Thursday 31 March 2011

Jadikan aku zinnirah 2010


Ainul Zinnirah duduk di bangku kosong di lobi lapangan terbang. Hatinya terasa ingin berpatah balik, tapi jiwanya meronta untuk kekal di sini dan tunggu dia.

“Aku tak pernah ingin nak jadikan kau isteri aku dan kau bukan orangnya!!” jeritan dia amat menusuk ke diri Ainul. Apakah salahnya??

“Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa… bukan sebab aku rela, faham?!” sudah jelas apa sebabnya dia selalu berlaku kasar.
*************************

Lamaran Haji Zainal sukar sekali untuk ditolak Mak rah, ibu tiri Ainul. Baginya lelaki itu sudah banyak membantu kehidupan mereka yang selama ini susah. Kini tiba masanya untuk membalas jasa majikannya itu.
“ Ainul, dia sudah banyak membantu kita, kita kena bantu dia kali ni…” Ujar Mak Rah ketika Mak Rah pulang dari rumah haji Zainal.
Ainul Cuma boleh terdiam menunduk. Hatinya takut untuk berkata tidak, tapi hatinya juga tak mungkin berkata ya.

“ Ya Allah, berikanlah petunjuk buat diriku. Adakah dia jodoh yang telah tertulis untukku? Jika ya, perkuat dan pereratlah hubungan kami…” doa Ainul sering berulang kali sama. Dia tidak lelah membuat solat Isthikharah. Hari-harinya dipenuhi dengan kesibukannya berdakwah. Tugas sebagai seorang Guru di pondok Taslim Islamiah dilakukan dengan penuh sabar. Ainul menyukai kanak-kanak, mungkin itu sebabnya dia menolak tawaran untuk menjadi doktor.

Persiapan terus terusan dibuat, riuh satu kampong, Anak Haji Zainal akan berkahwin dengan Ustazah Ainul.

Ainul bingung, dirinya selama ini sukar ditembus alur perasaan sayang atau cinta, begitu juga sewaktu remaja. Dirinya sibuk menyebarkan dakwah bersama arwah ayahnya, Haji Mohd. Apatah lagi sekarang? ‘Dia’ juga Ainul tidak kenal siapa. Perawakannya, adakah sopan, adakah dia seorang yang tidak lalai dari agama, dapatkah dia menjadi imam bagi Ainul di dunia juga diakhirat? Bolehkah dia menerima diri Ainul apa adanya?

Hari yang dinanti-nanti tiba, majlis antara Ainul Zinnirah haji Mohd dengan Ahmad Mikhail Haji Zainal berlangsung dengan meriah. Kompang dan selawat dialunkan hamper setiap pelusuk kampung.

Sayup-sayup, Ainul terdengar……
“ Aku terima nikahnya…..” terhenti. Haji Zainal menyiku lengan anaknya.
“ Dia gabra tu…” sampuk Muhib, sepupu Mikhail. Mereka di sekeliling tergelak. Mikhail masih bermuka masam. Hatinya mengeras.
“Tak apa.. sekali lagi….” Kadi menghulurkan tangan dan di sambut Mikhail.
“ Ahmad Mikhail bin Zainal… Aku nikahkan engkau dengan Ainul Zinnirah binti Mohd dengan mas kahwin sebuah kitab Al-Quran dibayar tunai….” Kadi mengguncang tangan Mikhail.
Buat kali ke tiga…
“ Aku terima nikahnya Ainul Zinnirah binti Mohd dengan mas kahwin tersebut tunai…”
“ Alhamdulillah…..” semua orang mengucapkan syukur.

Tidak semena mena, air mata Ainul berguguran. Hatinya tertanya-tanya siapa lelaki itu. Siapa Mikhail? Dia kah lelaki yang mencari rusuk kirinya di hati Ainul?
Dirinya sah menjadi isteri, pahalanya akan ditambah-tambah, amin. Ainul mengukir senyuman.

Majlis kenduri dibuat secara sederhana tapi meriah. Inilah perkahwinan satu-satunya anak haji Zainal, jadi tidak salah rasanya Haji Zainal berhabisan sedikit.

Ainul mengenakan persalinan pengantin yang menyerlahkan lagi kecantikan dirinya. Baju yang berwarna putih gading amat sesuai dipadankan dengan sut lelaki yang juga berwarna putih gading.

Majlis berjalan dengan meriah dari pagi hingga malam, Ainul bersiap menuju ke kamar pengantin. Dirinya kembali dirias sebagai seorang puteri. Dia menunggu kedatangan suaminya. Kamar tidur telah dihias dengan bunga-bungaan segar, haruman bunga ros paling menusuk.
Sudah hampir tiga jam, Ainul masih berjaga menanti kedatangan suaminya, jam menunjukkan pukul 3.20 pagi. Adakah masih ada tetamu? Ainul berkira-kira mahu solat sunat. Apabila dia bangun untuk membuka pintu, tiba-tiba pintu bilik terkuak.
Muncul seorang lelaki, itulah Ahmad Mikhail, suaminya. Ainul menyambut dengan senyuman, tapi Mikhail langsung tidak memandangnya.
“ Aku datang nak beritahu, cepat siap… kita akan berangkat ke Bandar sekarang…”
“ Sekarang?” tanpa kata Mikhail terus keluar dari bilik itu. Ainul terpinga-pinga. Dia teringat pesan gurunya dahulu, perintah suami mesti ditaati,segera dia menuju ke almari dan mengemas pakaiannya. Setelah menukar baju dia keluar mencari ibunya di dapur, Mak Rah masih sibuk mengurus pinggan mangkuk.
“ Ibu…” tegur Ainul lembut.
“Eh Ainul… apa kamu buat di sini???”
“Ibu.. kenapa abang Mikhail nak bawa saya ke Bandar??”
“ Maaf Ainul… ibu lupa nak beritahu, Mikhail kerja di Bandar… dia tak boleh lama di kampong, jadi ainul ikutlah dia ya..”
“ Lama ke bu dia di Bandar?…. Ibu macam mana?”
“ Kamu jangan risau tentang Ibu, masyitah kan ada… Yang penting ikutlah suami kamu kemana dia pergi… tanggungjawab ibu dah beralih pada dia… dia pasti akan menjaga kamu...” Ainul memeluk ibunya, di atas tangga, Mikhail sudah tersedia dengan bagnya memandang mereka berdua. Mak Rah menghantar mereka ke depan pintu.
***************
Sepanjang perjalanan selama dua jam, mereka hanya membisu di kereta. Mikhail kadangkala membalas mesej telefon bimbitnya sambil memandu. Mereka berdua sampai di rumah banglo milik Mikhail tepat saat berkumandangnya azan subuh, Masjid tidak jauh dari situ, dari rumah, Mikhail dia boleh melihat kubah masjid.

“ Bilik kau kat atas sebelah kanan…”
“ Bilik saya??” Ainul tertanya- tanya kenapa diistilahkan sebagai bilik saya? Kenapa tidak bilik kita?
“ Ada sesiapa lagi ke…” Mikhail memandang wajah Ainul. Hatinya semakin terbakar.
“ Bilik abang?”
“ kau ni tak faham bahasa ke?”
“ hah?”
“ Hei.. dengar sini aku nak terangkan pada kau.. Aku tak ada niat nak kahwin dengan kau.. Kau bukan jenis perempuan yang aku suka… Kalau ayah aku tak suruh, aku takkan ambil kau jadi isteri aku… dengar sini.. jangan sesekali bertanya, bercakap atau cuba usik barang-barang aku…” Mikhail terus naik ke tangga di sebelah kirinya. Peduli apa dia pada isterinya itu.

Air mata Ainul berguguran, hatinya pedih. Langkahnya terus menuju ke arah bilik yang disebut suaminya tadi, dia lantas mengambil wudhu dan tidak mahu melambatkan solatnya.
Disujud terakhir hatinya tidak dapat menahan sebak. Basah sejadahnya akibat air matanya yang terus mengalir. Ini kah jawapan Isthikharahnya?

Ainul tidak patah semangat, Allah telah menetapkan jodohnya ini. Mikhail jodohnya, kenapa dia harus melanggar ketetapan.

