Monday 5 December 2011

Dunia Baru 1

Kenapa Apabila ana buka video buatan Haura Humaira, ana terus teringat pada persahabatan kita? Kemanisan ukhwah fillah kita mudah mudahan hingga ke akhirnya.. bahkan menjadi saksi segala galanya di akhirat kelak bahawa kita ini saling mencintai keranaNYA.

Semuanya bermula apabila result Spm dalam genggaman, keputusan yang nmembuat ana bersyukur kepada Allah, mengurniakan yang terbaik.. benarlah kata cintaNya yang tertulis dalam Al Quran :    

"Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.(al-hadid:ayat 5)"

Waktu sekolah dulu, semada form 5, ana duduk di kelas sastera kerana tak minat dengan aliran sains, mungkin kerana ana dah sebati dengan kesasteraan dan jiwang selalu. Dalam kelas pun tak ramai, hanya 10 orang beragama islam, ana pula jenis yang duk diam, berangan, dan kadang-kadang suka mengacau kawan-kawan untuk berbual, (cara elak tension setelah belajar mathematics). Pada waktu-waktu nak spm begini, ana tak lah belajar sangat, sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama jemaah dakwah. Pada usia 16 tahun diperkenalkan dengan Usrah dan naqibahnya ialah guru kesayangan ana sendiri. Kami memang rapat, dan percaya atau tidak, sahabat baik ana di sekolah bukanlah rakan sebaya, tapi guru-guru. Entah kenapa tetapi ana lebih suka bergaul dengan mereka, duduk sahaja boleh dapat 2 ke 3 ilmu. Hidup dengan jemaah membuat diri sedar erti perjalan dakwah, tujuan hidup yang sebenar, membuka mata. SPM semakin menghampiri, bukan buku yang ana buka, tapi ana buka riwayat yang baru, aktif dengan dakwah, kesana kemari, Bahkan tambahan, berukhwah bersama adik-adik dan kakak-kakak di Millatfacebook.com,ukhwah fillah yang kekal sehingga ke hari ini. MasyaAllah tak dapat nak luahkan betapa manisnya rasa ukhwah tersebut. Alhamdulillah mak ayah tak halang, walaupun anaknya di culik semalam dua untuk pergi ke majlis katibah, qiamulail, qiyam taujihat dan sebagainya. Ini permulaannya, dan dakwah tidak akan pernah berakhir. Ana belajar secara tunggang lalang, esok nak periksa hari ni baru baca, dan adakalanya membawa buku-buku ke katibah, mukhayyam sehingga boleh tertidur dengan buku sebagai bantal. Tapi Alhamdulillah, teringat pesanan dari masulah, saat dibibirnya keluar ayat-ayat cinta lagi: 

Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (QS. 64:17) 
 
Keputusan memberansangkan, alhamdulillah, mak ayah pun gembira dan ana pun suka suka saja. Tak rasa bermakna apa pun, tapi itu yang membuat mak dan ayah suka, maka ana pun turut lah suka. Perancangan paling asal ialah ana memilih untuk melanjutkan pengajian ke madrasah Al Quran kampung Sinaran baru, iaitu satu-satunya madrasah yang terdekat dengan ana, supaya boleh lah pulang selalu untuk menjenguk keluarga, dan salah satu jalan untuk belajar dalam bidang yang ana suka yakni bidang hadis dan Al Quran, ana merasakan Madrasah itu adalah pilihan yang tepat, kerana ana tidak berlatarbelakangkan SMKA atau maahad, Madrasah menjadi jalan mudah untuk ana belajar agama dengan lebih mendalam.walaupun pengajiannya mengambil masa tempoh 7 tahun dan tiada sijil kera jaan yang akan di berikan. Cuma sijil dari Madrasah dan sanad hadith, tapi itu lah yang ana rasa lebih berbaloi baloi. Tapi, Allah menetapkan sesuatu yang lebih luas untuk ana, dengan keputusan SPM yang ada, ana diberi pilihan untuk ke IPT oleh mak dan ayah. Memang agak kecewa apabila ana terpaksa melepaskan sesuatu yang ana sangat -sangat suka, Mak dan ayah mengharap ana boleh ke IPT, lantas, ana memilih untuk ke Kolej Universiti Islam Melaka, dan menolak Universiti Teknologi Malaysia, walaupun kosnya sangat padan dengan subjek ana. Tetapi ana memilih untuk tetap ke tempat di mana ana boleh mendalami bidang agama dan tak disangka-sangka ana mendapat KUIM dalam bidang yang paling ana minat semenjak kecil. Allah memang mendengar doa ana dari kecil :). Teringat ketika ana masih darjah satu, seorang pak cik keselamatan bertanya kepada ana, 
 
Pak cik : dah besar nanti nak jadi apa?

Ana: Peguam 
 
Pak cik: mudah mudahan, amin

Dan di dalam fail pelajar selama 11 tahun belajar, di dalam ruangan cita-cita banyak yang pernah ana tulis, antaranya, tentera darat (memang tak pas sbb ana rendah), Cikgu ( tak berapa minat untuk belajar psikologi) dan yang tidak pernah tertinggal ialah peguam. Dan Alhamdulillah, Ana dapat subjek yang sangat ana rasakan mantap dan mencabar, belajar mengenai undang-undang dunia dan Syariah!!! Ini mengubati kekecewaan ana setelah terpaksa melupakan niat untuk belajar di madrasah pada tahun ini. 

Dan ana pun melangkah ke dunia.. baru.....

2 comments:

  1. heheheheehehe...nih la yang bagus punur muda2 dah usaha nak timba ilmu.... ^_<

    godek2 blog org..

    ReplyDelete
  2. tula.. nasib baik dop buliss tarik umur yang dah tertinggal lama2 tu.. heheh jemput godek... jemput2...

    ReplyDelete