Thursday 31 March 2011

Jadikan aku zinnirah 2010


Ainul Zinnirah duduk di bangku kosong di lobi lapangan terbang. Hatinya terasa ingin berpatah balik, tapi jiwanya meronta untuk kekal di sini dan tunggu dia.

“Aku tak pernah ingin nak jadikan kau isteri aku dan kau bukan orangnya!!” jeritan dia amat menusuk ke diri Ainul. Apakah salahnya??

“Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa… bukan sebab aku rela, faham?!” sudah jelas apa sebabnya dia selalu berlaku kasar.
*************************

Lamaran Haji Zainal sukar sekali untuk ditolak Mak rah, ibu tiri Ainul. Baginya lelaki itu sudah banyak membantu kehidupan mereka yang selama ini susah. Kini tiba masanya untuk membalas jasa majikannya itu.
“ Ainul, dia sudah banyak membantu kita, kita kena bantu dia kali ni…” Ujar Mak Rah ketika Mak Rah pulang dari rumah haji Zainal.
Ainul Cuma boleh terdiam menunduk. Hatinya takut untuk berkata tidak, tapi hatinya juga tak mungkin berkata ya.

“ Ya Allah, berikanlah petunjuk buat diriku. Adakah dia jodoh yang telah tertulis untukku? Jika ya, perkuat dan pereratlah hubungan kami…” doa Ainul sering berulang kali sama. Dia tidak lelah membuat solat Isthikharah. Hari-harinya dipenuhi dengan kesibukannya berdakwah. Tugas sebagai seorang Guru di pondok Taslim Islamiah dilakukan dengan penuh sabar. Ainul menyukai kanak-kanak, mungkin itu sebabnya dia menolak tawaran untuk menjadi doktor.

Persiapan terus terusan dibuat, riuh satu kampong, Anak Haji Zainal akan berkahwin dengan Ustazah Ainul.

Ainul bingung, dirinya selama ini sukar ditembus alur perasaan sayang atau cinta, begitu juga sewaktu remaja. Dirinya sibuk menyebarkan dakwah bersama arwah ayahnya, Haji Mohd. Apatah lagi sekarang? ‘Dia’ juga Ainul tidak kenal siapa. Perawakannya, adakah sopan, adakah dia seorang yang tidak lalai dari agama, dapatkah dia menjadi imam bagi Ainul di dunia juga diakhirat? Bolehkah dia menerima diri Ainul apa adanya?

Hari yang dinanti-nanti tiba, majlis antara Ainul Zinnirah haji Mohd dengan Ahmad Mikhail Haji Zainal berlangsung dengan meriah. Kompang dan selawat dialunkan hamper setiap pelusuk kampung.

Sayup-sayup, Ainul terdengar……
“ Aku terima nikahnya…..” terhenti. Haji Zainal menyiku lengan anaknya.
“ Dia gabra tu…” sampuk Muhib, sepupu Mikhail. Mereka di sekeliling tergelak. Mikhail masih bermuka masam. Hatinya mengeras.
“Tak apa.. sekali lagi….” Kadi menghulurkan tangan dan di sambut Mikhail.
“ Ahmad Mikhail bin Zainal… Aku nikahkan engkau dengan Ainul Zinnirah binti Mohd dengan mas kahwin sebuah kitab Al-Quran dibayar tunai….” Kadi mengguncang tangan Mikhail.
Buat kali ke tiga…
“ Aku terima nikahnya Ainul Zinnirah binti Mohd dengan mas kahwin tersebut tunai…”
“ Alhamdulillah…..” semua orang mengucapkan syukur.

Tidak semena mena, air mata Ainul berguguran. Hatinya tertanya-tanya siapa lelaki itu. Siapa Mikhail? Dia kah lelaki yang mencari rusuk kirinya di hati Ainul?
Dirinya sah menjadi isteri, pahalanya akan ditambah-tambah, amin. Ainul mengukir senyuman.

Majlis kenduri dibuat secara sederhana tapi meriah. Inilah perkahwinan satu-satunya anak haji Zainal, jadi tidak salah rasanya Haji Zainal berhabisan sedikit.

Ainul mengenakan persalinan pengantin yang menyerlahkan lagi kecantikan dirinya. Baju yang berwarna putih gading amat sesuai dipadankan dengan sut lelaki yang juga berwarna putih gading.

Majlis berjalan dengan meriah dari pagi hingga malam, Ainul bersiap menuju ke kamar pengantin. Dirinya kembali dirias sebagai seorang puteri. Dia menunggu kedatangan suaminya. Kamar tidur telah dihias dengan bunga-bungaan segar, haruman bunga ros paling menusuk.
Sudah hampir tiga jam, Ainul masih berjaga menanti kedatangan suaminya, jam menunjukkan pukul 3.20 pagi. Adakah masih ada tetamu? Ainul berkira-kira mahu solat sunat. Apabila dia bangun untuk membuka pintu, tiba-tiba pintu bilik terkuak.
Muncul seorang lelaki, itulah Ahmad Mikhail, suaminya. Ainul menyambut dengan senyuman, tapi Mikhail langsung tidak memandangnya.
“ Aku datang nak beritahu, cepat siap… kita akan berangkat ke Bandar sekarang…”
“ Sekarang?” tanpa kata Mikhail terus keluar dari bilik itu. Ainul terpinga-pinga. Dia teringat pesan gurunya dahulu, perintah suami mesti ditaati,segera dia menuju ke almari dan mengemas pakaiannya. Setelah menukar baju dia keluar mencari ibunya di dapur, Mak Rah masih sibuk mengurus pinggan mangkuk.
“ Ibu…” tegur Ainul lembut.
“Eh Ainul… apa kamu buat di sini???”
“Ibu.. kenapa abang Mikhail nak bawa saya ke Bandar??”
“ Maaf Ainul… ibu lupa nak beritahu, Mikhail kerja di Bandar… dia tak boleh lama di kampong, jadi ainul ikutlah dia ya..”
“ Lama ke bu dia di Bandar?…. Ibu macam mana?”
“ Kamu jangan risau tentang Ibu, masyitah kan ada… Yang penting ikutlah suami kamu kemana dia pergi… tanggungjawab ibu dah beralih pada dia… dia pasti akan menjaga kamu...” Ainul memeluk ibunya, di atas tangga, Mikhail sudah tersedia dengan bagnya memandang mereka berdua. Mak Rah menghantar mereka ke depan pintu.
***************
Sepanjang perjalanan selama dua jam, mereka hanya membisu di kereta. Mikhail kadangkala membalas mesej telefon bimbitnya sambil memandu. Mereka berdua sampai di rumah banglo milik Mikhail tepat saat berkumandangnya azan subuh, Masjid tidak jauh dari situ, dari rumah, Mikhail dia boleh melihat kubah masjid.

