Sunday 5 May 2013

Hadiah Teristimewa

Bismillahirahmanirahim... :)

Lupa akan tarikhnya, namun tarikh tersebut sangat-sangat istimewa. Hari dimana, seorang sahabat baikku, Ulat gemok la @ Syida membuat satu kejutan sementara melihat daku yang sering murung kebelakangan itu akibat dari kerja yang menumpuk di Kolej. 

Petang-petang lagi kami sudah merempit melalui jalan pantai menuju ke suatu tempat, daku mulanya keliru kemanakah kami akan pergi sebenarnya, Sehinggalah aku merasa sangat kenal akan jalan sebuah tempat yang memang sering pergi. Jalan ke Pondok Baitul Qurro! :D

Allah swt mempermudahkan jalan kami, Alhamdulillah, demi setitis ilmu. Malam itu adalah malam di mana hadirnya Syeikh Imam Ali atau lebih dikenali Imam Ali Assobouni di mana, penulis kitab fiqh raweul bayan ayatul ahkam yang terkenal. Di mana kitabnya adalah kitab fiqh pertama yang daku kenali untuk merujuk hukum pemakaian purdah dan menutup wajah. Dari situlah daku mulai membaca kitab-kitab yang di tulisnya... dan yang daku tidak sangka juga, seorang Habib yang daku pernah meminta untuk bertemu dengannya iaitu Habib Kadzim turut hadir. Mengalir deras air mataku mengucap syukur kerana daku dapat bertemu dengan ilmuwan islam yang daku kasihi, di mana hatiku menjadi lembut akan bicara tawa dan senyumnya. 

Habib Kadzim Assegaf mengimamkan solat isya pada malam itu.
Syeikh Muhammad Ali hadir untuk membicarakan soal isu di Syria.
Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1) Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestin. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun-tahun telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..
Tapi di Syiria, 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar-warkan.. yang ditulis.. tapi sebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata Sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid. di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.

Cakna dan bantulah dengan apa jua yang mampu di berikan terutama doa.

Daku menatap wajah syeikh yang bercahaya, betapa malamnya penuh dengan agenda ilmu. Membandingkan dengan diriku sendiri memang tiada apa apa lah daku daripada Beliau. Hadiah yang teristimewa ini tida dapat ku bayar, impian untuk bertemu dengan kedua-duanya termakbul dan tercapai. Alhamdulillah.
Tekad-tekadku untuk terus menimba ilmu di kuat kan lagi sejak hari itu. Segala kesedihan ku bagai hilang apabila menatap wajah mereka yang cinta pada Nabinya....

Allahumma Sholli ala MUHAMMAD saw ~ <3



Kukatakan pada dia, ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidupku, tidak perlu wang atau permata untuk senyumanku...  Terima kasih sahabat yang di sayangi  Syida.. <3 Inni uhibbuki ..... :)

No comments:

Post a Comment