Tuesday 21 May 2013

Harta Perkahwinan (Undang-undang keluarga Sivil)



UNDANG-UNDANG KELUARGA SIVIL 
KAJIAN KES (CASE STUDY)
“HARTA PERKAHWINAN”
Disediakan untuk:
Cik Rabiatuladawiah Abd Rahman
Disediakan Oleh:
PKA
Nurul Ibni Binti Zainuddin 
Siti Nur Shahida Md Saat        

PENGENALAN KEPADA HARTA PERKAHWINAN
                          TAKRIF “HARTA PERKAHWINAN”
  
§Kes Ching Seng Woah v. Lim Shook Lin (Mahadev Shankar)
oApa-apa benda atau barangan atau apa-apa sumbangan yang diberikan   sama ada usaha sendiri atau bersama terhadap kesejahteraan keluarga itu dianggap sebagai harta dalam erti kata lain.
o
§Atau boleh disimpulkan sebagai:
üApa-apa harta yang diperoleh pada masa perkahwinan;
üApa-apa harta yang dibawa masuk ke dalam perkahwinan lalu dijadikan barangan atau benda guna sama;
üApa-apa hadiah atau pemberian yang diterima oleh pasangan sebagai hadiah perkahwinan atau atas sebab perkahwinan untuk kepentingan bersama;
üApa-apa harta yang diterima oleh salah satu pihak dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan;
üPendapatan atau wang simpanan yang diterima atau diperoleh dalam masa perkahwinan.
§Sejarah awal pembahagian harta perkahwinan : Harta perkahwinan hendaklah dibahagikan sama rata antara pasangan dengan andaian bahawa harta itu diperoleh secara sama rata antara kedua-duanya dalam masa perkahwinan itu.
§Seksyen 76 AMU 1976
oS. 76(1) : Memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membahagikan aset perkahwinan hasil usaha sama setelah satu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman dibuat.
oS. 76(2) : Pertimbangan yang mahkamah perlu pertimbangkan sebelum pembahagian harta diputuskan.
oS. 76(3) : Memberikan kuasa kepada mahkamah untuk membahagikan aset perkahwinan hasil usaha tunggal satu pihak setelah satu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman dibuat.
oS. 76(4) : Jika aset perkahwinan adalah usaha tunggal, maka kadar yang diperolehi oleh satu pihak yang lain hendaklah dibuat dengan kadar yang berbeza.

žLIM BEE CHENG
v.
CHRISTOPHER LEE JOO PENG
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PENANG
TUAN VINCENT NG KIM KHOAY J
[PETISYEN PERCERAIAN NO. 47-149-1988]
30 NOVEMBER 1995

žUNDANG-UNDANG KELUARGA:  Pembahagian harta perkahwinan – Seksyen 76 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976:
ž– Sama ada harta yang diperoleh sewaktu perkahwinan merupakan usaha sama pihak-pihak
ž– Sama ada pembahagian ditentukan oleh Seksyen 76(1) atau Seksyen 76(3)
ž – Budi bicara mahkamah untuk membuat pembahagian berdasarkan Seksyen 76(4)

 žDalam kes ini, si isteri (pempetisyen) dan si suami (responden) telah berkahwin pada 29 April 1975 dan telah memperoleh perpisahan kehakiman pada 29 Februari 1979. Dikri Mutlak telah diperoleh pada 21 September 1990.
ž Si isteri telah memfailkan petisyen perceraian atas sebab adulteri oleh si suami dan telah menuntut separuh daripada harta rumah perkahwinan yang dimiliki oleh responden supaya dipindahkan kepadanya menurut Seksyen 76 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Namun defendan mendakwa bahawa harta tersebut akan dijual dan hasilnya akan dibahagikan dengan nisbah 70:30 antara responden dan pempetisyen.
ž.
žPada 3 Februari 1975, nama si isteri telah didaftarkan sebagai pemilik bersama yang menurut si isteri rumah tersebut merupakan hadiah perkahwinan responden kepadanya. Dalam pada itu, pinjaman bank untuk tujuan Security of Legal Charge telah dibuat sebanyak RM 31,000 daripada Peninsular  Finance Berhad. Si suami juga telah membuat bayaran deposit dan bayaran bulanan(monthly mortgage instalment payment) sebanyak RM 55, 603.86 serta telah membelanjakan sebanyak RM 20,458.98 untuk kos guaman.
žDi samping itu, si isteri juga telah membuat sumbangan terhadap rumah tersebut.

žSi isteri telah melangsaikan hutang sewa rumah yang tertunggak sejak bulan Ogos iaitu sebelum perceraian.
žSelepas perceraian pula, si isteri telah membelanjakan sebanyak RM 47,094.06 untuk menebus rumah yang hampir dilelong oleh Peninsular Finance Berhad.
žSi isteri juga mendakwa beliau telah membantu membuat 10 bayaran bulanan dgn pembuktian 10 resit namun dinafikan oleh responden.

