusnuzhon lah, malam tadi qiam rupanya... )
 Bertujuan untuk menguatkan malam nanti kita nak bangun tahajud.

2. Pastikan tidur awal, Ustaz kata tak kisahlah nak main facebook ke apa, tapi pastikan tidur awal, limitlah main facebook sampai pukul 10 ke.. stop, untuk tidur. bertujuan supaya mudah bangun tahajud

3. Seelok-eloknya pilihlah waktu sepertiga malam, kira-kira di Malaysia ni pukul 3 pagi, tapi tak kisahlah seandainya nak bangun pukul 4 atau 5 asalkan jangan waktu solat  subuh tu jugak nak sibuk solat tahajud... peace..~~~ Boleh dilakukan 2 rakaat.. Kerana solat tahajud adalah pembukaan segala solat kita satu hari dan penutupnya adalah solat witir. Allah mudahkan segala urusan kita inshaallah. Allah tentukan segala-galanya, Allah uruskan untuk kita.. Ya Rabb, betapa KAU berbelas kasihan pada kami.. MasyaALLAH...

4. Pastikan tidur sebentar setelah tahajud, tapi jangan tidur atas katil balik, kompem-kompem nanti subuh gajah pulak, cara yang sunnah ialah apabila selesai solat tahajud, tidur dekat sejadah dan pastikan lengan menongkat di kepala, jangan letak kepala kat lantai, tapi gunakan tapak tangan untuk menongkat kepala, alasannya supaya kita tak selesa dan mudah kepala kita terjatuh sikit untuk menyedarkan kita.... ehh dah azan la.. macam tu lah kira-kiranya...  Kemudian bangunlah untuk bersolat subuh....

Ini adalah tips yang ana dengar dari Ustaz ana, ana yakin pasti banyak lagi tips-tips yang lain yang antum semua ada, boleh lah di amalkan....Amalan yang terbaik bukan lah yang banyak dilakukan, tapi sebaik baik amalan adalah yang istiqomah yakni berterusan walaupun sedikit.
"Sesuatu yang aib sekiranya mereka yang belajar agama tidak melakukan tahajud" pesan ustaz.

Memang hidup rasa kosong tanpa tahajud, sekurang-kurangnya ada usaha untuk mendekatkan diri pada Allah swt.  Inshaallah dengan harapan , Allah akan memberi...

Last but not least, terimalah aku seperti apa adanya, aku hanya insan biasa tak mungkin sempurna....
Tampal betul2 depan meja belajar untuk di lihat hari-hari, baru semangat nak study.
Salam Cinta....

No comments:

Post a Comment