Saturday, 30 March 2013

jejak cinta namaNya

Watch "Preview Album Asmaulhusna - Asmawi @arteffectsint @CahayaAsmawi" on YouTube

Bismillah..

pagi sabtu ni kuim kelihatan tenang je., kebanyakan penghuni sudah ramai yang balik sempena study week selama seminggu, manakala kalau daku pulang ke rumah maka study week akan bertukar menjadi rest week fulltime..

laptop kesayangan pula masih dibaiki membuatkan segala kerja ict tertangguh untuk sementara dan mungkin dia menyuruh daku fokus untuk study memandangkan pelajaran sem ini kebanyakan telah ku abaikan.. ajaja fighting!!

Pengajian hadith 40 juga telah ditangguh hingga ke semester depan.. teringat kalam uabh mengenai jangan sombong dengan Allah swt, orang yang tidak mahu berdoa dan meminta kepada Allah adalah orang yang sombong dengan Allah.. padahal setiap masa Allah menantikan  doa daripada hambanya..

situasi dimana lepas solat terus bangun, x zikir x berdoa, islah diri semula...  luar solat semua dunia, kalau dalam solat pung fikir dunia juga.. kita benar lah ada masalah dalam taabbudi..

Friday, 29 March 2013

jejak cinta jumaat

Bismillahirahmanirrahim...

Akhirnya, kuiz dan segala macam esemen yang diberikan selesai juga, sementara menanti artikel untuk diprint memandangkan external hard disk ku mmg sudah berat dan virus trojan, worm dan sbagainya perlu di scan, ergh~~~ I should buy a pendrive!! almost half of hour akak tu scan n I'm still here waiting n wait..

when I'm sitting here, ada dua orang kakak smp from terengganu n bila bercakap, memang seriusly mcm tak berapa faham..

Manusia ni menurut tabiatnya kikir, kedekut..
ramai yang cemburu terhadap kehidupan org
lain, terutamanya kaum hawa, jiran nak icebox, dia pun nak icebox.. terasa kikir, x cukup lagi sifat qanaah.. padahal kan lebih baik kita berfastabaqul khairat, berlumba lumba dalam hal kebajikn, berlumba lumba supaya ada boyafren hensem buat apa? menghabihkan boraih ja bak kata ufabli.
Adapun,  itulah manusia, sifatnya dipengaruhi nafsu dan akal.

islah diri termasuk diriku, bahawa daku ditarbiyah untuk berdakwah, tetapi daku sendiri yang melakukan kemungkaran padahal kerja pendakwah itu amal makruf nahi mungkar, daku merasa telah gagal, tapi inilah rencah kehidupan, daku juga manusia biasa.. mohon doa sahabat untuk terus mendoakan agar dakwah tetap berjalan. salam jumaat dan jngn lupa al kahfi.

fb: Bintu eusof

Wednesday, 27 March 2013

Ilmu yang diredhai

Bismillahirahmanirrahim,

minggu ini adalah minggu terakhir pembelajaran, semua kuliyahdan kelas yang tidak habiskan silibus perlu berguling guling melengkapkannya. Begitu juga dengan beberapa kuliyah dalam kos undang2 dan syariah, dimana dalam tiga minggu ini bergelut dengan buku, presentation, assignment sehingga fikiran menjadi tepu. Apapun tetap semangat, aktiviti dawah dijalankan seperti biasa.

Bicara tentang akhlak, hari ini adalah hari terakhir daku mengikuti kuliyah akhlak oleh ustaz ABH. Seusai kuliyyah, dia mengijazahkan kami semua ilmu yang telah dicurahkanya, seusai itu air mataku mengalir, pengijazahan itu merupakan satu bentuk redhanya dia terhadap kami yang belajar dengannya, dia seorang yang optimis, berfikiran luas dan sentiasa membuat kami berfikir selama mana kami berada di dalam kelasnya..

pesan terakhir beliau, jangan sombong dengan ALLAH SWT. :-)

Tuesday, 26 March 2013

Jejak pencinta

sudah beberapa hari diuji dengan kerosakan peralatan, yang pertama setelah blackout di asrama, kipas di bilik masing masing sudah tak mampu nk berfungsi, maka, kami semua pun berhimpit himpit di ruang tamu, mencari sudut merebahkan badan yang kelelahan setelah satu hari dipenuhi dengan kelas dan assignment.

Yang kedua pula, bila motherboard laptop kesayangan rosak pada hari perletakan jawatan sebagai ahli majlis perwakilan pelajar, sungguh baru sekarang rasanya patah hati seperti orang yng bercinta, sedihnya bukan main menghantar laptop ke workshop dan Ia cuma akan pulih 2 minggu lagi..

Mendengar khabar kematia para ulama' pula menambahkan volume kesedihan. Ilmu diangkat dengan perginya para ulama'..