Tuesday 17 April 2012

Hati ku dan Hati mu jua


Bismillahirahmanirahim,

Sobahal khair wa keifa ahwalukum... Menghayati video di atas ini, penerangan tentang apa itu al qalb dari Ustaz Mohd Zainol Asri Hj Ramli, seorang penceramah yang lembut bicaranya, penuh kasih sayang kata-katanya, penuh bercahaya penampilannya, membuat hati ini terus mendamba ilmu darinya. Melihatnya hati sejuk, mendengar kalamnya hati merendah. Guru yang terus-terus mencetus ilmu untuk umat. Apabila mendengar ceramah-ceramah ustaz ini, hati selalu terusik, air mata mudah bergenangan, di bibirnya tak tinggal ucapan selawat dan salam ke atas Rasulillahi S.A.W. Semoga Ustaz terus berjuang menghidupkan Islam di bumi Malaysia ini.

Begitulah susah bicara tentang hati, Zahirnya kita ketahui, maknawinya selalu tersembunyi di dalam kata-kata ilahi. Pada Pandangannya seperti biasa saja, tak ada yang rahsia, namun tersirat padanya seribu makna. Bisikan hati, sesuatu yang abstrak. Yang kita sendiri tak faham kadang-kadang. Bak kata pepatah, Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Begitulah serba sedikitnya.

Baru-baru ini ana menghadiri mesyuarat di dalam persatuan siswa siswi Akademi pengajian Islam ( Persatuan Fakulti) Yang kini diterajui oleh Abg Salehuddin sebagai YDP PERSEPSI, Alhamdulillah sekarang terlihat bahawa kepimpinan Islam semakin berkembang di sini. Abg Salehuddin , seorang pemimpin yang di cari -cari di zaman ini. Apabila melihatnya, ana teringat pada tampuk kepimpinan Salehudin Al Ayyubi yang telah menakluk Baitul maqdis. Ana selalu menggelarnya ibnu Salehuddin, kerana sifat sebagai pemimpin islam yang mencontohi pimpinan Salehuddin Al Ayyubi dan mencintai Sunnah Rasulullah S.A.W... Allah swt membantu kami Alhamdulillah mengurniakan Abg Salehuddin sebagai pemimpin kami. Dia berbicara dengan kami semua soal tanggung jawab yakni, DUNIA TANGGUNG, AKHIRAT JAWAB. Pada waktu itu, Abg Salehuddin telah memberi tema baru Persepsi yakni : KERANA ALLAH KAMI BEKERJA, BERKHIDMAT UNTUK AGAMA. Manakala Abg Saleh telah  membuat 10 Solusi kepimpinan yang wajib diikuti sebagai tampuk kepimpinan Islam di sini. Berikut adalah 10 Solusi yang di huraikan secara ringkas oleh Abg Salehuddin:

1. Jangan pernah tinggalkan solat 5 waktu. Penekanan terhadap perkara ini diberi dengan amat tinggi dalam tampuk kepimpinan. Tak kisahlah seandainya terqadha ke, itu urusan kamu dengan Allah swt yang penting jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu, kamu ingin mendirikan tiang agama di sini tapi jika kamu yang tinggalkan solat, kamu telah meruntuhkan agama kamu sendiri, jadi bagaimana kamu nak membina tiang islam di sini seandainya kamu tinggalkan kewajipan agama.

2. Membaca Al Quran walaupun selembar/ sehelai setiap hari. Perlu ingat selalu bahawa Al Quran adalah kalam Allah swt dimana Allah berbicara dengan hambaNYA. Abg Salehuddin pula berkata harus bawa Al Quran terjemahan setiap kali meeting di adakan.

3.Tampuk Kepimpinan yakni Biro tertinggi dikehendaki memberi salam pada semua Pensyarah dan pelajar untuk mengeratkan ukhwah sesama insan.

4. Semua tampuk kepimpinan mesti menunaikan hak ibu bapa dengan mendapatkan pointer 3.0 ke atas. Berkempimpinan dengan ilmu sebagai alatnya.

5. Semua biro dan Ajk mesti hadir mesyuarat yang di adakan selewat-lewatnya 5  minit sebelum mesyuarat dijalankan. Abg Saleh seorang yang sangat menitikberatkan masa. Tidak boleh ada sikap suka ponteng tanpa alasan. Mesyuarat akan di jalankan sebelum maghrib atau selepas isyak untuk menggalakkan pelajar ikhwan solat jemaah di Masjid. Tentang masa, Abg Saleh sempat menerangkan bahawa pantang datok nenek moyang dia.. (erk.. huhu) Pengalaman meeting sebelum ni, Meeting dikatakan akan bermula pada pukul 9 padahal meeting hanya akan bermula pada 9.30 atas alasan menyuruh anggota mesyuarat hadir awal, itulah psikologi. Namun Abg Saleh kata itu bukan lah psikologi tapi stupidlogi sbb itu namanya menipu.

6. Setiap mesyuarat hanya akan di adakan maksimum 1 jam 15 minit sahaja. Kalau tidak, ahli akan boring dan mula main sms bawah meja... (kantoi dah i )

7. Setiap biro mesti laksana program walau satu program untuk sem depan.

8. Ahli tertinggi dan biro wajib ikut semua program yang di jalankan.

9. Ahli tertinggi dan tampuk kepimpinan wajib menentang segala bentuk fitnah dan maksiat.

10. Yang terakhir sekali tapi yang menyentap hati adalah semu tampuk kepimpinan harus menerapkan sunnah dalam kehidupan dan kepimpinan persepsi.

Fikrah ketua kami adalah penghidupan suasana Islam, macam yang pernah ana post sblum ni... Hidupkan Islam itu. Cabaran untuk Islam begitu besar pada masa kini..


Salam Cinta... :D Jika merinduiku, sebut namaku dalam doa penghujung solat Tahajudmu, minta Allah menjaga hati-hati kita dan selalulah sabar dalam meminta dan sabar dalam kehidupan. :)

No comments:

Post a Comment