Setiap pagi, pembantu rumah Mikhail akan menyediakan segala-galanya untuk Mikhail dari baju sehinggalah kasut. Pembantu rumahnya juga akan menyediakan makanan pagi petang dan malam. Ainul tidak membuat apa-apa di rumah, mahu dibantu, pembantu rumahnya tidak mengizinkan.
**************

Setiap malam, Ainul akan berada diruang tamu menanti suaminya pulang, dirinya dihias dengan indah, semoga suaminya terbuka hati untuk menerimanya.

Tapi malam itu,
Pintu rumah dibuka, kelihatan Mikhail masuk ke dalam rumah, Ainul memerhatikan jalannya yang terhuyung hayang. Kenapa?

“ Abang…..” Ainul ingin membantu suaminya. Suaminya mabuk??? Astaghfirullah…
“ oi!! Don’t touch me…kau ni perempuan yang Mikhail kahwin tu kan.. Malang betul Mikhail, beristerikan perempuan macam kau...... kau tahu tak… Mikhail takkan suka perempuan macam kau… Mikhail hanya sayang Natasya…. Kau tahu tak kenapa Mikhail kahwin dengan kau?? Sebab bapa Mikhail gila harta…. Kalau Bapa Mikhail kahwinkan Mikhail dengan kau, bapa Mikhail akan dapat hampir separuh daripada Syarikat perkongsian bapa kau…. Bapa Mikhail memang gilakan harta…. Kau ingat tu je ke?!! Mikhail kalah bertaruh dengan Muhib… Muhib menang… Mikhail kena kahwin dengan kau.. perempuan kampong…” gelak tawa Mikhail mula menghiris sedikit demi sedikit jiwa Ainul. Dirinya dipermainkan.
********************

“ Hei… dengar sini eh… kau pekak ke apa… Aku tak sukalah dengan cara budak kampong macam ni…Aku cakap tak payah nak bertanya.. Aku tak tahu apa-apa..” Mikhail di atas sofa sedang membaca akhbar, Ainul berdiri disebelahnya.

“ Abang…malam tadi abang cakap yang….”
“ Hei… malam tadi aku tak sedar apa aku cakap… dahlah… aku nak duduk rumah bising je…”
Mikhail segera keluar.
Ainul mula menjadi lemah.
*************

Selalunya apabila Ainul mahu kemana-mana dia akan hantar mesej kepada suaminya. Dia tidak kira samaada suaminya balas atau tidak tapi dia yakin suaminya tahu.
Langkahnya mula diaktifkan, dia ke masjid berdekatan. Ketika itu, dia melihat satu program dakwah sedang diadakan, dia melihat dari belakang tabir sehinggalah seorang wanita menegurnya.
“ Assalamualaikum ukhti… kenapa tak masuk?” ujar wanita itu. Ainul mendiamkan diri.
“ Baru ke? Ana Musliha… enti?”
“ Ana Ainul…. Afwan ukhti kalau ana menggangu.. program apa ni?”
Musliha tersenyum, dia menerangkan segala-galanya tentang persatuan dakwah kebajikan di kawasan itu, dan di masjid –masjid yang biasanya kumpulan ini aktif.
Dari situlah Ainul bangkit kembali menegakkan bendera dakwahnya, perjalanan dakwah Ainul dan Arwah Haji Mohd tak boleh dihentikan.


Perlahan Ainul berjalan, Masjid yang selalu dikunjunginya kosong. Kemana semua orang? Ainul melihat jam tangannya, 10.50. Patutlah tiada orang.
Ainul masuk ke perpustakaan yang berada di masjid itu. Diselak buku-buku itu satu persatu.
‘Zinnirah’
Sebuah kitab berjudul Zinnirah ditarik keluar. Ainul terdiam. Zinnirah seorang hamba namun dia mulia. Kerana Islam dia menggadaikan matanya. Kerana Islam dia sanggup disiksa. Akhirnya tempatnya di syurga.


Tentangan oleh penduduk kafir di kawasan itu amat hebat, mereka sanggup membakar orang kafir yang masuk islam. Undang undang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Bagi mereka ini hal sosial.
“ Islam adalah sejahtera… kami tidak inginkan peperangan… Islam inginkan perdamaian…” itulah seruan persatuan Ainul.
Alhamdulillah sedikit sebanyak seruan itu membuahkan hasil. Ramai orang kafir berminat dengan Islam. Ainul mula mengajar sesiapa sahaja tentang Islam.
Namun, golongan Musyrikin tetap tidak mahu beralah. Semua orang Islam di anak tirikan.
Ini bukan zaman Rasulullah atau para sahabat, tapi ini zaman teknologi, mereka berbahaya, mereka mengancam keselamatan penduduk.
***********


Hampir setahun dia di Bandar, setahun juga dia bagai orang asing dalam kehidupan. Mikhail Setiap hari ada saja herdikan yang dilontarkan untuk Ainul. Tapi Ainul lebih bijak, melayan suaminya meski Mikhail keras terhadapnya.

“ Ya Allah, jadikan aku seperti Zinnirah, Zinnirah dalam cahayamu, Zinnirah dalam hati suamiku… ya Allah, Lembutkanlah hati suamiku… bukakanlah hatinya untuk sama-sama berdakwah denganku… Amin…” Zinnirah solat hajat malam itu. Dia tidak menyedari, sedari tadi Mikhail memerhatikannya. Hatinya menangis.
Kenapa??? Kenapa Ainul??? Kenapa tidak Natasya??? Natasya adalah orang yang dicintai meninggalkan nya semata-mata kerana Ainul menjadi isterinya. Natasya mengaku dia tidak mencintai Mikhail tapi dia mencintai wang lebih dari segala-galanya. Datuk Faiz adalah pilihan yang tepat. Mikhail kecewa. Percintaan yang diukir bertahun-tahun musnah. Dia tidak sedar hati yang dicari ada didepan mata. Selama dia berkawan dengan Natasya, hidupnya tenggelam dibawa arus maksiat. Dia lupa dirinya ada tuhan. Dia lupa dia seorang Islam.
Mikhail keluar dari rumah. Dia mahu mencari ketenangan tapi tidak boleh. Tiba-tiba sebuah bas tidak diketahui arah mana merempur sekujur tubuh yang sedang berjalan ke arah masjid.
*************
Hidupnya kelam….
Mikhail hanya mendengar suara-suara.
Dia tidak dapat membuka mata, juga tidak dapat merasa.
Suara yang paling kerap didengar ialah suara Ainul.
“ Abang… abang cepat bangun ya….”
“Abang… abang ok ke hari ni?”
“ Abang… abang dengar suara Ainul?”
“ Abang…. Ini Ainul… Isteri abang…..abang kenal tak suara Ainul?”
Setiap hari Ainul datang dan setiap hari juga Mikhail mendengar pertanyaan-pertanyaan itu. Andai dibolehkan bibir bicara, Mikhail mahu menjawab.
“ Ainul..Maafkan abang….”
Hanya itu, itu sahaja yang mahu dia katakan pada Ainul.
Ainul menemani Mikhail di Hospital. Sepanjang malam matanya tak mahu lelap. Tahajud dan doanya beralun di wad Hospital.
“ Ya Allah… berikan Suamiku peluang untuk hidup di jalanmu….”
Perlahan Air mata Ainul mengalir, hatinya sayu. Selama ini dia tidak pernah melihat Suaminya solat, mengaji. Kerapkali dia menegur, kerapkali perkataan berbisa akan keluar kepadanya.
**********



“ Enta terimalah peluang ni.. lagipun keadaan dah pulih… perjanjian damai bakal dirunding.. Insyaallah ini peluang terbaik untuk enta sambung pelajaran…” Mardhis melangkah keluar masjid. Surat di tangan Ainul dipegang erat. Dia mahu sambung belajar, tapi suaminya?? Dia tidak mahu meninggalkan Mikhail .
*****************

