Sunday 1 April 2012

Dikau hadir dikala aku................

Semester 2 semakin mendekati penghujungnya, kesibukan yang melanda menjadi alasan utama untuk ana berikan mengapa blog ini semakin lama semakin sepi dari sebarang tulisan, dan penulisan cerpen ana yang seterusnya telah stuck di laptop untuk beberapa minggu kerana ana terlalu sibuk dengan assignment yang perlu di dahulukan... Bahkan tarikh last hantar pun kebanyakannya dah terlepas batasannya... Apapun, Rabbi Yassir wala tuassir.. Rileks suda, bukanlah ana mengambil pendekatan lepas fikiran, cuma, like what ammi said before, lifes simple...

Perjalanan dakwah tetap rancak seperti biasa, BADAR KUIM semakin naik dan dikenali di KUIM, baru-baru ini juga, BADAR telah membuat edisi kerjasama program insani, cuma perlaksanaannya belum dibuat lagi, dan setelah program Mauizhatus solah yang di kendalikan Abg Salehuddin n the geng, menampakkan bahawa kami boleh dan mampu dengan izin Allah swt untuk memperkembangkan dakwah di sini. ehem ehem... exco ICT......

Membaca tittle di atas, mungkin sahabat-sahabat yang membaca di ruangan kecil ana ni bertanya, siapa yang hadir? siapa yang pergi? Apakah yang hadir?

Jam 11 malam, ana sedang membuat assignment, tak di sedar-sedar ana memilih lagu ini untuk di jadikan halwa telinga untuk memecah kesunyian malam, ana fikirkan bahawa perjalanan hidup kita dalam dunia ni sekadar sementara, ada yang lebih kekal abadi, dan kegembiraan saat bertemu dengan ya RABBI.... Stress, kelelahan, segala kepenatan bakal di balas sekiranya hati kita ini ikhlas beribadah kepadaNYA... Hanya DIA yang mendengar segala keluh kesah hambaNYA meski kita tak pernah luahkan... Allah maha mengetahui apa yang berada di dalam hati.... pena di tangan terhenti dengan sendiri, kegelapan malam bagai memanggil-manggil jiwa untuk menghadap penciptaNYA.... satu saat dulu, ana pernah berputus asa, kerana takut akan kematian, seseorang yang ana kasihi, menasihati ana, menepuk hati ana untuk mendengar kata-katanya... Insan ini juga hadir.... katanya semakin banyak hati kita memikirkan tentang kematian, semakin dekat hati kita pada RABB....

Dalam tujuan untuk mensolehahkan diri, untuk ibu ayah dan masyarakat, Apakah yang diletakkan sebagai matlamat... walaupun mungkin sahabat sekalian akan mempertikaikan bahawa tujuan dan matlamat itu sama, bagi ana, tujuan hanyalah sekadar tujuan... Matlamat adalah apa yang harus di gapai.... Untuk menjadi seorang wonderwomen untuk Masyarakat, yang berbakti untuk agama, sifat bersungguh-sungguh untuk berjihad untuk lapangkan jalan ni Ya RABB.... Jalan dakwah, dengan sabar dan redha.... tawakal setelah berusaha, berdoa bersungguh-sungguh minta Allah permudahkan jalan kita... taubat yang sentiasa perlu diukir agar hati kita kelak kembali padaNYA dengan Qalbun Salim....Matlamat kita adalah Allah swt... hidup hanyalah semata-mata untuk beribadah kepadaNYA...

Dan Yang Hadir dikala ana memerlukan teman..... adalah Al Quran.... Qalam Allah yang semua ayat-ayatnya menggegar fikiran, mengusik jiwa, menyentuh hati dengan penuh Mahabbah, kekerasan dalam sayang, cinta dalam bait-bait ayat, betapa peyayangnye RABB kita... membiarkan kita hidup hari ini, hanya untuk beribadah kepadaNYA, dan perlu di ingat, ibadah itu bukan sahaja di atas tikar sejadah, tapi segala yang dilakukan berpaksi hanyalah untukNYA adalah ibadah...

Memang benar, ana tak sehebat mahasiswa-mahasisiwi Al Azhar untuk berbicara, sekadar hamba yang faqir, yang selalu tak terlepas dari dosa, yang mimpi-mimpinya selalu cuba digapai, meski mimpi itu hanya khayalan... Semuanya adalah bisikan nurani... hati yang berbisik melafaz kalam-kalam mahabbah... lantunan jiwa.... biarlah rahsia antara aku dan DIA...

Buat mereka-mereka yang hadir dalam hidup ana... terima kasih.. kerana memberikan cinta dan mahabbah buat insan yang fagir ini... Ana sayang antum semua kerana Allah swt... :)

Mode: terminum minyak masak.....

2 comments:

  1. memerlukan seorang teman~~
    ada ke minum minyak masak.. aduhhh akak nih!!

    ReplyDelete
  2. tak sengaja, ingatkan air teh.. rupanya minyak... haha... nasib la badan........

    ReplyDelete