Wednesday 28 September 2011

Rabbani: Handzalah: Kisah Cinta Sejati Seorang Hamba Kepada Tuhannya



Apabila berkata tentang Cinta para sahabat kepada Allah s.w.t yang sememangnya kisah mereka ini hebat-hebat belaka wahai sahabatku. Nak Di bayangkan betapa besarnya Kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w tidak tergambarkan kita pada zaman sekarang ini.

Ibrahnya dari kisah seorang sahabat, Abu Handzalah yang mati syahid di medan Uhud. Jihad menjadi pilihannya dan meninggalkan isterinya yang baru sahaja di nikahi. Sehingga dia tidak sempat mandi junub ketika masuk ke medan uhud.

Apabila darah jihadnya bergetar, lalu syahid menjadi jalannya, Rasulullah s.a.w melihat para malaikat sedang memandikan jasadnya yang tadi tidak sempat untuk mandi junub.

Hayatilah lagu di atas, moga darah jihad kita turut bergetar.. :)

Kelab Mahasiswa Undang-Undang Syariah (KMU)

Ditubuhkan khas untuk siswa dan siswi KUIM yang mengambil Jurusan Diploma Undang-Undang dan Syariah (DUUS), di bawah naungan Jabatan Syariah, Akademi Pengajian Islam(API) KUIM. Bertujuan memberi informasi-informasi terkini tentang perjalanan KMU itu sendiri. Selain itu, merapatkan ukhwah dan memantapkan silaturrahim antara mahasiswa DUUS dengan bekas mahasiswa DUUS, senior-senior DUUS dengan junior-junior DUUS dan siswa/i DUUS dengan siswa/i jurusan lain. Diharapkan dengan adanya KMU ini akan membawa nama KUIM dan KMU di peringkat nasional.
 STUKTUR ORGANISASI
KELAB MAHASISWA UNDANG-UNDANG & SYARIAH KUIM (KMU)
SESI 2011/2012

Penyelaras Kelab KMU:
PUAN MARINA BINTI ABDUL MANAP
(Pensyarah Undang-Undang Akademi Penagajian Islam)

Pengerusi :
MOHD RIDZWAN BIN MD. RAHIM

Timbalan Pengerusi:
NUR AFIQAH BINTI RAMAN

Setiausaha:
MOHAMAD SYAHRUL AZUAN BIN AYUB

Timbalan Setiausaha:
NUR NABILA BINTI JAWAHIR

Bendahari:
NURUL AQILAH BINTI BANAN

Timbalan Bendahari:
MUHAMMAD IZZAD SYAZWAN BIN EDDY NOOR

Biro Akademik dan Inovasi:
WAN MUHAMMAD FATTAAH BIN WAN MOHD ARIFF

Timbalan Biro Akademik dan Inovasi:
NORAZLINA BINTI HAMZAH

Biro Sukan dan Rekreasi:
MOHAMMAD NURAKHMAL BIN SH MOHAMAD

Timbalan Biro Sukan dan Rekreasi:
FARHANA BINTI KAMARUDDIN

Biro ICT, Multimedia dan Publisiti:
WAN MUHAMMAD ASMUNIR BIN WAN MOHD YASIN

Timbalan Biro ICT, Multimedia dan Publisiti:
NUR ADILA BINTI ZAINUDDIN

Biro Dakwah dan Kepimpinan:
DZUL FADLI BIN ABDUL WAHAB

Timbalan Biro Dakwah dan Kepimpinan:
FAKHRIAH AFIKAH BINTI AZMAN

Biro Kebajikan dan Keselamatan:
AHMAD AMINUDDIN BIN MOHD RUSELI

Timbalan Biro Kebajikan dan Keselamatan:
JAMIATUL SHOFIZAH BINTI JAMALUDDIN

Biro Perhubungan Luar:
AMMAR IZDIHAR BIN ZAINUDDIN

Timbalan Biro Perhubungan Luar:
NADIAH BINTI MOHD ZIN

Biro Displin:
MUHAMMAD AMIR BIN MOHD SARIP

Timbalan Biro Displin:
NUR EMILIANA BINTI JAAMAT

Biro Ekonomi dan Jamuan:
JUWAIRIAH BINTI MOHD ABDUL RAHIM

Timbalan Biro Ekonomi dan Jamuan:
NORLIZA BINTI MD. NASIR

Biro Penerangan dan Protokol:
NOORASHIDA BINTI ARASID

Ketua Semester 1: FAIZ IZZAT KHAIRI BIN MOHAMAD

Ketua Semester 2: MUHAMMAD AFEEQ EZZUDDEEN BIN BOLHASAN

Ketua Semester 3: MUHAMMAD TAUFIQ BIN MOHD ZARAK

Ketua Semester 4: MUZAIRUL BIN HASSAN

Ketua Semester 5: NURUL AMIRAH BINTI MOHD NAZAR

Ketua Semester 6: SYARIFAH NUR BINTI RAMLAN
Selamat menjalankan tugas buat Exco-Exco. Semoga Tertubuhnya kelab ini menjadi landasan dakwah di medan belajar Kuim.
 

Sunday 25 September 2011

Raiyana - Demi Cinta Zainab



Antara Hukum dan Cinta.
Demi Cinta Zainab, Binta Rasulullah s.a.w.

Rabbuna Jadikan para wanita muslimat keadaan hatinya seperti Zainab Bintun Nabi demi Cinta padaMU.

Pelihara Iman di tengah Kekufuran.
Inshaallah. Rabbuna Yusahhil.

Ketua Hakim Negara Malaysia

Hensem tak? kehkehkes
Beliau adalah Hakim Besar Malaya yang iaitu Tan Sri Ariffin Zakaria kini Ketua hakim negara Malaysia yang baru pada 12 Sep 2011 untuk menggantikan Tun Zaki yang akan bersara pada tarikh itu.

Seorang hakim harus sentiasa tenang dalam menjalankan tugasnya. Seorang hakim juga haruslah sentiasa dalam keadaan yang sunyi (taklah sangat) kerana hakim tidak boleh dipengaruhi orang ramai. Tidak boleh melibatkan diri dalam hal ehwal politik dan tidak boleh lepak sana sini. (mcm cerita kedai kopi) 

Apapun, Selamat bertugas diucapkan buat Ketua Hakim yang baru. Semoga dapat menjalankan amanah dengan Adil, Bakti dan Taqwa (masuk KMU plop)

Saturday 24 September 2011

Kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan dan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Pengenalan
   
   Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri sudah banyak kali dibincangkan tetapi ia masih tidak jelas dan terus menjadi perbahasan. Terdapat banyak sebab mengapa fenomena itu wujud. Antaranya termasuklah sifat peruntukan itu sendiri yang tidak begitu jelas. Malahan, hal ini berkait dengan faktor yang lebih besar yakni sejarah yang melatari pembentukan kerangka perlembagaan itu sendiri. Dalam keadaan yang mengelirukan itu rujukan perlu dibuat terhadap kes-kes mahkamah. Tetapi, dalam isu kedudukan Islam dalam perlembagaan, keputusan-keputusan mahkamah tidak kesemuanya menjernihkan keadaan. Malah, ada di antara keputusan-keputusan tersebut itu yang tidak begitu serasi dalam perlembagaan secara keseluruhannya. Ketidakserasian tersebut menimbulkan perbahasan dalam kalangan sarjana dan pengamal undang-undang .
       
Telah banyak pandangan dikemukakan berhubung dengan isu ini. Selain memberikan pandangan berdasarkan sejarah dan peruntukan perlembagaan, ada juga yang memberikan pandangan berdasarkan kepada kes-kes mahkamah. Mengenai peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, ada juga yang berpendapat bahawa peruntukan mengenai Islam sebagaimana yang ada sekarang, yang pada hakikatnya merupakan ssatu bentuk kompromi antara tuntutan yang mahukan Negara Islam yang tulen dengan mereka yang menunutut Negara ini dibina atas dasar sekularisme.
     
Tambahan lagi, agak jelas bahawa kedudukan yang ada sekarang masih tidak jelas dan penuh dengan kekaburan. Kes-kes mahkamah yang mempunyai peranan penting menjelaskan makna peruntukan-peruntukan perlembagaan juga tidak kesemunya membantu dalam hal ini. Maka, bolehkah dikatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mesra Islam?

    Berbicara tentang kedudukan Islam pasti tidak sempurna tanpa menyebut kedudukan undang-undang Islam atau undang-undang Syariah. Bidang kuasa mahkamah Syariah sebagaiman yang terkandung dalam Akta Mahkamah Syariah 1965 adalah terbatas. Oleh yang demikian, dapat kita katakana bahawa pelaksanaan undang-undang Syariah bukanlah hanya dihalang oleh Perkara 3 (1) atau tafsirannya dalm Perlembagaan Persekutuan, malahan statut-statut lain juga turut membataskan ruang lingkup hukum Syariah.
   
