Subjek: Akidah dan Akhlak UABH
Oleh: Nurul Ibni Zainuddin, Siti Nur Shahida md Saat, Ayu Hasridah yusuf
DUUS KUIM
1.0 PENDAHULUAN
Sekularisme adalah
suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau
ketuhanan tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan
pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara
urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi,
pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahaman sekular, soal bernegara,
berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama.
Al-Syahid Hasan
al-Banna dalam ‘Majmu’ah Rasa’il’ menegaskan bahawa Islam merupakan
sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia
merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi,
keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek
kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran
sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu
kehidupan mereka.
Islam tidak
sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme apatah lagi ideologi ini
mewujudkan pengasingan antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam
urusan akidah manakala sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat.
Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang
terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan
pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain
ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah
sebagaimana yang dilihat daripada firman Allah yang telah menegaskan bahawa
agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci.
Sekularisme bukan
hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku” tetapi dengan menyempitkan
ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan
Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai
manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi.
Sebab itulah
perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85:
Terjemahan: “Adakah
kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar
akan sebahagiannya? Maka, tidak ada balasan yang layak bagi orang yang berbuat
demikian di antara kamu selain kenistaan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan
kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu
kerjakan”
Sebaliknya Allah
memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya dalam
Surah al-Baqarah ayat 208:
Terjemahan: “Wahai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan
janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata
bagimu.”
Turki adalah sebuah negara yang sangat
berpengaruh dalam pengalamalan ideologi sekularisme ini. Pembentukan Republik
Turki dan perlantikan Mustafa Kemal Ataturk sebagai presiden pertama pada 29
Oktober 1923 merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Turki. Sebelumnya, pada 17
November 1922, khalifah terakhir empayar Islam Uthmaniyyah, Sultan Mehmed IV
meninggalkan Turki dan hidup dalam buangan. Maka, berakhirlah empayar Islam
Uthmaniyyah dan lahirlah sebuah negara Turki sekular.
Mustafa Kemal Ataturk disanjung
semasa hayatnya dan dikenang selepas kematiannya sebagai Bapa Turki moden dan
pengasas fahaman sekularisme kepada negara Turki baharu yang lahir selepas
kejatuhan empayar Islam Uthmaniyyah. Beliau adalah presiden, perdana menteri,
dan speaker parlimen pertama Turki moden. Untuk menjadi moden, Ataturk percaya,
Turki perlu mengikut Barat sama ada dalam politik mahupun budaya. Apa yang
Ataturk percaya itulah yang perlu dijadikan panduan bagi negara Turki dan
rakyatnya.
Dalam kertas kerja ini, kami akan
mengupas satu demi satu siapa, apa dan bagaimana pelaksanaan sekularisme
dijalankan di Turki. Antara skop yang akan dikupas dan dibincangkan dalam
kertas kerja ini antaranya ialah Sejarah Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah di
Turki, kemudiannya biografi Mustafa Kamal Attarturk sebagai pencetus
sekularisme di Turki. Seterusnya, kami akan mengupas satu persatu skop yang
berkaitan dengan 22 ideologi Kemalisme dan langkah ke arah pelaksanaan ideologi
tersebut. Tidak hanya setakat itu, kami juga akan membincangkan kesan-kesan
kemasukan sekularisme kepada Turki. Sebagai analisis, kami menyertakan kupasan
isu yeng bertajuk : “Impak Sekularisme Turki dan Barat terhadap Malaysia:
Kemajuan atau Kemunduran? Dan sebagai pengakhirannya, Kedudukan Turki setelah
Penyingkiran Sekularisme Mustafa Kamal Attaturk akan diterangkan sebagai bukti
penyingkiran sekularisme selepas pemergian Mustafa Kamal Attarturk.
2.0
SEJARAH KEJATUHAN KHILAFAH TURKI UTHMANIYYAH SEHINGGA JATUH
KETANGAN MUSTAFA KAMAL ATTARTURK
Kemunduran Turki
Uthmaniyyah sejak abad ke-17 dan kekalahannya kepada bangsa Barat mendorong
para penguasa dan para intelektual untuk mengambil langkah dan melakukan
usaha-usaha rekonstraksi dengan model baru dan moden. Usaha-usaha ini
diilhamkan dengan wujudnya kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh
negara-negara Eropah Barat setelah terjadinya Revolusi Industri yang melahirkan
sains dan teknologi moden.
