Saturday 24 December 2011

Dunia baru ( the latest version of mine)

Alhamdulillahirabbil alamin... :)

Ini adalah trinologi sem 1 sebelum ana beralih dan berganjak ke cerita kisah perjalanan ana di sem 2 yang baru saja bermula dengan keindahan ciptaan Rabbi dan kembali ke KUIM.
Banyak kisah, pahit , manis, suka, tawa, di jalani bersama-sama teman di sini. Pensyarah ibarat ayah dan ibu. semua saling melengkapi.
Antara kisah manis yang pernah terjalani bersama teman-teman, herm.... banyak sebenarnya.. ana nak taip ni belum tentu 2 3 bulan habis kan.. inshaallah ukhwah fillah akan berterusan hingga ke syurga inshallah.. Ana teringat, kisah diri yg clousy yang kelam kabut, tak sangka, diri akan bertapak pada satu tahap yang lain. Kisah duka, apabila bergerak dalam pertubuhan di sini, hampir-hampir jatuh tapi kuasa Allah menaikkan kembali semangat juga wawasan.
kenangan paling manis sem 1 ini ialah semasa  kejutan hari lahir ana, pada 6 oktober lepas, di rancang oleh planner sahabat baik ana sendiri ulfa dan di prank oleh ibni dan haura, serta dua org muslimin lain, masyaAllah... juga pensyarah2, kalu terbaca ni ana nak ucapkan terima kasih deh... :D Inshallah,, tahun2 akan datang toksey wat gimik gitu.. kita wak gimik kut lain k..  :D

Sem 1 berakhir dengan indah... sem 2 datang juga dengan indah.. kedua-duanya adalah perjalanan... dan perjalananku hanyalah jalan menuju Tuhan... Ilahi Rabbi...

Thursday 8 December 2011

Dunia Baru 3 ( Dari GrapesNasyid dan kenangan MFB room Malaysia)

Ana seorang penulis. Yup. writing is my Passion. Semasa di bangku sekolah, jari jemari acap kali menari nari membawa keluar fikiran dan menukar ia ke dalam bentuk tulisan. Ana tak ada masalah dalam dunia cyber. Apabila menjadi warga Grapes Nasyid dan Millatfacebook. com secara tidak rasmi, banyak kenangan-kenangan manis yang di rasakan. Ukhwah yang di jalani kekal sehingga kini dan harap2 ia takkan berubah selamanya, mudah mudahan persahabatan kita kekal hingga ke syurga. Amin. Grapes nasyid, landasan pertama ana mengenal persahabatan alam maya.

Kakak-kakak yang baik hati melayan adik yang paling kecil dengan baik, dan kini genap 2 tahun berukhwah dengan mereka. Sebelum berangkat ke KUIM, ana telah minta beberapa tips dari kakak kesayangan juga, EMO, herm.. ana tak pernah tahu namanya yang sebenar, tapi printscreen ini di dedikasikan untuknya. Sedih apabila ramai yang sudah menghilang di GNs. Masing-masing bertambah matang, dari usia 16 tahun, ana berganjak ke usia 18 tahun, beberapa minggu lagi bertambah-tambah tahun. HD, Sumaiyyah, Emo, kak lala, kak kuek, kak oo, kak lavender.. herm.. Arwah kak serra... Dan ramai lagi sebenarnya, sehingga ana terlupa akan kewujudan mereka yang dah lama menghilang...




sentiasa Online, sedih di pujuk. (22/05/2011)

Kakak-kakak GNs bagi ceramah.

Tips Emo yang di sayangi.

Tips membina kekuatan jamaah. (MFB)

Nasihat akak GNs lagi :)

Sempat lagi kakak-kakak ku.

waktu ni tgh plan nak bawa barang apa ke KUIM. kredit tuk cik Sum

Pok Mang ajar cara kendalikan Ayam (MFB)

Mesti diorang tak perasankan benda ni, kalau tengok mesti akan gelak, (UKHWAH MFB)

Kekasih manjelara tu mcm HD/ Tips kak EMO dan kak rumah.

Nasihat-nasihat yang mengusik jiwa sampai skrg.

Kenangan dengan Arwah kak serra.... :( 


Alam Maya bagai kehidupan bagi ana. Ada nafas yang wujud di alam maya bagi ana. Memang ana akui, tidak pandai bersosial di luar melainkan apabila ana bergerak untuk jemaah dan aktiviti dakwah. Keluar rumah jauh sekali untuk bersosial, ana tidak reti. Justeru itulah sebab nya, kenapa ana kata ukhwah di MFB/Gns lebih erat dengan ana, berbanding sahabat-sahabat di luar. Dan.. apabila sahabat di Alam Maya boleh di bawa ke alam Realiti. Dari Grapes Nasyid, ana dah bertemu dengan Kak Fadwa, ana menghadiri majlis pernikahannya, bersama dengan Kak Ben yang disayangi kini juga hilang. Kenangan dengan kak rina.. :)Kalau kalian sedang membaca post ini, believe me, i miss u so much... Manakala di MFB, ana bertemu dengan kak Alin. Tak sangka kan, ukhwah di Alam Maya dapat direalisasikan di Alam Maya. Walaupun ana dah masuk ke Dunia Baru. Dunia Maya ini tetap tidak dapat ana tinggalkan. Yup. Ana sayang dengan ukhwah kita di sini. Inshaallah satu hari nanti, kita buat reunion MFB dan GNs beramai-ramai. ok..

# mungkin juga ana akan jumpa jodoh di Alam Maya... siapa tahu.... Wallahualamu.. ;)

Wednesday 7 December 2011

Dunia Baru 2 (Minggu Orientasi Haluan mahasiswa)



Setelah selesai dan tamat persekolahan pada bulan 12 tahun 2010, ana mengikuti kelas talaqi Al Quran dan Bahasa Arab di Maahad Arrayaan yang juga berdekatan dengan rumah, perkara yang sedih juga untuk di tinggalkan di sini. Terpaksa berhenti setengah jalan untuk meneruskan perjuangan di jalan yang lain. Inshaallah Allah beri yang terbaik...! Sebelum ke KUIM, ana sudah pun membuat survey tentangnya dan ana berkenalan dengan sahabat yang juga sama-sama akan masuk ke KUIM, ana mengenalinya dengan nama mashi muslimah dan beberapa sahabat lain. Apa yang perlu dikorbankan, ana turuti dengan berapa ketidakrelaan. Kepada Allah diserahkan segala urusan. Senyuman di bibir tidak melambangkan apa-apa tentang hati ana ketika itu.
Lantas hadir juga ana ke KUIM pada 16/6/2011, menjadi warga KUIM pada tahun ini. Mahasuci Allah tidak terkata apabila ana bertemu dengan Mashi Muslimah secara tidak di rancang. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk untuk mendaftar anak-anak mereka, semua urusan di lakukan secara peribadi oleh anak-anak. Ana pun masuk dengan beg sandang kecil mickey mouse berwarna coklat kesayangan ana. Wauh.. saat yang paling tidak boleh di lupakan. Ana duduk di kerusi tepi tingkap, mata ana tiba-tiba tertancap melihat satu keindahan. Wanita yang berpurdah ada di seberang sana. Ana mendekat kan mata ke tingkap, takut tersalah lihat. Bila di jenguk sekali lagi, memang sah, ada wanita berpurdah. Khayalan ana terhenti apabila seorang sahabat wanita di depan memanggil ana.

"Assalamualaikum... dari mana ni?"

" waalaikumussalam.. dari Jb... enti dari mana?"

"Ana dari perlis.. ambil kos apa?"

" Ana ambil kos Undang-undang... enti?"

" Tahfiz... siapa nama?"

" Panggil ana punur... "

" Punur?? punurkasih?? yang dalam Fb tu ke?? MasyaAllah.. Ana mashi Muslimah!!"

Hah.. tak ke timbul adegan yang paling tidak boleh di lupakan.. hehe.. Sahabat Alam Maya kini berada di depan mata secara tidak sengaja. Allah.. PerancanganMU is the best. Mashi adalah sahabat pertama ana di KUIM. Tahniah kerana mendapat ana sebagai sahabat.. :) hehe... setelah selesai mendaftar, kami di beri num bilik asrama masing-masing.. ana memilih untuk duduk di Tun Teja. Selesai segala urusan, tibalah masa untuk berpisah dengan keluarga. Herm.. Pertama kali jauh dari keluarga, ana sebenarnya tidak rasa sedih untuk berpisah, tapi keluarga yang sedih untuk berpisah dengan ana.. haha... Abah cuba sembunyikan air mata.. biasalah.. lelaki.. mak dan kakak pun sedih untuk berpisah.. tapi ana tersenyum meleret sahaja. Mudah mudahan mereka sentiasa mendoakan ana di sini. Mungkin pelbagai persoalan berada di minda mereka.

' Bolehkah dia hidup di sini?'

'Macam manalah hidup dia tanpa kami...?'

Dan sebagainya... lantas tiba-tiba fikiran teringat kepada pesanan naqibah, seseorang yang di tarbiyyah jiwa dan hatinya, bergantung harap doa kepada Allah s.w.t tidak akan pernah bersendiri, letaklah dia di hutan, gunung berseorangan sekalipun, atas nama Allah dia Hidup.. dan dengan Namanya dia Berdiri...

Ana tersenyum. Tidak sabar mahu menempuh dunia baru. Walaupun keluarga tiada di sisi, tapi Allah sentiasa ada dekat dengan diri. Sepanjang minggu orientasi, berkenal kenalan dengan sahabat dari pelbagai negeri, ana dapat ramai kawan baru. Berkawan dengan orang kedah dapat cakap kedah, berkawan dengan orang kelantan dapat cakap orang kelantan. Multilanguage!! Ana dan Mashi berlainan kumpulan semasa orientasi tapi kami tetap berhubung. Sekali lagi ana terlihat seoang sahabat wanita yang berpurdah di minggu orientasi. Ana dan Mashi bersahabat dengannya, kami bergerak bersama dan namanya Afiqah, tapi kami panggil dia dengan panggilan yang disukainya, atiq. Teringat kenangan pertama kali bertemu dengan sahabat baik ana kini, Nurul ibni. Pertama kali melihatnya, ana duduk di tangga auditorium, sembunyi-sembunyi tidur sambil online dengan tab. Jangan di contohi, jujur ana bosan dengan apa sahaja ceramah tentang kokurikulum, peraturan dan sebagainya pada minggu orientasi kerana semuanya adalah benda yang sama dari hari pertama di beritahu sehingga hari akhir.
Nurul Ibni meminta izin untuk duduk di sebelah ana. Ana pun mengangguk lantas tersenyum simpul dan masih bermain dengan tab. Ana lupa untuk berukhwah, lantas ana mengaju kembali pertanyaan. hah. Nurul Ibni lebih hebat keputusan spmnya, anak dari selangor yang comel dan mengambil kos yang sama dengan ana. Siapa sangka! kami sekarang berteman baik.
Di sini juga ana berkenalan dengan Aisyah, dan yang lain-lain. herm.. semuanya dari pelbagai negeri. Duduk di birai katil, ana teringat akan secebis ayat dari Quran :

"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

 Minggu orientasi berjalan dengan lancar dan tamat dengan lancar juga. Akhirnya sesi perkuliyahan akan bermula pada hari isnin!! dan Ana memang tidak sabar untuk belajar. Menyelam sehingga kedasar lautan pun belum tentu dapat mengatasi keterujaan ana. Membuat ana lupa semua masalah. Kemanisan menimba ilmu sememangnya begitu mungkin. Apa pun, jalan Mujahadah itu memang pahit tapi hasilnya manis.... ;)

Monday 5 December 2011

Dunia Baru 1

Kenapa Apabila ana buka video buatan Haura Humaira, ana terus teringat pada persahabatan kita? Kemanisan ukhwah fillah kita mudah mudahan hingga ke akhirnya.. bahkan menjadi saksi segala galanya di akhirat kelak bahawa kita ini saling mencintai keranaNYA.

Semuanya bermula apabila result Spm dalam genggaman, keputusan yang nmembuat ana bersyukur kepada Allah, mengurniakan yang terbaik.. benarlah kata cintaNya yang tertulis dalam Al Quran :    

"Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.(al-hadid:ayat 5)"

Waktu sekolah dulu, semada form 5, ana duduk di kelas sastera kerana tak minat dengan aliran sains, mungkin kerana ana dah sebati dengan kesasteraan dan jiwang selalu. Dalam kelas pun tak ramai, hanya 10 orang beragama islam, ana pula jenis yang duk diam, berangan, dan kadang-kadang suka mengacau kawan-kawan untuk berbual, (cara elak tension setelah belajar mathematics). Pada waktu-waktu nak spm begini, ana tak lah belajar sangat, sibuk dengan aktiviti-aktiviti bersama jemaah dakwah. Pada usia 16 tahun diperkenalkan dengan Usrah dan naqibahnya ialah guru kesayangan ana sendiri. Kami memang rapat, dan percaya atau tidak, sahabat baik ana di sekolah bukanlah rakan sebaya, tapi guru-guru. Entah kenapa tetapi ana lebih suka bergaul dengan mereka, duduk sahaja boleh dapat 2 ke 3 ilmu. Hidup dengan jemaah membuat diri sedar erti perjalan dakwah, tujuan hidup yang sebenar, membuka mata. SPM semakin menghampiri, bukan buku yang ana buka, tapi ana buka riwayat yang baru, aktif dengan dakwah, kesana kemari, Bahkan tambahan, berukhwah bersama adik-adik dan kakak-kakak di Millatfacebook.com,ukhwah fillah yang kekal sehingga ke hari ini. MasyaAllah tak dapat nak luahkan betapa manisnya rasa ukhwah tersebut. Alhamdulillah mak ayah tak halang, walaupun anaknya di culik semalam dua untuk pergi ke majlis katibah, qiamulail, qiyam taujihat dan sebagainya. Ini permulaannya, dan dakwah tidak akan pernah berakhir. Ana belajar secara tunggang lalang, esok nak periksa hari ni baru baca, dan adakalanya membawa buku-buku ke katibah, mukhayyam sehingga boleh tertidur dengan buku sebagai bantal. Tapi Alhamdulillah, teringat pesanan dari masulah, saat dibibirnya keluar ayat-ayat cinta lagi: 

Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun. (QS. 64:17) 
 
Keputusan memberansangkan, alhamdulillah, mak ayah pun gembira dan ana pun suka suka saja. Tak rasa bermakna apa pun, tapi itu yang membuat mak dan ayah suka, maka ana pun turut lah suka. Perancangan paling asal ialah ana memilih untuk melanjutkan pengajian ke madrasah Al Quran kampung Sinaran baru, iaitu satu-satunya madrasah yang terdekat dengan ana, supaya boleh lah pulang selalu untuk menjenguk keluarga, dan salah satu jalan untuk belajar dalam bidang yang ana suka yakni bidang hadis dan Al Quran, ana merasakan Madrasah itu adalah pilihan yang tepat, kerana ana tidak berlatarbelakangkan SMKA atau maahad, Madrasah menjadi jalan mudah untuk ana belajar agama dengan lebih mendalam.walaupun pengajiannya mengambil masa tempoh 7 tahun dan tiada sijil kera jaan yang akan di berikan. Cuma sijil dari Madrasah dan sanad hadith, tapi itu lah yang ana rasa lebih berbaloi baloi. Tapi, Allah menetapkan sesuatu yang lebih luas untuk ana, dengan keputusan SPM yang ada, ana diberi pilihan untuk ke IPT oleh mak dan ayah. Memang agak kecewa apabila ana terpaksa melepaskan sesuatu yang ana sangat -sangat suka, Mak dan ayah mengharap ana boleh ke IPT, lantas, ana memilih untuk ke Kolej Universiti Islam Melaka, dan menolak Universiti Teknologi Malaysia, walaupun kosnya sangat padan dengan subjek ana. Tetapi ana memilih untuk tetap ke tempat di mana ana boleh mendalami bidang agama dan tak disangka-sangka ana mendapat KUIM dalam bidang yang paling ana minat semenjak kecil. Allah memang mendengar doa ana dari kecil :). Teringat ketika ana masih darjah satu, seorang pak cik keselamatan bertanya kepada ana, 
 
Pak cik : dah besar nanti nak jadi apa?

Ana: Peguam 
 
Pak cik: mudah mudahan, amin

Dan di dalam fail pelajar selama 11 tahun belajar, di dalam ruangan cita-cita banyak yang pernah ana tulis, antaranya, tentera darat (memang tak pas sbb ana rendah), Cikgu ( tak berapa minat untuk belajar psikologi) dan yang tidak pernah tertinggal ialah peguam. Dan Alhamdulillah, Ana dapat subjek yang sangat ana rasakan mantap dan mencabar, belajar mengenai undang-undang dunia dan Syariah!!! Ini mengubati kekecewaan ana setelah terpaksa melupakan niat untuk belajar di madrasah pada tahun ini. 

Dan ana pun melangkah ke dunia.. baru.....