Kedudukan mahkamah Syariah sebagai mahkamah agama ini dapat difahami secara jelas daripada Jadual Kesembilan Senarai II, iaitu Senarai Negeri Akta Perlembagaan. Dalam Perkara I dalam senarai tersebut, Mahkamah Syariah telah disebut sebagai sebahagian daripada perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa negeri. Dalam pada itu, Profesor Ahmad Ibrahim pernah menjuruskan perbincangan bidang kuasa mahkamah Syariah dari perspektif kedudukan pegawai-pegawai kehakiman Syariah dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Jurnal Hukum dengan memfokuskan bidang kuasa Badan Perundangan Negeri dalam penggubalan undang-undang Islam dan kuasa menubuhkan mahkamah Syariah. Namun begitu, masih terdapat perkara-perkara yang bukan dalam bidang kuasa mahkamah Syariah seperti Probet dan Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka orang Islam, yang masih tertakluk kepada Akta Probet dan Surat Kuasa Mentadbir, Akta Pusaka Kecil (Pembahagian), Penyiasatan Jenayah, Senarai I Perkara 4(e) dan Senarai I Perkara 3(a) Perlembagaan Persekutuan . Implikasi dari kedudukan ini, mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang amat terhad dan kadangkala kes-kes yang melibatkan orang Islam dibicarakan di mahkamah Sivil, walaupun melibatkan persoalan hukum syarak dan peruntukan undang-undang juga telah diadakan. Kedudukan sebegini telah mendapat kritikan yang hangat dari sarjana-sarjana Perundangan Parlimen. Maka, bagaimanakah penyelesaian untuk merungkai masalah konflik bidang kuasa ini?
       
2.1 ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN

Satu  syor telah diberikan oleh parti perikatan  mengenai islam sebagai agama rasmi negara mulai tahun 1967  kepada suruhanjaya reid yang merangka perlembagaan berpaksikan penubuhan persekutuan Tanah Melayu. Dalam  memorandumnya, Parti perikatan  menjelaskan:

“ Agama untuk Malaya hendaklah agama islam, kepatuhan kepada prinsip ini hendaklah tidak mengenakan apa apa kehilangan upaya kepada anak negeri bukan islam yang menganut dan mengamal  agama mereka masing dan hendaklah tidak menyebabkan negara ini di sifatkan sebagai negara bukan sekular” [1]
                 
   Mengenai aama persekutuan, Perlembagaan memperuntukkan dalam perkara 3(1) bahawa  agama Islam merupakan agama persekutuan[2]. Suruhanjaya Reid menerima cadangan parti perikatan untuk meletakkan islam sebagai agama negara tanpa menyekat kebebasan agama-agama lain dan tanpa menolak konsep negara sekular, ia telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan Tanah Melayu sehingga 16 hb. September, 1963, seterusnya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia selepas pembentukan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak di gabungkan bersama di Tanah Melayu.
                    
  Apabila keseluruhan perlembagaan persekutuan dilihat dari perspektif undang-undang perlembagaan, beberapa kesan dapat dilihat dari peruntukan perkara 3(1). Antaranya Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama islam, bercakap Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. [3] Kemudiannya, Yang Di Pertuan Agong di lantik dalam kalangan raja-raja di negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor[4] mengkehendaki rajanya seorang yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan dari keturunan raja. Ini dapat di lihat apabila Yang di Pertuan Agong mengangkat sumpah memegang jawatan, baginda mengangkat sumpah dengan didahului lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumapah yang di kehendaki dalam agama islam.[5] Mengikut peruntukan Perkara 3 (3) Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja. Seterusnya, Raja dan Sultan di negeri negeri yang beraja ialah ketua agama islam bagi negeri masing-masing[6]. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama islam, Raja dan Sultan di negeri tersebut mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat majlis Mesyuarat Negeri. Semasa menjalani tugasnya, Sultan akan dibantu dan di nasihati oleh Majlis Agama negeri[7] masing -masing.
                    
Bagi menyelaraskan Pentadbiran berkenaan hal ehwal Islam di Malaysia, Majlis kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan pada 17hb. Oktober, 1968 oleh Majlis Raja-Raja.[8] Keanggotaan Majlis ini telah diketuai oleh pengerusi iaitu Perdana, seorang wakil dari setiap negeri dan lima orang yang dilantik oleh Sultan dan Yang diPertuan Agong. Majlis ini ditugaskan untuk memberi nasihat atau membuat syor-syor mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Majlis Raja-Raja, mana- mana kerajaan negeri atau Majlis Agama negeri, dan menasihatkan majlis Raja-Raja, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis-Majlis Agama Negeri berhubung perkara yang menyentuh undang-undang, pentadbiran dan pengajaran Islam dengan suatu pandangan untuk memperbaiki, menyelaras atau menggalakkan penyelarasan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam.
                     
Dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang Di Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu. Disebabkan Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga di anggap dan termasuk dalam aspek menjaga dan melindungi agama islam. [9] Perkara 150 membenarkan parlimen atau Yang DiPertuan Agong meluluskan apa jua undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan.  

 Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai perkara negeri tetapi dalam hal ehwal agama Islam, Undang-undang hanya boleh di buat setelah kerajaan kerajaan negeri yang terlibat dirujuk.
Peruntukan perkara 12 fasal (2) adalah, “Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyelenggara institusi untuk pembelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu, tetapi adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.”  Seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan hendaklah menyediakan dan mengajar pelajaran pendidikan Islam untuk memenuhi tujuan tersebut. Namun pada tahun 1976, perkara ini telah di pinda sehingga membawa perubahan yang menunjukkan bahawa bagi menyediakan bantuan kewangan untuk  pembiayaan dan bantuan institusi Islam dan Pengajaran islam, Pihak Pemerintah tidak perlu lagi mengadakan undang-undang persekutuan atau Negeri. [10]

2.2 PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM MELALUI KERAJAAN NEGERI

Walau pun Perkara 3 tidak menyebabkan perlaksanaan undang-undang Islam, terdapat beberapa peruntukan lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh kedudukan undang-undang Islam iaitu Jadual Kesembilan yang membahagikan kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Undang-undang Islam diletakkan di bawah Senarai Negeri. Ini bermakna kuasa perundangan dan pentadbiran undang-undang Islam adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Badan yang berkuasa untuk membuat undang-undang berkaitan agama Islam adalah Dewan Undangan Negeri. Pada umumnya, Parlimen tidak berhak membuat undang-undang berkaitan agama Islam kecuali bagi Wilayah Persekutan.

Keadaan ini menjadikan tiap-tiap negeri perlu membuat enekmen tersendiri berkaitan perundangan dan pentadbiran Islam. Walau pun kebanyakan adalah hampir sama, namun terdapat juga perbezaan antara enekmen sesebuah negeri dengan negeri yang lain. Perbezaan undang-undang ini kadang-kadang menyebabkan timbil kelemahan dari sudut perlaksanaan undang-undang Islam ke atas penganut Islam di Malaysia.

Di samping itu skop undang-undang Islam yang boleh dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri ini adalah terhad kepada perkara-perkara berbentuk undang-undang peribadi, undang-undang keluarga dan beberapa perkara lain seperti yang disebut oleh Senarai Negeri itu. Ini termasuklah hukum pewarisan, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf, amanah khairat, adat istiadat Melayu, zakat, fitrah, baitul mal, masjid dan surau.

Ia juga meliputi kesalahan jenayah syariah seperti yang berkaitan dengan rukun Islam serta peraturan bagi mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara penganut Islam, di samping perkara yang berkaitan dengan mahkamah Syariah seperti keanggotaan, penyusunan dan cara pentadbiran mahkamah tersebut.

Undang-undang yang meliputi perkara di atas juga terhad hanya kepada penganut agama Islam sahaja. Ia juga hanya boleh berkuatkuasa setakat tidak bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.

2.3 KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
                 
  Undang-Undang Islam tertakluk di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri pada dasarnya. Namun begitu, perkara-perkara di dalam bidang kuasa mereka amatlah terhad. Senarai II, jadual kesembilan, perlembagaan menyatakan Perkara yang menjadi bidang kuasa mereka antaranya ialah dalam hal ehwal Keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain. Manakala dalam bidang kuasa jenayah ia hanyalah merangkumi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang Islam terhadap rukun-rukun islam.
                
   Kedudukan Istimewa Agama Islam telah terbukti dan terlihat  pada perlembagaan persekutuan, Perkara 3 (1) di mana Islam dijadikan sebagai agama bagi persekutuan[11]. Peruntukan ini menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan meskipun Malaysia adalah sebuah negara sekular. Kita dapat melihat wujud toleransi apabila perkara 11 di peruntukkan dalam perlembagaan di mana perkara tersebut memaktubkan bahawa setiap individu adalah berhak menganuti, mengamal dan mengembangkan agama masing-masing di Malaysia[12], namun dalam pada itu, perkara 11(4) pula melarang pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama bukan islam kepada orang islam[13].  Perkara 150 membenarkan parlimen atau Yang Di pertuan Agong meluluskan apa jua undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal 6A, iaitu kuasa ini tidak boleh diperluaskan dengan apa-apa perkara mengenai hukum syara’ atau adat istiadat Melayu dan sebagainya.[14] Sebelum perlembagaan ke atas perkara 121 dipinda, Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bersama ke atas perkara tertentu yang  berkaitan dengan islam. Namun melalui fasal (1A) perkara 121, Mahkamah Sivil tidak lagi boleh membicarakan kes-kes berhubung dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. [15] Perkara ini menegah mahkamah sivil daripada campur tangan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.kedudukan agama islam juga banyak dikaitkan dengan sejarah awalnya iaitu persidangan durbar yang terdiri daripada raja-raja Melayu dari empat buah negeri dalam negeri-negeri Melayu bersekutu yang mula diadakan pada tahun 1897[16].hubungan antara islam dengan kesultanan Melayu memang tidak dapat dipisahkan sehingga sekarang apabila hasil daripada durbar inilah yang menjadikan agama islam sebagai unsur-unsur adat dalam perlembagaan negara.
                  
