Wednesday 11 April 2012

Dunia baru yang seterusnya

Bismillahirahmanirahim....

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang, Allah swt yang Maha mengampuni, DIA yang Maha lembut terhadap hambaNYA, yang menerima taubat hambaNYA, yang sentiasa menanti doa-doa hambaNYA. Ya Rabb.. Tetapkan hati kami ini dalam agamaMU....

 Mata ana tak nak lelap sekarang, begitu juga dengan sahabat di kamar ana yang sedang sibuk menghabiskan tadribat lughatul Arabiah. Teringat kisah ustaz yang pernah belajar di Al Azhar Dumyat menceritakan kisahnya semasa berada di bumi kinanah, bumi seribu menara, Mesir. tatkala di musim panas, ustaz tidur setelah dhuha dalam rumah hingga keadaan sejuk sikit pada malam hari Ustaz merayap pergi ziarah2 sahabat dia. Malam ibarat pagi dan pagi ibarat malam saat musim panas di sana. Kami tergelak mendengarnya, manakala ana pula mengimpikan keadaan sekiranya Malaysia pun boleh sejuk macam suasana sejuk di Jordan ataupun Mesir. Haish.. Kebanyakan waktu memang ana mengelamun dalam kelas, entah bila fokus pun tak tahu... Ketenangan dalam belajar itu penting, memilih waktunya juga bagi ana penting, pagi dan malam, petang atau tengahari sama sekali tidak, sebab ana akan rasa ngantuk time-time tu...

“Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al-An’am:96)

Jam hampir pukul 3 pagi, sejuk hati mendengar surah Al waqiah alunan Sheikh Misyary Al Afasi yang memang terbuka di laptop Sahabat sekamar ana. Suaranya memang merdu, pertama kali mendengar syeikh Misyary melalui surah Al Mulk sehinggalah ana mempunyai bacaan Syeikh Misyary sebanyak 30 juzuk.

Teringat kisah di mana ana bertemu dengan seorang sahabat setarbiah , dan sahabiah ini menceritakan sebingkis kisah sebagai pengajaran, Sahabatnya seorang yang suka melakukan maksiat dan ketagih dengan kemaksiatan yang di lakukan. Maksiat dirasakan lazat, meminum khamar baginya sekadar hanya seperti pepsi dalam tin.  Satu saat sahabat ana ini meminta pertolongannya untuk membetulkan sesuatu  di rumahnya, dan kebetulan ketika itu suami sahabat ana ini baru balik dari Masjid. Ketika sampai dirumahnya, sahabat kepada sahabat ana ini mendengar suaminya memasang surah Al Mulk alunan Syeikh Misyary, mendengarnya, sahabat ini terus tersungkur, menangis-nangis mendengarnya. Sehinggalah suami sahabat ana bertanya kenapa? katanya, hatinya bagai terkoyak-koyak mendengar suara itu mengalunkan ayat-ayat Allah dari suara orang yang mengalunkannya (syeikh misyary)  Sehinggalah dia meminta supaya suami sahabat ana mengajarinya Al Quran kerana katanya hidupnya memang terasa kosong yang dia sendiri tidak tahu mengapa...Semenjak itu, sahabat ana memberitahu bahawa, sahabatnya sudah cenderung ke arah kebaikan.

Kita memang tak boleh menakrifkan keikhlasan seseorang. Namun ana yakin, kita takkan tahu, tapi kita boleh merasai keikhlasan abid untuk menyebarkan agama Allah swt. Syeikh Misyary, mutiara Islam.... :)

Ibni dah balik ke Selangor, menghabiskanm study weeknya di sana. Baru sebentar tadi dapat khabar dari Aisyah, ayahnya masuk hospital setelah mengadu sesak nafas, sahabat sekalian, mari doakan kesembuhan buat ayah sahabat ana. Syafakallahu. Inshaallah...

2 comments:

  1. wah..ad mutiara islam...moga kite semua bisa menjadi mutiara islam yg sejati, yg terjaga!!!

    ReplyDelete
  2. amin... mudah mudahan.. mutiara islam yg disayangi :)

    ReplyDelete