Semasa zaman ini, telah
bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III yang mana terdapat usaha-usaha
untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh
pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki
Uthmaniyyah sendiri namun mendapat tentangan yang banyak terutamanya daripada
tentera Janissari mahupun daripada kalangan ulama’.[1]
Pada awal abad ke-20
terjadi peristiwa yang memberi kesan ke arah kejatuhan khilafah tersebut
setelah bergabung dengan tentera Jerman yang akhirnya membawa kepada kekalahan
dalam Perang Dunia Pertama tersebut. Kesan daripada kekalahan ini, Turki
kembali berjuang dengan gigih untuk mempertahankan diri dari serangan tentera
sekutu. Kesempatan yang baik ini dimanfaatkan oleh Mustafa Kamal Attarturk yang
muncul untuk menyelamatkan kerajaan Uthmaniyyah daripada kehancuran dan
penjajahan kolonial Barat.[2]
Imej Mustafa Kamal Attarturk
menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai
panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qai'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera
British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil meskipun
kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera.Dengan kemenangan tersebut,
Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H
bersamaan 1916M.
Beliau adalah
komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa
Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan
beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu
EmpayarUthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa
Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan
Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang
kini dikenali sebagai Ankara.
Dengan keberaniannya sebagai Panglima
Perang, Mustafa Kamal telah berjaya memperolah kemerdekaan Turki sehinggalah ia
mendapat gelaran sebagai “Attarturk” iaitu Bapa Turki. Pada 29 Oktober
1923, sejarah mencatatkan bahawa telah tertegaknya negara Republik Turki dengan
pimpinan Mustafa Kamal Attarturk sebagai presiden pertamanya. Maka, di sinilah
bermulanya pelaksanaan ideologi Mustafa Kamal iaitu “Kemalisme”[3]sehingga
terbentuknya negara sekular Turki.
3.0 BIOGRAFI MUSTAFA KAMAL ATTARTURK SEBAGAI
PENCETUS SEKULARISME DI TURKI
(Imej Mustafa Kamal Attaturk)
Mustafa Kamal
dilahirkan pada 1299 H (1880 M) di bandar Salonika, Greek ketika itu merupakan
jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi berkerja
sebagai pengawal di Jabatan Kastam manakala ibunya bernama Zubayde. Namun Ali
Reda meninggal dunia disaat Mustafa Kamal berusia tujuh tahun dan kemudiannya
beliau diasuh oleh ibunya sendiri.
Beliau sering dikenali dengan nama Gazi Mustafa
Kamal Pasya Attaturk. Gelar Pasya diberikan kepada Mustafa Kamal kerana
kecakapannya di medan pertempuran terutama di daerah Gallipoli dan daerah
Kaukasus. Pangkatnya dinaikkan dari kolonel menjadi Jeneral ditambah dengan
gelar Pasya dan beliau juga dikenali
dengan gelaran Attaturk yang bermaksud bapa bangsa Turki.Disamping itu,
Mustafa Kamal juga telah mendapat gelaran Al-Ghazi yang bererti sang
pembela keyakinan. Gelaran ini diberikan ketika beliau berjaya membawa
kemenangan kepada Turki dalam perang kemerdekaan melawan Yunani. Gelaran Attaturk
pula diilhaminya dan disetujui pada tanggal 28 Jun 1934 yang mengharuskan orang
Turki mempunyai nama keluarga. Sejak itu beliau dikenali sebagai Mustafa Kamal
Attaturk.
Dari segi
keturunannya pula, H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya
yang berjudul Al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah Li Taghiyyah
telah menulis:
“Sesungguhnya
Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang
berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”
Golongan Yahudi ini
dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga.
Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut
agama Yahudi secara senyap-senyap. Hal ini diakui sendiri oleh bekas Presiden
Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
“Ada
kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada
Bani Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam
hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”
Latarbelakang pendidikan Mustafa Kamal
Attatruk diceritakan bermula dari umur 12 tahun di mana, ibunya telah memasukkan beliau ke sekolah militer
pada tahun 1893 iaitu sekolah Rushdiye yang bernama Sekolah Menengah Militer
Turki. Pada tahun 1895 (1302M) pula, beliau telah mendaftar masuk ke Akademi
Tentera Monasir di Kota Monastir dan pada tahun 1322H (1905M), beliau telah
memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada
tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya,
belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika dan akhirnya
kelaur sebagai graduan kolej ketenteraan.Disini bermulanya usaha Ataturk dalam
memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama Islam. Usahanya yang menyertai dalam
Perang Dunia Pertama dan akhirnya telah berjaya memperoleh kemerdekaan Turki
telah membawanya ke arah kedudukan yang diingininya sehingga mencetuskan
ideologi baru sekularisme di Turki.
4.0 22 IDEOLOGI SEKULARISME MUSTAFA KAMAL
ATTATURK DI TURKI
Adapun dalam kajian
ini, ada 22 Ideologi yang di kenali dengan Kemalisme yang di wujudkan setelah
kelahiran Repubik Turki Moden di antaranya adalah:
1. Mengikut segala model barat dalam
pemerintahan. Sistem yang menjadi tonggak utama adalah sistem republik sekular
dengan menghapuskan sistem pemerintahan Khilafah. Pemakaian hijab di larang
dalam kalangan wanita Islam. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman
berat di kenakan. Begitu juga pemakaian tarbusy oleh lelaki diganti dengan
topi.
2.
Huruf
Arab di ganti dengan huruf Latin.
3.
Mengarahkan Al Quran
di cetak dalam bahasa Turki dan menukar azan kedalam bahasa Turki. Bahasa Turki
sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur arab dan Parsi. Arahan telah
dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa
Arab.
4.
Menukar sistem pemerintahan Islam dengan
sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
5.
Memansuhkan Artikel
2 yang menyatakan Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam. Perlembagaan Turki
melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar
dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha
untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat
fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulen.
6.
Memansuhkan badan
kehakiman Syariah dan di ganti dengan badan kehakiman sivil. Larangan
berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara
lelaki dan wanita.
7.
Sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan
sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat,
gerakan tariqat dan amalan sufi.
8.
Menggantikan budaya
Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat. Sebagai contohnya, Masjid
Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
9.
Melatih tentera cara
latihan ala Barat.
10. Mengarahkan supaya
dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana
bising dan menganggunya beristirehat.
11. Melarang kaum muslimin
mengerjakan Haji di Makkah.
12. Mendirikan patungnya di
setiap tempat.
13. Menghapuskan Kementerian
Wakaf.
14. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah
pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh
Barat.
15. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
16. Membolehkan lelaki memakai
seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi yang sesuai dengan
kehendak Barat.
17. Menyuruh wanita dan lelaki
menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di
sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden.
18. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
19. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
20. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
21. Menggubal undang-undang
perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
22. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan
fakir miskin.
Dapat dilihat
bahawa, perubahan-perubahan yang dilakukan untuk merealisasikan pelaksanaan
ideologi ini terangkum dalam pelbagai aspek yang menyentuh kepentingan dan
kebiasaan dalam kehidupan rakyat Turki. Bagaimanakah ideologi ini diserap dan
dilaksanakan? Persoalan ini akan kami kupas dalam skop tajuk yang seterusnya.
5.0 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PELAKSANAAAN
SEKULARISME DI TURKI
Setelah kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah, sistem sekularisme sudah mula menyebar dalam masyarakat Turki. Pemodenan dan pensivilan mula diperkenalkan oleh kerajaan yang di tadbir oleh Mustafa Kemal Attrartuk. Republik Turki yang terbentuk telah membuka peluang bagi Mustafa Kemal untuk melakukan pembaharuan yang diinginkan berdasarkan westernisasi, Sekularisasi dan nasionalisme.
Perkara pertama yang telah di lakukan
adalah mencedok segala peradaban dari Barat dan dimasukkan di negara Turki
dengan alasan peradaban Moden mengkehendaki sesebuah masyarakat mengadakan
perubahan dalam diri sendiri. Zaman keilmuan Turki pada masa tersebut sudah
tidak dapat mempertahankan wujudnya bangsa berilmu pengetahuan Islam apabila
masyarakatnya di ubah menjadi masyarakat yang mempunyai peradaban barat dan
segala kegiatan penyebaran islam harus di hancurkan. Mari kita selusuri satu
persatu perkara yang di bawa oleh beliau dalam zaman pemerintahannya sehingga
adab Islam hilang dari masyarakat di Turki.