Kedudukan agama Islam sudah lama diperdebatkan.namun,nampak sudah hal ini bahawa masalah ini tidak jelas dan menuntut pelbagai persoalan.terdapat pelbagai faktor yang menjelaskan kekeliruan di sini antaranya ialah peruntukan itu sendiri adalah tidak jelas sama sekali.selain itu,sumber dari sejarah sendiri telah merungkaikan pembentukan kerangka perlembagaan itu sendiri.malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan kaedah perundangan Common Law jadi,keputusan mahkamah menggunakan stare decisis  amat penting.malangnya,dalam isu agama Islam khususnya dalam perlembagaan,tidak kesemua keputusan mahkamah memuaskan.
             
  Ruang lingkup perbincangan tentang Islam dalam perlembagaan tidak sama dengan perbincangan tentang islam di Malaysia. Perbahasan mengenai kedudukan Islam dalam perlembagaan lebih tertumpu kepada peruntukan-peruntukan yang berkenaan yakni tafsiran dan perbahasan mengenai ruang lingkup dan implikasi peruntukan-peruntukan itu. Kedudukan agama Islam dalam perlembagaan dibincangkan dengan melihat hubungan antara orang-orang Melayu dengan Islam. Umum mengetahui bahawa agama Islam sangat berkait dengan kehidupan dan ketamadunan Melayu sepertimana pendapat Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengatakan bahawa Islam mempunyai hierarki yang sangat penting dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Buktinya, ruang lingkup perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan British dalam Perjanjian Pangkor 1874 di mana negeri-negeri Melayu mula mewartakan perlembagaan mereka, kedudukan Islam dan Raja-raja dinyatakan dengan jelas. Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada era 1957 perlembagaan yang wujud sekadar memenuhi ruang lingkup sedia ada.
                   
       Dalam perlembagaan Persekutuan hal ehwal islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Hal yang demikian dapatlah di fahami kerana sultan adalah ketua agama bagi negerinya. Keharmonian ini bertambah lagi apabila setiap Sultan atau Raja yang menaiki takhta Yang Di Pertuan Agong dan timbalannya, baginda perlulah bersumpah akan memelihara Islam pada setiap masa sebagaimana yang tersurat dalam Jadual keempat perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada hal ehwal Islam yang terletak dalam bidang kuasa negeri, sudah tentulah perkara yang sedikit ini menjadi autonomi kepada negeri dalam menegakkan syiar islam selain di Wilayah Persekutuan.( Datuk Zainul Rijal Abu Bakar 2011:20)  Ini termasuk penubuhan majlis agama negeri, mufti, mahkamah syariah dan jabatan agama. Hal ehwal islam sebagai perkara negeri ini bukanlah hanya berbentuk dekorasi sahaja. Ia mempunyai kesan perundangan dan implikasi yang besar terhadap hubungan antara persekutuan dan negeri. Apatah lagi undang-undang islam mempunyai falsafah atau jurisprudennya tersendiri yang kadangkala tidak di fahami orang yang tidak mendalami undang-undang islam. Dalam erti kata lain Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan agama islam kerana ia adalah urusan agama islam kerana ia adalah urusan negeri yang diketuai Ketua Agama melainkan mendapat perkenan Raja-raja Melayu.[17]

3.1 BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH
            
        Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai ‘al-wilayah’,yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Makhamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan.
              
    Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualism, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa mendengar dan memutuskan sebarang kes. Bidang kuasa yang tertentu juga mendapat menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Rayuan Syariah.
               
   Secara umumnya, bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah di Malaysia tidaklah berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun,Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan, pentadbiran, penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang ditubuhkan  perlu menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara.

3.2 SUMBER BIDANG KUASA MAHKAMAH SYARIAH
                 
  Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa bersama.  Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada senarai 2, yakni Senarai Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri yang diberikan kuasa  oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam I negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang diletakkan di bawah Persekutuan.

Jadual Kesembilan Senarai 2, Senarai Negeri, dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
1.      Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk  hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, Wakaf Islam dan  takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikkan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat, dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri,  adat istiadat Melayu,  Zakat, Fitrah dan  Baitul mal atau hasil agama yang seumpamanya masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-oramg yang menganut agama islam terhadap rukun-rukun islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan keanggotaan,  penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang- orang islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang, persekutuan, mengawal perkembangan iktikad dn kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama islam, menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat melayu.

Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. Oleh sebab itu, terdapat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing.

Pada pengamatan penulis, ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain pentadbiran di bawah jabatan ini.

3.3 BIDANG KUASA JENAYAH

Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah “dikurniakan” oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.

Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.

Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia, kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukkannya di dalam tiga tempat:

1)      Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri.
2)      Kesalahan-kesalahan si bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri.
3)      Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.


Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan penceraian dilakukan di luar mahkamah.

Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor  telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu:

1)      Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsudan takfir.
2)      Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah, mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadhan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat dan fitrah.
3)      Berhubung dengan kesusilaan seperti seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam.
4)      Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajiban, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf(menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal.

3.4 BIDANG KUASA MAL

Istilah ‘ mal’ sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kausa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:

1)      Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan. Seperti putus tuning, pemohonan kebenaran untuk berkahwin dan pemohonan untuk berpoligami.
2)      Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan. Seperti pemohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah,  pemohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, pemohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dn sebagainya.
3)      Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan. Pemohonan cerai khulu, lian fasakh, talak, takliq, penceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati.
4)      Sebarang pemohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order) Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri atau anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan.

 Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat pemohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injucksi)terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan.
5)      Isu-isu yang berbangkit selepas penceraian. Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati(mutaah) selepas perceraian ,harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah( penjagaan anak).
6)      Permohonan –permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka.
7)      Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah. Ini berlaku apabila keputusan yang  dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang stau lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.

Mahkamah  Syariah telahpun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap,efisien dan sebagainya. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh masyarakat.
Inilah adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan, diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka di situlah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat.

Pada hemat penulis, Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan oleh masyarakat. Ini adalah kerana, kita sama-sama dapat melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. Begitu juga dalam soal jenayah syariah. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan kes-kes jenayah syariah

Walau bagaimanapun, persoalannya bagaimana hendak memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa mahkamah? Ini kerana disebabkan pemahaman inilah yang menyebabkan mereka yang menghadapi masalah, membawa masalah mereka itu ke hadapan mahkamah. Dalam keadaan mereka boleh mengharapkan Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada mereka, memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan.
Maka, maklumat sebegini amatlah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat awam, khususnya masyarakat Islam di Malaysia memahami bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

4.1 KESIMPULAN
   
  Setelah kita melihat kedudukan Islam dalam sistem perlembagaan dan perundangan, perlu dinilai pula apakah ruang-ruang yang ada itu sudah dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini amat perlu dirumuskan sebelum langkah-langkah seterusnya diambil. Sebelum sistem alternatif atau perubahan-perubahan yang mendasarkan difikirkan, perlulah dipastikan terlebih dahulu bahawa sistem yang ada sekarang tidak mampu menghasilkan natijah yang umat Islam hasratkan. Hal ini perlu dinilai dengan melihat undang-undang yang diluluskan selama ini, polisi dan program yang dilaksanakan serta tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mahkamah terhadap peruntukan –peruntukan yang berkenaan. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam, yakni hudud dan qisas, seperti yang dikatakan di atas boleh dilaksanakan melalui kerangka perlembagaan dan undang-undang yang ada. Bagaimanapun, beberapa penyesuaian dalam bentuk pindaan dan pengkanunan undang-undang baru perlu dan ini mengambil masa. Hal ini mungkin agak jauh ke hadapan.
     
 Dalam mekanisme perubahan dalam perlembagaan ada dua perkara yang perlu diambil kira iaitu yang pertama perubahan politik dan yang kedua perubahan menerusi perlembagaan yang tidak semestinya dilakukan melalui kuasa politik. Agak jelas bahawa perubahan melalui politik adalah kaedah yang paling popular. Hal ini kemungkinan berpunca daripada anggapan bahawa ‘sistem’ yang ada sekarang ini sekular dan jahiliah dan tidak mungkin memberi ruang kepada Islam. Dari satu sudut pendekatan ini kelihatan efektif kerana banyak hal yang berlaku sama ada peringkat legislatif, eksekutif dan mahkamah menggambarkan halangan yang datangnya daripada pihak kepimpinan politik. Bagaimanapun ini tidak semestinya seratus peratus benar dan pentadbiran negara bukan hanya bergantung pada kuasa politik semata-mata.
     
