Monday 5 September 2011

Ahwak 2

One Aim: To seek Rahmat Allah.....





Mencuri curi online di perpustakaan Munsyi, termenung untuk mengeja perkataan Isu dan Perspektif, ana masih duduk sambil memerhati sebuah buku... merenung dalam-dalam buku setebal kamus dewan untuk di telaah.... Pernah sahabat ana berkata, time is not waiting us.. but we have to chase it.... Ilmu itu memang mudah di cari dan di fahami, tapi berapa ramai orang yang mengaplikasikan ilmu mereka dalam kehidupan.... Seorang doktor akan terus mengaplikasi nota-nota untuk menjadi wasilah mengubati... seorang Ustaz akan terus mengaplikasi nota-nota untuk menjadi wasilah dakwah... seorang peguam akan terus mengaplikasi apa yang dipelarinya untuk menjadi wasilah penegak keadilan... Justeru, insan yang lemah dan daif seperti diri ana harus terus belajar untuk mengaplikasi.. ilmu bukan sekadar untuk di fahami... tapi untuk di amalkan....



Pelajar Undang-undang kebiasaannya harus memantapkan semua bahan bacaannnya... setiap hari perlu ada buku yang di telaah... Keadaan negara dan kehakiman perlu menjadi faktor pemangkin diri untuk berjaya..Kita mesti selalu mencari semangat untuk terus berjuang.... bukankah perjuangan menuntut ilmu juga satu ibadah.. Perjuangan pembelaan diri untuk masuk syurga diiringi dengan rahmat dan redhaNya... ambillah dan belajarlah berniatkan hanya semata mata kerana Allah... kita mempermudahkan dan Allah permudahkan... Rabbi Yassir wala Tuassir..... kata-kata semangat Seperti kata- kata Prof Yusof ibrahim "saya seorang ahli sains dan saya nak masuk syurga" mula membakar minda dan hati untuk terus berjuang menjadi seorang peguam yang nak masuk syurga... justeru aplikasikan .... belajar untuk mencari ilmu seluas samudera.... beribadah dengan ilmu... selamat beramal... :)


No comments:

Post a Comment