“ Bilik kau kat atas sebelah kanan…”
“ Bilik saya??” Ainul tertanya- tanya kenapa diistilahkan sebagai bilik saya? Kenapa tidak bilik kita?
“ Ada sesiapa lagi ke…” Mikhail memandang wajah Ainul. Hatinya semakin terbakar.
“ Bilik abang?”
“ kau ni tak faham bahasa ke?”
“ hah?”
“ Hei.. dengar sini aku nak terangkan pada kau.. Aku tak ada niat nak kahwin dengan kau.. Kau bukan jenis perempuan yang aku suka… Kalau ayah aku tak suruh, aku takkan ambil kau jadi isteri aku… dengar sini.. jangan sesekali bertanya, bercakap atau cuba usik barang-barang aku…” Mikhail terus naik ke tangga di sebelah kirinya. Peduli apa dia pada isterinya itu.

Air mata Ainul berguguran, hatinya pedih. Langkahnya terus menuju ke arah bilik yang disebut suaminya tadi, dia lantas mengambil wudhu dan tidak mahu melambatkan solatnya.
Disujud terakhir hatinya tidak dapat menahan sebak. Basah sejadahnya akibat air matanya yang terus mengalir. Ini kah jawapan Isthikharahnya?

Ainul tidak patah semangat, Allah telah menetapkan jodohnya ini. Mikhail jodohnya, kenapa dia harus melanggar ketetapan.

Setiap pagi, pembantu rumah Mikhail akan menyediakan segala-galanya untuk Mikhail dari baju sehinggalah kasut. Pembantu rumahnya juga akan menyediakan makanan pagi petang dan malam. Ainul tidak membuat apa-apa di rumah, mahu dibantu, pembantu rumahnya tidak mengizinkan.
**************

Setiap malam, Ainul akan berada diruang tamu menanti suaminya pulang, dirinya dihias dengan indah, semoga suaminya terbuka hati untuk menerimanya.

Tapi malam itu,
Pintu rumah dibuka, kelihatan Mikhail masuk ke dalam rumah, Ainul memerhatikan jalannya yang terhuyung hayang. Kenapa?

“ Abang…..” Ainul ingin membantu suaminya. Suaminya mabuk??? Astaghfirullah…
“ oi!! Don’t touch me…kau ni perempuan yang Mikhail kahwin tu kan.. Malang betul Mikhail, beristerikan perempuan macam kau...... kau tahu tak… Mikhail takkan suka perempuan macam kau… Mikhail hanya sayang Natasya…. Kau tahu tak kenapa Mikhail kahwin dengan kau?? Sebab bapa Mikhail gila harta…. Kalau Bapa Mikhail kahwinkan Mikhail dengan kau, bapa Mikhail akan dapat hampir separuh daripada Syarikat perkongsian bapa kau…. Bapa Mikhail memang gilakan harta…. Kau ingat tu je ke?!! Mikhail kalah bertaruh dengan Muhib… Muhib menang… Mikhail kena kahwin dengan kau.. perempuan kampong…” gelak tawa Mikhail mula menghiris sedikit demi sedikit jiwa Ainul. Dirinya dipermainkan.
********************

“ Hei… dengar sini eh… kau pekak ke apa… Aku tak sukalah dengan cara budak kampong macam ni…Aku cakap tak payah nak bertanya.. Aku tak tahu apa-apa..” Mikhail di atas sofa sedang membaca akhbar, Ainul berdiri disebelahnya.

“ Abang…malam tadi abang cakap yang….”
“ Hei… malam tadi aku tak sedar apa aku cakap… dahlah… aku nak duduk rumah bising je…”
Mikhail segera keluar.
Ainul mula menjadi lemah.
*************

Selalunya apabila Ainul mahu kemana-mana dia akan hantar mesej kepada suaminya. Dia tidak kira samaada suaminya balas atau tidak tapi dia yakin suaminya tahu.
Langkahnya mula diaktifkan, dia ke masjid berdekatan. Ketika itu, dia melihat satu program dakwah sedang diadakan, dia melihat dari belakang tabir sehinggalah seorang wanita menegurnya.
“ Assalamualaikum ukhti… kenapa tak masuk?” ujar wanita itu. Ainul mendiamkan diri.
“ Baru ke? Ana Musliha… enti?”
“ Ana Ainul…. Afwan ukhti kalau ana menggangu.. program apa ni?”
Musliha tersenyum, dia menerangkan segala-galanya tentang persatuan dakwah kebajikan di kawasan itu, dan di masjid –masjid yang biasanya kumpulan ini aktif.
Dari situlah Ainul bangkit kembali menegakkan bendera dakwahnya, perjalanan dakwah Ainul dan Arwah Haji Mohd tak boleh dihentikan.


Perlahan Ainul berjalan, Masjid yang selalu dikunjunginya kosong. Kemana semua orang? Ainul melihat jam tangannya, 10.50. Patutlah tiada orang.
Ainul masuk ke perpustakaan yang berada di masjid itu. Diselak buku-buku itu satu persatu.
‘Zinnirah’
Sebuah kitab berjudul Zinnirah ditarik keluar. Ainul terdiam. Zinnirah seorang hamba namun dia mulia. Kerana Islam dia menggadaikan matanya. Kerana Islam dia sanggup disiksa. Akhirnya tempatnya di syurga.


Tentangan oleh penduduk kafir di kawasan itu amat hebat, mereka sanggup membakar orang kafir yang masuk islam. Undang undang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Bagi mereka ini hal sosial.
“ Islam adalah sejahtera… kami tidak inginkan peperangan… Islam inginkan perdamaian…” itulah seruan persatuan Ainul.
Alhamdulillah sedikit sebanyak seruan itu membuahkan hasil. Ramai orang kafir berminat dengan Islam. Ainul mula mengajar sesiapa sahaja tentang Islam.
Namun, golongan Musyrikin tetap tidak mahu beralah. Semua orang Islam di anak tirikan.
Ini bukan zaman Rasulullah atau para sahabat, tapi ini zaman teknologi, mereka berbahaya, mereka mengancam keselamatan penduduk.
***********


Hampir setahun dia di Bandar, setahun juga dia bagai orang asing dalam kehidupan. Mikhail Setiap hari ada saja herdikan yang dilontarkan untuk Ainul. Tapi Ainul lebih bijak, melayan suaminya meski Mikhail keras terhadapnya.

“ Ya Allah, jadikan aku seperti Zinnirah, Zinnirah dalam cahayamu, Zinnirah dalam hati suamiku… ya Allah, Lembutkanlah hati suamiku… bukakanlah hatinya untuk sama-sama berdakwah denganku… Amin…” Zinnirah solat hajat malam itu. Dia tidak menyedari, sedari tadi Mikhail memerhatikannya. Hatinya menangis.
Kenapa??? Kenapa Ainul??? Kenapa tidak Natasya??? Natasya adalah orang yang dicintai meninggalkan nya semata-mata kerana Ainul menjadi isterinya. Natasya mengaku dia tidak mencintai Mikhail tapi dia mencintai wang lebih dari segala-galanya. Datuk Faiz adalah pilihan yang tepat. Mikhail kecewa. Percintaan yang diukir bertahun-tahun musnah. Dia tidak sedar hati yang dicari ada didepan mata. Selama dia berkawan dengan Natasya, hidupnya tenggelam dibawa arus maksiat. Dia lupa dirinya ada tuhan. Dia lupa dia seorang Islam.
Mikhail keluar dari rumah. Dia mahu mencari ketenangan tapi tidak boleh. Tiba-tiba sebuah bas tidak diketahui arah mana merempur sekujur tubuh yang sedang berjalan ke arah masjid.
*************
Hidupnya kelam….
Mikhail hanya mendengar suara-suara.
Dia tidak dapat membuka mata, juga tidak dapat merasa.
Suara yang paling kerap didengar ialah suara Ainul.
“ Abang… abang cepat bangun ya….”
“Abang… abang ok ke hari ni?”
“ Abang… abang dengar suara Ainul?”
“ Abang…. Ini Ainul… Isteri abang…..abang kenal tak suara Ainul?”
Setiap hari Ainul datang dan setiap hari juga Mikhail mendengar pertanyaan-pertanyaan itu. Andai dibolehkan bibir bicara, Mikhail mahu menjawab.
“ Ainul..Maafkan abang….”
Hanya itu, itu sahaja yang mahu dia katakan pada Ainul.
Ainul menemani Mikhail di Hospital. Sepanjang malam matanya tak mahu lelap. Tahajud dan doanya beralun di wad Hospital.
“ Ya Allah… berikan Suamiku peluang untuk hidup di jalanmu….”
Perlahan Air mata Ainul mengalir, hatinya sayu. Selama ini dia tidak pernah melihat Suaminya solat, mengaji. Kerapkali dia menegur, kerapkali perkataan berbisa akan keluar kepadanya.
**********



“ Enta terimalah peluang ni.. lagipun keadaan dah pulih… perjanjian damai bakal dirunding.. Insyaallah ini peluang terbaik untuk enta sambung pelajaran…” Mardhis melangkah keluar masjid. Surat di tangan Ainul dipegang erat. Dia mahu sambung belajar, tapi suaminya?? Dia tidak mahu meninggalkan Mikhail .
*****************

Petang itu dia pulang ke kampung, Semuanya mengucapkan simpati atas apa yang telah berlaku pada Mikhail. Ainul segera menuju ke rumah Mak Rah ibu tirinya. Ibu tirinya itu membela Ainul semenjak ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Mak Rah menyayangi Ainul kerana dia tidak mempunyai anak. Mak Rah bukanlah seorang mata duitan. Mak Rah seorang yang baik hati.
“ Assalamualaikum…Ibu…”
“ Waalaikumusalam… Ainul… Ya Allah…. Apa yang berlaku pada Mikhail? Maaf ibu tak boleh nak ke Bandar… tiada sesiapa nak jaga rumah…” tangan Mak Rah segera dikucup. Mak Rah memeluk anaknya.
“ Ibu… Ainul rindukan ibu….”
“ Jangan sedih sayang anak ibu….. Mikhail akan baik Insyaallah…”
Petang itu, Mak Rah memasak makanan kegemaran Ainul. Ainul makan sedikit-sedikit. Badannya semakin kurus dan cengkung.
Ainul menceritakan tentang keadaan suaminya di hospital dan meminta ibunya berdoa untuk Mikhail.
Mak Rah melihat tubuh Ainul.
“ Ainul…. Kamu dah kahwin selama hampir setahun… kamu dah mengandung?” pertanyaan yang dilontarkan membuat Ainul ingin mengeluarkan segala isi perutnya. Apa yang harus dia jawab? Bagaimana dia boleh mengandung seandainya dia belum pernah disentuh Mikhail. Teringat setiap kali Mikhail mengambil cuti, Ainul akan berhias dan menunggu dihadapan kamar Mikhail dan setiap kali juga Mikhail akan menolaknya ke tepi. Apa yang harus dia katakan?
Ainul menggeleng. Mak Rah kebingungan namun dia faham keadaan Ainul sekarang.
Ainul memberitahu ibunya tentang menyambung pelajaran di luar Negara. Ibunya mengatakan Sekiranya Mikhail boleh dijaga dengan baik oleh jururawat lelaki di Hospital, Ainul boleh meneruskan pelajaran. Ainul mahu terus membantu umat islam. Ainul mahu menambah ilmunya. Itulah tujuan murninya.
****************
Tiga hari berlalu, hari ini Ainul akan berangkat ke luar Negara menyambung pelajarannya. Hatinya berat tapi dia harus pergi.
“ Abang.. bangunlah… halang saya pergi…” permintaan terakhir Ainul bagai tiada jawapan. Mardhis yang menanti di luar memanggilnya. Kalau lambat mereka akan ketinggalan kapal terbang.
Air mata ainul mengalir. Tangan suaminya dikucup. Buat pertama kalinya, Ainul mengucup dahi Mikhail. Dia terpaksa pergi untuk sementara mencari jalan baru untuk dia meneruskan jihadnya berdakwah.

‘Zinnirah… dengarlah kata hatimu… Abang mahu menghalang kau daripada pergi… Namun tubuh ini tidak terdaya… Abang sedang berusaha melawan segala kejahatan yang ada di tubuh ini…Abang sedang cuba…. Kalau tidak sempat untuk abang bangun mengutus kemaafan… Abang redha dan ikhlas kau pergi… Maafkan suamimu ini Zinnirah…’ Air mata perlahan berguguran dari mata Mikhail. Kepalanya bertambah sakit. Dia dapat merasakan Ainul sudah tiada disisinya. Dia cemas. Segala urat sarafnya bagai terlekat antara satu sama lain. Nafasnya tersekat-sekat.
‘ Ya Allah jangan kamu ambil aku sebelum sempat aku bertaubat’
******************

“ Alhamdulillah.. segalanya dah selamat…. Semoga arwah mendapat tempat di sisi Allah.. Amin..”
Dia melontar pandangannya jauh, dia tidak menyangka orang yang disayangi akan pergi, Sepatutnya, dialah yang pergi dahulu sebelum orang itu.
Cuaca di tepi pantai mendamaikan, Mikhail membetulkan kopiahnya.
‘ Ayah… halalkan segala makan minum Mikhail … redhalah Mikhail menjadi anakmu… semoga ayah bertemu ibu di Syurga…”
Mikhail memandang jam tangannya, menunjukkan jam 6.45, dia harus segera ke Masjid. Hari ini jadualnya untuk mengimamkan solat maghrib.
Itulah kehidupan Mikhail. Empat tahun berlalu. Setelah dia sedar dari komanya. Dia belajar untuk menjadi insan berguna di sisi ALLAH dan masyarakat.
Dia membina sebuah pusat dakwah yang kini diiktiraf dalam Negara. Dalam masa yang singkat, pusat itu disertai ramai aktivitis dakwah dan mulai menarik orang bukan Islam memahami islam.
Sebelum itu, hidupnya lumpuh. Dia tidak mampu mencari ALLAH, tapi semejak dia mulai melangkah ke dalam masjid yang menjadi masjid kegemaran Ainul, dia mulai belajar dan terus belajar untuk meningkatkan iman.
Doanya setiap hari dilantunkan kepada ALLAH.
‘ Ya ALLAH, Ampunkan dosaku.. Dosa kedua ibu bapaku… Dosa Isteriku… Dosa semua umat islam… Jadikan diriku sebgai benteng dari kekufuran… Ya ALLAH.. rahmati dan redhailah isteriku… Satukan lah kami kembali dijalanmu…’
************


“ Islam itu sejahtera wahai saudara… mencari Islam tidak memerlukan masa seandainya iman bertompok di hati… lakukan ubat hati..” ujar Ustaz Husin.
“ Ustaz… Bagaimana sekiranya kita dizalimi? Misalnya seseorang yang melakukan kebaikan dizalimi.. Boleh ke kita lawan balik?” Tanya Abdul Rauf. Mikhail yang berada di belakang terkedu. Dia tunduk.
“ Islam tidak membenarkan berperang atas dasar permusuhan atau apa sekali pun.. Islam mengizinkan kita bertindak hanya bila kita diperangi dan untuk mempertahankan diri.. Jangan balas kejahatan dengan suatu kejahatan yang lain… seperti api kalau dibalas dengan api makin panas bukan… Tapi kalau api dibalas dengan air… lihat bagaimana api terpadam…”
Mikhail terdiam. Hatinya terus beristighfar. Betapa banyak dosa yang telah dia perbuat. Dirinya menzalimi isterinya sendiri. Dia menyiksa Zinnirah. Walau tidak wujud perasaan cinta sama sekali di hatinya tapi di suatu sudut dia merindukan gadis itu.
Teringat Mikhail pada kelembutan Zinnirah. Setiap kali diherdik atau dikasari Zinnirah hanya diam. Kadang-kadang Mikhail melihat air mata yang jatuh berguguran di pipinya. Zinnirah kerapkali menghamparkan sejadah di bilik Mikhail, yang ini Mikhail tidak marah akan Zinnirah kerana masuk kebiliknya.
Hatinya sayu, setiap kali dia bangun malam, dia akan terdengar sayup-sayup suara Zinnirah mengaji.
Zinnirah….

Pengurusan Syarikat milik Mikhail sudah diserahkan kepada Muhib. Dia yakin Muhib boleh menguruskannya dengan baik. Sementara itu, Mikhail terus terusan menyumbang harta dan tenaga kepada Pusat Dakwah yang diberi nama Zinnirah dengan harapan apabila Zinnirah kembali, mereka berdua akan sama-sama mengusahakan pusat ini dan sama- sama menyebarkan Islam.
“ Dia seorang wanita yang baik, Mikhail …” ujar Muhib ketika mereka berdua pergi memancing.
Mikhail memandang wajah sepupunya dan hatinya berkata ‘ ya memang’.
“Sebenarnya dahulu, arwah ayah Nal berpakat dengan aku agar mengusahakan segala cara agar kau mengahwini Ainul… Aku mulai dengan bertaruh dengan kau kerana aku tahu kau pantang dicabar…”
Mikhail tersenyum. Dia sudah agak, Muhib sepatutnya menjadi seorang Ustaz malahan dia belajar di Kaherah, sewaktu dicabar dulu, dia tidak dapat mengenali muhib yang sebenar.
Pancingannya mendapat hasil, Muhib membantu Mikhail mendapatkan ikannya.
“ Arwah ayah Nal bukan nak kau kahwin dengan Ainul kerana harta…”
Mikhail tersentak, tangannya luka terkena mata kail yang cuba dikeluarkan.
“Mikhail …kau ok?”
“ Muhib… apa maksud kau?? Arwah ayah cakap dia nak aku kahwin dengan Zinnirah sebab harta….”
Muhib tersenyum. “ Sekarang kau tahu apa harta yang bernilai? Keimanan dan ketaqwaan kau..”
“Aku yakin kau layan Ainul dengan baik…” Muhib menepuk-nepuk bahu sepupunya.
“ Sebab tu aku nak kau sambut dia pulang esok… di lapangan terbang…” Mikhail memandang wajah Muhib seperti tidak percaya.
Di situlah dia ceritakan bagaimana dia boleh mendapat tahu tentang kepergian Ainul. Sebenarnya rakan dakwah Ainul iaitu mardhis ialah isterinya. Mardhis menghantar Ainul untuk belajar ke luar Negara atas arahan Muhib. Itulah pesanan arwah ayah Naim sebelum dia meninggal dan seeloknya Mardhis dan Muhib tidak mahu menangguhkannya.
***************
Hari semalam telah berlalu, hari ini adalah hari yang dia mahu tempuh. Semalam dia mengajak Muhib untuk membeli belah, dia mahu kemas rumah, membeli hadiah dan memasak untuk Ainul.
Apabila persiapan di rumah sudah selesai. Dia menyuruh Muhib, Mardhis, Mak Rah dan Masyitah untuk sama-sama menjemput Ainul dilapangan terbang.
****************
Ainul pula masih menanti. Hatinya berdebar. Mardhis memberitahu bahawa Naim sudah lama sedar dan sihat dan banyak berubah. Ainul percaya.
“ Kak Ainul!!” jerit masyitah. Dari jauh dia boleh melihat Masyitah, rakan kecilnya.
Ainul segera berlari kea rah Masyitah. Mereka berpelukan.
“ Masyitah… Masyitah apa khabar?”
“ Baik… Ainul macam mana?”
“ Ainul baik…” Masyitah lantas menunjuk-nunjuk ke belakang Ainul. Ainul berpaling. Dia melihat Mak Rah, Muhib, Mardhis sahabatnya. Tapi dia tidak melihat suaminya. Ainul pasrah, mungkin suaminya masih belum mahu menerimanya.
“Jom kita balik ke rumah….”
****************
Mereka sama-sama pulang ke rumah banglo. Mikhail Kelihatan sepi. Mereka menyuruh Ainul masuk diikuti yang lain.
Apabila lampu dibuka, Ainul dapat melihat Mikhail berpakaian kemeja dan berseluar slack hitam sedang tersenyum kea rah Ainul. Ainul segera kea rah suaminya. Dia mengambil tangan suaminya lantas diberikan kucupan.
“Mikhail dah banyak berubah dan dia menanti enti….” Kata kata Mardhis membuat dia yakin suaminya tidak akan menolak salamnya.
“ Maafkan abang…” Mikhail memandang erat wajah Ainul.
“ Romantiklah pula… kita ni bila nak ajak menjamah…” usik Muhib. Wajah Mikhail dan Ainul bertukar merah.
“ Hah.. jemput sila… Ni semua special....”
“ Kau masak ke Mikhail??” Tanya Muhib.
“ Hish mana kau tahu ni bocor rahsia aku….”
“ hebatlah kau….kat mana kau belajar??”
“ Kat restoran depan tu….”
“Alamak… aku dah terkena….” Muhib menampar dahinya.
**************
“ Kenapa Zinnirah maafkan abang? Abang banyak buat salah.. Abang keluarkan perkataan yang tak baik… Kenapa Zinnirah diam je… Tak nak lawan abang…” Pertanyaan Mikhail sebenarnya bertujuan untuk menguji Zinnirah. Sampai saat ini tiada sesiapa yang tahu tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Zinnirah memang pandai menjaga.
“ Abang… Zinnirah tak rasa abang ada buat salah… Abang tak pernah pukul Zinnirah… menandakan abang sebenarnya tak sampai hati kan… Setiap kali abang cakap macam tu… Zinnirah dah redha dan ikhlas maafkan abang… Mungkin abang stress pasal Natasya…”
Mikhail tersengih lantas mengusik hidung Zinnirah.
“Cemburu ye…”
“Mungkin… Zinnirah tak nak pegang title isteri derhaka… Zinnirah sayang abang semenjak kita diijabkabulkan… Zinnirah tak sanggup nak lawan abang…”
“Terima kasih kerana hadir dalam hati abang….”
“ Abang.. satu je yang Zinnirah nak pesan … Sesungguhnya, Zinnirah mencintai abang kerana agama yang ada pada abang.. sekiranya agama itu hilang dari abang… maka hilanglah cinta Zinnirah…”
Zinnirah mengambil tangan suaminya lantas dikucup. Mikhail tersenyum. Hatinya benar benar mengucap syukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk hidup dan beramal. Islam akan dipegang itulah Ad deen yang sebenar.
‘Zinnirah.. bantulah abang untuk membimbingmu….”
*****************

Zinnirah kini bersama sama membangunkan Pusat Dakwah Zinnirah. Dirinya benar-benar bersyukur kepada Allah kerana memberikannya ilmu dan iman.
Ternyata kini dia mendapat jawapan dalam istikharahnya. Kini mereka sama-sama menyebarkan dakwah kepada orang ramai. Kini Zinnirah menjadi sayap kanan buat Mikhail.
“ Benar bukan kata-kata ana.. Mikhail banyak berubah..” Ujar Mardhis ketika sedang melihat bangunan yang baru untuk Pusat dakwah.
“ Subhanallah Alhamdulillah… sayang arwah ayah dah tiada… kalau mereka hidup lagi… mereka pasti bangga dengan apa yang ada sekarang” Ainul menunduk. Hatinya teringat akan arwah ayahnya dan juga arwah ayah mertuanya.
“Sesungguhnya… ana mahu Pusat dakwah ini berterusan hidup… meneruskan perjuangan kita dahulu…”
“Insyaallah… karya karya enti bagus untuk disebarkan… untuk amal…” mereka berdua tersenyum.
*****************


Mikhail menyerahkan sebuah buku berwarna ungu kepada Zinnirah yang duduk disisinya. Pemandangan laut amat menyamankan. Inilah kebesaran Allah, jika kita benar-benar menikmatinya, hati boleh menjadi tenang.
Di saat ini, Mikhail dan Zinnirah sedang bercuti di kampong halaman mereka. Tempat dimana pertama kali mereka bertemu dan diijabkabulkan.
“Abang dapat di Makkah…” ujar Mikhail. Matanya masih tertumpu kearah pemandangan laut.
“ Abang ke Makkah?? Subhanallah… Zinnirah belum sampai pun ke Mekah…” Ainul mengambil buku yang dihulurkan Mikhail.
“ Insyaallah…. Suatu hari nanti kita sama-sama buat haji ye….” Ujar Mikhail sambil mengusap perut isterinya. Kini Ainul sarat mengandung tujuh bulan.
Zinnirah membelek buku yang dipegangnya.
“ Fahri?” Ainul memegang perutnya “ Itulah sahabat abang semasa di Mekah… Dia menceritakan kisah dirinya untuk dijadikan pengajaran… dan abang betul betul terkesan… Dia tabah walau difitnah… dan dia sabar menanti arahan Allah…Abang tak sempat nak berkenalan lebih dengan dia.. Dia hadiahkan abang buku ni…”
Ainul tersenyum.
“ ZINNIRAH”




*******************************









Aku bukanlah mentari tuk menghangatkan pagi,
aku bukanlah rembulan yg menanti datangnya subuh,
aku bukanlah lautan yg mengukir namamu,
Aku bukanlah awan yg menari di ufuk senja,
dan aku bukan bidadari yg menanti di kaki langit,
aku hanya sebutir hati yg terus memikirkanmu
aku hanya sekujur cinta yg menanti di kaki arasymu..
Kau maha dahulu dan kau yg terakhir....
jadikan aku sang penanti ragaMu...

15/3/2010



desir desir pasir menarik aku ke dalam jiwa Romania,

Wadi aqabah bagai memanggil manggil cinta datang padaku,

Laut mati bagai saksi antara furat dan tigris,

Awan menjadi lawan bagi rembulan,

Kabut malam masih menangis apabila pertanyaan tentang cinta masih tidak terjawab,

Hatiku memang pemuja yang kehausan,

Aku mencintaimu,

Kata mesir kepada Nil,

Apa ada cinta dari Cairo?

17/3/2010

Wednesday 30 March 2011

Apakah yang sedang anda fikirkan?

Malam malam begini, jari lenguh menulis, fikiran dah penat berfikir, agak aka apa yang sedang antum fikirkan?
Jam 12.50 pagi waktu mesia ni biasanya kalau tak tidur lagi, perut akan berbunyi-bunyi, menandakan antum semua sedang kelaparan. dan tak kenyang-kenyang setelah makan ayam golek dan nasi makan malam tadi. Memandangkan antum semua kemalasan, pasti antum akan memasak benda2 yang simple je kalau dah lapar sangat,  contohnya Megi. Megi tak baik untuk kesihatan. Itulah faktanya. Berikut adalah fakta yang di dapati dari encik google:




Tu Dia.....
Nilah kandungan megi yang ana baru saja telan hari ni, 3 kali dalam sehari nih, dalam sehari ni, fuhh~~~
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).


BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.


Tapi ana makan ni lah tadi, erk, heish.. tak apalah setahun sekali.
Sokonglah megi buatan mesia nih. :)
kekenyangan, ucap alhamdulillah.

From megi eh,
punur

Tuesday 29 March 2011

A DEDICATION FOR THOSE WHO LET ALLAH PLANNING HER FUTURE.

Salam semua. sihatkah? Malam-malam ketika post ni di coretkan, kelaparan telah pun menerjah masuk ke dalam perut. Shawarma terus menjadi igauan dan idaman. Tak apa, satu hari nanti ana pi mesir, ana borong shawarma satu kilo, Gelak pula... heish. 
Ok ok. hayatilah lagu yang ana nak bagi kat antum semua nih, di dalamnya ada juga pengajaran sedikit2. Nanti ana sertakan liriknya (yg ana ubah sikit, sikit je) untuk di hayati sama- sama ye. Selamat malam, dan selamat tidur. Jangan lupa baca surah al mulk, ayatul kursi dan al fatihah sebelum tidur. (inilah ubat tidur yang paling baik daripada pil tidur) 

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

( 1 )
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

( korus )
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau lelaki pilihanku

( ulang 1 )

( ulang korus 2X )

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

Dari:
Punurkasih

Saturday 26 March 2011

Apa itu Matan?

Penat dah seharian beraktiviti di sekolah. Tak ada idea nak nulis sekarang. huhu.
Supaya tak hilang lagi video ni, jadi punur kenalah ambil inisiatif memasukkannya ke dalam ruangan yang antum sedang tengok semua ye, sesiapa yang ada info tentang matan seperti di atas ni, kongsi kongsi yek, :) 

From matan heart,
Punur 

Friday 25 March 2011

Ketenangan dari Qalbi

Angin,
telah ku bisik pada mu,
biar berlayar padaNya,
hati dan perasaanku.

Awan,
telah lama ku renung alunanmu,
biar serasi,
rindu dan sayu,
jiwa dan akalku.

CahayaMu,
menerangi, 
kelam qalbi,
dan pemikiranku,

ya rabbi,
wahai tuhan yang mentadbir,
kau pengubat terbaik,
diantara tabib.. 

penyembuh terbaik,
dikalangan syifaa,
sembuhkanlah penyakit sahabatku,
sesungguhnya dengan cahayaMu,
segala sesuatu menjadi berkah. 

Laut,
jerit sahaja badaimu,
biar ombak datang melanda,
mengetahui,
kerinduanku setebal samudera.

Wednesday 23 March 2011

Forum Journey to palestine

Salam, salam, salam......

Mari sama-sama hadir ke program ini yang di adakan di Padang kawad UTM, Punur pun nak dengar juga pengalaman Dr zin berada bersama berjihad untuk Palestin. Manakala Ustaz Hasanuddin, nak dengar pula kisahnya di atas Mavi Marmara. Ternyata masih ada yang peduli Palestin. Maknanya malam ni lah kan forumnya. Mari lah sama-sama hadir. ( Harap harap ada lah muffler Aqsa syarif>>> Niat oh Niat)

Hari Ahad ini, Program PETAI akan diadakan, mula-mula Punur pun bingung apa kah PETAI yang di maksudkan.
Adakah yang ini?

Jual Jual, sekilo 2 ringgit. 

Ataupun yang inikah?



(Sangat menggiurkan................)

Tapi sebenarnya bukan yang diatas, sekian terima kasih. Program PETAI bermaksud Program Penggerak dan Otai.(sini)
Bersama IKRAM menjana Ukhwah. Ukhwah teras perpaduan. 
Maka nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?

From Spm candidate 2010.
Punur kasih Mu

Tuesday 22 March 2011

Iqra.

Pukul 4 Pagi

Cinta itu amanah. Apabila mencintai orang yang tidak mampu kita memilikinya, lepaskanlah dia dengan redha. Berdoalah untuk kebahagiaannya. Apabila memiliki orang yang tidak dicintai, jaga dan bimbinglah dia sebaiknya. Kerana hidup kita di dunia ini bukan semata-mata kerana cinta, tetapi untuk berbakti demi hidup yang kekal abadi di sana.

love is the feeling that Allah gave to us.. that we must to take care and protect it for the rite way.. only love to Allah can help us to find the siratun mustaqim coz Allah love is immortal...we'll fell the Allah's love when we doing amal, we felt that Allah is near with us, we can feel that Allah always protect usour mouth is easy to zikr and we dont feel that Allah's order are burden.





                                           Gambar hiasan.


Kadang-kadang kita tak perasan. Cinta ALLAH pada hambanya yang beriman itu terlampau banyak untuk dilimpahkan. ALLAH sentiasa menunggu doa hamba-hambanya.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ (رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai melebihi cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.” ( HR. Tirmidzi, ia berkata ini hadits hasan )

Mintalah kesembuhan daripada ALLAH, mintalah keamanan dari ALLAH dan mintalah apa sahaja dari ALLAH. Maka Allah akan kabulkan sebaiknya. Jika tidak dapat apa yang di mahukan, ketahuilah ALLAH sebaik baik perancang. 
Jam 8 malam tadi di jb, guruh mulai kelihatan, di tempat Punur hari dah nak hujan. Maka tercetuslah pemikiran si punur akibat tiada pekerjaan untuk mencari informasi tentang hujan.




Lihat, nampak rumitkah? Walaupun begini, Punur nampak rumit juga. Punur pun kebingungan, melihat dan membaca fakta terjadinya hujan adalah sesuatu yang rumit. Punur masih fikir dimana proses decaying akan berlaku. (serah kat mereka yang pakar bab sains nak jawab). Tapi ianya mudah sahaja bagi Allah. Tak ada kecacatan langsung terhadap proses yang Allah cipta. Bahkan kita dapat kemudahan dari proses air hujan. Kita dapat menjalani hidup dengan selesa kerana air. Wow, hebat, kita lihat kecil, tapi kalau kita bertafakur tentang ini, kita akan dapati bahawa, kita nih adalah insan yang sangat kerdil. Tidak berdaya dan tidak mampu melakukan apa-apa seperti yang ALLAH buat. Walaupun Kita ada peralatan canggih sekalipun, tetap tak boleh tanding apa yang ALLAH cipta.
Maka.. nikmat tuhan yang manakah kamu dustakan?
wallahualam...

From small heart,
Punur




Monday 21 March 2011

Allah, Allah,Allah

Salam, bismillah wa barakumullah.
Pernahkah antum rasa sedih? Mesti pernah kan, mesti ada air mata yang jatuh di pipi. Secara logik dan sainsya air mata akan jatuh mengalir apabila, manusia rasa:

1. Sedih
2.Gembira
3. Sakit
4.Resah
5.Pilu
6.Rindu

Allah s.w.t menciptakan manusia dengan pelbagai fitrah. Allah s.w.t turut mencampakkan sifat Ar rahmannya kepada sekalian makhlu yang di cipta. Sedih, satu fitrah yang di alami oleh seluruh ciptaannya. Bersama kesedihan akan ada kesembuhan. Punur sendiri adalah seorang yang suka berada dalam perasaan 'down' apabila rasa sedih. Kesedihan yang meliputi bahkan pernah memakan masa berbulan-bulan, berminggu-minggu. Rasa jiwa kosong dan tiada ilham selama beberapa saat. Padahal, Allah telah menyediakan santapan rohani yang terbaik dari rasa kosong. Allah memanggil dekat kepadanya, Allah menyeru kita kepadanya.
Pernah suatu ketika, ada teman yang boleh beri nasihat dan bicara sama-sama, namun kini, ada batas yang perlu di jaga. Kini, Allah menjadi teman yang setia. Qalam Allah dalam surah al Hadid, bahawa dunia ini adalah permainan dan senda gurauan membuat punur sedar bahawa sebagai khalifah, kita ada satu tanggungjawab besar di bumi ini. 

Apabila punur rasa down, punur akan beritahu kepada orang yang punur percaya. Punur akan cuba buka dan lapangkan minda untuk muhasabah dan dengar nasihatnya. Beginilah punur praktikkan, apabila punur rasa Down, Punur beritahu kepada ALLAH dan yakin bahawa ALLAH maha mendengar setiap keluhan, kegembiraan hambanya. Apabila punur meminta, punur perlu yakin bahawa apa jua yang mendatang adalah daripada ALLAH. Baik atau buruk, ianya ujian daripada ALLAH. Setelah itu, punur lapangkan minda dan muhasabah bersama AL Quran dan dengarkan nasihatNya. 

Punur adalah seorang yang sangat lembut hatinya, (sebenarnya semua hati adalah lembut) Apabila punur rasa down, punur akan menangis, dan ingatkan diri untuk yakin, yakin dan yakin. Apa yang berlaku ada hikmahnya. 

Punur adalah seorang yang sayangkan sahabat-sahabatnya. Punur akan senyum bila mereka bahagia dan Punur akan sedih bila mereka menangis. Punur harap punur ada apabila mereka down, dan harap mereka ada saat Punur Down.

Apabila Punur down, Punur akan kata pada diri sendiri, untuk back up, dan kata kita merancang, tetapi Sebaik baik perancang ialah ALLAH. Maka nikmat tuhan yang manakah Kita dustakan?
Wallahualam.

Sampaikanlah salam,
Cinta dan kasihmu kepada Junjungan Mulia,
Sampaikanlah salam,
Selawat dan doamu kepada kepada Penghulu seluruh manusia,
Sampaikanlah salam,
Seketumbukan malaikat tersedia untuk mengirimkannya,
Sampaikanlah salam,
Dalam setiap gerak dan diammu,
Sampaikanlah salam,
Dalam tidur dan jagamu,
Sampaikanlah salam,
Tanpa mengira tempat dan waktu,
Sampaikanlah salam,
Dengan hati yang ikhlas dan tujuan yang menjitu,
Sampaikanlah salam,
                               Kerana Allah dan para malaikat menyampaikannya.

from down heart,
Punurkasih mu

Sunday 20 March 2011

Demi Cinta Suci- UNIC

Perlu ada sabar dalam penantian, dan perlu ada kompromi dalam keteguhan. Cintanya pada ilahi melebihi segala-galanya. Maka Redhalah si wanita.





Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna  
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai 
 
p/s: Cinta yang suci jangan di cemari. Kau tinggalkan cintamu kerana ALLAH. 
From Heart,
Punurkasih mu

Saturday 19 March 2011

Tazkiyah Nafs~~~ a.k.a Pembersihan jiwa

Bismillah, Mari sini, check hati masing-masing. (Muhasabah sesama yek)

1. Mula mula kita check a.k.a periksa dulu hati kita nih, hati kita nih sebenarnya dia ada 3 jenis. Meh check dulu mana satu hati kita ni sebenarnya. 

2. Kenal pasti penyakit hati kita nih, ada penyakit ka, tak ada penyakit ka? Ada juga hati-hati yang telah di racuni. Maka apakah racun-racunnya? Meh pakat pakat muhasabah diri.

3. dah kenal pasti dah jenis hati antum semua? Dah dapat detect ada penyakit ke tak? Kalau dah dapat ana sarankan meh pakat pakat ubat hati masing-masing. Kalau tak dapat detect lagi, maka ana sarankan tonton kembali video-video kat atas tu hah. 

 Salam hati,
Punurkasih mu...

Jiwang Jiwang

Cinta

Cinta,
Kalau aku kembali,
kejutkan aku tanpa terhiris,
kerana luka yang lalu belum sembuh,
Kasih sayang ku lantunkan buat ALLAH,
Cinta sejatiku.

Cinta,
telah ku ukir selaut rindu,
kasih sebening embun,
anganku buat pintu-pintu syurgaMu,
Sedang kakiku benar benar di tanah.

Cinta,
Ku harap nota-nota yang telah ku tarikan pada kertas udara,
tidak Kau diamkan,
yang kuharap cinta yang pasti berbalas dariMu.

Cinta,
aku tidak mahu teralur cinta dari nafsu,
sedangkan dunia penuh dengan ceritaku,
sayap sayap itu tidak akan terbang lagi ke Murfah,
Jika kau tidak mengiya.

Cinta,
jika ada cinta buat seterusnya,
jangan biarkan aku terjun kedalamnya,
tariklah aku kembali,
kembali pada CintaMu.

Cinta,
bintang-bintang sudah berbisik,
cinta Zulaikha pada Yusuf bersemi,
Namun tetap KAU yang jadi pilihan,
Apabila hatiku tertusuk racun dunia,
tarik lagi aku ke bumi,
supaya cintaMu tidak ku khianati.

Pencinta Qasidah



Assalamualaikum,
aik.. bertemu lagi naa kita... setelah beberapa minit ana tinggalkan blog ni, rasa rindu pula, nampaknya ana
benar-benar sudah angau untuk menulis, (macam mana cukup jiwang tak? sila komen di ChatBox yang bakal ada sat lagi) 


Berbalik cuba tengok tajuk kat atas nih, pencinta Qasidah, dan siapakah pencinta Qasidah tersebut??? Mahukah anda jadi pencinta Qasidah? Tapi sebelum tu anda perlu tahu apa makna Qasidah. Setelah menjadi penjiwang dan semenjak mengaji di Muttaqin Tv, ana pun cuba usha-usha Qasidah qasidah yang ada di situ, dan Qasidah pertama yang ana dengar ialah Tholama Asyku.


Yang ini diqasidahkan oleh Abdesalam. Yang kat Al Muttaqin tu, antum semua boleh cuba cari di Al Muttaqin.tv. Yang kat Al Muttawin tu lebih panjang, dan riang di dengar, tapi yang kat atas nih bakal membuat antum semua sedih bergenang airmata jika menghayati maksudnya.


Maksud Qasidah ialah:
qasidah adalah ucapan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w yng dibuat dalam bntuk syair,

Pendapat sahabat IluvIslam pula:
Sebenarnya saya rasa maksud "qasidah" itu dalam makna yang lebih tepat ialah "puisi". Kalau dalam bahasa inggeris "poetry". Secara kebiasaannya qasidah adalah "puisi" berbentuk luahan hati yang rindu, atau kekaguman dan puji-pujian kepada Tuhan atau seseorang. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid. Antara qasidah-qasidah yang terkenal ialah"Qasidah Burdah yang bertemakan Ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah S.A.W.", dan "Qasidah Ghausiah yang juga bertemakan Ketuhanan dan memuji Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani" Wallhua'alam.

Pendapat ana yang faqir ilmu nih:
Qasidah ialah syair dan puji-pujian. (sama je macam kat ataskan? sebab pendapat ana sama je dengan mereka semua)
Nah, mari kenali Pengasuh Qasidah yang ana duk usha-usha lama dah di laman maya nih,
๑۩๑ PENGASUH MAJLIS SHOLAWAT AHBAABUL MUSTHOFA ๑۩๑

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ๑۩๑ AL-HABIB SYEKH BIN ABDUL QODIR ASSEGGAF ๑۩๑Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ
===========================================
Biografi Beliau:

Senin, 01 September 2008
Nama Beliau Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara luas di masyarakat. Namun di kalangan jamaah majelis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenal. Terutama karena tokoh yang satu ini memiliki suara yang sangat merdu.

Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majelis shalawat maupun masyarakat awam.

Dengan suara yang merdu ini, habib yang satu ini berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar tersebut. Tidak jarang pula kemudian kalangan muda ikut bergabung dalam majelis shalawat yang sudah ada.

Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.

Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berbagi dan memberi, meski dia sendiri terkadang dalam kekurangan. Bahkan ketika mengawali dakwahnya ke pelosok-pelosok, ia membawa nasi bungkus, untuk dibagi-bagikan kepada jamaah.

Dengan Kereta Angin

Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah jaya sebagai pedagang tapi kemudian bangkrut. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.

Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.

Terkadang Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf rutin memberikan ta’lim di Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di jawa tengah.

Sumber: Majalah Kisah Islam AlKisah No.18/25 Agustus-7 September

Lagi lagi

๑۩๑ Al Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf ๑۩๑
adalah salah satu putra dari 16 bersaudara putra-putri Alm. Al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf ( tokoh alim dan imam Masjid Jami' Asegaf di Pasar Kliwon Solo).
Berawal dari pendidikan yang diberikan oleh guru besarnya yang sekaligus ayahanda tercinta, Habib Syekh AA mendalami ajaran agama dan Ahlaq leluhurnya.
Berlanjut sambung pendidikan tersebut oleh paman beliau Alm. Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaout.
Habib Syekh AA juga mendapat pendidikan, dukungan penuh dan perhatian dari Alm. Al-Imam, Al-Arifbillah, Al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy Al-Habsyi (Imam Masjid Riyadh dan pemegang magom Al-Habsyi). Berkat segala bimbingan, nasehat, serta kesabaranya, Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf menapaki hari untuk senantiasa melakukan syiar cinta Rosull yang diawali dari Kota Solo. Waktu demi waktu berjalan mengiringi syiar cinta Rosulnya, tanpa di sadari banyak umat mulai dari anak anak sampai kakek nenek yang tertarik dan mengikuti majelisnya. hingga saat ini telah ada ribuan jama'ah yang tergabung dalam Majlis 'Ahbaabul Musthofa'. Mereka mengikuti dan mendalami tetang pentingnya Cinta kepada Allah SWT, Rosull SAW & Sesama dalam kehidupan ini.
'Ahbaabul Musthofa' adalah salah satu wadah dari beberapa majelis Sholawat yang ada, untuk berSholawat dan Silaturahmi juga Tholabul 'ilmi sehingga mempermudah umat dalam memahami dan mentauladani Rosul Shollallohu 'alaihi wa sallam.
Berdiri sekitar Tahun1998 di kota Solo, tepatnya Kampung Mertodranan, berawal dari majelis Rotibul Haddad dan Burdah serta maulid Simthud Duror Habib Syekh bin Abdul Qadir Assegaf memulai langkahnya untuk mengajak ummat dan dirinya dalam membesarkan rasa cinta kepada junjungan kita nabi besar Muhammad SAW .

Sampai sekarang, Habib Syekh AA masih melantunkan Sholawat Shimthud Durror dan syair-syair Qashidah nan indah menggetarkan hati di berbagai tempat.

*Pengajian Rutin Malam Kamisan "AHBAABUL MUSTHOFA"
di Ndalem Guru Mulia Al Habib Syekh AA,
Lokasi: Jl.Bengawan Solo 6, No.12, semanggi kidul Solo.

* Pengajian Rutin Lapanan 'Ahbaabul Musthofa' :
- Purwodadi ( Malam Sabtu Kliwon )
di Masjid Agung Baitul Makmur Purwodadi-Grobogan.
- Kudus ( Malam Rabu Pahing )
di Halaman Masjid Agung Kudus.
- Jepara ( Malam Sabtu Legi )
di Halaman Masjid Agung Baitul Makmur Jepara .
- Sragen ( Malam Ahad Pahing )
di Masjid Assakinah, Puro Asri, Sragen.
- Jogja ( Malam Jum'at Pahing )
di Halaman PP. Minhajuttamyiz Timoho, belakang IAIN.
- Solo ( Malam Ahad Legi )
di Halaman Masjid Agung Surakarta.

Sudah saatnya tidak malu,
Sudah saatnya tidak gengsi,
Sudah saatnya tidak surut,
untuk selalu bersholawat dalam menjunjung, memuji dan meniru Nabi Muhammad SAW. agar beliau mengakui kita sebagai umatnya yang selalu Muhibbin.
sehingga kita memperoleh syafaatnya di dunia maupun akhirat. oleh karena itu percuma saja kalau kita mengaku sebagai umat-NYA, tetapi tidak pernah bersholawat atas Beliau.

Banyak manfaat sholawat,
Kelancaran rezeki,
Ketenangan hati,
Obat jiwa,
Hidayah,
dll.

Pokoknya... Sholawatan bersama
Habib Syekh Bin Abdul Qadir Assegaf.
LUUAARRRRRRRRRR BIASAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!(pandai pandailah translate Melayu ye.... :)

Habib nih, memang ana kagumi kerana kecintaannya pada Rasulullah, cinta sunnah, bahkan mempunya ilmu yang luas. Qasidah dendangannya ada di tepi halaman ini, pepandailah cari ye.

Nah, inshaALLAH dengan qasidah ini kita beranjakan paradigma bertambah-tambah cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. 

Sanah Helwa ya Gameel.

Kepada:
Adik Farahiyah Amirah, the sweet sister and good adjustable, (apa tu?)
Selamat Ulang tahun yang ke 17 tahun.
Semoga membesar sebagai Wanita solehah.
Menjadi pejuang dan dai'e yang mantap di medan jihad.
Sebagai pejuang muda,
Harap harap kamu menjadi seorang yang berjaya  ya.....

Sanah helwa ya Gameel...

We are Dai'e

Assalamualaikum w.b.r.....

 Today i want to introduce my team in IKRAM. I start joined IKRAM when i am still in form 4 at Taman Daya School. With IKRAM i gained lot of knowledge about life, dead , friendship, ukhwah and love. We are respect among each other. We are like family because we attained Usrah too. My Naqibah is Puan Pudziah Miskin, a single mother that so strong in life, and she give a big impact towards me. In Usrah, i have mas'ul too, and that is Puan fuziah Sahar. I always call them two fuziah because their name is quite similar. They are like my own mother cos i can express my feeling to them both.

 This is my two ummu, Ummi fuziah that bring her bag and Ummi Pudziah beside her. This is when we gather on Rehlah Wanita IKRAM BJB.
The women in speaker one is Aliya ummu, mother of Aliya, my friends. ( Kantoi, i forgot her name)
 My Group wanita solehah.

 This is Abu Nuha, our imam and Ustaz :) This is Keindahan BersamaMU programmed at Smk permas Jaya 3, (when i meet the kasr el eyni medical school student)
 The on microphone, is abang Umayr or abang yeop.  This is last year photo on Ihya Ramadhan at Masjid BBU.
And this is Mus'ab ibnu Umayr. The future Umayr. InshaALLAH.

When it is come to Ukhwah, we can spread it meaning towards our life, because Ukhwah is  important for us to comfort with world agenda.

(Maaflah merapu, saja nak test kekuatan Bahasa Inggeris yang lemah rupanya)
From heart:,
Punurkasih

Friday 18 March 2011

Cinta menurut islam

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

1. lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
2. lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
3. lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya disbanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja),sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

copy paste from another blog.

Marhaban Ahlan wa sahlan

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..