Wednesday 25 January 2012

Dunia ku untuk siapa?

" Setinggi langit aku mendaki,
serendah tanah aku mendarat,
Jiwaku terasa di terbangkan di udara, 
Saat aku mendengar kalimah kalimahnya...."

Bebrapa minggu dah rasa tak upload... Blog ni dah jadi macam diary pula buat ana ye...tempat ana mencatat segala jejak. Sekarang ni ana sedang sangat sibuk dengan urusan pelajaran, assignment, ulangkaji untuk midterm exam, buku-buku untuk di baca, tugas sebagai hamba Allah swt.... sekurang-kurangnya jauh masa lapang dari ana, itu yang ana mahukan... Masa lapang membunuhku...:D

Sekarang ana sedang menyiapkan sebuah cerpen baru dan menyiapkan separuh cerpen yang tak siap beberapa tahun lepas. Mencari ilham , ana akan travel inshaallah ke bumi serambi makkah, sementara sememangnya untuk bertemu dengan ammi, guru yang di kasihi...

Hidup ini ana rasakan sangat sekejap, minit-minit yang bergerak dengan jarum jam terlampau pantas... tahun ini berganjak lagi usia ana.. ana dah berusia 19 tahun.. Umur semakin pendek... tapi ana rasakan perjalanan semakin panjang....

Baru baru ini, ana membaca novel ayat-ayat cinta karangan habib el shirazy... Ana terfikir tentang gadis seperti Maria.. (filem tak sama dengan novel, novelnya lebih mantapdan menarik, mesej lebih menusuk jiwa )i akhir jalan cerita, Maria bermimpi berada di luar pintu syurga. Semua pintu sudah dia pergi tapi dia tidak boleh memasukinya, kemudian dia merintih-rintih di hadapan pintu syurga, memujuk tuan yang empunya segala, dengan surah Maryam, bacaan Maria didengari oleh Fahri dan Aisya yang berada di sisinya di alam yang nyata.. fahri kebingungan, baginya isteri yang baru dinikahinya mempunyai banyak rahsia, fahri hanya mengetahui Maria menghafal surah Maryam... tapi terkejut si fahri mendengar surah Taha dialunkan oleh Maryam yang sedang terpejam matanya. Di dalam mimpi pula, Maria berada di pintu rahmah, dan di situ dia bertemu dengan Maryam ibu nabi Isa, di situ Maryam mengajarkan Maria kunci syurga dan memberitahu supaya maria membersihkan dirinya... setelah itu, Maria pun tersedar, dan fahri dan Aisya membantunya.. tidak lama kemudian, Maria pun meninggal dunia.....

Apabila membaca bait-bait cinta yang dinukil oleh El Shirazy, air mata perlahan mengalir, menghayati setiap kata-kata El Shirazy, Apakah maksud El Shirazy meletakkan surah Taha sebagai surah Hafalan Maria..?. seandainya Maria benar-benar ada... pasti diri ini sudah mencemburuinya dengan tahap melampau...

Dan malam itu ana membuka surah taha.... surah yang dikatakan boleh menjadi ayat pelembut hati dan penenang jiwa....

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).  
 1:  Ta, Ha.  
 2:  Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau menjadi susah. 
 3:  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut.  
 4:  Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.  
 5:  (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.

Alhamdulillah, ana Allah letakkan dalam biah yang solehah... Bersama dengan sahabat-sahabat yang solehah.. berada dalam nuansa islam.. ana sangat-sangat bersyukur... Apa-apa yang kita lalui dalam hidup... payah ke ... senang ke... semuanya adalah tarbiyyah dari Allah swt... sekiranya kita dapat ujian... Ujian itu adalah pengajaran langsung dari Allah.. kita di minta untuk sabar... kerana kita sedang di uji dengan ujian yang sedikit berbanding ujian- ujian yang diberikan buat Nabi-nabi dan Para sahabat yang turut sama berjuang untuk islam...Kita tak pun berjuang dengan pedang atau pistol.. situasi kita... kita berjuang dengan pen.. tapi kadang-kadang pun kita kalah...  kita letakkan apa di hadapan kita sebagai matlamat? persoalan yang perlu ditanya nafsi nafsi...

Ingatlah wahai sahabat.... matlamat kita adalah Allah swt... buat segala sesuatu untuk keredhaan Allah... bukan untuk puaskan hati manusia yang takkan pernah puas... seperti kisah Luqman al hakim dengan anaknya dan seekor keldai... Kita tak mampu nak puaskan hati manusia... tajdid niat.. buatlah apa segala pun untuk mendapat keredhaan Allah swt.... KepadaNYA kita minta... dan kepadaNYA kita kembali...

Dan jika kita inginkan sesuatu.. tapi kita tidak mendapatinya.. lebih baik kita jangan mencampuri urusan Allah swt... Allah punya plan terbaik dari plan kamu... usaha, doa dan tawakal... :)

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim.
                                                                   (Surah Yunus 109)

tak lama lagi hari jadi Kekasih yang sangat ana cintai.. yang ingin ana lihat wajahnya...senyumnya... tawadhuknya dia... wallahi.. hubban katsir... 12 rabiul awal...  Ammi dan ustaz  fabli berpesan supaya berselawatlah ke atasnya 1000 kali sehari... Muhammad rasulillahi saw... ikuti apa yang disuruhnya... Perjuangkan sunnahnya.. demi mencari cinta dan keredhaan Allah swt... :)

Mode: sedang mendengar surah taha.....
Inshaallah bertemu di cerpen akan datang...

Thursday 5 January 2012

Dunia Baru ( Pembaca buku, pengejar masa, pencari Lecturer, pembuat aksi DLL)!

Assalamualaikum semua, herm.. rasanya dah benar2 lama ye tak ana update blog, seperti biasa kesibukan akan jadi alasan utama sebelum alasan-alasan ana yg seterusnya. Nak reverse kembali semasa ana berada di tingkatan 5 keadaan cukup berbeza, semuanya kena suap, di sini kena suap pakai tangan sndiri deh... :D Apa pun, di sinilah permulaannya kita mula hidup berdikari. Semua buat sendiri, masak pun masak air sendiri, makan sendiri, suap sendiri, semua sendiri. Hidup pun sendiri.. yeah.. masuk semester baru ni.. permulaannya ana rasa ana la orang yang paling busy (bercakap dlm keadaan perasaan).. dalam keadaan sibuk2... ana pun pergi mengaji kut tempat lain, sedangkan urusan di Kuim yg tercintan ini belum selesai, ana ke madrasah bertemu dengan habib guru kesayangan Habib Syeikh Abu Aswadi merangkap pak cik kepada sahabat sekursus ana. Riang gembira(melebihi kanak2 ribena) apabila bertemu dengan habib yang di kasihi. Apabila bertemu dengan habib, sudah tentu pelbagai cerita keluar, termasuklah teori ikan di laut asam di darat... Alhamdulillah mendapat ijazah dari habib dan abi (ayah sahabat ana)..
Berkelana sebentar mencari sinar kedamaian, mencari sayap yang patah tanpa kehilangan, mengiringi air mata tanpa kering, mengisi hati dengan cinta yg suci...

Seusai pulang dari Sana, kembalilah ke Kuim ini, daftar subjek seperti biasa, dan kelas berjalan dan bermulalah pengajian. Seperti biasa, ustaz Fabli kali ini menjadi pensyarah bagi undang2 perlembagaan. Macam biasa, semangatnya membuatkan ana bersemangat dan terus bersemangat berjuang keranaNYA.
Keadaan subjek yg dirombak, seperti biasa, subjek yang dinanti-nanti iaitu Fiqh jenayat di mansuhkan untuk sem ini dan digantikan dengan undang2 pentadbiran islam di Malaysia di ajar oleh Abi Zulqarnain. Yeah, ini yang paling kami banggakan... bila dapat belajar dari guru yang hebat...  jadi agak terubatlah apabila kehilangan subjek fiqh jenayat.

Subjek untuk diploma undang2 syariah sem 2 ini:

Undang-undang perlembagaan Malaysia
Undang-undang pentadbiran islam di Malaysia
Fiqh ibadat
Usul dan Kaedah Fiqh
Bahasa Arab 2
English language profiency

Ada 4 bulan lagi untuk di jalani sepanjang sem ni.
Permulaannya, hampir sebulan ini mencari kitab2 untuk subjek2 di atas, dan seperti biasa, sememangnya mahasiswa undang2 amat memerlukan kreativiti otak untuk membaca. Kalau ana membaca, terkadang baca buku sampai terbalik buku nak bagi kreatif punya pasal kan. Al maklum, buku setebal 3 ke 4 inci. Baca buku yang tak ada gambar, keseluruhannya adalah fakta, kadang2 buat otak kita letih. Tapi kalau menarik, memang mantap. Sense untuk membaca ana pun dah kembali. Alhamdulillah. Banyak beli buku, tapi baca sebuah buku selain dari buku ilmiah mengambil masa hampir dua minggu. (ianya terjadi bila ana baca buku biografi Habib Umar al hafiz, dalam masa yang sama membaca buku prinsip perlembagaan, ) terkejar-kejar, tapi ini lah yang diidamkan, kesibukan menimba ilmu dengan membaca. Sekurang-kurangnya cinta pada dunia boleh dikurangkan. Tapi nampaknya sahabat yang di sayangi sebilik dengan ana dan rapat, telah mengcomplain tentang kesibukan ana membaca.. hehe.. sampai diri tak sedar gila dengan membaca dan semakin jadi pendiam.. kurang masa dengannya tapi ana tak menyedarinya :( tak apa.. nanti kita pergi beli karpet sama2 ok miss ;)

"sibukkan dirimu dalam agama, jika tidak kaupun akan sibuk tapi bukan dalam agama"
Seperti biasa, macam sem yang lepas, ana adalah seorang pemburu lecturer, :D Ada masa hampir 3 tahun, dan sem yang singkat-singkat belaka, tak sanggup rasanya nak membuang waktu 3 tahun itu. Meskipun tak belajar subjek biotek, apa salahnya bertanya pada pensyarahnya kan. Meskipun ana tak belajar dengan ustaz abda ul umam, apa salahnya menimba ilmu darinya, pensyarah lulusan al azhar yang amat fasih berbahasa arab. Masih ana ingat pertama kali ana bertemu dengannya. sewaktu ana ingin bertemu dengan ustaz syukri, (ustaz syukri pun bukan pensyarah ana, tapi ana memang pemburu lecturer yang berilmu) pintu bilik dikuak, ana terlihat seorang lelaki asing. Dan mulalah dia berbicara dengan bahasa arab. Ana yang bahasa arab tahap budak tadika ternganga nganga. Lantas ana minta kepadanya untuk mengajar secara talaqi untuk ana dan sahabat-sahabat yang mahu. 
Apapun kenyataan bahawa pensyarah di KUIM semuanya hebat belaka tak dapat di sangkal,nasihat dari ustaz asrar assyauq bahawa bertanyalah kamu pada ahlinya. begitulah yang di jalani setakat ini.

Apapun, teruskan berjuang niat fi sabilillah. Teringat pula pada seorang pak cik berkerusi roda menjual kerepek di tepi jalan MI. Ini kali kedua ana bertemu dengannya. Ana memborong juga kerepeknya, dan dia rupa-rupanya mengingati kami meskipun tidak pernah melihat wajah kami, mungkin dari cara berpakaian kami dia kenal, terang rupanya hati pak cik ni. Agak sayu di hati bila dia kata ada juga orang yang ingat pada dia... okay.. rasa macam dah nak ke sesi tangisan waktu tu. kehidupan adalah guru. Pak cik tu memberi nasihat, pertama-tama bila dah habis belajar nanti, ingatlah untuk membantu orang lain. belajar bukan untuk diri sendiri tapi untuk bantu masyarakat. Jangan lupa Allah, jangan lupa mak bapak dan yang paling penting jangan lupa diri. Ahsan tamama... 

" Dalam Mata yang tenang, 
dalam jiwa yang longlai, 
terhentak dengan irama,
cinta sang abid dan ulama'

Berkelana di bumi, 
mengejar di lautan, 
Dedaunan, 
juga tumbuhan,
saksi yang diam, 
bicara tanpa kalam. 

Bertemu dengan habib,
Rasa cinta dan rindu bertambah benar,
Berlainan rasanya bila berada dalam maqam cinta ini, 
hati asyik, 
pada Robb dan Rasulnya,
tak di hirau dunia dan isinya.

Berkeliaran diriku, 
menari dengan masa, 
berhentak dengan ilmu,
seluas lautan, 
baruku sampai pada permukaan,
Di sini adalah perjuangan,
di sana adalah tempat habuan."


Terasa pula nak buat azam tahun 2012 ni, dah sampai masanya Allah permudah urusan jodoh, maka nikahlah kan ;)