Dari segi meminda perlembagaan pula sebenarnya tidak timbul masalah yang besar kerana kerajaan sekarang memiliki kerusi lebih daripada dua pertiga di Parlimen. Tetapi ini tidak mungkin untuk berlaku kerana hal-hal lain yang lebih kecil masih belum dilakukan. Contohnya, Akta Undang-Undang Sivil 1972 yang menjadi saluran kemasukan prinsip-prinsip common law masih belum dipinda untuk memberi laluan kepada prinsip-prinsip Islam. Oleh sebab itu, usahkan untuk menjadikan Islam sebagai dasar undang- undang, hak untuk orang-orang Islam menggunakan hukum Islam menggunakan hukum-hukum Islam dalam soal-soal tertentu pun masih belum dapat dilakukan sepenuhnya.
      
Kedudukan agama Islam di Malaysia dapat dibuktikan dengan kedudukan Mahkamah Syariah. Kontroversi yang berlaku sekarang jelas bukan berpunca dari perlembagaan. Ia adalah masalah yang timbul akibat kekeliruan dan kejahilan tentang perlembagaan. Sebab itu tidak timbul soal meminda peruntukan berkenaan. Orang bukan Islam terlibat kerana hubungan mereka dengan orang Islam  bukan kerana mahkamah syariah menafikan hak mereka. Masalah ini boleh diselesaikan dengan memperbaiki undang-undang atau prosedur yang adil,  ia tidak perlu melibatkan pindaan perlembagaan.
       
Natijahnya,  terbukti bahawa kedudukan agama islam dalam perlembagaan merupakan satu perkara yang seiring dengan pembentukan Mahkamah Syariah di Malaysia. Hal ini kerana, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia diiktiraf oleh Perlembagaan, negara serta dunia. Penubuhan mahkamah syariah juga menunjukkan bahawa kerajan begitu komited dalam meletakkan Islam sebagai suatu dasar negara. Ketertinggian Perlembagaan masih berada pada tahapnya apabila kepimpinan negara diterajui oleh seorang Raja yang menjadi ketua Agama Islam serta sebagai lambang negara Islam. Pembentukan Mahkamah Syariah pula bertepatan dengan wujudnya institusi kehakiman syariah di Malaysia. Hal ini ditegaskan lagi apabila adanya akta di mana Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam apa-apa berkait dengan kes di Mahkamah Syariah. Justeru itu, terlihat Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan di Malaysia dan Bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diberikan merupakan satu pengiktirafan besar kepada Islam serta menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara islam yang dihormati dan disegani.
 

RUJUKAN
Abd. Jalil Borham, 2002, Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri Johor, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.
Abd Jalil Borham, 2002, Pengantar Perundangan Islam, Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.
Ruhanie Haji Ahmad, 2005, Patriotisme Malaysia: Penangkis neoimperialisme, Malaysia, Utusan Publication.
Mohd. Salleh Abbas (1984). Federalisme di Malaysia- Perubahan dalam Dua Puluh Tahun Yang pertama
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 2001, Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia, Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Bari, 2005, Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Malaysia, Intel Multimedia and Publication.

Utusan Malaysia, 8 september 2011, Tinta PPMM, Hal 20.


[1] Cadangan parti perikatan
[2] Perlembagaan persekutuan perkara 3(1)
[3] Mohd. Salleh Abbas (1984). Federalisme di Malaysia- Perubahan dalam Dua Puluh Tahun Yang pertama
[4] Undang-undang tubuh kerajaan Johor 1895, perkara 2
[5] Perlembagaan persekutuan, perkara 37
[6] Ibid, perkara 3
[7] Oxford University Press, hal. 25
[8] Tun Mohammad Suffian Hashim, op cit, Hal 15
[9] Ahmad Ibrahim 1984. “Kedudukan Islam dalam perlembagaan” 1957-1977 Hal. 59
[10] Ahmad Ibrahim, op. Cit, hal 52
[11] Perlembagaan persekutuan perkara 3
[12] Ibid perkara 11
[13] Ibid perkara 11 (4)
[14] Ibid perkara 150 (6)
[15] Jadual ke-9, senarai II perlembagaan persekutuan 1957
[16] Meskipun demikian,dalam mesyuarat seperti yang diadakan  pada tahun 1930 di singapura,ia turut dihadiri oleh raja-raja Melayu tidak bersekutu.
[17] Utusan Malaysia, 8 september 2011, Tinta PPMM, Hal 20.

Sunday 18 September 2011

I want to achieve dream= Jannah wa Mardhatillah

Salam buat para pengunjung sekalian :) Rasanya dah lama dah ana tak tulis sesuatu yang ringan untuk di baca dan di ambil pengajaran kan, Kesibukan seringkali menghujam waktu ana, exam final untuk sem 1 pun dah makin dekat.. Akhirnya, sem ini akan berakhir tak lama lagi... maknanya tinggal lah lagi 5 sem untuk ana hadapi... Masa berlalu begitu pantas, mengalahkan kilat mungkin... 

Baru-baru ini ana menjadi perantau dan dalam perantauan ana, ana bertemu dengan pelbagai ragam orang di sekeliling ana... pertama sekali nak diceritakan ana bertemu dengan seorang pakcik yang dirinya sangat istimewa tapi bersabar dengan keadaannya, membuat ana rasa malu kerana ana cukup anggota.. Kehidupan terlampau sibuk di kota itu membuat ramai orang rasa stress, tapi ana tak lihat pak cik yang sedang mengendalikan diri sendiri di atas kerusi rodanya rasa stress, pesanannya yang berharga buat ukhti ana,  Jangan Tinggalkan solat... yup, ini adalah penghilang stress terbaik.. Manusia berusaha kan...  Allah menentukan...

Kalimah La ilah ha ilaallah... herm.. rasanya kita pandang apa kah dengan kalimat ini... adakah hanya kalimat saja... TIDAK... Kalimah ini adalah Kalimah keramat iaitu kalimat yang membwa sebuah kehidupan.. jikalau kalimat ini hanyalah sekeping kalimat maka nescaya Abu Jahal akan mengucapkan kalimat ini.. tapi kalimat ini adalah sebuah kehidupan dan bagaimana untuk kita menggapai kehidupan dengan kalimat ini ialah dengan menjalani sunnah-sunnah nabi S.a.w..Menjalani seharian dengan kehidupan nabi s.a.w.. dan permulaan pertama untuk menjalani kehidupan Nabi s.a.w ialah dengan Dakwah......

Ramai orang meninggalkan dakwah dengan Kalimat La ilah ha ilallah... semua mengubah keadaan diri sendiri dengan solat , puasa, zakat dengan tidak menyedari tentang dakwah iaitu kalimat tauhid.. Kalimat berserta keimanan... ada orang yang di uji sedikit, namun getar imannya takut kepada makhluk... Mulai kini.. berusahalah untuk berdakwah tentang kehidupan nabi.. walaupun sedikit... Terapkanlah cinta kepada kehidupan Nabi s.a.w kerana dengan cinta pada nabi s.a.w adalah cinta kepada ALLAH s.w.t....

Allah SWT berfirman:-
“Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik maka baginya sepuluh kali lipat ganda amalnya, dan barangsiapa yang mengerjakan perbuatan yang jahat maka ia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi”  (Al-An”am : 160)
Dalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila ayat ini diturunkan, seorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, apakah Laailahaillallah ini termasuk kebaikan’. Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah lebih utama daripada segala kebaikan”
Abdullah Ibnu Abbas Ra dan Abdullah Ibnu Mas’ud Ra berkata ‘kebaikan’ itu ialah Laailahaillallah.


Firman Allah SWT:-

Dan laki-laki yang berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya dan perempuan yang berzikir, Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35 ]

Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. [Al-Ahzab : 41 – 42 ]

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (Al-Quran) yang serupa mutu ayatNya lagi berulang-ulang, gementar kerananya badan orang-orang yang takut kepad Tuhannya, kemudian menjadi tenang badan dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, Dia memimpin siapa yang dikehendakiNya. [Az-Zumar : 23 ]


Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan Yang Maha Pemurah, kami adakan baginya Syaitan, maka dialah teman yang selalu menyertainya. [ Az-Zukhruf : 36 ]

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman supaya tunduk hati mereka untuk berzikir kepada Allah. [ Al-Hadid : 16 ]

Apabila telah ditunaikan Solat (Juma’at) maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung. [ Jumu’ah : 10 ]

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa yang berbuat demikian sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang rugi. [ Al-Munafiqun : 9 ]

#Dari  Syeikh  Firdaus. Sebuah pernikahan mempunyai asbab untuk dapat pasangan.. tetapi.. Allah yang menentukan.. Sebenarnya.. siapa pun yang kita dapat satu hari nanti adalah pilihan Allah juga.. yang telah Allah tetapkan... Habiskan masa kita dengan dakwah... Dengan Jalan menuju kejayaan dalam mencari redha dan SyurgaNya.... 
Dari blkg kitab Kenapa Nabi s.a.w berpoligami... (Bukan Ana yang tulis, tapi ia adalah taqdir Allah untuk jumpainya)
 

Monday 12 September 2011

The soul and love


Bismillah,

    Nailah mencuri curi pandang lelaki itu, dia tahu tidak sepatutnya dia buat begitu tapi ada satu keinginan yang kuat untuk memandang. Sosok seorang lelaki yang baru tiba membuka kain serban hitamnya dan meletakkannya dalam beg, yang tinggal hanya kopiah putih di kepala. Dia tersenyum kepada sahabatnya yang sedang memotong ayam menggunakan mesin pemotong daging. Lantas dia duduk sebentar sambil berehat. Di sekitar matanya mempunyai lingkaran hitam. Mungkin tak cukup tidur.
     “Astaghfirullahal azim….” Ucap Nailah. Dia menarik kembali pandangannya. Tidak sepantasnya dia begitu, namun lelaki itu benar-benar menarik perhatiannya kerana dia tidak pernah terjumpa lelaki yang memakai serban yang bekerja sebagai penjual ayam.
     “Nailah, dah mari balik…”  ujar Sayfurrahman, akhi Nailah yang sulung. Nailah pun mengikutinya.
       Umar tertunduk tunduk. Perasan dirinya diperhatikan seorang gadis yang mengenakan purdah hitam. Hatinya berdegup kencang, bagai ada suatu daya tarikan pada gadis itu, daya tarikan magnetic.
     “ Ya Allah, apa ni…” Umar memejam mata, cuba menghilangkan bayangan gadis tadi.
     “Umar.... nanti kau hantar ayam ni dekat alamat ni.. diorang nak cepat.. kalau boleh sebelum pukul 3 petang…” ujar Muhammad sambil menyerahkan sebakul ayam dan sekeping kertas.
     “Pukul 3?? Erm.. Kalau aku lambat sikit boleh tak? aku dah janji dengan mak aku nak hantar dia ke Klinik…” Ujar Umar.
       “ Aduh… pula.. pelanggan ni nak cepat nih.. ala.. senang macam ni…  kau angkut sekali ayam ni.. ok.. selesai masalah…” Muhammad pun berlalu pergi. Seorang sahabat yang baik. Umar tersenyum, dia takut tak sempat tapi masa itu di tangan ALLAH.

********************
        Nailah tersenyum sendiri, Allah lah yang maha mengerti dan mengetahui, perlahan dia atur langkah kepada Uminya.
       “ Umi… boleh Naila Tanya sedikit?”
       “ Boleh…”
      “ Kalau Naila nak nikah kan Umi.. Umi nak calon  Rijal yang macam mana?”
        “ Macam mana? Macam mana?”
        “ Ye la… maksud Naila… adakah umi mahu yang kaya, berharta, berpangkat, berkedudukan…”
        “ Naila… Umi sendiri akan carikan Naila ye sayang…menurut Umi, Umi tak perlukan dia yang Iberharta mewah, itu semua… tak penting sayang… kalau nak cari suami… pentingkan lah pegangannya    pada agamanya… Sekiranya iman dan takwanya itu ada… pasti keluarga islam dapat di bina… umi tak kisah meski dia sekadar pemotong rumput sekalipun…. Andai dia mempunyai taqwa.. dia lah yang akan menjadi  suami  anak umi ni….tapi kalau Naila dah ada pilihan hati.. khabarkan segera pada Umi…”
        Pemotong rumput sekalipun?? Naila terdiam. Dirinya bungkam. Ikhlaskah dia seandainya suaminya hanya tidur berbantalkan lengan, berselimutkan angin malam, mengenyangkan perut dengan hanya 3 biji kurma.
         Naila tersenyum, itulah jawapan yang diharap dari mulut Uminya, dia yakin.

***************************
        “Mak… Umar bawa mak ke hospital jom…..”
         “ Mak tak nak Umar, pergilah buat kerja kau tu dulu… mak sihat…”
        “Mak… Pandanglah wajah Umar… Mak tak kesiankan Umar ke? …”
Raudhah akhirnya tersenyum. Dia terpaksa mengangguk. Keinginan anaknya itu diikuti jua. Kalau dia nak, dia boleh menelefon Dr Abdul Rahman, doctor peribadi keluarga mereka, tapi Umar berkeras ingin membawanya ke hospital kerana peralatan yang lengkap berada di sana.Umar, berusia awal 30 an, mempunyai ijazah dalam bidang pertanian serta pelajar madrasah yang memegang sijil usuluddin dan memilih untuk bekerja sendiri daripada makan gaji. Prinsipnya tegas. Memang ianya halal namun kesohihan akan lebih terungkai andai dia memulakannya dulu. Perniagaan ayam itu dikongsinya bersama Muhammad 5 tahun yang lalu. Dia menjalankan aktiviti penternakan sementara Muhammad membuka gerai menjual ayam.  Kadang-kadang dia turut membantu di gerai, memotong ayam.
         Sekiranya dia membuka perniagaan sendiri, dia akan lebih banyak masa untuk bersama-sama ibunya dan beribadah kepada ALLAH. Umar hanya mempunyai ibunya sahaja saat ini, adik beradiknya yang lain sudah berhijrah ke luar Negara.
 *************************
Di rumah Nailah, masing-masing sibuk dengan tugasan,tidak terkecuali, Nailah  sedang menghiasi ruang tamu. Dari tadi, alunan surah Arrahman bermain di bibirnya. Pelajar pondok Sunnah Tarbiyah Darul Amin itu berdiri di hadapan tingkap rumahnya, umurnya baru 20 an, pengajian di pondok  masih belum selesai, hari ini, majlis pernikahan abangnya akan di raikan.
         Pandangannya tertancap ke luar, akhinya menyambut kedatangan…..
“ MasyaALLAH,”
Lelaki berserban hitam tadi, yang di temuinya di pasar dan memotong ayam. Dia berlari memasuki biliknya.
Alunan Surah Arrahman makin terlekat di bibir, hatinya mengeras.
       “Ya ALLAH, jauhkanlah perasaan ini dariku… supaya perasaanku kepadaMu terjaga….  Jauhilah dia dariku sekiranya dia bukan jodohku….”
       Umar memasuki rumah itu dengan sebakul ayam mentah.
      “Assalamualaikum….” Ucap Umar. Ada yang menyambutnya di depan. 
      Semua orang di situ memandangnya, bagai ada satu daya tarikan magnetik. Mungkin kerana dia berserban hitam. Entahlah.
      “ Silakan anak muda…. Letakkan sahaja ayam itu di situ… nanti saya sendiri akan menghantar bekasnya ke gerai kamu… oh ya.. siapa namamu?” ujar Abdillah, akhi kedua Naila, pelat indonesianya masih pekat setelah tinggal menetap disana selama beberapa tahun.
       “ Terima kasih… nama saya Umar…”
       “ Saya Abdillah…. Kamu orang sini?”
       “ya… memang orang sini.. kenapa akhi??”
       “ saya ingatkan kamu orang arab.. wajah kamu seperti orang arab… malahan dikenakan serban hitam.. kenapa kamu memakainya di terik panas begini? Memang ianya suatu sunnah.. tetapi menutup kepala juga suatu sunnah… cukup kan dengan menutup kepala dengan songkok atau berkopiah…
Tidak ada hadis yang sahih menerangkan fadhilat memakai serban. Beberapa yang masyhur semuanya memiliki kecacatan.” ujar akhi Abdillah, tujuannya hanya untuk sekadar menguji ketangkasan Umar dalam berbicara.
       “ Maaf akhi… sebenarnya saya ada suatu kerja yang harus diselesaikan… saya berminat untuk menjawab persoalan akhi.. cumanya.. ibu saya menanti didalam kereta.. saya ingin menghantarnya ke klinik.. dia sakit….jadi  insyaallah… kalau bertemu lagi, saya mahu membahas pertanyaan akhi…. insyaALLAH akhi…” ujar Umar.
         “ Nanti dulu anak muda…. Apakah itu suatu alas anmu?”
        “ Maaf sekali lagi akhi… ibu saya ada di kereta.. akhi boleh melihatnya….” Abdillah menjangkakan kemarahan Umar, namun sayang, Cuma senyuman yang dilihat terpalit di bibirnya. Subhanallah.
      “ Maafkan saya… Cuma… bulan hadapan di pondok Darul Amin ada talaqi dari Kiai Mansur.. mungkin kalau tidak keberatan.. saya ingin menjemput anak muda ini ke sana.. langsung… bisa kita bahas berdua tentang perkara ini.. moga-moga anak muda boleh memberikan sedikit ilmu buat saya… mungkin tidak.. kamu akan hadir?” Abdillah menghulurkan kad alamat Pondok Darul Amin.
       “ InsyaALLAH akhi… assalamualaikum….” Umar pun mengambil kad alamat tersebut lantas meminta diri untuk berangkat pulang. Abdillah tersenyum. Ada udang di sebalik batu.
**************************
Azan zuhur sudah masuk, Umar memberhentikan mesin potong ayamnya walaupun di sisinya masih ada beberapa ekor ayam yang harus dipotong segera.
          “ eik… Umar.. nanti dulu… kau siapkanlah ayam ni dulu… tinggal sikit je tu…”
          “ Lima minit je, Muhammad… Jomlah sekali…”
         “ Aduh… aku banyak lagi nak siapkan ni…”
         “ Ala… jomlah… kan Muthu tu ada.. dia boleh tengokkan… jomlah…”           
          “ Tak apalah… kau pergilah dulu…”ujar Muhammad.
Setelah mencuci tangannya, dia kembali membuka baju plastic khas yang sering digunakan saat memotong ayam, dengan itu dia yakin tidak ada najis yang terlekat dibadannya. Wahai, islam itu mudah. Serbannya kembali di pasang. Umar pun berlalu ke Surau berdekatan. Muhammad memandang pelik sosok Umar. Semasa  Umar masih bersekolah menengah, dia dulu seorang yang pemalas dalam bab beragama, setakat solat, alah… remehnya dipandang. Auratnya bukanlah dijaga sangat, bermain bola pun apatah lagi. Entah macam mana , apabila kembali pulang dari belajar sementara di sekolah pondok, perubahannya mengejutkan Muhammad, teman akrabnya. Semenjak itulah mereka memulakan bisnes menjual ayam. Sekurang-kurangnya mereka dapat membantu umat islam mencari makanan yang halal.
             “ Umar.. Umar…ingin sahaja aku menjadi seperti kau…Apalah daya, hidayah belum sampai…” Ujar Muhammad saat mereka berdua pergi memancing di tasik.
          “ jangan jadi seperti aku tapi contohilah Rasulullah, role model yang terbaik…Muhammad, Hidayah itu milik ALLAH, dan ALLAH akan bagi kepada sesiapa yang dikehendakinya.. untuk dapatkan hidayah, bukanlah tunggu sahaja.. ibarat kau duduk kat tepi tasik ni, tunggu ikan naik sendiri tup tup ada dalam baldi ni…. Kau kena lah berusaha kalau nak cari hidayah ALLAH…” ujar Muhammad, cuaca yang panas terik pada petang itu membuatkan dia memikirkan bahangnya api neraka, yang menjalar jalar dari bawah dan paling atas. Terdengar keluhan dari bibir Muhammad, Umar menoleh.
           “ Macam mana aku nak dapatkan hidayah tu Umar?” perlahan tapi jelas di telinga Umar. Umar tersenyum.
          “ Minta pada ALLAH, tak ada pada aku…” Umar berseloroh. Muhammad tersenyum. Jiwanya meronta-ronta dalam mencari setitis rahmat ALLAH. Sebaya dengan Umar, Muhammad ada seorang isteri dan 3 orang anak. Semuanya masih kecil. Dia tidak mahu anaknya menjadi sepertinya yang leka dan lalai kerana dunia. Semenjak kecil, ibu bapanya tidak menerapkan setitis pun nilai agama, bahkan dia sendiri tidak tahu untuk solat. Kehidupan di kampongnya  penuh dengan adat sehingga mengetepikan adab. Di kampong mereka Cuma tahu untuk berusaha mencari harta dan menyibukkan diri dengan duniawi. Kalau boleh anak-anak mahu dijadikan orang popular, latih dari kecil menjadi penyanyi, pelakon, atau penari. Yang sudah terlanjur, wallahualam.
    Pada pandangan Muhammad, Taraf hidup yang rendah di kampong, menjadi satu alasan sebagai kekangan mereka. Kebanyakannya, pekerjaan mereka Cuma nelayan, berniaga dan tak kurang yang bekerja di kilang-kilang .Tidak berkembang.  Ada yang Cuma menjadi kutu dalam kalangan masyarakat. Lepak sana sini, gejala pergaulan bebas anak muda.Dadah, pengaruh dan agenda zionis apatah lagi. Zaman sekarang sukar untuk mencari anak kampong yang sejati, yang penuh dengan adat dan adab islam.Ilmu agama sebenarnya lebih sukar sampai kepada mereka, apatah lagi, ibu bapa menggalakkan anak mereka belajar tinggi-tinggi sehingga ke Universiti untuk berbangga-bangga diri. Nilai agama langsung tidak mahu disentuh. Untuk belajar agama, mereka terpaksa ke Bandar, mencari pusat agama untuk belajar itupun memerlukan lebih dari jumlah pendapatan bulanan mereka. Apa sahaja di Bandar memerlukan wang. Sistem kapitalisme meresap dalam masyarakat tanpa mengambil kira warga yang bertaraf sederhana.
 Tidak dinafikan ada juga warga kampong yang Berjaya dalam kehidupan, Berjaya dalam pelajaran dan menitikberatkan nilai sentiment islam dalam kehidupan. Lihat sahaja contoh terkemuka yang membanggakan umat islam pada abad ke 21 di Negara kita, Nik Nur Madihah. Ikon yang mengambil Rasulullah sebagai Qudwah hasanah. Dan Ramai lagi yang tidak dikupas.
Masyarakat Cuma ingin mengambil tahu tentang keburukan orang lain, tidak mahu  mengambil tahu tentang pentingnya hidup bekerjasama.
   Kerana itu dari kampongnya, Muhammad terpaksa berhijrah ke Bandar, mencari suatu nilai elemen kehidupan yang baru buat anak anak dan isterinya. Mereka tidak akan maju di kampong, tapi mereka pasti memajukan orang kampong dengan misi yang akan di bawa kelak dalam perniagaannya bersama Umar sekarang.
     
************************
         Di Darul amin, terlihat naila keluar dari musolla wanita. Sayfurahman sudah menanti di ruangan musolla bahagian lelaki. Dia akan menemani adiknya bertemu untuk bertalaqqi dengan Ustaz Hurairah.
       “ Naila, akhi nak minta tolong boleh?” Naila memandang akhinya tanpa berbicara.
       “Tolong pegang ini, akhi nak ke tandas!!” selesai meletakkan buku pada tangan naila, Sayfurrahman berlari menuju ke tandas, Naila tergelak dengan gelagat abangnya itu, buku tadi tidak sempat dirangkulnya, semuanya selesai terjatuh. Naila menurunkan badannya untuk mengambil buku-buku itu, entah bagaimana, turut ada sepasang tangan yang mengutip sama buku-buku itu, Naila mendongak. Pemuda itu!

         Sungguh entah kenapa Naila tidak mahu melepaskan matanya dari memandang pemuda ayam itu.
         Umar hanya menunduk, selesai menyerahkan buku itu, dia terus berlalu pergi, Naila sedikit pun tidak dipandang.
         Naila terpegun, kagum dengan lelaki itu. Sungguh, ini kali pertama hatinya berdegup kencang. Seperti ada sesuatu yang telah membuat hatinya kucar kacir, kacau bilau. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada hatinya. Hatinya berasa sakit yang amat. 
         Mata Naila terus mengekori sosok lelaki tadi sehingga lelaki itu berjabat tangan dengan akhinya, abdillah. Naila kaku. Akhinya mengenali lelaki itu. Pemuda yang menghantar ayam ke rumah mereka pada bulan lepas.
         “Naila, kenapa tak masuk lagi nih? Jom  cepat…” Sayfurrahman kembali mengambil buku yang berada pada tangan adiknya. Naila Cuma memandang wajah akhinya. Dirinya kembali kebingungan.

******************************
            “ Sebelum ini, kamu belajar di mana Umar??” Ujar Akhi Abdillah ketika mereka sudah ada di dalam surau, di  situ ada sahabat- sahabat yang lain sedang menghafaz dan memeriksa hafazan Al Quran masing-masing.
             “ Sebelum ini , saya belajar di Madrasah Al Iltizam,”  jawab Umar.
            “Madrasah Al Iltizam? Kamu kenal ustaz Fadil dan Imam Safuan?”
            “Ustaz Fadil sahabat saya di madrasah, Imam Safuan  tu senior saya,” Umar mengangguk, masakan dia lupa, bersama Ustaz fadil dululah, mereka bersusah payah di Madrasah, bersama-sama berganding bahu menjaga diri dan membangkitkan sentiment islam di perkampungan sekitar Madrasah, Imam Safuan sebagai tempat berbicara dan bermusyawarah, Imam Safuan lebih muda darinya namun, Umar hormat padanya kerana ilmu- ilmu yang ada di dalam dada. Imam Safuan memulai pengajian di Madrasah seawall usia 7 tahun, manakala Umar sudah seusai ijazah baru mulai pengajian.
             “ SubhanaALLAH, MasyaALLAH, Ustaz Fadil sekarang sudah menjadi pegawai tinggi di Jabatan Agama, masih aktif berdakwah di sekitar madrasah, akhi kenal benar dengan Ustaz Fadil, dulu sama-sama kami ke Jordan, Wahai, dunia ini sungguh kecil, berbanding kebesaran ALLAH s.w.t, tidak di sangka-sangka kamu seperguruan dengan Ustaz Fadil… ”
                “maaf, Akhi kata, Kiai Mansur ada di sini, tapi kenapa saya tidak melihatnya?” Umar memanjangkan lehernya memandang kiri dan kanan.
               “Oh, Kiai Mansur ada, tadi pagi, malam ini dia harus segera berangkat ke Indonesia, ada program di sana… Sengaja saya ingin memanggil kamu ke sini, membahas soal apa yang ada di kepala mu itu, saya juga ingin ilmu dari anak murid Madrasah iltizam, ceritakanlah anak muda, kenapa kamu perlu memakai serban itu, ia sentiasa dilihat di atas kepala kamu… saya jadi bingung, kerna saya belum pernah melihat keadaan seperti ini di sini, tapi di Indonesia ada,, banyak..”
                     “ Kenapa, Akhi masih meragui fadhilatnya ?”
                    Akhi Abdillah menggeleng, “bukan begitu anak muda,,, Bukankah menutup kepala dengan kopiah ini sudah cukup dapat pahala sunnahnya…”
                " Apa salahnya jika saya pakai serban untuk menunjukkan cinta saya pada Rasulullah, memang tiada dalil atau fadhilat yg kuat untuk dijadikan amalan, tetapi, bukankah setiap perbuatan Rasulullah patut dijadikan qudwah, sedangkan orang sikh boleh berserban demi agama mereka, mengapa tidak kita sebagai  umat Nabi, mencontohi sebaik2 makhluk di semesta ini? siapa lagi yg ingin saya contohi selain Baginda?" ujar Umar
                  “ Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik, jadi salah satu sunnahnya iaitu memakai serban juga baik…” Umar tersenyum, hatinya tenang menjawab.
                   Akhi Abdillah tertawa kecil. Umar berjaya mempesona Abdillah. Abdillah merasakan Umar merupakan pemuda yang luar biasa,seorang penghidup Sunnah. Perbincangan mereka hari itu berakhir pada jam 11.00 malam. Umar melayan cerita Akhi Abdillah, pengalamannya berada di Jordan dan Indonesia. Umar meminta diri. Abdillah berdiri di muka pintu surau menyaksikan kepulangan Umar. Hatinya lega. Umar sudah lulus ujiannya. Hanya tunggu masa yang sesuai.

****************************
                      Pagi itu suasana sunyi di hospital, ibu umar berbicara sendu dengan satu-satunya anak lelakinya yang bujang itu. Ibunya menyuarakan hasrat untuk melihat anaknya berumah tangga. Umur Umar semakin meningkat dan ibunya semakin uzur untuk menemani Umar.
                     “Mak, kenapa cakap macam tu, InsyaALLAh, sempat Mak pegang cucu mak nanti,”
                     “ Bila?” Umar terkedu, soalan ibunya sukar dijawab.
                     “ Umar, kamu tiada calon ke? Kalau kamu tak ada calon, mak ada calon untuk kamu, anak Tan Sri Hashim, Anak Dato Razali, Anak kawan mak si Mariah, hah, kalau kamu nak, kamu cakap je dengan mak, boleh mak pinangkan….”
                     Umar terdiam, bukan dia tidak kenal dengan gadis gadis yang di sebut ibunya tadi, gadis metropolitan, gadis kota, Natasha terkenal dengan ketidak sopanannya dalam bergambar sakan di majalah, seorang model.  Rakhel, anak dato Razali, sudah beberapa kali menggoda Umar agar menyukainya. Sangat murah di mata Umar. Delaila, seorang sahabat nya yang sudah banyak kali berganti ganti kekasih, malahan sahabatnya sendiri pernah menjadi mangsa. Umar menggeleng, jauh di sudut hatinya dia kesal dengan tindakan gadis-gadis moden zaman sekarang, malu menjadi perkara paling akhir dalam kehidupan. Tidak segan silu menyerahkan diri sendiri pada lelaki lelaki yang bermata buaya. Banyak kali dia berfikir dan keputusannya muktamad dari azali, bahawa perempuan sebegitu tidak akan pernah menjadi isterinya. Bukan bersifat sombong atau terlalu memilih, namun dia harus memastikan kualiti bakal-bakal ulama’nya yang akan lahir dan turut berjihad bersamanya. Dia tidak kisah langsung tentang harta, keturunan atau kecantikan yang ada pada diri bakal isterinya, jika agamanya mantap apalah yang harus dikira dengan semua ciri-ciri yang tadi.
                 Fikirannya tertumpu pada sosok seorang gadis yang sudah lama tidak ditemuinya, Pertemuannya Cuma sekali, dan itu mungkin kali yang terakhir. Mutiara indah yang tersimpan dalam bekas kaca, itulah perumpamaan yang sesuai buat gadis yang pernah ditemuinya itu. Pernah Umar panjatkan doa, agar dia ditemukan dengan gadis itu kembali, dan berdoa agar gadis itu yang menjadi isterinya, Umar menggeleng sekali lagi, dalam dunia khayalannya, bagai bagai benda boleh jadi.
                  Argh!!! Hatinya makin meronta, ada sesuatu yang perlu di korbankan demi sebuah kehidupan.
                  Petang tadi,
                 “ Kamu setuju?”  
                 Diam.
                “ Sudah pasti saya setuju doktor, ambillah apa sahaja dari saya untuk menyelamatkan ibu,” tenang Umar berbicara. Penjelasan panjang dari doktor Abdul Rahman cukup melekat di mindanya. Ibunya mengalami masalah komplikasi hati. Doktor Abdul Rahman meminta Umar sendiri yang menjadi penderma organ hatinya, kerana keserasian darah mereka.
                Tanpa takut dan berfikir, Umar setuju. Seandainya dulu, ibunya sanggup pertaruh nyawa untuk melahirkan Umar, kenapa kini dia tidak boleh memberi segala-galanya untuk ibunya.
                “ Jangan risau, sekiranya serasi, kesan risiko pembedahan ini amat rendah, insyaALLAH selamat,” ujar Doktor Abdul Rahman, justeru beliau menetapkan tarikh yang sesuai untuk pembedahan dijalankan.
*****************************
                  Lamaran dari Akhi Abdillah datang mengejut. Umar dan ibunya turut terkedu. Tidak tahu apa yang harus dibicara. Menyalahi adat tapi bukannya adab.
                 “ Saya tidak akan memaksa kamu, Cuma, inilah niat saya, untuk memilih seorang calon suami buat adik saya yang sebentar lagi akan habis pengajiannya… Namanya Aisya Nur Naila Binti Umayr..  dan tujuan saya datang ke sini juga meminta supaya ibu dan Umar bisa datang ke rumah kami untuk taarufan dengan Naila… Malam ini, kedatangan nak Umar dan ibu di tunggu ya, saya permisi dulu, masih ada urusan yang harus diselesaikan,” Akhi Abdillah mengundur diri.
                 Malam itu, Ibu umar memaksanya habis-habisan untuk pergi ke rumah Akhi Abdillah. Umar keliru, dia berbincang dengan seniornya imam Safuan yang turut mengenali AKhi Abdillah dan juga Naila. Keputusannya positif, Imam Safuan bersetuju dengan cadangan Akhi Abdillah.
              Seusai solat sunat 2 rakaat, Umar melangkah ke rumah Akhi Abdillah. Hatinya berdegup kencang, menanti apakah yang akan berlaku di rumah itu nanti dan siapakah Naila yang di maksudkan Akhi Abdillah.  Setenang-tenangya dia berada di rumah Akhi Abdillah, dengan penampilannya yang menunjukkan cintanya pada sunnah Rasulullah, berjubah dan berserban hitam. Pandangannya hanya tunduk kebawah, perasaan malu menyelubungi hatinya.
               “ Janganlah hanya pandang ke bawah, mar, bukankah Rasulullah berpesan, harus melihat calon isteri, sekarang lihatlah, ini lah Aisya Nur Naila….” Akhi Abdillah berbicara setelah Umar lama menyepi. Naila turut menunduk. Sedikitpun calon suaminya itu tidak di pandang, hatinya gusar dan sakit. Entah kenapa bayangan wajah pemuda itu terus melekat di dalam hatinya dan tidak mahu pergi setelah banyak kali di usir. Dirinya tidak bersemangat lagi, yang mampu membangkitkan jiwanya kembali hanya AL Quran dan Solat. Allah lah yang akan menguatkannya, dan dia percaya.
                Umar mengangkat wajah dan memandang wajah naila yang sering diceritakan. Umar terkedu, hatinya tersenyum.  Mata itu dikenalinya.
                  Gadis itu, gadis yang sering didambakannya dalam khayalan, gadis yang sering bermain main dalam kotak fikirannya. Gadis yang berniqab hitam yang selama ini tidak pernah dikenali ialah Aisya nur Naila, calon isterinya. Hati Umar melonjak gembira, ALLAH mengabulkan doanya. Naila bangun dan kembali ke dapur ditemani kakak iparnya. Sedikitpun dia tidak memandang Umar. Niqabnya juga tidak dibuka. Hatinya menangis. Mungkin dia tidak akan bertemu lagi dengan pemuda penjual ayam itu.
                  “Subhanallah,” ucap Umar, perlahan namun dapat didengari akhi Abdillah.
                  “Umar, kami sudah tidak punya ayah, selain Sayfurrahman,  Naila punya saya sebagai akhinya, jadi sebagai wali, saya harap kamu bisa menerima lamaran ini…”
                  Diam.
                  “Dan di antara tanda tanda kebesaranNya ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir,” Umar mengangguk perlahan, mukanya terasa panas dek menahan malu, gayanya seperti anak dara sahaja.
                   “ SubhanaALLAH, saya menganggap kamu setuju Umar, syukran,” Akhi Abdillah memeluk Umar. Umar merasakan dunianya dipenuhi dengan mawar-mawar yang indah, ternyata gadis itu namanya Naila, gadis yang di doakan hadir kembali dalam hidupnya kini akan menemani hidupnya.
**********************
                   Naila duduk di tepi pantai, dia tidak dapat berfikir, rasanya neuron neuron yang lurus dulunya sedang bergelut sesama sendiri, hatinya terasa bagai dihiris hiris kaca, terasa amat pedih yang dia sendiri tidak tahu mengapa.
                    Naila tidak mahu lagi mengecewakan akhinya, dulu lamaran Imam Safuan pernah ditolaknya, hanya kerana alasan dirinya belum bersedia, begitu juga Ustaz Fadil yang pernah menyimpan rasa padanya, memberi surat-surat cinta yang akhirnya meruntuhkan kepercayaan Naila terhadap kewibaan seorang lelaki. Dia mahukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dengan ilmu bukan dengan pangkat dan nama, zaman sekarang memang sukar untuk mencari lelaki seperti itu. Tapi bukankah janji ALLAH memberikan yang terbaik untuk hambanya. Naila teringat pesan Uminya.
                   “ Biar dia tidak berharta, tapi bertakwa.”
                   Setitik air matanya tumpah jua, air mata suci yang selama ini di tahan daripada menangis kerana dunia, terlerai jua, hatinya sedang sakit, merindukan Sang Khaliq yang selama ini memberinya cinta sejati.
                   Batu-batuan di pantai itu menjadi saksi, air laut tenang bagai mengerti, ombak perlahan memahami, perasaan Naila yang kian hebat bergoncang.
                   “ Ya ALLAH, seandainya ini yang kau tulis untukku, ku yakin padaMu dan tidak akan pernah aku sesalkan,” perlahan dalam tangisan Naila berbicara dengan Sang Khaliq. Biarkan hatinya menderita kerana sekeping cinta buat pemuda ayam itu, asalkan dia pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi.
                  Hatinya sebak, sungguh dia tidak dapat berbicara. Biarlah perbuatannya menjadi perkataan, dia tidak akan protes, tapi dia akan menghadapinya dengan lembut.

***********************************
                  “ MasyaALLAH, sungguh mulia hati kamu Umar, anak yang mengenang jasa orang tuanya, sehingga saya sebagai akhinya Naila turut jatuh cinta sama perlakuan kamu, jangan risau, saya tetap mahu kamu yang jadi suaminya Naila,” ujar Akhi Abdillah, saat Umar memanggilnya ke hospital untuk memberitahukan padanya kisah pemindahan hati ini. Untuk mendapat keputusan muktamad dari AKhi Abdillah.
                  “ Akhi Abdillah, sekiranya saya menikahi Naila dan kemudiannya saya menderita kerana komplikasi pembedahan ni, saya takut menzaliminya,”
                  “Umar, kamu belum mengenali Naila, dia seorang yang sabar dan lembut hatinya, kamu tidak akan jumpa keluhan pada bibirnya, kerana dulu dia sudah pernah hidup susah,” Akhi Abdillah menepuk nepuk bahu Umar yang terbaring di atas katil. Sebentar lagi pembedahan akan dijalankan. Semenjak pagi tadi ibunya tidak sedarkan diri, Doktor Abdul Rahman terpaksa mengubah jadual pembedahan.
                   Terbayang- bayang di minda Umar, lembutnya sauh yang di jatuhkan kapal di Samudera, yang patuh dan tunduk pada perintah ALLAH. Bukti kebesaran ALLAH yakni Kaabah saat di tawafi, perisai nabi iaitu doa, matahari yang merah disaat ufuk tenggelam, wajah ibu dan arwah ayahnya, hatinya terus berzikir. Mengingati dekatnya dia dan kematian yang tidak pernah jauh. Menitis air matanya, kerana dulunya banyak dosa. Mengingati zalimnya dirinya apabila tidak mengerti maksud Rabb.
                  Malam tadi,
                Di dalam pekatnya malam, tangisan Umar yang rintih kedengaran,
              “ Ya ALLAH, Ampunkan dosa-dosa yang dulu pernah kulakukan, hambamu ini adalah hamba yang hina, hambamu ini takut dengan siksaan mu, namun rindu untuk bertemu denganmu, Ya ALLAH, ku tahu kau mendengar, dan ku tahu kau melihat hambamu ini, dan janganlah berpaling dari menjagaku Ya ALLAH, aku menanti untuk bertemu denganMU, kerana kau kekasih yang abadi, dan satu-satunya cinta yang ku ada, selamatkanlah ibuku, selamatkanlah ibuku, selamatkanlah ibuku,,,,”
                 Pandangan Umar kelam, setelah di bius, fikirannya hanya menumpu pada ALLAH dan ibunya.
 ************************************
                   Umar tersentak dari lamunan, dirinya dalam pakaian ihram, dihadapannya ialah rumah ALLAH, dan dia sedang tawaf di situ, dia berkesmpatan berada di saf paling hadapan ketika solat isya’.  Semerbak harum mewangi di bau. Entah kenapa dia merasa sangat dekat dengan Rabbnya setelah lama berjauhan, pakaian ihram lekat di badannya.
                  Entah bagaimana sekelip mata, dia berada di sebuah masjid yang tidak diketahuinya di mana, masjid yang sederhana namun indah, sekali lagi dia menunaikan solat disitu. Jiwanya terasa berbunga-bunga, seperti di anugerahkan sebuah trofi kemenangan ketika menyertai pertandingan lumba lari, tapi bahkan rasa ini lebih, seperti menggapai kemenangan buat Sang Pencipta yang abadi.
                  Dalam suatu dimensi yang lain, dia kembali duduk bertafakur apa yang sedang berlaku padanya, terasa diri berada di sekolah pondok lamanya, hatinya merasa sakit sekali, bagai ada yang patah, dia ingin bersuara tapi tidak mengena, Pencarian Mahabatullahnya bermula dari saat dia mengenal erti Rabbnya, dan kini jika ALLAH memanggil namanya untuk pergi dari dunia fana, dia rela ke neraka jika kekasihnya itu Redha, dia tidak peduli, akan panasnya api neraka, sekiranya itu yang membuat jiwanya rasa cinta.
               Mengapa, sebuah hati harus terbahagi berkeping-keping, mengapa ada sedikit ruang di dalam hatinya yang diisi dengan benda asing, tapi bukanlah sebuah kekotoran, Cuma sekadar sebuah rasa sayang buat insan di dunia fana.
               Betapa dia merasa susah dengan sebuah perasaan ini yang kerapkali hadir semenjak dia bertemu dengan gadis itu, betapa Syaitan Durjana telah berendam sebegitu lama dalam hatinya. Tetapi salahkah Umar apabila sungguh dia telah jatuh cinta kepada wanita itu dalam diam. Cuma sekali dia melihatnya, matanya terus kabur, hati terus mengeras, membenci sebuah perasaan. Bayang-bayangnya terus kelam. Dia mendengar suara-suara bisikan di sisi. Keadaan yang kelam kabut mungkin.
                   “ Nurse, cepat,”
                   “ Doktor, tekanan darahnya meningkat,”
                   “ Tambah dos,”
                   “ Selamatkan ibunya,”
                   “ Selamatkan anaknya,”
                   “ selamatkan kedua-duanya”
Umar terus terdiam di atas katil pembedahan. Kaku.
*********************************
Beberapa bulan kemudian,
           “ aku terima nikahnya Aisya Nur Naila binti Umayr dengan mas kahwinnya 70 ringgit tunai..”
                  Bergema ruang masjid yang menjadi saksi bahawa sebuah ikatan suci telah terpatri, Naila selamat dinikahkan dengan Umar. Dalam majlis pernikahan itu,Naila hanya meminta sebuah kitab Al Quran sebagai hadiah pernikahannya. Naila memberi suami yang tidak dikenalinya itu sehelai serban hitam,  dengan harapan sunnah Rasulullah yang dipegang suaminya itu akan menambat hatinya.
                 Setelah selamat dalam menjalani pembedahan dan setelah beberapa bulan menjalani fisioterapi untuk tubuhnya, Umar bangkit kembali. Menjadikan jalan jihad, ilmu dan perniagaannya sebagai wasilah untuk berjuang.
                  Riuh rendah keadaan di masjid, Akhi Abdillah yang menikahkan mereka berdua. Semua orang mengucap Syukur, dalam keadaan hati yang masih berdebar, Umar diiringi uminya ingin menyarungkan cincin terhadap Naila yang hari itu kemas berjubah dan berniqab putih gading.
                  Dan di saat itulah……
                 Naila terkedu,  bibirnya tak dapat bicara, tangannya semakin sejuk, senyumam dibibir terukir melebar, Bagaikan tidak percaya dengan apa yang ada di hadapannya kini. Lelaki yang sedang memegang tangannya ialah penjual ayam berserban hitam itu!
                 Dalam Majlis kesyukuran Walimah yang sederhana, Naila di sandingkan dengan Umar. Lelaki yang diidaminya dalam mimpi. Mimpi yang kini jadi kenyataan. ALLAH benar-benar mendengar doanya. Naila sendiri tidak tahu bagaimana caranya, namun ternyata inilah yang berlaku kini. Sungguh, Selepas ini pasti banyak ranjau yang akan di lalui. Naila benar benar bersyukur kepada Allah s.w.t. Naila tersenyum di sisi suaminya. Pelik tapi benar, dalam kehebatan Al Quran dan Sunnah mereka dipertemukan.Baginya keperitan yang mula-mula di rasakan di hati manis pengakhirannya bagi mereka yang sabar. Sabar, redha dan ikhlas, inilah yang diterapkan andai perkara lain yang tertimpa atas dirinya. Ya rabb, hatiku milikMu....
***************