Langkah yang seterusnya setelah
mengambil peradaban barat adalah penyerapan masuk sistem sekularisme yakni
memisahkan nilai agama dari kehidupan seperti yang di lakukan di barat.
Pemisahan agama dari sudut politik, sosial, sistem pendidikan mahupun ekonomi.
Sekularime adalah salah satu landasan ideologI modernisasi Turki dan sekaligus
menjadikan Turki di gelar sebagai negara sekular.
Untuk mewujudkan modernisasi Turki
sebagai negara sekular, Mustafa Kamal Attaturk telah menghapuskan lembaga
Kesultanan dan jabatan khilafah telah di hapuskan. Sultan Abdul Hamid II
dipaksa meninggalkan Turki untuk mengelakkan terjadinya dualisme dalam
pemerintahan di Turki. Kemudian, beliau
memindahkan jabatan Syariah dan lembaga wakaf di bawah pentadbiran Perdana
Menteri.
Pada tahun 1924, Mahkamah Syariah dan
Undang-undang Syariat Islam telah diganti dengan Western Legal Code yang
diambil dari Undang-Undang Sivil Swiss, Hukum Jenayah Itali dan Undang-Undang
Perdagangan Jerman. Hukum-hukum yang lain pula diletakkan di bawah bidang kuasa
Sultan yang tidak di dasari dengan hukum syariat. Dengan wujudnya sistem
undang-undang seperti ini, segala urusan termasuk perkahwinan tidak lagi
menurut Syariat Islam tetapi menurut undang-undang Sivil Swiss. Untuk mengatasi
kekurangan yang dialami akibat perubahan dari Mahkamah Syariah kepada Western
Legal Code, Sekolah Undang-Undang Eropah pada tahun 1952.
Melalui Institusi pendidikan pula,
segala bentuk pengawasan atas sekolah-sekolah oleh lembaga Islam diserahkan
kepada kementerian pendidikan. Sedikit demi sedikit pelajaran agama di kurangi
dari kurikulum pendidikan sehingga di hapuskan sepenuhnya pada tahun 1935. Semua madrasah-madrasah di tutup dan
pelajaran bahasa Arab di tukar dengan Latin.
Sistem kebudayaan dan adat istiadat
Masyarakat Turki pula di westernisasi kan dengan cara-cara yang kecil.
Antaranya rakyat Turki di larang memakai topi khas mereka iaitu tarbus dan di
gantikan dengan memakai topi barat. Pakaian Keagamaan diganti dengan pakaian
barat. Warga negara Turki di wajibkan mempunyai nama belakang seperti orang
barat. Hari cuti pada hari Jumaat turut di tukar kepada hari Ahad.
Walaupun perubahan-perubahan yang
dijalankan merangkumi dari segala aspek bermula dari aspek keagamaan,
kehakiman, pendidikan sehinggalah perkara umum dalam kehidupan rakyat Turki.
Segalanya diubah mengikut telunjuk Mustafa Kamal Attaturk. Kemungkinan juga
rakyat Turki merasakan perubahan tersebut adalah jalan ke arah kemodenan dan
kemajuan hidup, namun lama-kelamaan impaknya semakin jelas dan memberi impak
kepada negara dan rakyat Turki. Kesan atau impak pengamalan sekularisme ini
akan kami kupaskan satu persatu dalam skop tajuk yang seterusnya.
6.0 KESAN KEMASUKAN IDEOLOGI SEKULARISME TERHADAP
TURKI
Setelah terbentuknya
Negara Republik Turki, keadaan ini membuka peluang yang luas kepada Mustafa
Kamal Attaturk untuk melakukan pembaharuan-pembaharuan yang diinginkan. Dalam
menjalankan misinya untuk menyerap pengaruh sekularisme dalam kalangan
masyarakat Turki, pelbagai dasar baru yang diperkenalkan olehnya. Usahanya
pernah diungkapkan dalam pidatonya yang mengatakan bahawa kemajuan hidup di
dunia peradaban moden menghendaki masyarakat untuk mengadakan perubahan yang
bermula dari diri sendiri. Oleh sebab itu, menurutnya masyarakat Turki harus
diubah menjadi masyarakat yang mempunyai peradaban Barat, bukan sesetengah
tetapi segalanya harus berubah.
Segalanya mengikut dakwaan Mustafa
Kamal Attaturk adalah untuk membawa Turki ke arah negara maju dan moden,
demokratik, sekular, positif dan rasional. Namun begitu, usaha-usaha yang
diharapkan untuk membawa kepada kemajuan sebaliknya membawa ke arah kemunduran,
kesan positif yang dijangka bertukar ke arah kesan negatif. Kesannya dapat
dilihat sedikit demi sedikit, satu persatu terhadap negara Turki kini.
Antara kesan yang dapat dilihat ialah kemunduran
pembangunan material dan fizikal. Pembangunan material pada zaman Kamal Attaturk
dijangka lebih canggih dan hebat. Namun begitu, ianya tidak terjadi malah hanya
berlaku dari segi teori sahaja bukanya praktikal. Pembangunan pada zaman Turki
Uthmaniyyah lebih hebat dan agung yang tidak dapat ditandingi era
pemerintahanselepasnya.
Sebagai contonya Masjid Biru dan Masjid
Sultan Sulaiman yang lebih kukuh binaanya, indah dan besar. Begitu juga dengan
pembinaan istana, istana Topkapi dan Dolmabahce di Istanbul. Segalanya
merupakan istana yang serba lengkap dengan kemudahan. Kini Istana Dolmabahce
telah dijadikansebuah hotel terkemuka.
Pembinaan bandar yang berlaku juga
memperlihatkan kegagalan Attaturk. Ankara dibina sebagai model pembangunan
bandar yang canggih tidak berjaya dan kinihanyalah menjadi kawasan sosial untuk
berpeleseran dan maksiat. Senibina bangunan Ankara jugamasih ketinggalan untuk
bersaing dengan negara Barat dan tidak dapat menandingi kegemilangansenibina
era Turki Uthmaniyyah.
Selain daripada itu, kesan negatifnya
juga dapat dilihat dari segi ekonomi Turki yang semakin merundum dan
merosot.Sebagai buktinya, pada tahun 1929, Turki ditimpa kemelesetan ekonomi.
Para petani mengeluh dan kesalkerana tanaman mereka tidak menjadi. Malahan, barangan
Turki tidak dapat dipasarkan diEropah dan menembusi negara-negara yang lain.
Tindakan Barat pula melonggarkan barangan mereka kepasaran Turki. Bantuan
daripada Barat tidak diperolehi dan menyebabkan Turkimengalami masalah
penganguran dan inflasi yang tinggi.
Dalam pada itu, Turki telah kehilangan
tenaga profesional dalam kalangan masyarakatnya. Hal ini adalah kerana
pendidikan sekular yang hanya tertumpu kepada kehidupan dunia dengan melupakan akhirat
telah menyebabkan ramai cerdik pandai dan golongan profesional Turki telah
berhijrah dan bekerja dinegara yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak
dengan tawaran gaji yang tinggi.
Mereka ini juga turut menukar
kewarganegaraan dan ini menyebabkan tenaga mahir tiada untuk memajukan Turki.
Perpindahan cerdik pandai Turki ke nagara Barat telah menguntungkan Baratuntuk
memajukan negara mereka dengan perpindahan kemahiran dan profesional Turki
kenegaramereka.
Di samping itu, sudah terang lagu
bersuluh, dapat dilihat bahawa Yahudi telah menguasai ekonomi Turki. Yahudi
sudah lama bertapak di Turki dan menguasai ekonomi Turki. Gerakan freemason
atau dipanggil Yahudi Daunamah telah menjadikan bidang ekonomi, politik,
kebudayaan sebagai tumpuan perjuangan mereka. Yahudi bukan hanya mahukan
keuntungan ekonomi malah turutmerosakkan sosial dan budaya masyarakat Turki.