Petang itu dia pulang ke kampung, Semuanya mengucapkan simpati atas apa yang telah berlaku pada Mikhail. Ainul segera menuju ke rumah Mak Rah ibu tirinya. Ibu tirinya itu membela Ainul semenjak ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Mak Rah menyayangi Ainul kerana dia tidak mempunyai anak. Mak Rah bukanlah seorang mata duitan. Mak Rah seorang yang baik hati.
“ Assalamualaikum…Ibu…”
“ Waalaikumusalam… Ainul… Ya Allah…. Apa yang berlaku pada Mikhail? Maaf ibu tak boleh nak ke Bandar… tiada sesiapa nak jaga rumah…” tangan Mak Rah segera dikucup. Mak Rah memeluk anaknya.
“ Ibu… Ainul rindukan ibu….”
“ Jangan sedih sayang anak ibu….. Mikhail akan baik Insyaallah…”
Petang itu, Mak Rah memasak makanan kegemaran Ainul. Ainul makan sedikit-sedikit. Badannya semakin kurus dan cengkung.
Ainul menceritakan tentang keadaan suaminya di hospital dan meminta ibunya berdoa untuk Mikhail.
Mak Rah melihat tubuh Ainul.
“ Ainul…. Kamu dah kahwin selama hampir setahun… kamu dah mengandung?” pertanyaan yang dilontarkan membuat Ainul ingin mengeluarkan segala isi perutnya. Apa yang harus dia jawab? Bagaimana dia boleh mengandung seandainya dia belum pernah disentuh Mikhail. Teringat setiap kali Mikhail mengambil cuti, Ainul akan berhias dan menunggu dihadapan kamar Mikhail dan setiap kali juga Mikhail akan menolaknya ke tepi. Apa yang harus dia katakan?
Ainul menggeleng. Mak Rah kebingungan namun dia faham keadaan Ainul sekarang.
Ainul memberitahu ibunya tentang menyambung pelajaran di luar Negara. Ibunya mengatakan Sekiranya Mikhail boleh dijaga dengan baik oleh jururawat lelaki di Hospital, Ainul boleh meneruskan pelajaran. Ainul mahu terus membantu umat islam. Ainul mahu menambah ilmunya. Itulah tujuan murninya.
****************
Tiga hari berlalu, hari ini Ainul akan berangkat ke luar Negara menyambung pelajarannya. Hatinya berat tapi dia harus pergi.
“ Abang.. bangunlah… halang saya pergi…” permintaan terakhir Ainul bagai tiada jawapan. Mardhis yang menanti di luar memanggilnya. Kalau lambat mereka akan ketinggalan kapal terbang.
Air mata ainul mengalir. Tangan suaminya dikucup. Buat pertama kalinya, Ainul mengucup dahi Mikhail. Dia terpaksa pergi untuk sementara mencari jalan baru untuk dia meneruskan jihadnya berdakwah.

‘Zinnirah… dengarlah kata hatimu… Abang mahu menghalang kau daripada pergi… Namun tubuh ini tidak terdaya… Abang sedang berusaha melawan segala kejahatan yang ada di tubuh ini…Abang sedang cuba…. Kalau tidak sempat untuk abang bangun mengutus kemaafan… Abang redha dan ikhlas kau pergi… Maafkan suamimu ini Zinnirah…’ Air mata perlahan berguguran dari mata Mikhail. Kepalanya bertambah sakit. Dia dapat merasakan Ainul sudah tiada disisinya. Dia cemas. Segala urat sarafnya bagai terlekat antara satu sama lain. Nafasnya tersekat-sekat.
‘ Ya Allah jangan kamu ambil aku sebelum sempat aku bertaubat’
******************

“ Alhamdulillah.. segalanya dah selamat…. Semoga arwah mendapat tempat di sisi Allah.. Amin..”
Dia melontar pandangannya jauh, dia tidak menyangka orang yang disayangi akan pergi, Sepatutnya, dialah yang pergi dahulu sebelum orang itu.
Cuaca di tepi pantai mendamaikan, Mikhail membetulkan kopiahnya.
‘ Ayah… halalkan segala makan minum Mikhail … redhalah Mikhail menjadi anakmu… semoga ayah bertemu ibu di Syurga…”
Mikhail memandang jam tangannya, menunjukkan jam 6.45, dia harus segera ke Masjid. Hari ini jadualnya untuk mengimamkan solat maghrib.
Itulah kehidupan Mikhail. Empat tahun berlalu. Setelah dia sedar dari komanya. Dia belajar untuk menjadi insan berguna di sisi ALLAH dan masyarakat.
Dia membina sebuah pusat dakwah yang kini diiktiraf dalam Negara. Dalam masa yang singkat, pusat itu disertai ramai aktivitis dakwah dan mulai menarik orang bukan Islam memahami islam.
Sebelum itu, hidupnya lumpuh. Dia tidak mampu mencari ALLAH, tapi semejak dia mulai melangkah ke dalam masjid yang menjadi masjid kegemaran Ainul, dia mulai belajar dan terus belajar untuk meningkatkan iman.
Doanya setiap hari dilantunkan kepada ALLAH.
‘ Ya ALLAH, Ampunkan dosaku.. Dosa kedua ibu bapaku… Dosa Isteriku… Dosa semua umat islam… Jadikan diriku sebgai benteng dari kekufuran… Ya ALLAH.. rahmati dan redhailah isteriku… Satukan lah kami kembali dijalanmu…’
************


