Saturday 14 April 2012

Hidupkan Islam Itu

Bismillahirahmanirahim,

Ya Rabbi....


Allahumma solli ala' saidina Muhammad wa 'ala ali saidina Muhammad.... :)

Alhamdulillah hari ini sang Penulis dhoif wa faqir ini masih diberikan nafas oleh Allah swt, yang Maha Mengasihi untuk terus menulis coretan kata-kata dan luahan hatinya. Hari ini, Allah swt masih memberikan kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan mulut untuk berbicara, otak untuk berfikir dan macam-macam lagi nikmat yang kita terima. Ketahuilah nikmat ini adalah anugerah Allah swt yang diberikan pada kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Maka, kenalilah Allah swt, dan bersyukurlah kepadaNYA... Jangan Kufur nikmat....

Inshaallah exam bermula Rabu ni, dengan permulaan kertas Fiqh Ibadat.. Doakan ana dan sahabat-sahabat di sini,  wahai saudaraku sekalian...

Penat, justeru tubuh ini di sandarkan di tiang sahrawi, memikirkan tentang adakah amal ku selama ini diterima Allah swt, adakah aku ini ikhlas dalam menjalankan segala-galanya di muka bumi, melihat kemungkaran yang berleluasa di muka bumi, dan baru-baru ini datang lagi tanda peringatan Allah swt apabila Malaysia turut merasa gegaran akibat berlaku gempa bumi di Aceh Indonesia sehingga para saintis meramalkan akan berlaku Tsunami sekali lagi, dan kami di KUIM ini di arahkan berjaga-jaga kerana kami berdekatan dengan Port Dickson di mana terdapat Red Alert yang dikeluarkan. Keadaan panik sungguh malam tu, bomba datang, dan semua pelajar perempuan turun dari asrama dan mula mengadakan halaqah untuk membaca Yassin, alhamdulillah, manakala sekiranya terdapat gegaran kali ketiga, kami semua diminta untuk pulang ke rumah masing-masing. Ana pula pening memikirkan, kerana exam final dah dekat, tak mungkin ana boleh study di rumah, suasana belajar tak ada... rumah suasana rehat je ada... bahaya bahaya.... Allah mengetahui isi hati hambaNYA, Alhamdulillah, tidak berlaku apa-apa malam tu sementara ana pula hanya tidur sebentar pada pukul 3 pagi, Sememangnya tiada yang dapat menandingi kuasa ALLAH swt.... Kun Fayakun...

Dalam kehidupan ini, sememangnya banyak ranjau yang berduri, pelbagai ujian akan terus datang, terkadang Allah menemukan dan memberikan sesuatu pada kita yang salah untuk kita berhati-hati dan sebagai pengajaran dalam kehidupan dunia yang sementara ni... terkadang diri sendiri lemah dan tewas dengan pelbagai bisikan, manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan dan pelaku kesilapan yang terbaik adalah yang segera bertaubat dan meninggalkan silapnya... baru lah dinamakan sebagai belajar dan inilah sebenar-benar pengajaran.... Tekankan akhlak yang baik untuk diterapkan, belajar dari iman dan amal... dan sebaik-baik contoh untuk diteladani tentunya Nabi Muhammad saw....

Berada di sini, bumi melaka, jauh dengan keluarga tercinta namun halaqah jiwa dan hati tetap ada pada abi sebagai wali, ana teruskan perjalanan pelajaran. Terkadang ana berfikir, kenapa tidak ada suasana islamik di sesetengah bahagian di sini, dan terfikir juga solusinya yakni kenapa kita yang tak mulakan suasana islamik tersebut. Islam memang perlu dihidupkan di mana sahaja, sekiranya kita tidak melihat islam terbina kenapa tidak kita bina suasana islam di tempat kita. ye, kerana kita telah mengetahui maka kita lah yang perlu mulakan. Ana bagi contoh mudah seperti tahajud malam, sekiranya kita melihat bahawa tidak ada program-program qiamulail, almaklum, tempat kita bukan lah seperti pondok atau madrasah yang sesetengahnya sangat berdisplin menekankan aktiviti solat tahajud mereka, di sini, kita hidup berdikari, semuanya kita lakukan sendiri, tidak ada yang mengawasi dan menjaga melainkan Allah swt.. Makanya,kenapa tidak kita wujudkan dan hidupkan suasana malam-malam cinta ibadah sendiri yang kemudiannya terdetik hati kita untuk mengajak orang lain beramal... Hidupkan dirumah sendiri, hidupkan islam itu dalam kehidupan kita...  begitulah juga semua amal yang lain, pakaian dan sebagainya, hidupkan dengan sinar Islam, iman dan taqwa..

Belajar untuk menjadi seperti idola kita....


Meeting on call pagi tadi dengan BADARKUIM, banyak aktiviti yang harus diuruskan, kepimpinan baru terus menyerlah, masing-masing sedang merangka  aktiviti untuk dilakukan pada sem hadapan, begitu juga exco Multimedia dan Publisiti yang mempunyai banyak rancangan... teringat kata-kata Amir Badar tadi, Segalanya dalam kehidupan kita ini harus dikembalikan urusannya kepada ALLAH swt dan memintalah kepadaNYA.. Jika ada masalah atau apa saja kembali pada Allah swt, DIA yang akan menguruskan dan mengatur semuanya dengan baik untuk kita... Ibaratnya sebuah kereta honda yang sedang rosak, pergi ke workshop pertama, tak boleh baiki, pergi ke workshop kedua tak boleh betulkan , pergi ke workshop ketiga tak boleh betulkan juga, akhirnya kereta tersebut tetap perlu di kembalikan kepada kilang Honda sebab kilang tu yang mengeluarkan kereta tersebut.. itulah umpamanya...

Semuanya kerana cinta Ilahi..... :)

No comments:

Post a Comment