Dalam pada itu, telah berlaku juga
pemberontakan oleh minoriti Kurdis di sempadan negara Turki. Oleh kerana dasar
Turki yang menjadikan negara Barat sebagai ikutan, keadaan ini telah menambah
kebencian bangsaKurdis yang tinggal di pinggir negara Turki. Mereka memusuhi
pemerintahan Turki danmenuntut membebasan dan kemerdekaan.
Mereka ingin menubuhkan sebuah negara
yangmerdeka dan tidak mahu terpengaruh dengan Barat. Walaupun jumlah bangsa
Kurdis dianggap minoritinamun jumlah bangsa mereka 12 juta orang daripada 60
juta penduduk Turki. Pemberontakandaripada bangsa ini sering berlaku. Askar
Turki di sempadan kerap diserang. Pada tahun 1992,kira-kira 2000 orang terbunuh
yang dicetuskan oleh gerila Kurdis yang menggelarkan diri merekaParti Buruh.
Sebagai kesimpulannya, usaha dan
langkah yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attaturk ini telah memutuskan Turkidengan
masa lalunya iaitu Islam dan telah memutuskan Turki dengan saudara seagamanya
iaituseluruh dunia Islam. Pada 1940 Islam mula marak kembali di Turki,
setelahMustafa Kamal Attaturk meninggal dunia. Pemenrintakan ditaktorMustafa
Kamal Attaturk terhadap keagamaan mulai berubah dan kalangan islamis Turki
mulai mendapat kembali peluang membina kehidupan beragama di kalangan bangsa
Turki.
7.0 KUPASAN ISU : “IMPAK SEKULARISME TURKI
TERHADAP MALAYSIA : KEMAJUAN ATAU KEMUNDURAN?”
Setelah di
teliti, dapatlah kita lihat bahawa bentuk sekularisme yang di amalkan di Turki
dibawa masuk daripada Ideologi- ideologi Mustafa Kamal Atartuk yang di bawa
bertujuan untuk pemodenan untuk mengeluarkan Turki dari paradigma yang tidak
membantu masyarakat dalam banyak keadaan dari segi politik, ekonomi, sosial
serta beberapa aspek keagamaan. Wujud pelbagai pendapat mengenai nilai
keagamaan yang wujud ketika itu adalah tidal seperti yang di amalkan oleh orang
islam. Adapun waktu itu, agama bukan lagi menyebabkan manusia semakin maju
tetapi semakin mundur.
Manakala sekularisme di Malaysia pula
disebabkan oleh pengaruh penjajahan dan kebanyakannya hanya terjadi selepas kemerdekaan. Mustafa Kamal membentuk
Sekularisme di Turki, namun tidak di Malaysia. Ianya terjadi secara tidak sengaja
dan secara perlahan. Antaranya pengaruh pelajar yang belajar di barat cuba
memasukkan implak sekularis dalam kalangan masyarakat melalui konteks
pemikiran. Agama di pisahkan dalam banyak hal begitu juga dari kaedah politik.
Adapun,di sini
para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi
berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh
Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari
agama, atau agama dari negara. Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957
dasar pemisahan di antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan dalam
bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam Bahagian 1,
ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam
tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat
tidak kira samada Islam dan bukan Islam. Akhirya terpisahlah Islam dari
pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.
Sebagai langkah
untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah pun
berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang
telah disekularkan dengan sistem pendidikan. Golongan ini kemudiannya menjadi
pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan
dasar penjajah itu sendiri. Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah
dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya
menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga
orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan
sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.
Bidang yang
paling teruk menerima kesan sekularisasi adalah bidang pendidikan. Ini kerana
pendidikan adalah merupakan saluran dan alat terpenting untuk mencorakkan
haluan hidup manusia itu sendiri.
Saranan supaya pendidikan untuk
anak-anak Melayu mestilah menerusi tulisan rumi dalam usaha mengurangkan pengaruh
Islam di kalangan orang-orang Melayu.
Selanjutnya
perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka
memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan
riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan.
Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang
berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.
Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana
akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan
masyarakat. Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih
cabang-cabang Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi
berfikir untuk menegakkan Islam dan melaksanakan jihad seperti yang dikehendaki
Islam.
Demikianlah
masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang tidak
menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai
dengan wang ringgit. Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi,
dan bukannya dengan cara yang dikehendakki oleh Islam. Kemudian pada dekad-dekad
terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30
peratus penyertaan bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan
Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan
semata yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam.
Aspek politik
adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme. Perlembagaan Malaysia
adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah,
Rasulnya dan Al Quran. Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana
yang kita tahu dalam Islam agama dan politik adalah satu. Hijrahnya Rasul saw
adalah untuk mendirikan negara Islam di Madinah. Ini bermakna Islam dan politik
tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan
politik di Malaysia. Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik
yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.
Apabila
hal-hal duniawi menguasai manusia tanpa landasan yang dipegang sebagai tali
kekuatan maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada
berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu. Adapun dari aspek sosial, sistem
sekularisme menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu individualistik, hidup
mementingkan diri, mengejar kemewahan. Pemakaian masyarakat di ambil dari Barat
menandakan pemodenan walhal agama di ketepikan. Pemikiran juga telah banyak
dipengaruhi oleh sifat sekularisme itu sendiri.
Maka, maka terjawab
persoalan yang dikemukakan dari isu sekularisma ini. Manusia semakin maju dalam
hal-hal duniawi, pemikiran mereka menjadi kritis. Namun dengan sekularisme ini
agama telah mundur ke belakang akibat pemisahan lurah-lurah agama dengan dunia.
7.0 KEDUDUKAN TURKI KINI SETELAH PENYINGKIRAN
IDEOLOGI SEKULARISME
Pembentukan Republik
Turki dan perlantikan Mustafa Kemal Ataturk sebagai presiden pertama pada 29
Oktober 1923 merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Turki. Sebelumnya, pada 17
November 1922, khalifah terakhir empayar Islam Uthmaniyyah, Sultan Mehmed IV
meninggalkan Turki dan hidup dalam buangan. Hal ini menyebabkan kesedihan
kepada umat Islam. Maka, berakhirlah empayar Islam Uthmaniyyah dan lahirlah
sebuah negara Turki sekular.Sewaktu pemerintahan Attaturk,pemakaian Barat dipromosikan
secara habis-habisan malahan semua pengganti Ataturk berpegang kuat kepada
sekularisme. Sebarang campur tangan agama dalam hal ehwal kerajaan ditentang.
Penubuhan parti politik yang mewakili agama diharamkan.Sewaktu pentadbirannya
di Turki, sudah dua parti politik diharamkan iaitu Parti Refah pada tahun 1998
dan Parti Fazilet pada tahun 2001. Kedua-dua parti ini dikatakan cuba
melenyapkan sekularisme di Turki dengan aktiviti parti yang cenderung kepada
Islam.
Kini, Turki diperintah oleh Parti Adalet
ve Kalkınma (AKP) yang dilihat cenderung
ke arah menerapkan nilai Islam secara perlahan-lahan kepada rakyat Turki.
Selain itu, kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan yang giat
mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di
Turki. Kerajaan Turki yang dibentuk oleh Parti Adalet ve Kalkınma (AKP) ini dipimpin
oleh Recep Tayyip Erdogan, yang kini menjadi Perdana Menteri Turki.Kebanyakan
pemimpin di dalam AKP adalah aktivis Islam dan bekas ahli parti politik Islam
yang diharamkan sebelum ini.
Namun cabaran yang dihadapi Recep
Tayyip Erdogan tidak terhenti begitu sahaja setelah ketiadaan Mustafa Kamal
Attaturk. Parti pimpinannya, AKP hampir sahaja diharamkan pada tahun 2008
kerana aktiviti Islam mereka. AKP diberi amaran keras dan dikenakan penalti
dengan dana awam disekat kepada separuh.
Walaupun begitu, parti pemerintah
tersebut tetap berusaha mempertahankan kedudukannya dan meneruskan perjuangan
menyuburkan nilai Islam di Turki secara agresif tetapi teratur. Hal ini kerana,
tujuan utama AKP dan Erdogan adalah untuk membuka lembaran baharu untuk Turki.
Turki adalah bangsa
yang mempunyai lebih separuh penduduk
yang taat kepada ajaran Islam. Namun Attaturk dan sekularisme yang
dibawa telah memusnahkan rakyat Turki. Sekularisme masih hidup walaupun ada yang
menentangnya kerana pihak tentera, mahkamah perlembagaan, parti politik,
golongan elit dan ahli akademik yang sekular masih mempertahankannya. Dalam
pada itu, ketegangan antara puak sekular dan Islam semakin memuncak sejak AKP
mengambil alih pentadbiran kerajaan. AKP telah banyak menaikkan kemarahan puak
sekular.