“ Islam itu sejahtera wahai saudara… mencari Islam tidak memerlukan masa seandainya iman bertompok di hati… lakukan ubat hati..” ujar Ustaz Husin.
“ Ustaz… Bagaimana sekiranya kita dizalimi? Misalnya seseorang yang melakukan kebaikan dizalimi.. Boleh ke kita lawan balik?” Tanya Abdul Rauf. Mikhail yang berada di belakang terkedu. Dia tunduk.
“ Islam tidak membenarkan berperang atas dasar permusuhan atau apa sekali pun.. Islam mengizinkan kita bertindak hanya bila kita diperangi dan untuk mempertahankan diri.. Jangan balas kejahatan dengan suatu kejahatan yang lain… seperti api kalau dibalas dengan api makin panas bukan… Tapi kalau api dibalas dengan air… lihat bagaimana api terpadam…”
Mikhail terdiam. Hatinya terus beristighfar. Betapa banyak dosa yang telah dia perbuat. Dirinya menzalimi isterinya sendiri. Dia menyiksa Zinnirah. Walau tidak wujud perasaan cinta sama sekali di hatinya tapi di suatu sudut dia merindukan gadis itu.
Teringat Mikhail pada kelembutan Zinnirah. Setiap kali diherdik atau dikasari Zinnirah hanya diam. Kadang-kadang Mikhail melihat air mata yang jatuh berguguran di pipinya. Zinnirah kerapkali menghamparkan sejadah di bilik Mikhail, yang ini Mikhail tidak marah akan Zinnirah kerana masuk kebiliknya.
Hatinya sayu, setiap kali dia bangun malam, dia akan terdengar sayup-sayup suara Zinnirah mengaji.
Zinnirah….

Pengurusan Syarikat milik Mikhail sudah diserahkan kepada Muhib. Dia yakin Muhib boleh menguruskannya dengan baik. Sementara itu, Mikhail terus terusan menyumbang harta dan tenaga kepada Pusat Dakwah yang diberi nama Zinnirah dengan harapan apabila Zinnirah kembali, mereka berdua akan sama-sama mengusahakan pusat ini dan sama- sama menyebarkan Islam.
“ Dia seorang wanita yang baik, Mikhail …” ujar Muhib ketika mereka berdua pergi memancing.
Mikhail memandang wajah sepupunya dan hatinya berkata ‘ ya memang’.
“Sebenarnya dahulu, arwah ayah Nal berpakat dengan aku agar mengusahakan segala cara agar kau mengahwini Ainul… Aku mulai dengan bertaruh dengan kau kerana aku tahu kau pantang dicabar…”
Mikhail tersenyum. Dia sudah agak, Muhib sepatutnya menjadi seorang Ustaz malahan dia belajar di Kaherah, sewaktu dicabar dulu, dia tidak dapat mengenali muhib yang sebenar.
Pancingannya mendapat hasil, Muhib membantu Mikhail mendapatkan ikannya.
“ Arwah ayah Nal bukan nak kau kahwin dengan Ainul kerana harta…”
Mikhail tersentak, tangannya luka terkena mata kail yang cuba dikeluarkan.
“Mikhail …kau ok?”
“ Muhib… apa maksud kau?? Arwah ayah cakap dia nak aku kahwin dengan Zinnirah sebab harta….”
Muhib tersenyum. “ Sekarang kau tahu apa harta yang bernilai? Keimanan dan ketaqwaan kau..”
“Aku yakin kau layan Ainul dengan baik…” Muhib menepuk-nepuk bahu sepupunya.
“ Sebab tu aku nak kau sambut dia pulang esok… di lapangan terbang…” Mikhail memandang wajah Muhib seperti tidak percaya.
Di situlah dia ceritakan bagaimana dia boleh mendapat tahu tentang kepergian Ainul. Sebenarnya rakan dakwah Ainul iaitu mardhis ialah isterinya. Mardhis menghantar Ainul untuk belajar ke luar Negara atas arahan Muhib. Itulah pesanan arwah ayah Naim sebelum dia meninggal dan seeloknya Mardhis dan Muhib tidak mahu menangguhkannya.
***************
Hari semalam telah berlalu, hari ini adalah hari yang dia mahu tempuh. Semalam dia mengajak Muhib untuk membeli belah, dia mahu kemas rumah, membeli hadiah dan memasak untuk Ainul.
Apabila persiapan di rumah sudah selesai. Dia menyuruh Muhib, Mardhis, Mak Rah dan Masyitah untuk sama-sama menjemput Ainul dilapangan terbang.
****************
Ainul pula masih menanti. Hatinya berdebar. Mardhis memberitahu bahawa Naim sudah lama sedar dan sihat dan banyak berubah. Ainul percaya.
“ Kak Ainul!!” jerit masyitah. Dari jauh dia boleh melihat Masyitah, rakan kecilnya.
Ainul segera berlari kea rah Masyitah. Mereka berpelukan.
“ Masyitah… Masyitah apa khabar?”
“ Baik… Ainul macam mana?”
“ Ainul baik…” Masyitah lantas menunjuk-nunjuk ke belakang Ainul. Ainul berpaling. Dia melihat Mak Rah, Muhib, Mardhis sahabatnya. Tapi dia tidak melihat suaminya. Ainul pasrah, mungkin suaminya masih belum mahu menerimanya.
“Jom kita balik ke rumah….”
****************
Mereka sama-sama pulang ke rumah banglo. Mikhail Kelihatan sepi. Mereka menyuruh Ainul masuk diikuti yang lain.
Apabila lampu dibuka, Ainul dapat melihat Mikhail berpakaian kemeja dan berseluar slack hitam sedang tersenyum kea rah Ainul. Ainul segera kea rah suaminya. Dia mengambil tangan suaminya lantas diberikan kucupan.
“Mikhail dah banyak berubah dan dia menanti enti….” Kata kata Mardhis membuat dia yakin suaminya tidak akan menolak salamnya.
“ Maafkan abang…” Mikhail memandang erat wajah Ainul.
“ Romantiklah pula… kita ni bila nak ajak menjamah…” usik Muhib. Wajah Mikhail dan Ainul bertukar merah.
“ Hah.. jemput sila… Ni semua special....”
“ Kau masak ke Mikhail??” Tanya Muhib.
“ Hish mana kau tahu ni bocor rahsia aku….”
“ hebatlah kau….kat mana kau belajar??”
“ Kat restoran depan tu….”
“Alamak… aku dah terkena….” Muhib menampar dahinya.
**************
“ Kenapa Zinnirah maafkan abang? Abang banyak buat salah.. Abang keluarkan perkataan yang tak baik… Kenapa Zinnirah diam je… Tak nak lawan abang…” Pertanyaan Mikhail sebenarnya bertujuan untuk menguji Zinnirah. Sampai saat ini tiada sesiapa yang tahu tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Zinnirah memang pandai menjaga.
“ Abang… Zinnirah tak rasa abang ada buat salah… Abang tak pernah pukul Zinnirah… menandakan abang sebenarnya tak sampai hati kan… Setiap kali abang cakap macam tu… Zinnirah dah redha dan ikhlas maafkan abang… Mungkin abang stress pasal Natasya…”
Mikhail tersengih lantas mengusik hidung Zinnirah.
“Cemburu ye…”
“Mungkin… Zinnirah tak nak pegang title isteri derhaka… Zinnirah sayang abang semenjak kita diijabkabulkan… Zinnirah tak sanggup nak lawan abang…”
“Terima kasih kerana hadir dalam hati abang….”
“ Abang.. satu je yang Zinnirah nak pesan … Sesungguhnya, Zinnirah mencintai abang kerana agama yang ada pada abang.. sekiranya agama itu hilang dari abang… maka hilanglah cinta Zinnirah…”
Zinnirah mengambil tangan suaminya lantas dikucup. Mikhail tersenyum. Hatinya benar benar mengucap syukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk hidup dan beramal. Islam akan dipegang itulah Ad deen yang sebenar.
‘Zinnirah.. bantulah abang untuk membimbingmu….”
*****************