žIsu utama dalam pertimbangan mahkamah adalah :
žAdakah rumah perkahwinan tersebut diperoleh dengan usaha sama (joint effort) oleh pasangan suami isteri pada masa perkahwinan?
žBerdasarkan asas Seksyen 76(3) berkenaan, responden seharusnya mendapat suatu kadar yang lebih besar iaitu dua pertiga (2/3) dan pempetisyen pada kadar satu pertiga (1/3) sahaja.
žBerdasarkan keseluruhan fakta kes dan demi kepentingan keadilan, kadar yang diputuskan adalah sama rata antara keduanya. Oleh itu, si isteri berjaya dalam tuntutannya terhadap rumah perkahwinan tersebut.

Antara faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah yang telah diutarakan oleh peguam bela pempetisyen adalah mengenai:
žKedudukan kewangan pempetisyen
žKetiadaan aset lain oleh pempetisyen
žPendapatan responden yang lebih tinggi berbanding pempetisyen
žPempetisyen semakin menghampiri umur bersara
žPempetisyen perlu menanggung keperluan anak
žPempetisyen tidak menuntut nafkah yang banyak daripada responden untuk dirinya

KAJIAN KES
ž Isteri telah menuntut satu perintah terhadap si suami untuk memindahkan sebahagian daripada hartanya terhadap rumah perkahwinan ke atas namanya menurut Seksyen 76 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
ž
žJika rumah tersebut diperoleh oleh usaha sama antara mereka, maka Seksyen 76 (1) dan (2) akan terpakai. Namun, sekiranya rumah tersebut diperoleh dengan usaha tunggal si suami, maka Seksyen 76 (3) dan (4) akan terpakai dalam Akta tersebut.
žSeksyen 76 (2) pula memperuntukkan bahawa, apabila melaksanakan kuasa tersebut mahkamah hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara.


žIsu lain yang berbangkit ialah berkenaan separuh harta rumah perkahwinan tersebut yang mana mengikut dakwaan si isteri telah didaftarkan di bawah nama si isteri sebagai hadiah perkahwinan si suami kepadanya. Dalam pada itu, si suami menyatakan bahawa tidak pernah wujud niatnya untuk mendaftarkan nama si isteri sebagai pemilik bersama. Namun, dalam satu perjanjian bertulis, mahkamah mendapati kenyataan si suami yang bercanggah dengan apa yang dikatakannya iaitu : “ If it was 1/2  share each it was O.K. by me.” Oleh sebab itu, tiada alasan untuk mahkamah untuk menolak dakwaan si isteri.

Peguam bela si isteri juga telah menyatakan beberapa faktor untuk menjadi pertimbangan mahkamah iaitu:
ži.  Kedudukan kewangan pempetisyen
žii.  Ketiadaan aset lain oleh pempetisyen
žiii.  Pendapatan responden yang lebih tinggi berbanding pempetisyen
živ.  Pempetisyen semakin menghampiri umur bersara
žv.  Pempetisyen perlu menanggung keperluan anak
žvi.  Pempetisyen tidak menuntut nafkah banyak daripada responden untuk dirinya
ž
žMahkamah juga merujuk kepada autoriti kes untuk menetapkan keputusan tersebut iaitu melalui kes Re Heng Peng Ho. Dalam kes ini, pempetisyen memintah perintah mahkamah supaya membuat pembahagian terhadap sebuah rumah dan sebidang tanah yang didakwa sebagai harta perkahwinan menurut seksyen 76 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Pempetisyen mahukan rumah perkahwinan itu dibahagikan sama rata antara responden. Menurut responden pula harta tersebut dibeli pada tahun 1987 dengan harga RM 38 000.00. Bayaran pendahuluannya telah dibuat sebanyak RM 14,000 dengan menggunakan wang milik responden yang diperolehinya melalui komisen sebagai seorang wakil insurans. Bakinya berjumlah RM 26,000 diperoleh melalui pinjaman bank dan dia membayar RM 291.00 sebulan atas pinjaman tersebut. Hutang dengan pihak bank masih berbaki sebanyak RM 20,000. Responden mengakui bahawa pemohon memang menjaga keluarga dan rumah tangga tersebut sejak perkahwinan mereka.”
ž

žMahkamah dalam keputusannya mendapati bahawa pemohon gagal membuktikan usaha bersama, sama ada dalam bentuk kewangan atau kebendaan bagi memperoleh aset berkenaan. Pemohon juga gagal menunjukkan dia turut sama terlibat dengan perbelanjaan bagi mengubah suai rumah tersebut.
ž
Walaubagaimanapun, mahkamah bersetuju dan tidak menafikan bahawa pihak responden juga turut terlibat membayar pinjaman bank bagi pembelian harta tersebut tetapi bukanlah satu jumlah yang besar sebagaimana yang didakwa. Boleh dikatakan hampir tiada sebarang sumbangan berupa wang telah dibuat oleh pemohon. Aset tersebut memang diperoleh dalam masa perkahwinan itu tetapi masa perkahwinan itu tetapi usaha satu pihak sahaja, iaitu responden.
[1989] 3 MLJ 103


No comments:

Post a Comment