Wednesday 27 March 2013

Ilmu yang diredhai

Bismillahirahmanirrahim,

minggu ini adalah minggu terakhir pembelajaran, semua kuliyahdan kelas yang tidak habiskan silibus perlu berguling guling melengkapkannya. Begitu juga dengan beberapa kuliyah dalam kos undang2 dan syariah, dimana dalam tiga minggu ini bergelut dengan buku, presentation, assignment sehingga fikiran menjadi tepu. Apapun tetap semangat, aktiviti dawah dijalankan seperti biasa.

Bicara tentang akhlak, hari ini adalah hari terakhir daku mengikuti kuliyah akhlak oleh ustaz ABH. Seusai kuliyyah, dia mengijazahkan kami semua ilmu yang telah dicurahkanya, seusai itu air mataku mengalir, pengijazahan itu merupakan satu bentuk redhanya dia terhadap kami yang belajar dengannya, dia seorang yang optimis, berfikiran luas dan sentiasa membuat kami berfikir selama mana kami berada di dalam kelasnya..

pesan terakhir beliau, jangan sombong dengan ALLAH SWT. :-)

1 comment: