Wednesday 22 June 2011

Memulai kehidupan :)

perjalanan setiap insan, pasti akan bermula dan pasti akan berakhir, hari ini kita bermula, esok kita berakhir, perjalanan seorang muslim pasti lagi mencabar, bukan sekadar permulaan yang elok malahan kalau boleh kita nak pengakhiran yang juga elok.

hidup berjauhan dengan keluarga hanyalah satu ujian kematangan diri, membezakan baik dan buruk dalam bergaul dengan masyarakat luar. Ini baru berbeza negeri, kalau berpisah begara mungkin lagi berat agaknya.

Meningkat ke usia 18 tahun ini, hidup baru bermula, liku liku suram muram bahagia gelak tawa juga baru bermula, melangkah ke alam jihadun nafs. Mujur hati yang terisi senang di jaga, pandangan pun tertunduk sudah, alhamdulillah. Harap harap lelaki tidak menjadi satu ujian berat bagi ana, inshaallah.

Ya..... berjauhan dengan abah, mak, kakak, abang, aiman and the gang semua, inshaallah, diri akan dapat di sesuaikan, aisey women... malu la pula nak ngaku anak manja.... hehe... tak apa... boleh je balik kampung (kampung ke).. ..

Inshaallah... buat sahabat seperjuangan dan kesemua yang baru menapak untuk berjuang untuk meneroka ilmu, marilah sama sama kita pusatkan niat kita, ikhalaskan niat kita wahai saudara saudari yang di rahmati Allah sekalian, INGAT! NIAT STUDY KERANA ALLAH ok.... inshaAllah...

rabbi yassir wa la Tuassir.... Rabbana amin inshaAllah...

punurkasihayu,
DUUS, sem 1(1A)
KUIM, Malaysia

No comments:

Post a Comment