Dalam pada itu, ketegangan antara puak
sekular dan Islam semakin memuncak sejak AKP mengambil alih pentadbiran
kerajaan. AKP telah banyak menaikkan kemarahan puak sekular. Tangkapan demi
tangkapan yang dilakukan polis terhadap sebilangan golongan sekular atas
tuduhan ingin menumbangkan kerajaan pimpinan AKP melalui jalan keganasan.
Menurut maklumat, mereka yang melakukan pemberontakan ini terdiri daripada
bekas pimpinan tertinggi tentera, sebilangan kecil pimpinan tentera yang masih
berkhidmat, bekas ahli Majlis Keselamatan Negara, bekas ketua polis, ahli
akademik, pemimpin mafia dan wartawan yang masih berpegang kuat kepada pengaruh
sekularisme.
Walaupun menghadapi
pelbagai cabaran, Erdogan dan AKP setakat ini berjaya melalui segala liku
memimpin kerajaan Turki.AKP yang dilihat berusaha untuk membuat reformasi pada
perlembagaan Turki dan membawa tentera ke era baru memegang mandat besar
daripada rakyat Turki untuk merealisasikan impian ini.
8.0 KESIMPULAN
Gerakan Sekularisasi
yang telah dikelola oleh Mustafa Kamal Attaturk telah memisahkan kehidupan
rakyat Turki dari landasan yang benar iaitu Islam yang akhirnya sekularisme
dirasmikan sebagai salah satu landasan ideologi modenisasi Turki pada tahun
1937 dan sekaligus telah menjadikan Turki sebagai negara sekular.
Pengaruh sekulaisme ini bukan sahaja
mengenepikan kehidupan akhirat malahan menyempitkan ruang lingkup agama seperti
yang telah dilakukan oleh Attaturk terhadap Turki melalui institusi
kenegaraaan, keagamaan, pendidikan, kehakiman dan kebudayaan yang dilihat
seratus peratus menolak syariat Islam sebagai panduan utama. Akibatnya,
pengabaian terhadap keseimbangan dunia dan akhirat telah menyebabkan kekosongan
agama dalam budaya masyarakat.
Dalam pada itu, dapat dilihat kesan-kesan
ketara akibat pengaruh sekularisme ini terhadap rakyat Turki antaranya kemunduran
pembangunan material dan fizikal, ekonomi Turki semakin merundum dan merosot, kehilangan
tenaga profesional dalam kalangan masyarakatnya, berlakunya pemberontakan oleh
minoriti Kurdis di sempadan negara Turki serta memberi peluang kepada Yahudi
untuk menguasai ekonomi Turki. Tambahan pula, pengaruh sekularisme ini tidak
terhenti hanya di Turki, tetapi ideologi ini juga menular sebagai ideologi
negara lain seperti Malaysia yang sedikit demi sedikit merangkak ke arah
fahaman ini.
Walaupun begitu, dengan pemerintahan oleh
Recep Tayyib Erdogan yang mentadbir Turki kini diharapkan dapat merelalisasikan
mandat rakyat Turki untuk menyingkir ideologi ini daripada terus menular dalam
kehidupan mereka.
9.0 RUJUKAN
Buku IImiah dan
Artikel
M. Hakan Yakuz,
Sekularisme, Islam dan Demokrasi di Turki Edisi ke-3, Divisi Islam
Demokratis, Oktober 2011
Harun Nasution, Pembaharuan
dalam Islam Sejarah Pemikiran dan Gerakan, Bulan Bintang, Jakarta, 1982
Abdul Latip Talib, Mustafa
Kamal Ataturk : Penegak Agenda Yahudi, PTS Publications, 2012
Laman Sesawang
suatu kongsian yg brguna dan bermanfaat.. moga d permudah kn segala urusan.. insya Allah.. syukran
ReplyDeleteSatu perkongsian yg menarik,menjadi tarikan pembuat kajian yg sama,perpustakaan online..t.kasih😀
ReplyDelete