Thursday 23 June 2011

Hijrah

Apakah maksud atau definisi hijrah bagi sahabat sekalian? Boleh dikatakan, setiap orang akan mulai buat azam baru apabila tiba maal hijrah, hanya apabila sepanduk sepanduk di angkat untuk berarak. Mungkin bagus juga sebagai sebuah permulaan, berhijrah dengan mengingati ibrah dari siri hijrahnya Rasulullah s.a.w dari mekah ke madinah. Di mana ada penempatan, di situ ada persahabatan.

Berhijrah dari jb ke melaka juga mungkin belum sampai lagi pada kemuncaknya tapi macam tulisan titipan semalam, ianya adalah permulaan perjuangan. Perjuangan yang penuh onak duri.
Dan perjuangan yang di ambil kira adalah...... Hijrah lillahi taala....

Hadis Empat Puluh : 01
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

"Hijrah adalah satu kemuncak perjuangan."


Berhijrahlah kerana Allah s.w.t dan ikhlaskan dirimu......

Punurkasihayu,
stomach depression.

No comments:

Post a Comment