Sunday 29 April 2012

Hari2 si Punurkasih


Bismillahirahmanirahim......


25/4/2012

Meyendiri di surau bangunan ICT, setelah hampir 3 jam memaksa otak menghafaz prosedur untuk Oral test dengan ustaz zz @ abi zul tadi. Tersandar di dinding, memikirkan seharian yang letih tapi di dalamnya mencari keredhaan Allah swt. Berfikir adakah amal hidup ini diterima dan bagaimana kehidupan di sana, teringat kalam Abi Zul apabila di tanya kepadanya..." Seandainya yang bersalah terlepas dari hukuman, tak adillah kiranya ustaz..!" dan Abi Zul pun menjawab " sebab tu anak-anak semua, kamu kena ingat, bahawasanya keadilan yang hakiki adalah keadilan di akhirat..." dan kami semua lega mendengarnya.... Tatap mata abi bagai memaksa kami menerima kata-kata dunia dalam masa yang sama mengagungkan keadilan di akhirat...

Pada mulanya semalam ada ulangkaji untuk mata pelajaran ELP, sempena exam hari ni dan soalan betul-betul sebijik dengan apa yang Miss  suruh baca tapi ana tak baca =.=''  (jngn miss terbaca suda) . Apapun, do the best let Allah do the rest. Thats better, tapi ingat walau bagaimana pun kena juga usaha, doa dan bertawakal. Doakan ana selalu sahabat :)

Lantas, ana tak buat persediaan langsung untuk  oral test bagi subjek undang-undang Islam, macam biasa, ana akan cakap benda yang ana tahu dan perancangan ana adalah untuk " loboss saja dinding itu" maknanya bedal saja lah labu. Tak ada kata SEDIA DENGAN RANGKA. Seusai exam ELP, ana n the geng terus menunggu di ruangan fakulti, menunggu Abi zul selesai menjaga peperiksaan. Kemudian setelah Abi Zul datang, kami di minta ke hadapannya untuk buat oral, dan sementara sahabat lain punya turn, ana pun take a 5 minute nap, (maybe more, i dont know .. :P) tak ready langsung, macam tak ada preparation (yes admit...) kemudian bila tiba giliran ana dan ibni, kitorang main tolak-tolak pulak, ang dulu.. ang dulu... kemudian giliran pertama di beri kepada ana. Ana dah bertekad nak cerita tentang kedudukan islam dalam perlembagaan tapi Abi kata sila cakap tentang apa yang keluar esok.... kemudian... zzzzzz (ternganga) oklah ustaz, belasah je la apa nak cakap... bla bla bla (reject) bla bla bla (reject lagi) Ibni pun sambung sementara ustaz beri ana peluang ready 5 minit..  kemudian balik semula ke depan ustaz... " Nur.. kamu boleh buat tapi kamu macam tak kuasai apa yang kamu nak cakap dan kamu tak bersedia, sepatutnya kamu buat rangka sebelum kamu cakap apa yang kamu nak cakap.. nampak lah kamu tak fokus dalam kelas..." (memang).. kemudian abi zul bertanya... " kamu nak buat oral ke tak nak nur?" silent~~~~~~~~ sekali lagi soalan yang sama di ajukan dan akhirnya, " ustaz, saya nak buat oral, tapi lepaskan sahabat-sahabat yang lain buat oral, biar saya yang terakhir" kata putus pun di capai. ( Abi Zul cakap dengan sangat lembut ye.. tak ada kasar-kasar, dan dialah selembut-lembut bicaranya seorang lelaki yang pernah ana temui.. serius) 

Kemudian, ana pun menggapai kertas di atas meja dan pergi ke belakang kelas, dalam suram-suram keadaan, ana pun tekun, otak cuma fokus pada apa yang ana nak sampaikan, bersunguh-sungguh dalam masa yang sama , tak pandang orang lain dah... ana cuma fikir, dalam keadaan tekanan macam ni, apa pun boleh... idea boleh keluar dan macam-macam ada....

Ana menyalin kembali apa yang di hafal, kemudian hafal lagi, kemudian salin lagi begitulah seterusnya sehingga ana seperti mesin faks, di mana segalanya keluar dari mulut sama dengan apa yang tertulis dalam kertas, bak kata pepatah kopi pes... Air mata hampir mengalir keluar.. ana rasa time ni bagaikan satu tekanan yang ana bahagia dengannya... ana tak tahu kenapa, tapi ana suka dengan tekanan macam ni... haha.. Bahkan tajuk oral ana di tetapkan sendiri oleh Abi, manakala sahabat yang lain di tentukan sendiri...

Setelah hampir 3 jam tersangkut dalam dewan seminar, ana buat oral dalam bilik pensyarah kerana ana yang paling last buat oral secara sendirian. Masuk-masuk je:

" Ye Nur.. baik, saya bagi kamu extra 2 markah sebab kamu buat persiapan untuk tajuk yang tak masuk periksa... "

sayup-sayup dengar, macam tak dengar, otak dah full waktu tu..

" hah?"

" kamu faham tak apa yang saya cakap ni?"

" tak faham la ustaz..."

" Tadi kan kamu nak cakap tentang kedudukan islam dalam perlembagaan... so sy add extra mark 2 markah untuk kamu...faham tak?"

" faham ustaz..." (sambil geleng kepala)

kemudian, ana luahkan semuanya yang di hafal tadi. dan berhenti setakat mana yang ustaz nak. kemudian, ustaz pun bagi nasihat...

" kamu kena fokus dalam kelas... ingat sedia itu penting... belajar last minute kadang-kadang tak memberi kesan pada kita nur..... dalam kelas kamu faham kan apa yg saya ajar? ni tak.. blog je... " KANTOI SUDA...~~~~ ok sy mengaku sy buka blog dalam kelas ustaz.. haha...

Abi Zul seorang pensyarah yang sangat saya kagumi. Orangnya lembut tak pernah meninggi suara. Dalam diam ada telatahnya. Ilmu yang di curah bagaikan permata berharga. Kalau gagal subjek ni kali ni pun tak kisah sebab boleh repeat study dengan Abi... :) peace

Sekarang tinggal ready untuk exam seterusnya...
# sedia untuk mati pun penting~~
salam cinta

2 comments:

  1. punur, aku ingt aku nk bace r content 'kedudukan Islam dlm perlembagaan'. Bole? Post?

    ReplyDelete