Zinnirah kini bersama sama membangunkan Pusat Dakwah Zinnirah. Dirinya benar-benar bersyukur kepada Allah kerana memberikannya ilmu dan iman.
Ternyata kini dia mendapat jawapan dalam istikharahnya. Kini mereka sama-sama menyebarkan dakwah kepada orang ramai. Kini Zinnirah menjadi sayap kanan buat Mikhail.
“ Benar bukan kata-kata ana.. Mikhail banyak berubah..” Ujar Mardhis ketika sedang melihat bangunan yang baru untuk Pusat dakwah.
“ Subhanallah Alhamdulillah… sayang arwah ayah dah tiada… kalau mereka hidup lagi… mereka pasti bangga dengan apa yang ada sekarang” Ainul menunduk. Hatinya teringat akan arwah ayahnya dan juga arwah ayah mertuanya.
“Sesungguhnya… ana mahu Pusat dakwah ini berterusan hidup… meneruskan perjuangan kita dahulu…”
“Insyaallah… karya karya enti bagus untuk disebarkan… untuk amal…” mereka berdua tersenyum.
*****************


Mikhail menyerahkan sebuah buku berwarna ungu kepada Zinnirah yang duduk disisinya. Pemandangan laut amat menyamankan. Inilah kebesaran Allah, jika kita benar-benar menikmatinya, hati boleh menjadi tenang.
Di saat ini, Mikhail dan Zinnirah sedang bercuti di kampong halaman mereka. Tempat dimana pertama kali mereka bertemu dan diijabkabulkan.
“Abang dapat di Makkah…” ujar Mikhail. Matanya masih tertumpu kearah pemandangan laut.
“ Abang ke Makkah?? Subhanallah… Zinnirah belum sampai pun ke Mekah…” Ainul mengambil buku yang dihulurkan Mikhail.
“ Insyaallah…. Suatu hari nanti kita sama-sama buat haji ye….” Ujar Mikhail sambil mengusap perut isterinya. Kini Ainul sarat mengandung tujuh bulan.
Zinnirah membelek buku yang dipegangnya.
“ Fahri?” Ainul memegang perutnya “ Itulah sahabat abang semasa di Mekah… Dia menceritakan kisah dirinya untuk dijadikan pengajaran… dan abang betul betul terkesan… Dia tabah walau difitnah… dan dia sabar menanti arahan Allah…Abang tak sempat nak berkenalan lebih dengan dia.. Dia hadiahkan abang buku ni…”
Ainul tersenyum.
“ ZINNIRAH”




*******************************









Aku bukanlah mentari tuk menghangatkan pagi,
aku bukanlah rembulan yg menanti datangnya subuh,
aku bukanlah lautan yg mengukir namamu,
Aku bukanlah awan yg menari di ufuk senja,
dan aku bukan bidadari yg menanti di kaki langit,
aku hanya sebutir hati yg terus memikirkanmu
aku hanya sekujur cinta yg menanti di kaki arasymu..
Kau maha dahulu dan kau yg terakhir....
jadikan aku sang penanti ragaMu...

15/3/2010



desir desir pasir menarik aku ke dalam jiwa Romania,

Wadi aqabah bagai memanggil manggil cinta datang padaku,

Laut mati bagai saksi antara furat dan tigris,

Awan menjadi lawan bagi rembulan,

Kabut malam masih menangis apabila pertanyaan tentang cinta masih tidak terjawab,

Hatiku memang pemuja yang kehausan,

Aku mencintaimu,

Kata mesir kepada Nil,

Apa ada cinta dari Cairo?

17/3/2010

1 comment: